RSS

Allah Maha Kuasa

Subhanallah, Allahu akbar..

Manusia takut pada tsunami. Siapakah yang menciptakan tsunami ini? Takut-lah pada yang menciptakan tsunami ini. Azabnya lebih perit dan menyeksakan. Api nerakanya yang amat amat amat amat dasyat.

Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana. Al Mursalaat; ayat 32.



Tsunami 2011 di Jepun

Tsunamin Acheh 2004

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Master by research

Master by research,
Master by research adalah pengajian dalam bidang penyelidikan. Pengajian ini berbeza dengan coursework kerana ia tidak melibatkan pengajian di dalam kelas. Sebaliknya ia melibatkan proses menyiapkan projek di dalam makmal. Bagi fakulti ekonomi, pengajian Islam, sains sosial dan sebagainya selain dari fakulti engineering, sains dan perubatan, kajian yang dijalankan berdasarkan survey atau data-data yang diperolehi dari badan-badan tertentu.

Bagi pelajar yang memilih bidang ini, perlu banyak berdikari (independent), masa yang terurus, boleh berkomunikasi dengan baik, cekap dan mempunyai kemahiran-kemahiran lain. Bagi student phd, mereka diwajibkan pengajian dalam bidang research. Bagi pelajar master, mereka dapat convert atau dipanggil fast track (master kepada phd) setelah masuki 3 semester pengajian. Sayarat untuk membolehkan mereka memohon pertukaran master kepada phd adalah mempunyai satu paper (Q1-Q3) dan data-data(result eksperimen) projek yang dijalankan. Kedengarannya agak susah tapi tidak mustahil jika pelajar-pelajar tersebut usaha bersungguh-sungguh dan bernasib baik.
Satu sifat yang paling penting perlu ada bagi pelajar yang memilih pengajian ini adalah jangan mudah 'give up' dan bosan kerana mungkin pelajar tersebut perlu ulang beberapa kali eksperimen yang dijalankan bagi memastikan keputusan eksperimen yang diperolehi adalah tepat. Di samping itu, pelajar tersebut perlu meletakkan target yang ingin dicapai bagi tiap-tiap semester. Jika satu semester telah terlepas tanpa apa-apa target, sayang sekali masa dibazirkan begitu sahaja. 

Ramai pelajar yang memilih pengajian coursework dan mixed mode bagi master untuk memastikan mereka 'tidak tersangkut' lama untuk menamatkan master. Kemudian, mereka menyambung pengajian dalam phd by research. Coursework dan research ada kelebihan dan kekurangan masing-masing terpulang kepada individu tersebut. 

Jika ada memilih pengajian by research anda berkemungkinan untuk mendapat duit poket bulanan tinggi. Anda boleh memohon zamalah universiti atau gra daripada geran universiti. Jika anda memilih pengajian by coursework atau mixed-mode anda boleh memohon pinjaman MARA. Disini saya lampirkan berkenaan zamalah penyelidikan UKM.

Zamalah penyelidikan UKM


Ini pengalaman penulis menjalankan eksperimen bagi pengajian master by research:
Kali ketiga repeat eksperimen..
Biar betul? hihihi
Itu-lah namanya master by research..
Bila repeat eksperimen, itu bukan beerti kita gagal..
Tapi setiap kali kita repeat,
Kita sudah belajar satu method baru untuk improve projek kita..
Thomas Edison yang mencipta mentol sehingga dapat digunakan oleh kita semua ini pun..
Telah mencuba 1000 kali, baru-lah dia berjaya menghasilkan mentol tersebut..
Jadi,setiap kali gagal,
Jangan give up,
Teruskan berusaha..
Yang paling penting, kita sudah ambil langkah yang pertama..
Yang kedua dan seterusnya..
Sehinggalah kita berjaya..
Dalam pada itu,
Teruskan bertawakkal dan berdoa..
In shaa Allah kita akan berjaya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Motivasi untuk kita berjaya

Koleksi Cerita

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!!
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!
-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!
Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.
Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.
King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.
Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.
Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”
INGAT! Katakan pada diri anda,"‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’

Sumber: 

http://www.imi.gov.my/akrab/index.php/koleksi-cerita/2-uncategorised/19-kisah-berani-gagal-para-tokoh-dunia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembali menulis

Assalamu'alaikum

Sudah lama, blog ini ditinggalkan tanpa catatan. Untuk menulis, kita perlukan idea, ketenangan, muhasabah diri sendiri dahulu sebelum mencatatkan buat tatapan bacaan orang lain. Tulisan yang datang dari hati,akan sampai pada hati yang lain. In shaa Allah.

Setelah sekian lama meninggalkan blog ini, hari ini, diri ini kembali mencatatkan kata-kata, moga ada manfaat untuk semua. Setelah muhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk fokus motivasi islami. Moga dengan sedikit catatan ringkas ini, dapat memberikan kita sumber kekuatan untuk kita terus melangkah pada jalan yang benar saat kita masih bernafas di muka bumi ini.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu akbar. Allah SWT memberikan kekuatan dan idea pada dirinya untuk kembali menulis. Alhamdulillah, segalanya datang daripadaNya dan kembali kepadaNya. Saat umur yang masih tersisa ini, diri ini ingin sekali menyumbangkan sesuatu buat Islam dan masyarakat Islam khususnya. Moga dengan tulisan ini, sedikit sumbangan telah dilakukan untuk peningkatan nilai hidup orang lain. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Moga kita sentiasa tergolong dalam hamba Allah yang sentiasa bersyukur di atas moga bumi ini. Apabila peroleh nikmat kita bersyukur dan apabila dilanda musibah,kita jua bersyukur. Syukur adalah satu ibadat yang amat penting sebagai orang Islam terutama saat kita dilanda masalah dan ujian. Saat kita peroleh nikmat, tidak sukar untuk melafazkan syukur. Namun, saat dilanda musibah atau menghadapi ujian kehidupan, manusia akan menyalahkan takdir Allah atas apa yang telah berlaku dalam kehidupan mereka.

Saat menghadapi musibah,menghadapi ujian dan masalah, bersabar-lah wahai diri insan. Sesungguhnya kita diciptakan di dunia untuk diberikan ujian kerana itu adalah ujian keimanan yang ada dalam diri. Beruntung-lah saat kita diberikan ujian, kita semakin dekat pada Allah dan rugi-lah saat diberikan ujian, kita semakin menjauh pada Allah SWT. 


Ini-lah kehidupan. Setiap kesusahan yang kita lalui pasti ada hikmah dan kesenangan pada penghujungnya. Bersabar-lah dengan kesabaran 100% dan teruskan berdoa dan bersolat. Anggaplah kesusahan yang dihadapi sebagai penebus dosa atas kelalaian kita di atas muka bumi ini. Jangan mengharapkan pertolongan manusia tapi berharap-lah pada Allah. Hanya Allah yang dapat menolong kita dengan pertolongan yang sebenarnya.

Bina-lah motivasi dalam diri. Motivasi untuk berjaya dunia dan akhirat. Motivasi untuk melakukan amal kebajikan. Motivasi untuk beramal ibadat. Motivasi untuk menuntut ilmu. Motivasi untuk terus melakukan kebajikan. Motivasi untuk meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Jadikan al-quran sumber motivasi utama diri kita untuk melakukan apa sahaja perkara di atas muka bumi ini.


Alhamdulillah, setakat ini dulu, coretan buat kali ini. Moga Allah beri kekuatan pada diri dan jiwa ini untuk terus melakarkan kata-kata yang dapat memberi nilai buat para pembaca.



Gambar hiasan. Cita-citaku ingin ada buku terbitan sendiri



amin. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan yang dirindui

Bismillahirahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ini adalah tulisanku pada 2011. Ramadhan yang sentiasa aku nantikan dan rindui. :)

sekejap je ramadhan berlalu..sekarang dah masuk 11 ramadhan.Alhamdullilah,kulantunkan sejuta kesyukuran kepadaMu,ya Allah kerana masih sempat memberikan rasa segar menghirup udara di pagi ini..Begitu nyaman nya hari di bulan ramadhan ini.Seluruh umat islam di seluruh dunia,menahan rasa lapar dan semua memperbanyakkan amalan di bulan yg mulia ini..kerana mencarisesuatu iaitu redha dan keampunan daripadaMu.

Masa tetap berlalu walaupun hati ini,tidak ingin ramadhan meninggalkan diriku,namun ia tetap akan berjalan seiringnya dengan waktu.Diri ini,tidak tahu adakah masih ada waktu untukku pada ramadhan yg akan datang..mungkin pada bulan ramadhan yg akan datang,aku tidak akan dapat merasakan kenikmatan ketenangan pada bulan ini lagi.mungkin pada waktu aku telah berada di alam yg lain..



Ku renung ciptaanMu ya Allah,ku renung ciptaan langit,tumbuh-tumbuhan yg melata di muka bumi,tapi hati ku tak pernah puas walaupun sepanjang masa aku merenungnya,aku rasa tenang..betapa hebatMu,ya Allah.

Begitu hebatnya,penciptaan langit dan bumi..begitu hebatnya penciptaan langit tanpa tiang..betapa hebatMu,ya ALLAH..Subhanallah,maha suci Allah dari apa yg dipersekutukan oleh orang kafir..tiada apa pun,yg dapat mennadingi kekuasaanMu..

Penciptaan laut yg begitu luas,di dalamnya manusia mendapat sumber ikan,lauk pauk,batu permata dan sebagainya...

Kenapa?kenapa?kenapa?kenapa masih ada insan yg tidak mengakui kewujudan Allah..butakan matanya??tidak dapat melihat semua itu..tuli kah telinganya tidak dapat mendengar kebenaran??yg buta adalah mata hatinya kerana tidak dapat melihat semua itu dan hati lah yg membezakan anatara manusia yg beriman dan yg tidak beriman..

Ada yg lagi teruk,sampai sanggup menghina nabi Muhammad,menghina dan mencabar Allah..sanggup membakar dan menghina alquran..tidak takut kah,mereka pada bala dan azab yg akan diturunkan oleh Allah..dan disebabkan kejahilan mereka ini,insan-insan lagi terkena tempias kejahilan mereka..insan-insan yg tidak berdosa teruk sama terkena musibah yg diturunkan oleh Allah untuk memberi pengajaran kepada golongan ini..

SEDARLAH,SEDARLAH,SEDARLAH...Bangunlah mencari kebenaran..bangunlah dari tidurmu yg lena selama ini..ini agamamu,kamu dilahirkan dengan agama ini,beruntunglah dirimu..tapi kenapa kamu sendiri yg ingin menghancurkan agamamu..kenapa?kenapa?kenapa?

islam,islam,islam..agama yg terindah..sesiapa yg telah mengenali agama islam dengan hatinya,ia akan jatuh cinta padanya..kenapa kita yg telah sememangnya telah dilahirkan dalam agama ini,tidak ingin pada agama kita..di dalamnya terdapat ubat,hiburan,kebaikan,yg membawa kita pada kebahagian di dunia ini dan juga alam selepas kita tiada lagi di dunia ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Kehidupan

CERITA KEHIDUPAN

Denyutan nadi, nafas yang masih berhembus, fikiran yang masih dapat berfikir, pandangan yang masih dalam lingkungan Islam, sumber pendapatan yang masih mencukupi, peluang yang masih diberikan, keluarga yang menyayangi, sahabat yang baik disisi, nikmat iman dan hidayah.. Alhamdulillah. Tiada hidup yang lebih indah dari apa yang kita punya semua ini. Ada orang hidup dengan kereta mewah, rumah banglo, pekerjaan yang hebat, namun hidup mereka jauh daripada hidayah dan petunjuk Allah..tidur mereka tidak lena, sakit sentiasa dan makanan tidak dapat dinikmati. ya Allah, ya Allah, ya Allah..

Kehidupan kita akan berakhir bila malaikat maut telah datang mengambilnya dari diri kita. Saat itu, yang tinggal hanyalah amalan kita. Semuanya akan kita tinggalkan di dunia. Moga sedikit penulisan yang saya lakar dalam blog ini dapat menjadi salah satu amalan saya bilamana saya sudah tiada lagi di dunia ini. Ini lah sedikit dakwah yang mampu saya lakukan.

Kecewa sekali apabila melihat kaum Hawa yang tidak menutup aurat dengan bangganya menayang tubuh badan apabila berada di tempat awam. Ada apa dengan kebanggaan itu? Hanya menimbulkan dosa dan memalukan diri sendiri. Tidak perlu mengikut barat yang berpakaian telanjang.Tidak salah ingin berfesyen kerana saya juga wanita, saya tahu wanita suka kelihatan cantik. Namun, jagalah aurat, pakai-lah pakaian yang menutup aurat yang tidak menjolok mata dipandang.  Semasa isra' mi'raj, kenapa ramai wanita yang berada di neraka? Kerana aurat dan tidak mentaati suami. Kenapa dikatakan wanita yang solehah adalah perhiasan di dunia kerana wanita itu sendiri adalah perhiasan bagi golongan lelaki. Dijadikan Hawa disisi Adam untuk menjadi peneman Adam dan saling berkasih sayang. Jika seorang wanita tidak menutup aurat apabila berada di tempat awam, dia telah melakukan kejahatan (sila faham betul-betul ayat ini). Dia bukan sahaja melanggar perintah Allah, bahkan dia telah mengganggu mata-mata lelaki yang gatal. Secara automatik dia telah berdosa pada Allah. Lelaki yang memandang dengan niat yang jahat berdosa. Dia juga berdosa kerana sengaja berpakaian begitu.



Ya Allah, ya Allah, ya Allah.. nasihatku ini bukan untuk mencemuhmu, jauh sekali untuk menghinamu yang tidak menutup aurat. Sebaliknya, nasihatku ini kerana kasihku pada golongan Hawa.. Bila engkau keluar tanpa menutup aurat, aku yang berada disebelah yang akan malu. Jauh sekali untuk dengki dan cemburu bila dirimu dijadikan perhatian mata lelaki-lelaki yang gatal. Diriku juga terkena tempias,kerana aku seorang wanita.. kita punya bentuk tubuh badan yang hampir sama dan emosi yang juga tidak jauh berbeza. Apa yang beza, aku berusaha untuk melindungi dari mata-mata lelaki dan benci sekali diriku ditatap oleh mata-mata lelaki yang gatal, yang ada penyakit dalam hati mereka.

Ya Allah, kehidupan yang sementara ini, kita hidup. Ada yang kata, hidup hanya sekali, masa ini nak enjoy. Ada yang kata, zaman muda hanya sekali, masa ini untuk berhibur. Ada yang kata, bila dah tua barulah bertaubat. Ada yang kata, orang yang pakai tudung labuh seperti khemah yang berjalan. Ada yang kata, pakai purdah, ninja.

Ada orang yang kata, macam-macam perkataan yang kata-kata untuk 'merosakkan' diri sendiri. Apa yang orang kata, itu bukan kenyataan yang realistik. Berapa ramai yang mati muda disebabkan pelbagai punca. Berapa ramai yang meninggalkan ketika sedang berhibur dan umur masih terlalu muda,lingkungan belasan tahun. Ini lah realiti. Apa yang diajarkan Islam itu realiti.

Sedih, sendirian.. melihat hari ini, remaja yang semakin rosak dengan acuan barat. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.. Dunia hari ini, ramai yang meninggalkan Islam. Moga catatanku ini, dapat memberi peringatan pada diriku dan juga remaja, wanita dan masyarakat di luar sana.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada apa pada wanita?

Ada apa pada seorang wanita?

Wanita,
Apa istimewa mereka,
Sebelum kedatangan Islam,
Wanita hanya-lah simbol seks,
Namun hadirnya Islam,
Mereka diangkat ke kedudukan yang tertinggi,
Namun,kenapa pada hari ini,
Wanita lebih cenderung untuk menolak ajaran-ajaran Islam,
Sedangkan Islam-lah yang mengangkat martabat seorang wanita,
Suruhan dan ajaran seperti menutup aurat dan menjaga pergaulan,
Adalah untuk mengangkat martabat wanita dan melindungi mereka,
Sedih dan kecewa L
Wanita adalah ujian bagi lelaki
Sejarah melakar-kan
Keagungan dan kehebatan kegemilangan Islam
Jatuh-nya kerana wanita
Ada wanita yang tidak beriman dan cenderung pada dunia,
Sanggup melibatkan diri dgn pelacuran dan teman berhibur
Kerana itu-lah kelemahan lelaki iaitu wanita,
Wanita tahu lelaki sanggup menghabiskan duit untuk mereka,
Ya Allah, ya Allah, ya Allah,
Hebatnya ujianMu di akhir zaman,
Buat wanita dan lelaki,
Hanya hidayahMu,
Dapat menyedarkan mereka,
Bahawa dunia ini,
Pinjaman sementara,
Akhirat nanti,hidup yang kekal selama-lamanya,
Apa yang mereka bawa semasa berada di dunia,
Itu-lah menjadi bekalan buat mereka,
Moga kita sentiasa menambah ilmu, amal dan iman,
Moga ‘pergi’ kita dalam keimanan.
In shaa Allah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta

Alhamdulillah..

Bicara cinta. Setiap orang dambakan cinta dan kasih sayang sehingga sanggup melakukan perkara-perkara maksiat sehingga menghilangkan cinta Allah pada dirinya. Carilah cinta manusia, namun jangan lupa cinta Allah. Cinta-lah sesiapa yang engkau ingini namun jangan tenggelam dalam cinta itu sehingga melupakan cinta Allah. Hari ini terlalu banyak maksiat yang dilakukan manusia semata-mata kerana cinta manusia lain dan harta benda. Golongan muda yang begitu asyik dengan cinta remaja sehingga tidak menjaga pergaulan (ikhtilat) antara lelaki dan perempuan. Ada juga, mak dan ayah orang yang bercinta sehingga ke kamar, ditangkap oleh penguat kuasa dalam keadaan yang mengaibkan.. ya Allah, ya Allah, ya Allah.. semua ini kerana cinta.



Cinta.. setiap orang punya cinta itu. Jika punya cinta manusia(berlainan jantina), bagaimana untuk menguruskannya? Cinta itu perlu diuruskan agar anda tidak lalai dan tenggelam dalam cinta itu. Cinta itu boleh menjauhkan anda daripada Allah. Jika yang sudah bernikah, tiada masalah untuk menguruskan cinta kerana apa sahaja yang mereka lakukan telah halal. Jika mereka saling merindui, mereka akan peroleh pahala. Jika mereka bergayut dengan fon lama-lama, mereka akan dapat pahala. Namun, bagi yang telah halal, jangan-lah lalai dengan nikmat yang diperoleh menyebabkan anda tenggelam dengan kenikmatan dunia. Berusaha bersama-sama pasangan dengan hubungan halal yang dibina membawa anda berdua lebih dekat pada Allah, dengan sama-sama menuntut ilmu agama dan rumahtangga, memperbanyakkan amal ibadat, sentiasa mengingati Allah dalam apa sahaja perkara yang ingin dilakukan.

Manakala bagi yang belum halal, sangat penting untuk menguruskan cinta agar anda tidak tenggelam dalam cinta nafsu yang boleh merosakkan diri. Sukar, bukan? Untuk menguruskan hati yang tengah bahagia dengan cinta nafsu. Hanya Allah dan anda, tahu hati anda. Cuba lah sentiasa melihat ke dalam hati? Bagaimana keadaan hati anda dan amalan anda seharian. Jika solat pun nak cepat sahaja, mengaji alquran sebulan sekali, zikir tiada lagi lafaz dibibir, tidak berminat untuk menuntut ilmu, itu lah beerti anda dah kena mula memperbaiki diri dan hati. Kembali pada cinta Ilahi, kerana itu adalah kebahagiaan yang sebenarnya.




Jika anda tenggelam dengan cinta nafsu yang belum halal, saat anda telah ditinggalkan, anda tidak mampu untuk bangkit lagi. Jika mampu anda bangun lagi pun, akan mengambil masa bertahun-tahun, ada wanita yang terlalu kecewa dengan orang lelaki, menukar perwatakan menjadi tomboy dan pengkid. Sebab itu, penting anda sentiasa menjaga cinta Allah ketika anda punya cinta lelaki yang belum halal buat anda.



Begitu-lah cinta. Cinta yang dirasai dalam hati akan memberi kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan seseorang. Jangan anggap perkara ini kecil. Apa-apa sahaja yang melibatkan hati(perasaan) adalah perkara yang akan memberi impak yang amat besar pada kehidupan seseorang. Cintailah seseorang kerana Allah, dan niatkan untuk bernikah. Moga Allah lindung cinta kalian dari nafsu dan syaitan yang sentiasa menggoda. Berusahalah untuk mengikat hubungan yang halal secepat yang mungkin agar terhindar dari fitnah dan mainan syaitan.

:) Jika anda telah jatuh hati atau suka pada seseorang, tidak perlu marah pada diri. Itu adalah perkara fitrah manusia. Perempuan diciptakan untuk lelaki dan begitu juga sebaliknya. Yang menjadi masalah, adalah apabila lelaki cintakan lelaki dan perempuan cintakan perempuan (cinta nafsu). Jika dikurniakan cinta, bersyukur-lah. Moga cinta anda dan pasangan bahagia hingga ke syurga. :)    

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Motivasi sumber kekuatan

Assalamu'alaikum

Bismilahhirahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Saya dapati post yang bertajuk Motivasi diperlukan untuk hidup dan berjaya adalah tajuk yang paling banyak dibaca oleh kawan-kawan. Alhamdulillah, sedikit perkongsian ini harapnya dapat memberi manfaat kepada semua.



Apa yang boleh saya simpulkan dari perkara ini ,motivasi adalah perkara yang sangat diperlukan oleh insan untuk menjadi hambaNya yg berjaya dunia dan akhirat. Saya akan cuba meluangkan masa untuk memperbanyakan tulisan yang berkaitan dengan motivasi islamik, In shaa Allah. Moga perkongsian ini adalah sedikit usaha yang saya dapat memberi manfaat pada orang lain.Ingat-lah! Insan yang tidak mempunyai motivasi dalam dirinya akan mendorong dirinya pada kegagalan dan tidak bermaya untuk teruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini.



Pasti anda pernah mendengar bahawa seseorang itu akan dibentuk apa yang ada dalam hati dan fikirannya. Contohnya; jika dia sakit, namun fikiran dan hatinya tidak terbawa-bawa dengan kesakitan yang dihadapi, in shaa Allah dia akan cepat sembuh dari sakitnya. Orang yang mempunyai motivasi dalam dirinya akan sentiasa memberi kata-kata positif pada dirinya dalam apa jua keadaan. In shaa Allah, anda akan positif dalam menghadapi apa sahaja dugaan dalam kehidupan ini.



Motivasi yang ada dalam diri insan datang daripada pelbagai sumber. Biasanya motivasi datang daripada sokongan orang terdekat seperti ibu, bapa, adik-beradik, suami/isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Tapi tidak semua insan punya ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan. Beruntung jika anda punya ahli keluarga yang sebegini, hargai-lah mereka dan berikan sokongan pada mereka saat mereka juga memerlukan motivasi. 

Namun, jika anda tidak memiliki ahli keluarga yang sebegini, jangan bersedih dan kecewa. Setiap orang, Allah SWT berikan bahagian mereka masing-masing. In shaa Allah, Allah SWT ingin hadiahkan anda sesuatu yang lebih berharga daripada itu. Jika begitu, nampaknya anda perlu mencari motivasi sendiri. Cuma anda perlu sedar yang anda perlukan motivasi itu untuk memberikan anda semangat dan kata-kata peransang. 


Bagaimana untuk anda mencari motivasi? Jika anda benar-benar memahami agama Islam (bagi yang menganuti agama Islam), anda sudah punya motivasi untuk menghadapi kehidupan ini. Al-quran yang menjadi panduan Umat Islam terkandung 1001 motivasi. Banyak kisah Nabi dan Rasul terdahulu yang diwahyukan adalah untuk menenangkan jiwa Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah. Selain itu, banyak ayat-ayat yang menyentuh tentang kehidupan dimana agar manusia bersabar dalam menghadapi ujian kehidupan,memaafkan kesalahan orang lain dan Allah suka pada orang-orang yang melakukan kebaikan.. Sesungguhnya Allah akan membalas di atas kesabaran umat Islam dalam menghadapi ujian dan bersabar dengan sikap tidak baik orang lain pada diri mereka dengan Syurga. 

Satu ayat dalam alquran yang memberi motivasi untuk saya merubah diri saya dan menjadi insan yang berjaya. Jika anda berminat untuk baca kisah saya boleh baca tajuk ini hidupku dan Impian yang bakal menjadi kenyataan


 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11)

Akhir sekali, anda boleh mencari motivasi dengan pembacaan buku-buku motivasi. Di Malaysia, banyak buku motivasi yang boleh dibeli di kedai-kedai buku dengan harga yang berpatutan. Keluarkan sedikit duit untuk membeli buku motivasi dan jadikan bahan bacaan harian untuk diri anda sendiri. In shaa Allah, anda akan punya motivasi dalam hidup anda untuk maju dalam kehidupan dunia dan akhirat. Untuk baca post saya bagi motivasi akhirat anda boleh baca post ini motivasi dan kehidupan.


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains (Bioteknologi), UPM dan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,UNISEL. Penulis amat meminati penulisan islamik. Moga sedikit perkongsian dan idea yang ditinta ini dapat menjadi salah satu amalan buat diri penulis. Boleh hubungi penulis; yummieislam@gmail.com



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menjaga ikhtilat

Apa itu IKHTILAT ?

Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialahTidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.
 ikhtilat
HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?
Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.
Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:
1-      Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)
    • Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
2-      Dalam keadaan keperluan (Hajat)
    • Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
    • Dalam pembelajaran (Kelas)
    • Jual beli
    • Kerja kehakiman
    • Saksi
    • Amar maaruf nahi mungkar
    • Melayan tetamu
    • Dalam kenderaan awam
    • Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
p/s:   Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat
 Perkara yang dilarang dalam ikhtilat
1-      Pandangan yang berlebihan
    • Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam,
    • “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31
    • Dan sabda rasulullah “…. janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu”
2-      Bersentuhan
    • Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
    • Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
3-      Bercakap lembut
    • Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
    • Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
4-      Khalwat(berdua-duaan)
    • DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram.
    • Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat.
    • Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
5-      Tidak menutup aurat
    • Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan
    • Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut
Syarat-syarat Ikhtilat
1-      Niat
    • Kerana Allah
2-      Matlamat
    • Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3-      Tidak bersentuhan
    • Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
4-      Menutup & menjaga aurat
    • Perlu sentiasa terjaga
5-      Menjaga adab bercakap
    • Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6-      Mengasingkan tempat
    • Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
7-      Dibawah kawalan orang yang dipercayai
  • Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
  • Keadaan (Wakie’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai
Salah Faham berkaitan Ikhtilat
  1. Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.
    • Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat
    • Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
    • Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)
  2. Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat
    • Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.
    • Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan
  3. Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat
    • Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat
    • Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat

“Wallahua’lam”

Rujukan:
Kutaib Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya, cita-cita dan islam

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kesihatan yang baik buat diri ini. Alhamdulillah, dengan kesihatan yg baik ini, kita dapat memperbaiki diri ke arah yg lebih baik, amalan dan akhlak kita.. in shaa Allah. Sudah agak lama, diri ini tidak menulis, jadi untuk melepas kerinduan pada penulisan, saya 'mencuri' masa terluang untuk menulis sedikit kata-kata yang mungkin bermanfaat buat diri ini dan masyarakat di luar sana.

Jika ada follower saya atau sesiapa sahaja yg mengikuti penulisan saya dalam blog ini, tahu serba sedikit tentang diri ini; cita-cita, perjalanan dalam menghabiskan second degree dan serba sedikit tentang kehidupan saya. Alhamdulillah, saya telah tamat second degree di UNISEL. Saya sudah mula bekerja sebelum konvo lagi. Saya mendapat tawaran sebagai research assistant. Position Research Assistant biasanya ditawarkan kepada graduate IPTA atau IPTS yg ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat master atau phd. 

Sekarang, saya berada di UKM, dan in shaa Allah,saya akan menyambung master disini pada bulan Sept 2014. Buat masa sekarang, saya bekerja sebagai research assistant dahulu, menjalankan tugas projek master yang akan saya daftar tidak lama lagi. Fokus saya adalah untuk menyambung master dan jika Allah izinkan berserta usaha yang gigih, sy berpeluang utk convert pada PHD. Iya, bukan mudah tapi tak mustahil jika sy bekerja kuat dengan dorongan dan tunjuk ajar orang-orang yg hebat (profesor di UKM ).

Ini lah cita-cita saya. :) Anda pula bagaimana? Impian dan cita-cita anda. Perkara pokok dan utama, bukan lah yg cita-cita saya untuk mengejar phd. Namun, untuk apa saya buat semua itu? Adakah untuk mengejar pangkat, nama dan harta? Tidak! Saya lakukannya demi Islam yg tercinta. Menjadi hambaNya yg berjaya dunia dan akhirat. Kata-kata Haji Azam(ayah Ahmad Ammar yg syahid di Turki), menjadi saintis yg ummatik, menjadi pensyarah yg ummatik, menjadi doktor yg ummatik, menjadi sesiapa sahaja (yg berjaya dunia) punya visi ummatik (demi Islam dan utk berjaya akhirat).

Ini lah kehidupan kita. Jika anda pernah gagal. Saya juga pernah gagal. Namun, jangan jadikan kegagalan itu sebagai sebab utk anda terus gagal. Jadikan kegagalan itu sebagai motivasi dan panduan (utk anda tidak gagal lagi di masa hadapan) agar mencapai kejayaan di masa hadapan. Orang-orang yang hebat pada hari ini, mereka juga ada cerita kegagalan pada masa lalu. Teruskan berusaha utk berjaya dunia dan akhirat. Wallahu a'lam. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teruskan kehidupan

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang

Alhamdulillah, saat ini saya masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT, nikmat kesihatan adalah salah satu nikmat yang besar dalam kehidupan. Adakala, kita terlepas pandang pada nikmat ini, hanya apabila kita sakit barulah kita sedar betapa besarnya nikmat kesihatan. Setiap hari kita meminta dengan Allah SWT pelbagai permintaan, namun kita lupa untuk bersyukur padaNya atas segala kurniaanNya buat kita. Astargfirullah, ampunkanlah kelalaian hambaMu ini, ya Allah.

Selain itu, anugerah yang paling besar dan terindah dalam kehidupan kita adalah nikmat iman dan hidayahNya. Saat ini, jutaan manusia lalai dalam kemaksiatan dan lupa pada Allah SWT. Ya Allah, moga Engkau buka hati mereka untuk dapat merasakan nikmatnya Islam. Nikmat hidayah dan iman tidak diberikan pada semua manusia, tambahan di akhir zaman ini.

 Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah.Berada dalam jannah kenikmatan.Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu,dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.Mereka berada di atas dipan yang bertahta emas dan permata,seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan.(Al Waaqi'ah;ayat 11-16)

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, hidayah itu milik Allah SWT. Oleh itu, berdoa selalu moga hidayah dan iman akan menjadi milik hingga saat terakhir dalam kehidupan kita. Moga saat malaikat maut datang pada kita, untuk mengambil kita, saat itu, kita sedang mengerjakan perkara-perkara kebaikan sebagaimana orang-orang yang Allah SWT telah pilih untuk pergi menemuinya kita sedang bersujud, solat, dalam perjalanan mengajarkan ilmu dan sebagainya. Subhanallah, beruntungnya mereka yang dipilih oleh Allah SWT untuk pergi meninggalkan dunia ini dalam husnul khatimah.

Cerita pemergian Ahmad Ammar amat terkesan dalam kehidupan saya. Dia menjadi panduan dalam hidup saya untuk melakukan kebaikan. Mari kita sama-sama mencontohi kebaikan-kebaikan yang telah dilakukannya dengan ikhlas sehingga Allah telah memilih beliau untuk menjadi hambaNya yang dicinta oleh penduduk langit dan bumi setelah pemergiaannya. Kadang-kadang, kita rasa apalah sangat dengan sedikit kebaikan yang kita lakukan. Tapi, jika kita benar-benar ikhlas melakukan sedikit kebaikan itu, Allah akan balas berpuluh-puluh kali dengan kebaikan yang lain.

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.(Asy Syuura; ayat 23)

Teruskan kehidupan
Manusia yang hidup dalam dunia ini, akan diuji. Ujian dalam kehidupan itu adalah satu kewajipan bagi seorang hamba yang beriman.


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al 'Ankabuut;ayat 2-3)

Seorang yang beriman apabila menerima ujian, mereka akan bersabar dan teruskan kehidupan dalam mencari cinta Ilahi. Mereka akan redha dan terima takdirNya dengan penuh kesabaran. Ujian yang hadir dalam hidup mereka akan membawa mereka lebih dekat pada penciptanya. Mereka tahu, kenapa mereka diuji bukan insan-insan lain. Mereka yang terpilih untuk diuji.

Jika dalam persekolohan, kita akan diuji dengan peperiksaan dan ujian. Adakah kita lulus dengan cemerlang, lulus dengan sederhana atau gagal. Begitu juga dengan ujian kehidupan. Adakah kita akan lulus dengan cemerlang ujian yang Allah beri atau gagal menghadapinya dan akhirnya terhumban dalam kesesatan. Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan remaja yang murtad "murtads in pantai timur". Kenapa murtad? Remaja tersebut telah mengalami sejarah hitam dalam hidup, dan soalan yang menghantui dalam kehidupannya, kenapa perkara tersebut berlaku pada diri dia, bukan pada orang lain.

Iu lah salah contoh, manusia yang tidak dapat menerima takdirnya dan tidak redha dengan ujiannya. Moga Allah SWT memberikan hidayah padanya dan sedar atas kesilapannya sebelum saat ajal datang. Rabiatul adawiyah, kekasih Allah SWT diuji dengan kemiskinan dalam kehidupan. Saat hidayah datang dalam kehidupannya,perginya dalam keimanan dan menjadi salah seorang kekasih Allah SWT. Subhanallah, hebatnya apa yang Allah telah tetapkan dalam kehidupan.

Manakala, ada kisah lain, seorang pelacur yang memberikan minuman kepada seekor anjing yang kehausan dengan kasutnya. Allah SWT telah mengeluarkan syurga buat dia kerana kebaikannya itu. Bagaimana mungkin seorang pelacur yang dipandang jijik, akhirnya diangkat oleh Allah SWT telah diberikan syurga. Begitulah keindahan sebuah hidayah. Jika diuji, bersabarlah dengan ujian. Allah uji kerana Allah ingin angkat darjat kita menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelumnya. Sentiasa tanamkan sangkaan baik kepada Allah SWT. Buangkan segala buruk sangka pada Allah SWT. In shaa Allah, kehidupan kita akan lebih indah dari hari-hari sebelumnya.

Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Setakat ini dahulu, coretan buat insan lemah ini. Moga sedikit perkongsian ini dapat jadi satu titik tolak perubahan buat diri kita semua.   



Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains (Bioteknologi), UPM dan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri, UNISEL. Penulis amat meminati penulisan islamik dan bercita-cita berdakwah melalui pena;menghasilkan buku motivasi islam dan novel islamik yang diterbitkan . Moga sedikit ilmu,pemikiran dan pandangan yang dilakarkan dapat menjadi panduan buat masyarakat diluar sana dan agar para remaja sedar dengan penuh keinsafan bahawa mudah dan indahnya agama Islam yang dianuti oleh mereka sejak lahir. Lawati blog; http://yummieislam.blogspot.com.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menjadi insan yang baik

Bismillahirahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tajuk kali ini, saya ingin bicarakan tajuk 'menjadi insan yang baik'. Indah-kan tajuk ini. Siapa yang tak suka pada orang yang baik, siapa yang tak ingin berkawan dengan orang yang baik, siapa yang tak ingin mempunyai pasangan yang baik. Namun, bukan mudah untuk kita jadi baik, bukan mudah untuk kita menjadi kawan bagi orang yang baik, dan bukan mudah untuk kita punya pasangan yang baik.

Sebelum saya pergi jauh membincangkan tajuk ini, apa yang diertikan dengan baik.Baik secara umum-nya adalah pada sikap; iaitu sikap yang baik-baik seperti suka membantu orang lain, bergaul dengan orang lain, mentaati ibu bapa, hormat orang tua dan sebagainya. Sikap baik dan suka pada kebaikan adalah fitrah insan. Bila manusia melakukan kejahatan, jiwa mereka memberontak; antara mereka sedar atau tidak. Jika kita baik hari ini, adakah kita yakin, kita akan baik pada esok hari atau setahun yang akan datang. Ini lah perkara pokok yang akan saya bicarakan pada kali ini.

Bagaimana menjadi baik?


Bagaimana untuk menjadi seorang insan yang sentiasa baik? Sukar sekali kerana manusia adalah insan yang tidak sempurna yang akan sentiasa melakukan kesilapan. Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, walaupun berapa banyak dosa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, Allah akan terima taubat nasuha hamba-hambaNya selagi mana nyawa belum sampai di kerongkong dan belum kiamat. Untuk menjadi baik, manusia hanya boleh berusaha dan sentiasa berusaha untuk jadi baik. Hanya itu yang mampu dilakukan.

Firman Allah SWT:

Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar. ( Faathir; ayat 32)

Islam mengajar kita menjadi baik. Namun, bagaimana untuk menjadi baik jika kita sendiri tidak tahu apa ajaran Islam itu. Adakah yang dikatakan orang Islam itu adalah solat, puasa, tunaikan haji, syahadah, dan zakat sahaja. Surah Faathir ayat 32 bermaksud; dikalangan manusia yang lebih dahulu berbuat kebaikan dan ada yang pertengahan dengan izin Allah SWT. Jadi siapakah manusia itu? Adakah seorang Islam yang taat pada Allah atau orang Islam yang tiada ilmu agama atau orang Islam yang suka bermaksiat pada Allah SWT. Jawapannya; untuk berusaha menjadi baik ,jalannya adalah berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan beriman pada-Nya.


Kamu lihat orang-orang yang zalim sangat ketakutan karena kejahatan- kejahatan yang telah mereka kerjakan, sedang siksaan menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh (berada) di dalam taman-taman surga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah karunia yang besar. (Asy Syuura; ayat 22)

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Asy Syuura; ayat 23)


Di dunia ini, bukan sahaja orang yang beriman sahaja baik, bahkan orang bukan Islam dan orang yang tidak tahu ilmu agama juga baik. Adakah orang yang melakukan jenayah seperti merompak, membunuh, meragut, dan sebagainya tidak pernah melakukan kebaikan? Dalam kehidupan penjenayah pasti mereka juga ada melakukan kebaikan. Persoalannya,mengapa mereka tegar melakukan kejahatan pada orang lain?

Ini-lah perkara yang ingin saya rungkaikan. Bukan mudah orang yang tidak beriman untuk terus melakukan kebaikan (mohon terasa dan maaf jika terasa!) Kenapa saya berkata begitu? Kita kembalikan pada niat. Niat kenapa kita baik? Niat manusia yang melakukan kebaikan bukan kerana Allah SWT, mereka takkan kuat untuk melakukan kebaikan jika mereka jauh dengan Allah SWT disebabkan tekanan hidup, faktor persekitaran, rakan-rakan(pengaruh rakan) dan sebagainya. Surah Asy Syuura ayat 23; ayat di atas bermula dengan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh, Allah menggembirakan hamba-hambaNya Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Allah tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu.

Bagaimana jika manusia niatkan kebaikan itu bukan pada Allah SWT? Sebaliknya mereka niatkan agar manusia pandang hormat mereka, manusia akan suka mereka, manusia sanjung mereka, agar mereka perolehi apa yang mereka kehendaki dan sebagainya. Sedangkan orang yang beriman, jika mereka melakukan kebaikan, Allah akan tambah kebaikan dengan kebaikan. Mereka perolehi rahmat dan redha Allah SWT. Walaupun kebaikan yang dilakukan tidak diketahui manusia lain dan tidak dihargai oleh manusia lain, mereka tetap akan terus melakukan kebaikan kerana mereka yakin, apa yang mereka lakukan kerana Allah SWT.

Hidup ada Allah SWT

Berapa ramai orang Islam yang hidup di muka bumi, tidak percaya ada Allah SWT. Mereka jauh tersasar dari ajaran Islam disebabkan tekanan hidup yang dilalui. Mereka menpersoalkan Allah dan hukum-hukum Allah SWT. Mereka hidup tanpa Allah SWT walaupun Allah sentiasa melihat mereka dan malaikat disisi mencatat amalan-amalan mereka. Adakah mereka mampu akan terus melakukan kebaikan. Saya yakin, mereka tidak akan mampu. Saya tidak kata, mereka jahat. Namun, bila kehidupan terus menghimpit diri,mereka bukan sahaja tidak mampu melakukan kebaikan pada orang lain, malah pada diri sendiri sehingga ada yang sanggup membunuh diri.



Ketahui-lah, hidup dengan sentiasa mendekatkan diri pada Allah SWT, itulah jalan terbaik untuk menjadi baik. Hati amat sensitif bila mana melakukan dosa. Hati merintih bila anggota badan melakukan dosa. Air mata mengalir mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan walaupunm dsa-dosa kecil sahaja. Baca alquran berserta terjemahan,hayati ,fikir dan amalkan dalam kehidupan apa yang terkandung di dalamnya. Ikuti apa yang diajarinya. Sesungguhnya dalam alquran terkandung 1001 hikmah ;ubat jiwa, jalan dan panduan hidup,
mengenal Allah SWT dan tentang hari kiamat, suruhan dan larangan-larangan Allah, hukum hakam dan kehidupan, cara pergaulan dengan manusia lain, hubungan suami isteri dan sebagainya.

Teruskan menjadi baik, kerana itu-lah yang Allah mahu kita lakukan dan teruskan memakmurkan bumi ini. Kebaikan itu adalah fitrah insan.

Wallahu a'lam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 


Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman. (Ar Ra'd; ayat 18)

Ayat alquran di atas bermula dengan ayat bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya. Jadi mari kita tanya diri kita, adakah kita memenuhi seruan Tuhan kita? Adakah apabila azan dilaungkan, kita akan menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah? Adakah kita melakukan suruhan-suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya? Jika jawapan-nya tidak, itu beerti kita belum termasuk dalam golongan yang disediakan pembalasan yang baik.


Jadi rangkap seterusnya dalam ayat ini, iaitu orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, walaupun mereka seorang yang sangat kaya, ada banyak mana kekayaan pun, mereka tidak dapat menebus diri dari dosa-dosa yang dilakukan dengan kekayaan tersebut. Harta kekayaan yang melimpah ruah walaupun ada sebanyak isi bumi dan jika ditambah sebanyak itu pun, semua itu hanya sia-sia belaka jika hidup mereka dipenuhi dengan melakukan larangan-larangan Allah SWT, dosa dan maksiat. Apabila nyawa telah dicabut dan tiba hari hisab, tempat mereka adalah neraka Jahannam dan itu-lah seburuk-buruk tempat kediaman yang kekal selama-lamanya.

Mari kita menghayati dan merenung ayat ini dalam kehidupan kita. Apa guna kita kerja siang dan malam, untuk mengumpul harta kekayaan? Ada pangkat dan darjat, dihormati oleh manusia, namun kita sering melakukan maksiat dan dosa, apa guna semua itu? Jika akhirnya, neraka tempat tinggal buat selama-lamanya yang akan diseksa siang dan malam. Kembali-lah, kembali-lah, kembali-lah pada agama yang benar, agama yg diredhai iaitu Islam, kembali pada Allah SWT. Apa yg kita lakukan di dunia ini, ikhlaskan kerana Allah, untuk mendapat redhaNya.

Apa lagi jika anda seorang yang berilmu,mempunyai jawatan yang tinggi dalam organisasi,dihormati oleh orang ramai, gunakan apa yang ada pada anda untuk agama Allah SWT. Gunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah, menyebarkan Islam. Umat Islam bersatu tanpa mengira darjat,pangkat,harta,keturunan demi Islam yang tercinta. Moga negara kita, bahkan dunia tahu bahawa Islam itu adalah agama yang benar, agama yang mengajar insan menjadi seorang manusia yang baik, yang sukakan keadilan dan keamanan, yang suka kejayaan dan agama yang membawa manusia kepada kehidupan yang lebih baik.

Moga kita sama-sama sentiasa muhasabah diri dan sentiasa bermotivasi untuk menjadi hambanya yang berjaya dunia dan akhirat. Jika diberi ujian, bersabar-lah dengan ujian dunia, moga balasan atas kesabaran itu adalah syurga. In shaa Allah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Motivasi dan kehidupan

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kehidupan di dunia adalah kehidupan yang sementara. Kita telah ditakdirkan menjalani kehidupan di muka bumi, mahu atau tidak,kita perlu laluinya. Susah atau senang, kita perlu melalui. Kaya atau miskin,kita tetap melaluinya. Dan pengakhiran kehidupan kita, husnul khatimah maupun sebaliknya bergantung pada bagaimana kita melalui kehidupan ini.

Iman adakala naik dan turun. Tambahan bagi golongan wanita, yang ada masa 'cuti'-nya. Ini-lah perbezaan yang besar antara lelaki dan wanita. Bagaimana dengan lelaki yang tak solat tu? Agaknya, ada hormon wanita juga, yg menyebabkan mereka pun 'bercuti' juga. Ketika golongan wanita 'cuti',masa ini, mereka tidak dapat solat, tidak dapat mengaji alquran, tidak dapat solat sunat. Jiwa mereka saat ini, lemah jika tidak membuat amalan-amalan tambahan seperti baca al-mathurat (dgn niat zikir, jika ia adalah amalan-nya), membaca buku-buku agama dan berzikir. Apa yang lebih membimbangkan, saat lalai ketika ini,menjadi satu kebiasaan yang berterusan sehingga mereka sudah tamat 'cuti'.

Ketahui-lah, golongan lelaki sangat bertuah kerana tiada masa 'cuti'-nya. Bagi lelaki yang tidak solat dan tidak mengaji dalam kehidupan harian-nya,ruginya mereka. Walaupun, mereka mempunyai tubuh badan yang kuat, namun jika jiwa-nya lemah, rugi sekali. Bagaimana untuk menjadi seorang ketua? Jika diri sendiri belum taat, belum mampu untuk solat 5waktu dan belum mampu untuk mengaji alquran dalam kehidupan harian.

Tulisan saya ini adalah motivasi buat anda di luar sana. Buat anda dan peringatan buat diri saya bahawasanya kita perlukan seseorang untuk berkongsi nasihat(kata-kata yang baik), pengalaman, cerita suka dan duka. Jangan pernah malu untuk berkongsi cerita yang baik dengan kawan-kawan. In shaa Allah, ia akan dapat dijadikan pengajaran buat insan di luar sana. Teruskan meminta nasihat dan belajar daripada orang lain. Saya juga akan terus belajar hingga ke akhir umur saya.




Dalam kehidupan ini, berapa ramai yang gagal menjalani kehidupan ini dengan keimanan. Ramai yang gagal di tengah jalan setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan. Akhirnya pergi meninggalkan dunia ini tanpa sempat bertaubat. Itu lah dunia. Kerana itu, Allah sediakan syurga dan neraka. Insan perlukan motivasi untuk melakukan kebaikan dan amal soleh. Dalam kehidupan ini, motivasi amat penting dalam semua perkara yang ingin kita lakukan.

Motivasi yang terbaik untuk diri kita adalah kalamullah. Saat kita bersedih, apabila kita membaca alquran dan menghayati alquran terjemahan, in shaa Allah kesedihan itu akan terubat. Saat kita susah, apabila kita membaca kalamullah dan menghayati alquran terjemahan, in shaa Allah jiwa kita akan redha menerima Ketentuan-Nya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Just follow the flow

"Just Follow the flow"

Dalam hidup ini, tidak semua perkara kita dapat selesaikan kerana kita hanya-lah seorang hamba Allah yang lemah dan tiada kuasa luar biasa. Islam mengajar kita agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa sahaja yang kita impi-kan.

Namun, jika kita masih tidak berjaya menggapainya,apa yang kita perlu lakukan. Jawapannya: Just Follow the Flow. Allah SWT telah merancang yang terbaik untuk diri kita. Apa yg kita boleh lakukan saat ini adalah berdoa, mohon pertolongan dan kekuatan dengan perbanyakkan amalan pada-Nya. In shaa Allah, Allah akan tunjukkan jalan. 



Jangan risau tentang jodoh kerana Allah telah mengaturkan segala-gala buat mu 

Jadikan alquran ubat hatimu, jangan biarkan hatimu kelam dengan kelailaian dan dosa. Itu-lah surat cinta yang terindah yang akan menyelamatkanmu dunia dan akhirat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages