RSS

~KembaLI PADA Allah~

~kEMBAli pada Allah,bertaubat~

Menginsafi diri sendiri,
Merenung kedalam hati dan diri
Betapa banyak aku menzalimi diri dan melakukan dosa padaMu
Ya Allah,terima lah taubatku
Betapa kerdilnya aku
Jika dibandingkan dengan ciptaan Mu yg lain,
Ciptaan langit yg terbentang luas
Ciptaan gunung ganang
Ciptaan laut
Ya Allah,aku telah berjanji untuk memegang tugas sebagai khalifah
Namun aku mengingkarinya
Aku bermaksiat padaMu
Ya Allah,aku kepingan sekeping hati yg tak pernah melakukan dosa
Namun,aku tak mampu
Kerana aku sememangnya diciptakan  begini
Dalam keadaan yg lemah,yg takkan terlepas buat dosa
Selagi aku masih bernafas dimuka bumi
Ya Allah,terimalah taubat aku
Untuk menjadi hambaMu yg kembali padaMu
Untuk menjadi hambaMu yg membersihkan hatinya
Ku rindu dan aku ingin sekali menjadi hambaMu yg setiap masa bermunajat padaMu
Namun ,aku tak mampu kerana diriku dicipta dengan nafsu
Dan adanya,musuh yg disampingku yg sentiasa ingin melihat aku jatuh
Yg hanya mampu aku lakukan,tiap kali aku jatuh,
Aku akan bangun dan kembali padaMu
Aku hambaMu yg kerdil
Ya Allah,setelah Kau berikan segala-galanya perasaan bahagia dalam hati ini,
Kekalkan ia,dalam hatiku
Aku mahu sentiasa bahagia dalam cintaMu




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~DOa dalam KehIDUPAnku~




Kehidupan…………..diteruskan ,selagi nafas masih berhembus…..aku akan teruskan kehidupan ini.Kehidupan ini adalah tempat untuk aku mendapatkan tempat yang kekal di syurga…Tapi hanya Allah swt yang tahu,adakah hambaNya ini akan mendapat syurgaNya.Apa yang aku mampu lakukan adalah melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.Siapalah aku jika dibandingkan dengan Rasullulah saw,sahabat-sahabat Rasullulah saw dan orang-orang dahulu yang mula-mula beriman pada agama Allah swt.Mampukah aku memperoleh syurga Allah swt……………..

Ya Allah swt,Engkau Maha berkuasa,Engkau Maha Penyayang,Engkau Maha Bijaksana…Aku bermohon dengan namaMu agar aku termasuk hambaMu yang memperoleh syurgaMu.Kurniakanlah padaku solat yang khusyuk padaMu…….kerana hanya dengan solat yang khusyuk padaMu,aku akan memperoleh ketenangan dan dekat kepadaMu.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Pandangan mata,panahan syaitan~


Kata org ‘dari mata turun ke hati’...
sebab tu kita kena jaga pandangan mata.Allah swt kurniakan mata pada kita agar kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah,membaca qalam sucinya..gunakan lah mata dengan sebaik-baiknya.


Kadang-kala mata kita saje je mengahala ke arah mamat hensem atau cewek-cwek cun katanya ‘nak cucu mata’.bagi ana,tu bukan cuci mata,yg tu mengotorkan mata,mengotorkan mata hati..menambahkan kotoran pada hati. Bukan mudah kan,utk zaman sekarang jaga mata terutama lelaki..saranan ana bagi lelaki-lelaki kat luar sana,tambahkan iman dalam dada dan tambah amalan ,ikhlaskan kerana Allah..insyaAllah,dapat jaga pandangan mata. 
Katanya,sekali pandang tu..tak dosa..sekali pandang tapi lama-lama..itu dah berdosa.jikalau terpandang,cepat-cepat alihkan pandanganmu..dan beristigaf agar syaitan xterus mghasut kita utk pandang buat kali kedua..terlalu mudah utk mata melakukan dosa..

Sbb tu,kita kena sentiasa bertaubat..agar mata yg leka memandang,hati yg telah terpalit calitan hitam..dibersihkan..sentiasa bertaubat bisa menggugurkan dosa-dosa itu..insyaAllah.beruntunglah org yg sentiasa brtaubat pada Allah..
Panahan mata antara perempuan dan lelaki ajnabi bagaikan petir yg menyambar..kerana sememangnya lelaki dan perempuan ajnabi mempunyai chemistry,apalagi terhadap orang yg kita cinta..
Berasal dari pandangan mata,syaitan membisik-bisikkan ayat-ayat cinta pada keduanya sehingga keduanya melakukan hubungan terlarang..sebb itu, perempuan dan lelaki perlu menundukkan pandangan agar tidak trcalit oleh panahan syaitan ini..

Firman Allah swt:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(QS. An-Nuur : 30).


Dalam hadits Rasulullah SAW kepada Ali ra. disebutkan bahwa,’Jangan lah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Karena yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah ancaman / dosa”. (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmizy dan Hakim).

Jaga pandangan mata agar ia tidak melilau memandang perkara yg haram..jikalau kita terlepas pandang,beristigfar..kita manusia lemah,kadang-kala terleka dan terlalai.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~maLAM aSSIGnmeNT~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apa khabar?Malam ini,ana bertungkus lumut menyiapkan assignment yang ditinggalkan oleh sahabat-sahabat yg lain.Tugasan yang terakhir ini adalah men'edit' assignment,nama je kerjanya edit tapi ana mengambil masa lebih 3 jam untuk betul-betul complete.Almaklumlah,lecturer ana untuk subjek ini agak cerewet jadi kenalah wat betul-betul,silap-silap hari bulan lain pula jadinya.

Kerja ini,sebenarnya dah ditugaskan kepada kawan ana tapi ana kena buat kali ke2 untuk mengelokkan kerjanya.kenalah tolong menolong,kan walaupun memang terasa penatnya sebab kena buat kerja dua kali.

Alhamdullilah,akhirnya selepas jam 3 pagi baru ana dapat siapkan assignment ni....memang memenatkan,nak wat macam mana untuk assignment ini sahaja,30 markah diperuntukkan ,jadi kenalah wat elok-elok.

Biasalah pelajar,kalau tidur lewat tu perkara biasa..apalagi kalau dah dekat-dekat dengan final exam.jawabnya adalah yang tak tidur malam,nak wat macam mana semuanya nak study malam tu..esokkan dah nak exam.sebab tu ada sesetengah pelajar universiti yang mengalami tekanan ..jadi,nasihat ana untuk sahabat-sahabat kat luar sana,jangan lah study last minute.bahaya..silap-silap haribulan,lain pula jadinya.

Kalau kita study awal-awal,tak ada lah stress sangat bila nak exam walaupun tekanan itu tetap ada. Masa belajar,kita belajar..masa enjoy kita enjoy.Jangan habiskan masa muda dengan sia-sia.hargai lah ia kerana apabila ia telah berlalu ..masa muda itu takkan kembali lagi.

Oklah,dah pagi dah.ana nak lelapkan mata dulu..esok pagi-pagi dah ada kelas.ana tutup kata-kata ini,dengan sepotong ayat alquran;

Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al A'raaf;ayat 153)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~BahaYA pOLiSTERine~


Info: Kanser Daripada Bekas MakananPDF

RISIKO penggunaan bekas polistirena ini mendorong ada pihak melabelkannya
 sebagai keranda putih.

GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas
makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan
khususnya risiko kanser.

Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh
menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin
mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed
Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke
dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.


Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC),
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai
 bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.

Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan
perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan
berisiko kanser.

"Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan
sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,''
katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber Link : http://www.sim.org.my/

orginal from:
~consumermuslim~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~coRETAn warNA-WArni keHIDupan~


~coretan warna -warni kehidupan~

Kulakarkan coretan kehidupan,
Hidup ini penuh dengan warna-warni,
Hari ini indah,
Esok perit,
Begitulah kehidupan,

Kita hanyalah khalifah yang diciptakan untuk mewarnakan 
kehidupan kita,
Biarlah kita mewarnakan kehidupan kita berpaksikan alquran
 dan assunah,
Kerana hanya berpaksikan al-quran dan assunah kita akan 
mewarnakan kehidupan kita di jalan yang lurus,
Kadang-kadang kita tenggelam dalam warna-warni kehidupan,
Sehingga kita lupa,
Kita diciptakan untuk beribadat kepada pencipta kita,Allah swt,
Sehingga kita lupa,
Hidup kita di dunia ini,hanya sementara sahaja,
Dunia ini menyebabkan kita tenggelam dalam kesibukan mencari 
harta kekayaan dunia,
Dunia ini menyebabkan kita tenggelam dalam kesibukan dengan 
anak-anak kita,
Anak-anak dan harta kekayaan akan meninggalkan kita,
Apabila kita dikapankan di dalam alam gelap,
Apabila tiada lagi sanak-saudara kita bersama kita,
Alam kubur,
Menggamit ibadat kita,
Menggamit amalan kita untuk menyelamatkkan kita dari 
seksa kubur,
Yang amat amat memeritkan,
Raungan ,tangisan,erangan kesakitan yang amat amat 
menderita yang tidak dapat didengar oleh sesiapa pun,
Hanya kita yang akan menghadapi,
Hidup ini,
Begitu sukarnya untuk kita melalui onak dan duri,
Kerana ujian ,
Menentukan keimanan seseorang,
Tempat bergantung kita kepada Allah swt,
Selagi kita berada di jalan yang lurus,
Insyaallah Allah swt akan menyelamatkan kita,
Nikmat paling besar yang dianugerahkan kepada kita,
Adalah anugerah iman,
Hanya keimanan yang berada didalam dada dapat 
menyelamatkan kita ,
Daripada seksa kubur,
Daripada seksa api neraka yang akan membakar dan 
menyeksakan makhluk yang sesat semasa di atas muka bumi,
Sedarlah,
Wahai kawan-kawan,
Bangkitlah dari tidur,
Marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt,
Marilah kita sama-sama bersyukur di atas nikmat kurniaan
 Allah swt,
Insyaallah,kita akan selamat di hari setiap orang yang sesat
 bermuka sangat masam.
Di hari buku amalan kita dibacakan……………….
Semoga kita,
Tergolong dalam golongan kanan,
Golongan yang selamat daripada api neraka,
Golongan yang akan dikurniakan oleh Allah swt syurga.
Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~BetULkah BIsiKAN hATIku~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Kata hati adakalanya menyebabkan ana berfikir panjang..betulkah kata hati?atau ia mainan daripada syaitan untuk menyesatkan manusia.Sebab itu,ana katakan bukan mudah untuk hidup di dunia ini… mungkin adakalanya betul kata hati dan adakala, kata hati hanya untuk menjauhkan manusia daripada Allah swt.Syaitan memperkudakan nafsu agar manusia sesat bersamanya dan bersama-sama menanggung azab dalam api neraka.

~hATI SEringkali dikaitkan dgn cinta~

Cinta begitu suci ..kurniaan Ilahi kepada setiap insan di muka bumi ini.namun,syaitan menggunakan cinta syawat ini untuk memusnahkan insan di muka bumi untuk melakukan maksiat kepada Allah swt..bukan mudah ye untuk menghadapi semua itu.Kita sangka kita telah melakukan perkara yang baik tapi rupa-rupanya kita telah melakukan dosa.

Letakkan dalam hatimu,Allah..insyaAllah kata hati itulah..adalah kebenaran bukan kebohongan.Penuhkan hati dengan zikir dan ingat pada Allah,insyaAllah kkita terlepas dari bisikan yg salah.. :)


Allah swt kurniaankan kita hati,nafsu dan akal.Tanpa ilmu ,kita akan menjadi hambaNya yang sesat..sesat dalam perkiraan kehidupan,sesat dalam memberi pandangan,sesat dalam pergaulan,sesat dalam beribadat.Begitu mudah untuk kita diperbodohkan oleh syaitan..hanya kerana kita tidak menuntut ilmu. Allah swt kurniaan kita akal untuk membezakan yang mana satu perlu kita ikuti kata hati…kita ikuti kata hati yang menyebabkan kita tidak berdosa dan kita tinggalkan kata hati yang menyebabkan kita bermaksiat kepada Allah swt..bukan mudah kerana ia kata hati,kita tidak nampak  ..kadang-kadang kita biarkan saja kata-kata hati bermain-main dalam minda kita… walaupun ,ia adalah sesuatu yang tidak perlu difikirkan.

Nafsu sentiasa mengajak manusia untuk melakukan kejahatan kerana ia adalah senjata syaitan untuk menyesatkan manusia.

 ~KIta berkawaN DENgan NAFsu,DidikLAH IA ;JANgan ikut KEmahuanNya~ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~PEncariAN YG TAk pernah AKAN berAKHIR~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ini,ana nak mengutarakan tentang sebuah pencarian.Tajuk ini terlalu umum,ana tidak spesifikasikan pencarian apa.Ana akan membincang topik ini dalam konteks yang luas.Sebuah pencarian yang tak pernah akan berakhir.Dari sudut seorang pelajar,pencarian ini lebih kepada pencarian ilmu.Pencarian ilmu terlalu luas,bukan untuk pelajar sahaja.Setiap insan di muka bumi ini perlu menuntut ilmu.Ilmu terlalu penting buat kita semua.Kita perlukan ilmu dalam semua sudut,dalam segala aspek kehidupan.Orang yang beribadat tanpa berusaha untuk menuntut ilmu,tidak akan diterima ibadatnya.Seseorang yang ingin berjaya dalam hidupnya perlu menuntut ilmu.Ayat pertama yg diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhamad s.a.w adalah iqra,beerti bacalah.Betapa pentingnya ilmu pada diri kita.

Biasanya ,apabila disebut soal cinta semua orang akan tertarik dan berminat.Jadi dalam mood pencarian ini,ana ingin mengutarakan pencarian sebuah cinta.Apabila disebut cinta,semua orang akan membayangkan keindahan.Manakala bagi yang tengah hangat bercinta,masih terbayang-bayang saat memadu asmara dengan pasangan.Adakah cinta ini akan memberi kebahagiaan sehingga akhirnya.Berapa ramai pasangan yang tengah hangat bercinta akhirnya menderita kesengsaraan kerana ditinggalkan pasangan?Berapa ramai yang bunuh diri kerana tidak sanggup apabila pasangannya memutuskan hubungan?Ana tak salahkan naluri yang berada dalam diri setiap insan untuk disayangi dan menyayngi.Manusia diciptakan dengan nafsu dan akal.Inilah yang mengangkat martabat manusia dan yang membezakan manusia dengan haiwan dan malaikat.Haiwan hanya diberikan nafsu tapi tidak dikurniakan akal.Manakala malaikat tidak mempunyai nafsu.Manusia mempunyai 2 sifat iaitu haiwan dan malaikat.Manusia harus menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah untuk membezakan baik dan buruk sesuatu tindakan.Manusia perlu menuntut ilmu untuk memandu akal membuat tindakan yang betul.Manusia yang mempunyai akal tapi tidak mempunyai ilmu akan membuat pilihan yang salah dalam hidup.Oleh itu,manusia perlu sentiasa belajar dalam hidup ini agar mereka tidak akan membuat pilihan yang salah.

Jika kita melakukan kesilapan,kembalilah pada Allah.Jangan salahkan diri dan menyeksa diri sendiri tapi mintalah pertolongan dengan Allah agar tunjukkan kita jalan yang betul.Manusia sememangnya makhluk yang lemah ,makhluk yang tak akan terlepas melakukan kesilapan sebab itu,Allah Maha pengampun.Allah Maha Menyayngi hamba-hambaNya.Selagi mana hamba-hambaNya kembali bertaubat dengan bersungguh-sungguh padaNya setelah melakukan kesilapan dan dosa,InsyaAllah taubat itu akan diterima Allah.

Firman Allah;
sehingga Allah mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Al Ahzab;ayat 73)

Pencarian cinta disini adalah pencarian cinta Allah.Ana tahu,semua orang muslim inginkan cinta Allah.Siapa tidak ingin cintanya dibalas,cintanya dihargai.Mulakan pencarian cinta ini dengan menuntut ilmu,spesifikasinya menuntut ilmu agama.Kita sudah ada asas agama,sejak sekolah rendah kita diajar fardhu ain didalam kelas oleh ustaz dan ustazah.Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah menambah ilmu itu untuk menjadikan kita lebih berpengetahuan dan menambah amalan yang kita lakukan.orang yang berilmu tapi tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari seperti pokok yang tidak berbuah.,yang tidak mengeluarkan apa-apa hasil dari ilmu yang dipelajari.Bagaimana kita pencari cinta Allah tapi kita tidak mengenal Allah yang kita cari itu.Oleh itu,kita perlu mengenal Allah dengan sifat-sifatNya,nama-namaNya,kekuasaanNya.Bukan beerti kita kenal Allah,dengan melihat Allah tapi kita kenal Allah dengan melihat melalui mata kita kebesaran ciptaan Allah,betapa hebatnya Allah yang menciptakan langit dan bumi,yang mempunyai 99 nama yang indah dan banyak lagi yang boleh kita pelajari untuk kenal Allah.
Puncak cinta ini,adalah setiap orang islam yang beriman yang dikurniakan cinta Allah,adalah nikmat melihat Allah di dalam syurga.Itulah adalah nikmat yang tak boleh terbayang dek akal fikiran kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~IMan adalah MUTiara~

IMAN
Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
(Al Baqarah;ayat 2-3)


Iman tidak dapat diwarisi daripada seorang ayah yg bertakwa..Inilah sebahagian lirik lagu Raihan..

Iman ialah kepercayaan yang teguh yang disertai dengan ketundukan dan penyerahan jiwa. Tanda-tanda adanya iman ialah mengerjakan apa yang dikehendaki oleh iman itu. Bukan mudah untuk menjadi seorang yang beriman kerana kita terpaksa melawan diri sendiri iaitu nafsu kita dan juga musuh tersembunyi iaitu syaitan.Nafsu sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan dan syaitan tidak pernah kenal erti penat dan lelah untuk menghasut manusia melakukan kejahatan.

27. Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.( Al A'raaf:ayat 27)
Dalam masa yang sama,kita juga perlu bersusah payah dan berusaha untuk mencari nafkah bagi diri sendiri dan keluarga.Kita terpaksa bergaul dengan berbagai ragam masyarakat tidak kira orang itu musuh atau kawan kita untuk mencari nafkah.Ada segelintir orang islam sanggup melakukan pekerjaan yang haram dalam keghairahan mencari harta kekayaan dan nafkah tanpa memikirkan tentang iman.Mereka melakukan kezaliman terhadap diri sendiri dan keluarganya dengan membiarkan tubuh badan mereka tumbuh dengan sesuatu yang haram.



Apa ertinya solat?

Shalat menurut bahasa 'Arab: doa. Menurut istilah syara' ialah ibadat yang sudah dikenal, yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, yang dikerjakan untuk membuktikan pengabdian dan kerendahan diri kepada Allah. Mendirikan shalat ialah menunaikannya dengan teratur, dengan melangkapi syarat-syarat, rukun-rukun dan adab-adabnya, baik yang lahir ataupun yang batin, seperti khusu', memperhatikan apa yang dibaca dan sebagainya.
Ibadat yg mula-mula akan dihitung di hari pembicaraan kelak,ialah solat.
Solat adalah tiang agama.Tidak menunaikan solat,itu beerti runtuhlah agamanya.Rumah tanpa tiang,runtuhlah rumah tersebut..bertapa besarnya erti solat.Di dalam alquran, begitu banyak ayat-ayat yg menerangkan tentang solat,azab yg akan ditimpakan kepada orang yg tidak menunaikan solat,ganjaran kepada orang yg khusyuk dalam solat .Begitu indahnya,alquran yg diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhamad saw iaitu salah satu mukjizat Nabi Muhamad saw.Allah telah memerintahkan umat islam menunaikan solat dan di dalam alquran terdapat peringatan,ganjaran kepada umat islam yg melaksanakan solat dan yg meninggalkannya.
(yaitu) orang-orang yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat. Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, maka mereka bergelimang (dalam kesesatan).( An Naml:ayat 3-4)
Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat.
( An Nuur:ayat 56)
laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.( An Nuur:ayat 37)


Apa ertinya beriman kepada yg Ghaib

Yang ghaib ialah yang tak dapat ditangkap oleh pancaindera. Percaya kepada yang ghjaib yaitu, mengi'tikadkan adanya sesuatu yang maujud yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera, karena ada dalil yang menunjukkan kepada adanya, seperti: adanya Allah, Malaikat-Malaikat, Hari akhirat dan sebagainya.

Ini adalah sebahagian dari rukun iman,iaitu percaya kepada perkara yg ghaib seperti jin,malaikat,syurga,neraka dan sebagainya.Apabila kita mempercayai perkara yg ghaib seperti kewujudan malaikat atib dan raqib yg mencatat amlan kejahatan dan kebaikan yg dilakukan;kita akan lebih menjaga diri sendiri daripada melakukan dosa dan lebih banyak melakukan kebaikan.Begitulah indahnya islam.Islam bukan agama yg menyukai perkara dosan,kejahatan apalagi keganasan..jauh sekali,islam sebegitu.
Kepada semua umat islam dan juga peringatan untuk diriku,janganlah kau takut dan gerun,kerana sesungguhnya pertolongan Allah,Tuhanmu akan datang jua kepadamu.Berapa banyak orang didunia ini,yg ingin melihat kau hancur dan musnah ..kau tidak perlu takut,kerana Allah Yang Maha Berkuasa mampu menjagamu..jikalau Allah tidak ingin perkara buruk berlaku padamu,insyaallah kau akan selamat ..

Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.( Ali 'Imran:160)

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.( Yaasiin:ayat 82)


Menafkahkan sebahagian rezeki

Rezki: segala yang dapat diambil manfaatnya. Menafkahkan sebagian rezki, ialah memberikan sebagian dari harta yang telah direzkikan oleh Tuhan kepada orang-orang yang disyari'atkan oleh agama memberinya, seperti orang-orang fakir, orang-orang miskin, kaum kerabat, anak-anak yatim dan lain-lain.
Amalan sedekah amat dituntut untuk diamalkan kerana hanya sedekah dan amalan ibadat kita yg akan menemani kita di alam kubur nanti.Manakala anak dan harta benda kita akan berada di dunia dan kedua-dua itu tidak menjamin keselamatan kita di dalam kubur nanti.Jika kita mempunyai anak yang soleh dan solehah..insyaallah,mereka akan dapat mengurangkan beban dan azab kubur.Oleh itu,didiklah anak-anak untuk menjadi insan yg soleh dan solehah..didiklah dengan didikan agama yg utuh agar mereka dapat mengharungi hidup di akhir zaman dengan iman yg teguh di dalam dada..dan ibubapa lah yg seharusnya menjadi model yg terbaik buat anak-anak mereka utk menjadi insan yg soleh dan solehah..didiklah mereka mengenal alquran terjemahan sejak dari kecil..dan didiklah mereka dengan alquran terjemahan ..kerana di dalam alquran terdapa semua kisah-kisah Nabi,kisah-kisah pengajaran ,tentang azab neraka,ganjaran untuk orang yg beriman dan semuanya terdapat di dalam alquran..didiklah anak-anak mengalunkan bacaan ayat-ayat suci alquran sehingga mereka boleh mengalunkan dengan lancar..
Sebab itu islam,amat menekankan umatnya bersedekah..di dalam keasyikan kita bersedekah,ingatlah Allah hanya menerima sedekah hambaNya yg ikhlas,bukan dengan maksud untuk menunjuk-nunjuk …lakukan lah dengan hati yg ikhlas…
Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya[173] dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.( Al Baqarah;ayat 271)
Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.( Al Baqarah:ayat 276)

Original by:
maryam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SiaPaKAH AL-insaAN?

Siapakah Al insaan(manusia)?
(Al insaan:ayat 1-31)

Adakah anda semua,telah benar-benar mengenali diri sendiri?Siapa diri kita sebenarnya?Dari mana asalnya,manusia?Kenapa kita diciptakan di muka bumi ini?Adakah kita ada jawapan untuk semua ini.Anda boleh mencari jawapannya di dalam alquran .




Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala. Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur, (yaitu) mata air (dalam surga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera, di dalamnya mereka duduk bertelakan di atas dipan, mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan. Dan naungan (pohon-pohon surga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca, (yaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya. Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah jahe. (Yang didatangkan dari) sebuah mata air surga yang dinamakan salsabil. Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka, mutiara yang bertaburan. Dan apabila kamu melihat di sana (surga), niscaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih. Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan).


Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran kepadamu (hai Muhammad) dengan beransur-ansur. Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antar mereka. Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang. Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang dimalam hari. Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat). Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, apabila Kami menghendaki, Kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka. Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya. Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan memasukkan siapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmat-Nya (surga). Dan bagi orang-orang zalim disediakan-Nya azab yang pedih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEbuaH pERjuangan

Hidup ini adalah sebuah perjuangan.Tanpa perjuangan,sia-sialah kehidupan itu.Kita perlu berjuang untuk mencari kebahagian,kebebasan,kejayaan dan semuanya apa yg kita ingini.Saya sekarang sedang berjuang untuk mencapai kejayaan dalam hidup ini tapi dalam masa yg sama,saya takut jika terlupa untuk hari akhirat saya..saya sentiasa berdoa,agar perjuangan saya untuk berjaya di dunia ini,saya lakukan jua untuk akhirat.Saya ingin menjadi salah seorang islam yg berjaya di muka bumi ini,inilah perjuangan saya.











Bagaimana dengan perjuangan kalian?Bangkit,bangkit,bangkit!!!!Bangkit lah dari sedar..betapa kaum melayu begitu selesa dengan apa yg mereka ada,sedangkan bangsa lagi bertungkus lumus berjuang untuk berjaya dalam hidup dan mendapat apa yg mereka inginkan.

Bangsa melayu,begitu selesa dengan gejala lepak,gejala dadah dan semuanya yg buruk adalah bangsa melayu..apa dah jadi!!! apa nak jadi dengan bangsa melayu...

Kembalilah pada agamamu,bangsa melayu..iaitu islam.Hanya dengan kembali kepada islam,kamu akan sedar dan nampak segala perjuangan yg perlu kamu lakukan..

Islam itu,sebaik-baik agama..dan hanya agama islam adalah agama yg diturunkan dan diredhai Allah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menentang kebiasaan..

Kemahuan mukmin yang kuat adalah menentang dan meninggalkan kebiasaan.Kebiasaan manusia adalah lalai serta tenggelam dalam urusan dunia dan meninggalkan akhirat,ajaran Tuhan tidak masuk dalam hitungan serta tenggelam dalam beraneka syahwat.Seorang yang mencari cinta Tuhan hendaklah meninggalkan segala kebiasaannya.



 Allah swt berfirman:
“Ia tidaklah memberi kepada seorangpun juga dengan tujuan berharap pemberiannya dibalas,terkecuali mengharap reda Tuhannya Yang Maha Tertinggi dan Tuhan pasti akan reda terhadapnya.”


Perbanyakkan membaca al-quran ……..menghayati terjemahannya……insyaallah engkau akan sentiasa dilindungi oleh Allah swt daripada tergolong dalam orang yang lalai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages