RSS

Orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 


Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman. (Ar Ra'd; ayat 18)

Ayat alquran di atas bermula dengan ayat bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya. Jadi mari kita tanya diri kita, adakah kita memenuhi seruan Tuhan kita? Adakah apabila azan dilaungkan, kita akan menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah? Adakah kita melakukan suruhan-suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya? Jika jawapan-nya tidak, itu beerti kita belum termasuk dalam golongan yang disediakan pembalasan yang baik.


Jadi rangkap seterusnya dalam ayat ini, iaitu orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, walaupun mereka seorang yang sangat kaya, ada banyak mana kekayaan pun, mereka tidak dapat menebus diri dari dosa-dosa yang dilakukan dengan kekayaan tersebut. Harta kekayaan yang melimpah ruah walaupun ada sebanyak isi bumi dan jika ditambah sebanyak itu pun, semua itu hanya sia-sia belaka jika hidup mereka dipenuhi dengan melakukan larangan-larangan Allah SWT, dosa dan maksiat. Apabila nyawa telah dicabut dan tiba hari hisab, tempat mereka adalah neraka Jahannam dan itu-lah seburuk-buruk tempat kediaman yang kekal selama-lamanya.

Mari kita menghayati dan merenung ayat ini dalam kehidupan kita. Apa guna kita kerja siang dan malam, untuk mengumpul harta kekayaan? Ada pangkat dan darjat, dihormati oleh manusia, namun kita sering melakukan maksiat dan dosa, apa guna semua itu? Jika akhirnya, neraka tempat tinggal buat selama-lamanya yang akan diseksa siang dan malam. Kembali-lah, kembali-lah, kembali-lah pada agama yang benar, agama yg diredhai iaitu Islam, kembali pada Allah SWT. Apa yg kita lakukan di dunia ini, ikhlaskan kerana Allah, untuk mendapat redhaNya.

Apa lagi jika anda seorang yang berilmu,mempunyai jawatan yang tinggi dalam organisasi,dihormati oleh orang ramai, gunakan apa yang ada pada anda untuk agama Allah SWT. Gunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah, menyebarkan Islam. Umat Islam bersatu tanpa mengira darjat,pangkat,harta,keturunan demi Islam yang tercinta. Moga negara kita, bahkan dunia tahu bahawa Islam itu adalah agama yang benar, agama yang mengajar insan menjadi seorang manusia yang baik, yang sukakan keadilan dan keamanan, yang suka kejayaan dan agama yang membawa manusia kepada kehidupan yang lebih baik.

Moga kita sama-sama sentiasa muhasabah diri dan sentiasa bermotivasi untuk menjadi hambanya yang berjaya dunia dan akhirat. Jika diberi ujian, bersabar-lah dengan ujian dunia, moga balasan atas kesabaran itu adalah syurga. In shaa Allah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages