RSS

~Melakukan kebaikan akan sentiasa diuji~

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ada orang kata, bukan mudah untuk berubah. Ada pula orang kata; nak berubah tunggu seru. Ada yang kata; tak yah nak jadi baik sangat, aku kenal sangat kau tu.

Ada satu hari, Marlina ingin menghadari Usrah GPTD. Ya Allah betapa beratnya hati ini diuji. Terasa sangat malas untuk melangkah kaki ke sana. Tapi, dia langkahkan kakinya menuju ke usrah tersebut. Patutlah, begitu sukarnya untuk dia pergi ke sana kerana disitulah Marlina belajar lebih banyak erti kehidupan ini.

Begitulah beberapa contoh yang saya berikan, apabila kita ingin atau sedang melakukan kebaikan kita akan diuji. Begitu sukarkah untuk melakukan kebaikan? Kebaikan adalah perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Manakala, hati yang akan menggerakkan seseorang itu untuk melakukan kebaikan.

sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam 


jasad ada seketul daging, apabila baik maka 

baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah 

jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Apabila seseorang itu sedang atau ingin melakukan kebaikan hatinya dan dirinya akan diuji. Sabarkah dia atau melatahkah dia apabila diberikan ujian itu. Orang yang diberikan ujian ini, perlu lah bersabar dengan ujian yang diberikan.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al 'Ankabuut;ayat 2-3)

Dalam ayat alquran diatas, Allah swt telah menyatakan cukup jelas, adakah kita katakan kita beriman,sedangkan kita belum diuji. Jika kita seorang yang beriman, apabila kita diuji,kita akan bersabar dengan ujian yang diberikan.

Ini tidak. Apabila diuji, tak nak lagi melakukan kebaikan, tak nak lagi bersolat, tak nak lagi menolong orang lain dan sebagainya.


 Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. (Al 'Ankabuut;ayat 4)

Kita mempunyai pilihan, apabila diuji kita hendak bersabar atau melakukan kejahatan sebab tidak tahan dengan ujian. Orang lain takkan rugi, Allah SWT takkan rugi, yang rugi adalah diri kita sendiri.

Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al 'Ankabuut;ayat 5)

Oleh itu buatlah pilihan yang betul. Jika anda saat ini, sedang melakukan perkara yang betul, iaitu perkara yang diredhai Allah SWT, Apa lagi,jika anda sedang membantu agama Allah SWT, teruskan perjuangan anda. Bersabarlah,bersabarlah,bersabarlah dan teruskan melakukan kebaikan.

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah , niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad; ayat 7)


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog: http://yummieislam.blogspot.com. EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages