RSS

Cerita Kehidupan

CERITA KEHIDUPAN

Denyutan nadi, nafas yang masih berhembus, fikiran yang masih dapat berfikir, pandangan yang masih dalam lingkungan Islam, sumber pendapatan yang masih mencukupi, peluang yang masih diberikan, keluarga yang menyayangi, sahabat yang baik disisi, nikmat iman dan hidayah.. Alhamdulillah. Tiada hidup yang lebih indah dari apa yang kita punya semua ini. Ada orang hidup dengan kereta mewah, rumah banglo, pekerjaan yang hebat, namun hidup mereka jauh daripada hidayah dan petunjuk Allah..tidur mereka tidak lena, sakit sentiasa dan makanan tidak dapat dinikmati. ya Allah, ya Allah, ya Allah..

Kehidupan kita akan berakhir bila malaikat maut telah datang mengambilnya dari diri kita. Saat itu, yang tinggal hanyalah amalan kita. Semuanya akan kita tinggalkan di dunia. Moga sedikit penulisan yang saya lakar dalam blog ini dapat menjadi salah satu amalan saya bilamana saya sudah tiada lagi di dunia ini. Ini lah sedikit dakwah yang mampu saya lakukan.

Kecewa sekali apabila melihat kaum Hawa yang tidak menutup aurat dengan bangganya menayang tubuh badan apabila berada di tempat awam. Ada apa dengan kebanggaan itu? Hanya menimbulkan dosa dan memalukan diri sendiri. Tidak perlu mengikut barat yang berpakaian telanjang.Tidak salah ingin berfesyen kerana saya juga wanita, saya tahu wanita suka kelihatan cantik. Namun, jagalah aurat, pakai-lah pakaian yang menutup aurat yang tidak menjolok mata dipandang.  Semasa isra' mi'raj, kenapa ramai wanita yang berada di neraka? Kerana aurat dan tidak mentaati suami. Kenapa dikatakan wanita yang solehah adalah perhiasan di dunia kerana wanita itu sendiri adalah perhiasan bagi golongan lelaki. Dijadikan Hawa disisi Adam untuk menjadi peneman Adam dan saling berkasih sayang. Jika seorang wanita tidak menutup aurat apabila berada di tempat awam, dia telah melakukan kejahatan (sila faham betul-betul ayat ini). Dia bukan sahaja melanggar perintah Allah, bahkan dia telah mengganggu mata-mata lelaki yang gatal. Secara automatik dia telah berdosa pada Allah. Lelaki yang memandang dengan niat yang jahat berdosa. Dia juga berdosa kerana sengaja berpakaian begitu.



Ya Allah, ya Allah, ya Allah.. nasihatku ini bukan untuk mencemuhmu, jauh sekali untuk menghinamu yang tidak menutup aurat. Sebaliknya, nasihatku ini kerana kasihku pada golongan Hawa.. Bila engkau keluar tanpa menutup aurat, aku yang berada disebelah yang akan malu. Jauh sekali untuk dengki dan cemburu bila dirimu dijadikan perhatian mata lelaki-lelaki yang gatal. Diriku juga terkena tempias,kerana aku seorang wanita.. kita punya bentuk tubuh badan yang hampir sama dan emosi yang juga tidak jauh berbeza. Apa yang beza, aku berusaha untuk melindungi dari mata-mata lelaki dan benci sekali diriku ditatap oleh mata-mata lelaki yang gatal, yang ada penyakit dalam hati mereka.

Ya Allah, kehidupan yang sementara ini, kita hidup. Ada yang kata, hidup hanya sekali, masa ini nak enjoy. Ada yang kata, zaman muda hanya sekali, masa ini untuk berhibur. Ada yang kata, bila dah tua barulah bertaubat. Ada yang kata, orang yang pakai tudung labuh seperti khemah yang berjalan. Ada yang kata, pakai purdah, ninja.

Ada orang yang kata, macam-macam perkataan yang kata-kata untuk 'merosakkan' diri sendiri. Apa yang orang kata, itu bukan kenyataan yang realistik. Berapa ramai yang mati muda disebabkan pelbagai punca. Berapa ramai yang meninggalkan ketika sedang berhibur dan umur masih terlalu muda,lingkungan belasan tahun. Ini lah realiti. Apa yang diajarkan Islam itu realiti.

Sedih, sendirian.. melihat hari ini, remaja yang semakin rosak dengan acuan barat. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.. Dunia hari ini, ramai yang meninggalkan Islam. Moga catatanku ini, dapat memberi peringatan pada diriku dan juga remaja, wanita dan masyarakat di luar sana.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages