RSS

-lamanya tak update blog-


Lamanya tak update blog kesayangan ini.Terpaksa lah,korbankan blog ini kerana ada perkara yang lebih penting dan utama yang perlu didahulukan.Alhamdullilah, masa yang sibuk itu telah berlalu,sekarang dah banyak masa free,jadi saya ambil sedikit masa untuk update blog yang sudah lama tidak diupdate.Tiada tajuk khusus yang saya akan bicarakan disini kali ini, hanyalah 'tulisan yang harap bermanfaat untuk dibaca' bagi update blog hari ini.

Kali ini,saya nak bicarakan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat; isu politik, isu masalah remaja ,isu institusi rumahtangga yang makin meruncing dan sebagainya.Kita sebagai orang awam atau dengan kata lain; rakyat Malaysia akan menjadi pemerhati yang setia ;apa sahaja yang berlaku dalam negara ini.Namun disebalik itu, ada juga insan-insan yang tidak pernah ambil kisah tentang isu-isu semasa yang berlaku dalam negara ini.Jangan lah kita menjadi seperti golongan yang sedemikian kerana sebagai seorang rakyat di Malaysia, siapa lagi yang nak ambil tahu tentang negara kita ,kalau bukan rakyatnya.kalau ada pemimpin yang melakukan kesilapan, tugas kita sebagai rakyat untuk memperbetulkan dan menggunakan cara yang paling berhemah untuk menegur pemimpin terbabit.

Jika ,berleluasanya masalah sosial di kalangan remaja;siapa yang perlu disalahkan?Remaja itu sendiri atau ibu bapa remaja terbabit atau pemimpin kerana mewujudkan keadaan yang mendorong ke arah bertambahnya gejala sosial.Untuk menyelesaikan sesuatu masalah,kita perlu lihat ke akar umbi ,kenapa terjadinya masalah tersebut.

Saya bagi contoh ,satu masalah yang tak pernah dapat diselesaikan hingga kini.Yang ada hanya lah,pertambahan dan peningkatan  gejala ini; iaitu pembungan bayi.Ulamak2 telah mengkaji masalah ini, dan mereka telah bersetuju sebulat surat ;meletakkan hukum couple adalah haram kerana wujudnya couple dikalangan remaja ini,penyumbang faktor utama pembuangan bayi.


Ulamak telah memainkan peranan,bagaimana dengan ibubapa. Ada ibubapa yg menghalalkan dan membenarkan anak2 mereka mempunyai boyfriend dan girlfriend dan bergaul bebas.Jadi siapa yang nak dipersalahkan,jika anak2 mereka melakukan perkara2 yg dilarang agama,jika mereka sendiri tidak mengahalang.Mungkin, ada segelintir ibu bapa yg membenarkan anak mereka bergaul; agar tidak dikata oleh anak2 tidak sporting dan tidak memberikan kebebasan.ini bukan soal tidak sporting atau tidak memberikan kebebasan,ia jauh lebih penting dari itu ;iaitu soal maruah keluarga,diri remaja terbabit dan soal negara.Jika anak anda telah terlanjur dan membuang anak yang telah dilahirkan ,dia telah mencemarkan maruah agama Islam dan negara ini.

Dalam konteks lain ,kita juga boleh letak kesalahan pada pemimpin?kenapa saya berkata begini,adakah saya anti kerajaan?Tidak,saya bukan anti-kerajaan. Tapi ini lah kenyataan.Apa perkara atau perkataan yang paling buat anda jadi lupa diri.Tiada siapa yang tahu jawapan. Tapi hanya satu jawapan ; iaitu pengaruh.Kalau orang atasan bila mempunyai pengaruh(kuasa),mula lupa diri.Yang saya ingin nyatakan disini, bukan pengaruh kuasa tapi 'pengaruh apa yang berlaku dan ada dalam negara ini ke atas remaja'.Cuba kita fikirkan dan pandang disekeliling ;apa yang ada dalam negara kita terutama yang boleh mempengaruhi remaja dan yang boleh merosakkan akhlak remaja.Banyak bukan dan memang terlalu banyak; disko, tempat2 hiburan dan judi ,rumah2 urut,rumah pelacuran ,panggung wayang dan sebagainya.


Kita cuba menjengah contoh negeri yang mengutamakan Islam dalam pentadbiran; iaitu negeri Kelantan,yang diperintah oleh ulamak. Mana ada ,pusat hiburan yang besar2 di sana,yang ada hanya shopping mall(yg paling grand) ; sbb itu bila remaja2 dari Kelantan datang ke KL atau bandar2 besar,mereka terlibat dengan 'culture shock'.tapi adakah kita nak mempersalahkan orang lain, jika remaja2 terbabit terlibat dengan 'culture shock'.ia adalah soal mereka sendiri kerana tidak mempunyai pegangan agama dalam hatinya. Tidak semua begitu,cuma segelintir sahaja.Di sini kita sudah boleh lihat betapa besar pengaruh sekeliling yang menyumbang kepada kerosakkan akhlak remaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penciptaan Alam Semesta adalah salah satu Bukti Kekuasaan Allah swt


Begitu indahnya ciptaan Allah swt,berbagai-bagai jenis pokok yang diciptakan oleh Allah swt,berbagai jenis haiwan…begitu indah bila dipandang.semua yang diciptakan oleh Allah swt untuk kegunaan manusia.Begitu juga penciptaan langit dan bumi....bukti kekuasaan Allah swt.

Firman Allah swt;
Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (surah Al An'aam,ayat 99)

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. (surah Al Hajj,ayat 5)

Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik. (surah Luqman,ayat 10)

Dia-lah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. (surah An Nahl,ayat 10)

Dan mereka berkata: "Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, niscaya kami akan diusir dari negeri kami." Dan apakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh- tumbuhan) untuk menjadi rezki (bagimu) dari sisi Kami?. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (surah Al Qashash,ayat 57)

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bumi, berapakah banyaknya Kami tumbuhkan di bumi itu pelbagai macam tumbuh-tumbuhan yang baik?(surah sy Syu'araa' ,ayat 7)

Yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan dan Yang telah menjadikan bagimu di bumi itu jalan-ja]an, dan menurunkan dari langit air hujan. Maka Kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam. (surah Thaahaa,ayat 53)

Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya. (surah Al Hijr,surah 22)

Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. (Yang memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling? (surah Al An'aam,ayat 95)

dan bumi yang mempunyai tumbuh-tumbuhan, (surah Ath Thaariq,ayat 12)

Disini ,ku sertakan firman Allah swt yang menyatakan tentang tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini,di mana kita boleh lihat dimana-mana kewujudannya...
yakinlah...dengan kebenaran agamamu.apa yang difirmankan oleh Allah swt dalam al quran tiada yang berjanggah dengan kebenaran,dengan kajian sains....semuanya adalah benar.
marilah kita sama-sama berfikir sejenak,yakinlah bahawa kehidupan selepas mati itu pasti akan terjadi....yakinlah hari kiamat itu,pasti terjadi.

marilah kita muhasabah diri kita..bnyak mana amal ibadat yang telah kita lakukan untuk menghadapi saat-saat yang begitu menggerunkan...iaiu hari kiamat..hari penentu,adakah kita golongan syurga atau neraka...

ikhlas from:
yummie

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages