RSS

Motivasi sumber kekuatan

Assalamu'alaikum

Bismilahhirahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Saya dapati post yang bertajuk Motivasi diperlukan untuk hidup dan berjaya adalah tajuk yang paling banyak dibaca oleh kawan-kawan. Alhamdulillah, sedikit perkongsian ini harapnya dapat memberi manfaat kepada semua.



Apa yang boleh saya simpulkan dari perkara ini ,motivasi adalah perkara yang sangat diperlukan oleh insan untuk menjadi hambaNya yg berjaya dunia dan akhirat. Saya akan cuba meluangkan masa untuk memperbanyakan tulisan yang berkaitan dengan motivasi islamik, In shaa Allah. Moga perkongsian ini adalah sedikit usaha yang saya dapat memberi manfaat pada orang lain.Ingat-lah! Insan yang tidak mempunyai motivasi dalam dirinya akan mendorong dirinya pada kegagalan dan tidak bermaya untuk teruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini.



Pasti anda pernah mendengar bahawa seseorang itu akan dibentuk apa yang ada dalam hati dan fikirannya. Contohnya; jika dia sakit, namun fikiran dan hatinya tidak terbawa-bawa dengan kesakitan yang dihadapi, in shaa Allah dia akan cepat sembuh dari sakitnya. Orang yang mempunyai motivasi dalam dirinya akan sentiasa memberi kata-kata positif pada dirinya dalam apa jua keadaan. In shaa Allah, anda akan positif dalam menghadapi apa sahaja dugaan dalam kehidupan ini.



Motivasi yang ada dalam diri insan datang daripada pelbagai sumber. Biasanya motivasi datang daripada sokongan orang terdekat seperti ibu, bapa, adik-beradik, suami/isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Tapi tidak semua insan punya ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan. Beruntung jika anda punya ahli keluarga yang sebegini, hargai-lah mereka dan berikan sokongan pada mereka saat mereka juga memerlukan motivasi. 

Namun, jika anda tidak memiliki ahli keluarga yang sebegini, jangan bersedih dan kecewa. Setiap orang, Allah SWT berikan bahagian mereka masing-masing. In shaa Allah, Allah SWT ingin hadiahkan anda sesuatu yang lebih berharga daripada itu. Jika begitu, nampaknya anda perlu mencari motivasi sendiri. Cuma anda perlu sedar yang anda perlukan motivasi itu untuk memberikan anda semangat dan kata-kata peransang. 


Bagaimana untuk anda mencari motivasi? Jika anda benar-benar memahami agama Islam (bagi yang menganuti agama Islam), anda sudah punya motivasi untuk menghadapi kehidupan ini. Al-quran yang menjadi panduan Umat Islam terkandung 1001 motivasi. Banyak kisah Nabi dan Rasul terdahulu yang diwahyukan adalah untuk menenangkan jiwa Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah. Selain itu, banyak ayat-ayat yang menyentuh tentang kehidupan dimana agar manusia bersabar dalam menghadapi ujian kehidupan,memaafkan kesalahan orang lain dan Allah suka pada orang-orang yang melakukan kebaikan.. Sesungguhnya Allah akan membalas di atas kesabaran umat Islam dalam menghadapi ujian dan bersabar dengan sikap tidak baik orang lain pada diri mereka dengan Syurga. 

Satu ayat dalam alquran yang memberi motivasi untuk saya merubah diri saya dan menjadi insan yang berjaya. Jika anda berminat untuk baca kisah saya boleh baca tajuk ini hidupku dan Impian yang bakal menjadi kenyataan


 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11)

Akhir sekali, anda boleh mencari motivasi dengan pembacaan buku-buku motivasi. Di Malaysia, banyak buku motivasi yang boleh dibeli di kedai-kedai buku dengan harga yang berpatutan. Keluarkan sedikit duit untuk membeli buku motivasi dan jadikan bahan bacaan harian untuk diri anda sendiri. In shaa Allah, anda akan punya motivasi dalam hidup anda untuk maju dalam kehidupan dunia dan akhirat. Untuk baca post saya bagi motivasi akhirat anda boleh baca post ini motivasi dan kehidupan.


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains (Bioteknologi), UPM dan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,UNISEL. Penulis amat meminati penulisan islamik. Moga sedikit perkongsian dan idea yang ditinta ini dapat menjadi salah satu amalan buat diri penulis. Boleh hubungi penulis; yummieislam@gmail.com



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

Motivasi harus dimiliki setiap orang, ketika sedang lemah tidak semangat mau ngapa-ngapain, maka motivasi dimunculkan agar kembali semangat menjalani hidup ini.
Kecantikan88.com

Post a Comment

Pages