RSS

Menjadi insan yang baik

Bismillahirahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tajuk kali ini, saya ingin bicarakan tajuk 'menjadi insan yang baik'. Indah-kan tajuk ini. Siapa yang tak suka pada orang yang baik, siapa yang tak ingin berkawan dengan orang yang baik, siapa yang tak ingin mempunyai pasangan yang baik. Namun, bukan mudah untuk kita jadi baik, bukan mudah untuk kita menjadi kawan bagi orang yang baik, dan bukan mudah untuk kita punya pasangan yang baik.

Sebelum saya pergi jauh membincangkan tajuk ini, apa yang diertikan dengan baik.Baik secara umum-nya adalah pada sikap; iaitu sikap yang baik-baik seperti suka membantu orang lain, bergaul dengan orang lain, mentaati ibu bapa, hormat orang tua dan sebagainya. Sikap baik dan suka pada kebaikan adalah fitrah insan. Bila manusia melakukan kejahatan, jiwa mereka memberontak; antara mereka sedar atau tidak. Jika kita baik hari ini, adakah kita yakin, kita akan baik pada esok hari atau setahun yang akan datang. Ini lah perkara pokok yang akan saya bicarakan pada kali ini.

Bagaimana menjadi baik?


Bagaimana untuk menjadi seorang insan yang sentiasa baik? Sukar sekali kerana manusia adalah insan yang tidak sempurna yang akan sentiasa melakukan kesilapan. Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, walaupun berapa banyak dosa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, Allah akan terima taubat nasuha hamba-hambaNya selagi mana nyawa belum sampai di kerongkong dan belum kiamat. Untuk menjadi baik, manusia hanya boleh berusaha dan sentiasa berusaha untuk jadi baik. Hanya itu yang mampu dilakukan.

Firman Allah SWT:

Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar. ( Faathir; ayat 32)

Islam mengajar kita menjadi baik. Namun, bagaimana untuk menjadi baik jika kita sendiri tidak tahu apa ajaran Islam itu. Adakah yang dikatakan orang Islam itu adalah solat, puasa, tunaikan haji, syahadah, dan zakat sahaja. Surah Faathir ayat 32 bermaksud; dikalangan manusia yang lebih dahulu berbuat kebaikan dan ada yang pertengahan dengan izin Allah SWT. Jadi siapakah manusia itu? Adakah seorang Islam yang taat pada Allah atau orang Islam yang tiada ilmu agama atau orang Islam yang suka bermaksiat pada Allah SWT. Jawapannya; untuk berusaha menjadi baik ,jalannya adalah berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan beriman pada-Nya.


Kamu lihat orang-orang yang zalim sangat ketakutan karena kejahatan- kejahatan yang telah mereka kerjakan, sedang siksaan menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh (berada) di dalam taman-taman surga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah karunia yang besar. (Asy Syuura; ayat 22)

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Asy Syuura; ayat 23)


Di dunia ini, bukan sahaja orang yang beriman sahaja baik, bahkan orang bukan Islam dan orang yang tidak tahu ilmu agama juga baik. Adakah orang yang melakukan jenayah seperti merompak, membunuh, meragut, dan sebagainya tidak pernah melakukan kebaikan? Dalam kehidupan penjenayah pasti mereka juga ada melakukan kebaikan. Persoalannya,mengapa mereka tegar melakukan kejahatan pada orang lain?

Ini-lah perkara yang ingin saya rungkaikan. Bukan mudah orang yang tidak beriman untuk terus melakukan kebaikan (mohon terasa dan maaf jika terasa!) Kenapa saya berkata begitu? Kita kembalikan pada niat. Niat kenapa kita baik? Niat manusia yang melakukan kebaikan bukan kerana Allah SWT, mereka takkan kuat untuk melakukan kebaikan jika mereka jauh dengan Allah SWT disebabkan tekanan hidup, faktor persekitaran, rakan-rakan(pengaruh rakan) dan sebagainya. Surah Asy Syuura ayat 23; ayat di atas bermula dengan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh, Allah menggembirakan hamba-hambaNya Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Allah tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu.

Bagaimana jika manusia niatkan kebaikan itu bukan pada Allah SWT? Sebaliknya mereka niatkan agar manusia pandang hormat mereka, manusia akan suka mereka, manusia sanjung mereka, agar mereka perolehi apa yang mereka kehendaki dan sebagainya. Sedangkan orang yang beriman, jika mereka melakukan kebaikan, Allah akan tambah kebaikan dengan kebaikan. Mereka perolehi rahmat dan redha Allah SWT. Walaupun kebaikan yang dilakukan tidak diketahui manusia lain dan tidak dihargai oleh manusia lain, mereka tetap akan terus melakukan kebaikan kerana mereka yakin, apa yang mereka lakukan kerana Allah SWT.

Hidup ada Allah SWT

Berapa ramai orang Islam yang hidup di muka bumi, tidak percaya ada Allah SWT. Mereka jauh tersasar dari ajaran Islam disebabkan tekanan hidup yang dilalui. Mereka menpersoalkan Allah dan hukum-hukum Allah SWT. Mereka hidup tanpa Allah SWT walaupun Allah sentiasa melihat mereka dan malaikat disisi mencatat amalan-amalan mereka. Adakah mereka mampu akan terus melakukan kebaikan. Saya yakin, mereka tidak akan mampu. Saya tidak kata, mereka jahat. Namun, bila kehidupan terus menghimpit diri,mereka bukan sahaja tidak mampu melakukan kebaikan pada orang lain, malah pada diri sendiri sehingga ada yang sanggup membunuh diri.



Ketahui-lah, hidup dengan sentiasa mendekatkan diri pada Allah SWT, itulah jalan terbaik untuk menjadi baik. Hati amat sensitif bila mana melakukan dosa. Hati merintih bila anggota badan melakukan dosa. Air mata mengalir mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan walaupunm dsa-dosa kecil sahaja. Baca alquran berserta terjemahan,hayati ,fikir dan amalkan dalam kehidupan apa yang terkandung di dalamnya. Ikuti apa yang diajarinya. Sesungguhnya dalam alquran terkandung 1001 hikmah ;ubat jiwa, jalan dan panduan hidup,
mengenal Allah SWT dan tentang hari kiamat, suruhan dan larangan-larangan Allah, hukum hakam dan kehidupan, cara pergaulan dengan manusia lain, hubungan suami isteri dan sebagainya.

Teruskan menjadi baik, kerana itu-lah yang Allah mahu kita lakukan dan teruskan memakmurkan bumi ini. Kebaikan itu adalah fitrah insan.

Wallahu a'lam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 


Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman. (Ar Ra'd; ayat 18)

Ayat alquran di atas bermula dengan ayat bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya. Jadi mari kita tanya diri kita, adakah kita memenuhi seruan Tuhan kita? Adakah apabila azan dilaungkan, kita akan menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah? Adakah kita melakukan suruhan-suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya? Jika jawapan-nya tidak, itu beerti kita belum termasuk dalam golongan yang disediakan pembalasan yang baik.


Jadi rangkap seterusnya dalam ayat ini, iaitu orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, walaupun mereka seorang yang sangat kaya, ada banyak mana kekayaan pun, mereka tidak dapat menebus diri dari dosa-dosa yang dilakukan dengan kekayaan tersebut. Harta kekayaan yang melimpah ruah walaupun ada sebanyak isi bumi dan jika ditambah sebanyak itu pun, semua itu hanya sia-sia belaka jika hidup mereka dipenuhi dengan melakukan larangan-larangan Allah SWT, dosa dan maksiat. Apabila nyawa telah dicabut dan tiba hari hisab, tempat mereka adalah neraka Jahannam dan itu-lah seburuk-buruk tempat kediaman yang kekal selama-lamanya.

Mari kita menghayati dan merenung ayat ini dalam kehidupan kita. Apa guna kita kerja siang dan malam, untuk mengumpul harta kekayaan? Ada pangkat dan darjat, dihormati oleh manusia, namun kita sering melakukan maksiat dan dosa, apa guna semua itu? Jika akhirnya, neraka tempat tinggal buat selama-lamanya yang akan diseksa siang dan malam. Kembali-lah, kembali-lah, kembali-lah pada agama yang benar, agama yg diredhai iaitu Islam, kembali pada Allah SWT. Apa yg kita lakukan di dunia ini, ikhlaskan kerana Allah, untuk mendapat redhaNya.

Apa lagi jika anda seorang yang berilmu,mempunyai jawatan yang tinggi dalam organisasi,dihormati oleh orang ramai, gunakan apa yang ada pada anda untuk agama Allah SWT. Gunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah, menyebarkan Islam. Umat Islam bersatu tanpa mengira darjat,pangkat,harta,keturunan demi Islam yang tercinta. Moga negara kita, bahkan dunia tahu bahawa Islam itu adalah agama yang benar, agama yang mengajar insan menjadi seorang manusia yang baik, yang sukakan keadilan dan keamanan, yang suka kejayaan dan agama yang membawa manusia kepada kehidupan yang lebih baik.

Moga kita sama-sama sentiasa muhasabah diri dan sentiasa bermotivasi untuk menjadi hambanya yang berjaya dunia dan akhirat. Jika diberi ujian, bersabar-lah dengan ujian dunia, moga balasan atas kesabaran itu adalah syurga. In shaa Allah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Motivasi dan kehidupan

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kehidupan di dunia adalah kehidupan yang sementara. Kita telah ditakdirkan menjalani kehidupan di muka bumi, mahu atau tidak,kita perlu laluinya. Susah atau senang, kita perlu melalui. Kaya atau miskin,kita tetap melaluinya. Dan pengakhiran kehidupan kita, husnul khatimah maupun sebaliknya bergantung pada bagaimana kita melalui kehidupan ini.

Iman adakala naik dan turun. Tambahan bagi golongan wanita, yang ada masa 'cuti'-nya. Ini-lah perbezaan yang besar antara lelaki dan wanita. Bagaimana dengan lelaki yang tak solat tu? Agaknya, ada hormon wanita juga, yg menyebabkan mereka pun 'bercuti' juga. Ketika golongan wanita 'cuti',masa ini, mereka tidak dapat solat, tidak dapat mengaji alquran, tidak dapat solat sunat. Jiwa mereka saat ini, lemah jika tidak membuat amalan-amalan tambahan seperti baca al-mathurat (dgn niat zikir, jika ia adalah amalan-nya), membaca buku-buku agama dan berzikir. Apa yang lebih membimbangkan, saat lalai ketika ini,menjadi satu kebiasaan yang berterusan sehingga mereka sudah tamat 'cuti'.

Ketahui-lah, golongan lelaki sangat bertuah kerana tiada masa 'cuti'-nya. Bagi lelaki yang tidak solat dan tidak mengaji dalam kehidupan harian-nya,ruginya mereka. Walaupun, mereka mempunyai tubuh badan yang kuat, namun jika jiwa-nya lemah, rugi sekali. Bagaimana untuk menjadi seorang ketua? Jika diri sendiri belum taat, belum mampu untuk solat 5waktu dan belum mampu untuk mengaji alquran dalam kehidupan harian.

Tulisan saya ini adalah motivasi buat anda di luar sana. Buat anda dan peringatan buat diri saya bahawasanya kita perlukan seseorang untuk berkongsi nasihat(kata-kata yang baik), pengalaman, cerita suka dan duka. Jangan pernah malu untuk berkongsi cerita yang baik dengan kawan-kawan. In shaa Allah, ia akan dapat dijadikan pengajaran buat insan di luar sana. Teruskan meminta nasihat dan belajar daripada orang lain. Saya juga akan terus belajar hingga ke akhir umur saya.




Dalam kehidupan ini, berapa ramai yang gagal menjalani kehidupan ini dengan keimanan. Ramai yang gagal di tengah jalan setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan. Akhirnya pergi meninggalkan dunia ini tanpa sempat bertaubat. Itu lah dunia. Kerana itu, Allah sediakan syurga dan neraka. Insan perlukan motivasi untuk melakukan kebaikan dan amal soleh. Dalam kehidupan ini, motivasi amat penting dalam semua perkara yang ingin kita lakukan.

Motivasi yang terbaik untuk diri kita adalah kalamullah. Saat kita bersedih, apabila kita membaca alquran dan menghayati alquran terjemahan, in shaa Allah kesedihan itu akan terubat. Saat kita susah, apabila kita membaca kalamullah dan menghayati alquran terjemahan, in shaa Allah jiwa kita akan redha menerima Ketentuan-Nya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages