RSS

~IslAM ITU muDAH dan MenyelamATkan ~

Islam itu mudah dan memudahkan

Oleh:Maryam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum

Bicara kali ini bertajuk Islam itu mudah dan memudahkan.Alhamdullilah,saya gagahkan kudrat aqal,tangan dan hati untuk mengukirkan kata-kata Islam buat pembaca,diharapkan kiranya bermanfaat tulisan yang tidak seberapa ini.

Mengapa saya memilih topik yang sangat ‘simple’ ini?Ini kerana, topik yang ‘simple’ tidak dapat dihayati dan didalami oleh hati insan-insan di luar sana sehingga menolak jauh-jauh Islam dalam kehidupan mereka .Mereka  begitu takut untuk menghayati dan mendalami agama Islam kerana mereka telah membina di dalam kerangka fikir mereka ,bahawa Islam adalah menyusahkan,kuno,melambatkan,menyekat kebebasan ,pengganas,taksub dan sebagainya.


Kita tidak boleh meletakkan 100% kesalahan kepada mereka kerana memandang begitu negatif terhadap Islam itu dan bukanlah disini,untuk mencari kesalahan sesiapa.Apa yang ingin saya kupas dan leraikan adalah tentang mudahnya Islam itu.Sebelum saya pergi lebih jauh tentang topik ini, saya kepilkan ayat alquran.

Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (Thaahaa;ayat 2-4)

Saya membuat sedikit huraian ayat diatas.Dari ayat di atas,Allah telah menyatakan alquran yang diturunkan kepada umat Islam dimana di dalamnya terkandung amaran dan ancaman apabila melakukan kerosakkan di muka bumi,suruhan melakukan kebaikan,balasan untuk hamba-hambaNya yang soleh,cara-cara hidup dalam pergaulan dan semua konteks kehidupan ;bukanlah untuk menyusahkan manusia sebaliknya menjadi peringatan buat kita.


Dan dalam ayat tersebut ,terbuktilah hanya orang yang takut kepada Allah(beriman) akan memperoleh dan menerima peringatan tersebut.Siapa yang menurunkan alquran tersebut?iaitu Allah yang Maha Pencipta alam dan semua makhluk di muka bumi ini.

Bagaimana konteks Islam itu mudah dan mengapa begitu banyak insan yang memilih untuk beranggapan Islam itu susah dan menyusahkan?Yang pertama ,saya boleh utarakan kerana tiada dan kurangnya ilmu tentang keindahan  Islam itu.Ilmu sangat penting dalam kehidupan ini,bukan sahaja dalam konteks Islam.

Sesiapa yang tidak berilmu tidak akan dipandang dan sukar untuk mencapai kemajuan.Bukanlah,pentingnya pandangan manusia tetapi pandangan Allah s.w.t lebih mengatasi segalanya.Ilmu itu mengajar dan mendidik kita dari sesuatu yang kita tidak ketahui kepada pemikiran dan pengetahuan yang lebih luas dan mendalam.Ilmu tanpa amal juga,tidak berguna kerana pandangan Allah s.w.t adalah pada banyak mana amalan kebajikan yang dilakukan dengan diiringi hati yang ikhlas.

Namun, ada segelintir yang punya ilmu tapi terpesong ke jalan yang salah.Ini kerana ,hidayah itu milik Allah.Mari sejenak kita hayati dan fikir ayat di bawah ini.

Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.( Al Baqarah ;ayat 267)



Seseorang yang berilmu dan bila sekali pandang pada persis luarannya seorang alim; namun hati insan tersebut boleh terpesong ke arah kesesatan dan syaitan yang mana,tiap-tiap saat menggoda untuk menyesatkan kita .

Syatain pada asalnya, adalah hamba yang sangat taat pada Allah ,taraf syaitan pada waktu itu adalah setaraf malaikat;dimana siang malam,mereka beribadat kepada Allah swt. Namun,keangkuhan(kesombongan) mereka untuk tidak sujud(tanda hormat) kepada Adam,Allah telah menetapkan mereka menjadi ahli neraka buat selama-lamanya.

Lihatlah, betapa hidayah itu bila-bila masa boleh diambil kembali oleh Allah s.w.t dari hati-hati hambaNya.Namun berdasarkan ayat-ayat diatas,orang-orang yang mengikut syaitan(bisikan-bisikan ke arah melakukan kejahatan) adalah orang yang keluar dari cahaya hidayah.Oleh itu,pohonlah selalu keampunan ,rahmat dan hidayah Allah s.w.t ,moga ia menjadi milik kita sehingga hembusan nafas  terakhir di dunia ini.Mohonlah agar setiap saat dan masa,kita dapat menghindarkan dan melawan bisikan syaitan yang berdesir di telinga dan terdetik di hati.

Bila mana kita menyebut Islam itu mudah dan memudahkan; ia bukanlah beerti kita bebas membuat apa sahaja,bukanlah bermaksud Islam agama yang bebas kerana ia mudah.Bukan,sebaliknya islam itu mudah dalam konteks apa sahaja yang Islam menyuruh umatnya melakukan sesuatu perbuatan adalah untuk kebaikan dirinya sahaja.Dan jika perkara tersebut, dilarang kerana untuk kebaikan insan itu sahaja.

Kita ambil contoh,ibadat sehari-harian yang kita lakukan iaitu solat.Telah banyak kajian,demi kajian yang dilakukan oleh orang Islam sendiri dan juga bangsa-bangsa lain,membuktikan betapa ‘hebatnya’ solat dalam mengembalikan dan mengekalkan kesihatan insan.

InsyaAllah,sesiapa yang solat dengan sempurna,menjaga rukun dan tertib solat,akan merasa dirinya sihat dan jikalau sakit itu,hanya sebentar sahaja.Islam juga mewajibkan golongan adam agar bersolat Jemaah.Kenapa?Adakah untuk menyusahkan?Tidak,sebaliknya bila dibuat kajian terlalu banyak faedah-faedah bila mereka bersolat Jemaah.Untuk membaca lebih jelas tentang kelebihan solat sudut pandang perubatan,anda boleh buka laman web di bawah.



Contoh kedua yang saya kepilkan adalah puasa,bukan lah puasa bangsa lain tapi puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam pada bulan Ramadhan.Banyak kajian yang dilakukan dan ubat yang paling mujarab dalam dunia ini untuk mengubati penyakit kronik adalah berpuasa;sebagaimana puasa umat Islam.Di bawah ini,saya kepilkan beberapa laman web tentang kelebihan berpuasa dari sudut pandang sains.


Anda boleh mula menyelongkar Internet untuk mencari lebih banyak maklumat berkenaan kelebihan solat dan puasa dari sudut pandang sains.Saya kepilkan disini,hanya dua sahaja ibadat wajib yang umat Islam lakukan,namun secara jelas dengan akal fikiran yang sihat ,kita sudah boleh menilai bagaimanakah Islam itu.Adakah Islam itu agama yang mudah atau menyusahkan.

Banyak lagi,suruhan-suruhan yang Allah wajibkan dan sarankan insan melakukannya seperti;menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan(bagi perempuan),menutup aurat bagi lelaki (dari pusat hingga ke lutut),menunaikan zakat ,syahadah,puasa-puasa sunat ,melarang pergaulan bebas dan segala-galanya.

Disebalik semua suruhan dan larangan tersebut,tersembunyi seribu satu rahsia;dimana rahsia tersebut perlu dikaji ,diteliti dan dihayati.Ketahuilah,insan-insan muaallaf yang ikhlas memeluk Islam,bukan kerana lelaki atau ‘kebendaan dunia’,mereka memulakan dengan pengkajian,perbandingan agama,pemerhatian dan sebagainya.Bukan hidayah itu datang sekonyong-konyongnya ;mungkin ada tapi hanyalah sebilangan sahaja.

caj-caj yang dikeluarkan ketika solat berjemaah

Kedengaran kata hati yang sombong dan angkuh(salah satu sifat syaitan);takperlulah,aku nak kaji dan buat pemerhatian,akukan Islam asli.Ini adalah salah satu bisikan syaitan yang setiap saat mengganggu kaum Adam dan Hawa.

 Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga." (Al Israa';ayat 64-65)

Mulalah pengkajian ; tentang Islam,tentang kehebatan Islam,tentang diri kita,kajilah alquran terjemahan(tiada satu ayatpun yang bercanggah dengan unsur sains dan kajian-kajian yang dijalankan saintis).Di dalamnya tiada unsur penipuan,unsur tokok tambah.Tiada,dan tiada. 


semakin anda kaji,anda akan semakin rasa betapa hebatnya kebesaran Allah swt;semakin anda kaji,anda akan dapat merasai sesuatu yang amat bahagia dalam hati yang paling dalam;semakin anda kaji,semakin anda akan yakin dengan Islam,semakin anda kaji ,anda akan tahu betapa ruginya anda dilahirkan sebagai Muslim,namun tempat akhir adalah neraka kerana ‘tidak belajar’ dan ‘angkuh’(sombong) untuk menerima dan mengamalkan Islam dalam kehidupan.


Firman Allah swt:

 Dan orang-orang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya.( An Nuur;ayat 39)

Kenapa saya mengutarakan Islam itu adalah soal hati.Allah s.w.t melihat orang mukmin pada hatinya.Bila mana mereka beribadat,Allah s.w.t melihat pada hatinya,keihklasan hatinya dalam menunaikan ibadat-ibadat tersebut.

Islam sangat mengambil berat soal hati.Hati ibarat penentu diri seorang Insan.Dan hati inilah yang membezakan orang Islam dan orang bukan islam,dan juga orang Islam yang ikhlas(mukhlis) dengan orang Islam yang tidak beriman.Hayati firman Allah s.w.t.



dan ampunilah bapakku, karena sesungguhnya ia adalah termasuk golongan orang-orang yang sesat, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih, dan (di hari itu) didekatkanlah surga kepada orang-orang yang bertakwa.( Asy Syu'araa':ayat 86-90)

Lihatlah, hayati dan fikirlah betapa pentingnya hati itu bagi Allah s.w.t.Islam itu mudah dan memudahkan.Islam mudah dan mudahkan, hanyalah perlu menjaga hati.Bagaimana ingin menjaga hati?Allah s.w.t telah menurunkan alquran dan sunnah Nabi s.a.w sebagai panduan dalam hidup kita.

Janganlah kita terlalu mengagungkan budaya Barat kerana budaya itu diglobalisasikan untuk menyesatkan umat Islam dan betapa kita melihat betapa berjayanya mereka mengglobalisasikan anak-anak muda terutama yang berbangsa Islam.

Jika anak-anak muda memberontak di luar dan di dalam,menyatakan Islam adalah agama yang penuh dengan larangan dan peraturan.Saya bagi contoh yang paling mudah,yang anda boleh sendiri fikirkan.

Cuba anda bawa hati ,fikiran,lamunan anda kearah  satu organisasi yang tidak peraturan  dimana ahli-ahlinya boleh melakukan sesuka hati; adakah pada akal fikir anda yang sihat,organisasi tersebut akan menjadi sebuah organisasi yang gah dan maju.Pasti dan saya yakin jawapan anda,adalah tidak.

Begitu juga,kehidupan insan dimuka bumi ini,Allah telah hadiahkan dan anugerahkan panduan hidup yang tidak dapat diperoleh dimana-mana;iaitu alquran dan sunnah.

Bangkitlah anak muda,lihatlah kedasar hatimu yang paling dalam,ambil lah satu hari,dua hari ,menyendiri dan lihat lah ke dalam hatimu.Apa yang diingini oleh hatimu yang paling dalam.Kebebasankah?tenangkah hatimu.Keseronokkan kah?sampai bila,bila-bila masa ajal boleh menjemput.

Alhamdullilah.Akhir kalam,harapnya artikel yang tidak seberapa ini,bermanfaat buat para pembaca.Marilah tiap-tiap hari kita pohon hidayah Allah moga ia kekal menjadi milik kita hingga ke akhirnya.Moga kesudahan dan pengakhiran hidup kita adalah dalam iman dan takwa.amin.

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Motivasi kehidupan~

Motivasi kehidupan

Oleh:Maryam


Assalamu’alaikum

Hari ini,saya ingin membicarakan isi-isi motivasi kehidupan.Motivasi tu adalah sumber kekuatan bagi setiap   orang yang berjaya di dunia ini.Kita perlukan juga motivasi untuk berjaya di akhirat nanti.Hidup tanpa motivasi seolah-olah hidup tanpa haluan.Motivasi mungkin datang dari kesusahan dan kesempitan yang pernah dialami,sokongan orang yang disekitarnya,buku-buku yang dibacanya dan sebagainya.Apa sahaja yang menjadikan seseorang itu bermotivasi,tidak penting;yang penting adalah hasil kejayaan dari motivasi yang tertanam erat dalam hati.

Cuba kita jangkau pandangan kita pada orang yang tidak bermotivasi dalam hidupnya;terutama para remaja yang terlibat dengan masalah sosial.Cuba kita fikir sejenak ;apa yang menyebabkan mereka jadi sedekimian dan bagaimana cara terbaik untuk menarik hati-hati mereka keluar dari jerat sosial tersebut? Kebanyakkan remaja-remaja tersebut tidak sedar bahawa mereka telah ditelan oleh arus kemodenan ,apa yang mereka tahu;mereka adalah insan-insan yang mengikut perkembangan arus kemodenan.   

Apa yang saya dapat simpulkan; apa yang menyebabkan remaja-remaja terbabit tenggelam dalam arus kemodenan kerana hilangnya motivasi kehidupan dalam hati mereka yang paling dalam.Apa yang ada dalam hati mereka,hanyalah keseronakan;tanpa mengetahui dan menyedari hakikat hidup sebenar.Ada sebilangan remaja yang hidupnya dilimpahi kemewahan oleh ibubapa ,hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa mereka dengan bersuka ria dan melakukan maksiat.Tanpa menyedari dalam relung hati,bahawa suatu hari nanti,ibu bapa akan meninggalkan mereka dan limpahan kemewahan itu tidak akan selama-lamanya kekal .Kemewahan itu akan habis dengan sia-sia,tanpa mereka sedari.Apa yang menyebabkan mereka hanyut dalam hidup?kerana hilangnya motivasi kehidupan dalam diri mereka.

Motivasi kehidupan ini perlu dipupuk sejak kecil; boleh dikatakan bagi ibu,sejak bayi masih dalm kandungan lagi.Islam mengajar cara terbaik dalam motivasi kehidupan.Tiada seindah Islam dalam mengajar motivasi kehidupan ini.Islam mengajar kita untuk mengenal siapa diri,Siapa Tuhan kita dan ke mana kita akan dikembalikan selepas ini.Begitu indah dan tersusunnya Islam.Jika menjengah dan mengadakan ‘survey’ pada orang-orang yang bukan beragama Islam ;dalam hidup mereka,mereka selalu bertanyakan diri,mereka tidak mengenal diri mereka,mereka tidak tahu apa tujuan hidup mereka,mereka sentiasa mencari ‘kuasa’ yg dapat membantu mereka walaupun mereka telah ada agama mereka.Islam mengajar kita agar mengenal diri;Islam mengajar kita untuk mengenal Allah melalui kekuasaan penciptaan alam,semakin kita kaji,kita akan semakin kenal Allah s.w.t dan Islam mengajar kita agar membuat persediaan sebelum kita dijemput ajal.Begitu lah,indahnya Islam,agama yang begitu sempurna yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk manusia.



Lihat Islam dengan mata hati yang Allah kurniakan,tuntut lah ilmu(agama Allah),buka lah dan hayati apa yang terkandung di dalam alquran;bukan sahaja baca dan hayati tapi fikir lah apa yang terkandung di dalamnya.Begitu indah;segala pertanyaan kita tentang alam,ttg sikap manusia; semua terjawab di dalam alquran.

Salah satu ayat Allah swt ;menyatakan tentang kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t dalam penciptaan alam ini,penciptaan malam dan siang,penciptaan laut,penciptaan langit,penciptaan awan.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Al Baqarah ;ayat 164)




Cuba lah hayati satu ayat yang saya kepilkan disini;hanya satu ayat cukup untuk membuktikan bahawa Allah swt adalah Tuhan kita.Allah swt menurunkan ,6666 ayat ,30 juzuk alquran;di mana di dalamnya terkandung ayat-ayat yang cukup indah.Ayat di atas menyatakan kebesaran Allah dan hanya Allah swt yang mampu menciptakan semua itu.Cuba kita pandang diri kita; dan tengok diri,apa yang kita mampu lakukan.. tiada ,tiada apa pun.kita hanya tahu menggunakan dan mengeksplotasi apa yang diciptakan oleh Allah di muka bumi ini.Allah ciptakan besi,dan dengan besi itu,kita cipta buat kereta dan sebagainya.Allah ciptakan pokok dan dengan pohon kayu itu kita buat perabot ,rumah dan sebagainya.

Cuba kita dalami hati kita,pada ayat tersebut;Allah nyatakan dengan jelas.bahawa  Allah yang menurunkan air dari langit,jika kita persoalkan kenapa air tidak pernah hilang dari muka bumi,kerana Allah s.w.t sentiasa menurunkan air dari langit.Saya kepilkan ayat di bawah;dimana dengan awan tersebut,Allah s.w.t menurunkan hujan.Para saintis Barat telah membuat kajian; dimana air hujan yang turun adalah berasal dari gumpalan awan dimana titisan air dari bumi menyejat dan terbentuklah awan;dan awan tersebut apa telah bera akan turunlah sebagai titisan air hujan.Kebanyakkan saintis Barat yang memeluk Islam ,setelah mereka membuat kajian dan menkaji apa yang terkandung di dalam alquran,di mana saat alquran diturunkan pada 610Masihi;tiada siapa tahu tentang perkara tersebut .Ketika itu,tiada alat-alat teknologi canggih untuk menkaji lebih mendalam tentang alam ini.Pasti ada kuasa yang menurunkan dan menyatakan perkara tersebut untuk pengetahuan manusia dan ;itu lah salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah swt.

Dan Allah, Dialah Yang mengirimkan angin; lalu angin itu menggerakkan awan, maka Kami halau awan itu kesuatu negeri yang mati lalu Kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan itu. Demikianlah kebangkitan itu.( Faathir;ayat 9)


Oleh itu,cara terbaik untuk motivasi kehidupan ini;jadikan lah alquran dan sunnah sebagai motivasi kehidupan kita.Miliki lah satu alquran terjemahan dan jika berkemampuan beli lah satu tafsir alquran.Tafsir alquran mungkin,harganya agak mahal,tapi insyaAllah jika kita betul niatkan dalam hati yang ikhlas untuk memilikinya,suatu hari nanti,anda akan mampu untuk membelinya.Setelah anda telah membeli alquran terjemahan tersebut,jadikan lah ia sebagai sahabat anda dimana bacalah ,hayati lah,fikirkan lah apa yang terkandung di dalamnya;kerana tanpanya hilanglah motivasi kehidupan anda.Namun perlu diingat; ada juga beberapa kemaslahatan yang tidak terkandung di dalam alquran; seperti hukum meroko,hokum couple dan sebagainya; yang sentiasa dipertikaikan oleh manusia di muka bumi ini.Oleh sebab itu,dalam hidup ini;panduan utama kita dan motivasi kehidupan kita adalah alquran.Namun,kita perlu mengikut ijtihad ulama’; bagi meleraikan kemaslahatan ini.Tapi alquran dan sunnah masih menjadi matovasi kehidupan yang paling utama bagi diri kita.



Alhamdullilah.Saya akhiri tulisan saya kali ini,dengan ucapan terima kasih,di atas kesudian rakan-rakan yang sudi menghayati dan membaca.Moga Allah s.w.t permudahkan segala urusan kebaikan yang ingin kita lakukan.Saya kepilkan satu ayat;moga ia menjadi motivasi bagi kita
untuk terus dan terus melakukan kebaikan.

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.( Asy Syuura;ayat 23)

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Alhamdullilah~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH,LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdullilah,masa sangat-sangat sibuk itu telah berlalu.Hari ini,saya boleh goyang kaki dengan hati yang penuh dengan kesenangan kerana cuti semester akan bermula.Itu beerti,tiada lagi assignment yang bertimbun dan test tiap-tiap minggu menanti.


Alhamdullilah ,saya telah tamat menduduki final exam untuk semester ini.Tak sabar rasanya,nak menghabiskan 'zaman belajar' ni.Tapi tiada guna jika tamat belajar dengan pointer yang tidak memuaskan.Saya belajar dan letakkan target yang saya akan capai;namun jika saya tidak mencapai target tersebut,tidak boleh lah saya kecewa kerana saya telah berusaha sedaya upaya saya.Setelah berusaha bersungguh-sungguh,saya kembalikan segala-galanya kepada Allah swt,saya tawakkal dan bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang akan saya perolehi.Mungkin juga, apa yang saya perolehi tu,kerana setakat itu usaha yang saya lakukan.Namun,sebagai seorang Islam ,kita wajib yakin dengan qada dan qadar Allah swt,kerana Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.Apa yang boleh kita lakukan di dunia adalah berusaha dan berusaha.




Selepas ini akan bermula cuti semester,tapi tidak lama pun cuti semester,hanya dalam 3 minggu sahaja.Awal bulan Mei,saya akan kembali memulakan alam assignment dan test .. hihi.. begitu lah,alam Universiti.
InsyaAllah,apabila tamat short semester,saya akan memasuki tahun 3.. :) ,gembiranya.. itu beerti, sudah tidak lama lagi,saya akan tamat belajar.Selepas itu,boleh lah memulakan alam pekerjaan.InsyaAllah,apabila tamat belajar dengan pointer yang elok;lebih mudah untuk mendapat pekerjaan ataupun menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.



Semua yang saya lalui itu;hanyalah dunia.Mana bahagian akhiratnya?Bahagian akhirat tersembunyi disebalik dunia yang saya lalui itu;hari-hari yang saya lalui itu kerana apa sahaja yang kita lakukan di dunia,kerana Allah akan mendapat pahala dan ganjarannya.Akhirat itu,bukan lah hanya dengan beribadat sahaja;amalan2 lain juga dikira untuk akhirat jika kita lakukan semua itu kerana Allah.




Perjuangan saya dan pengorbanan yang saya lakukan ;saya belajar,mengorbankan umur dan wang kerana ingin menjadi salah seorang Muslim yang berjaya di muka bumi ini.Saya telah mendapat bahagian akhirat.Saya menjengah dan menilai betapa ramai orang bukan islam yang menguasai ekonomi dunia,lebih terperinci ekonomi di Malaysia dikuasai oleh orang bukan Islam.Saya perlu lakukan sesuatu agar saya tidak terlalu berada dalam 'alam pencarian dan penantian'.saya perlu beruasaha untuk mengubah nasib saya,dan inilah pilihan yang saya buat.Moga Allah merahmati dan meredhai pilihan saya ini.


Doakan lah,untuk saya;moga dengan doa semua,saya akan menjadi hambaNya yang berjaya dan dengan 'kejayan' ini,saya dapat menyumbangkan kepada 'pembangunan Islam'.amin


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~IndaHNYA sYAHID~







Tazkirah maghrib(dipetik dari majalah MEMPERINGATI ASY SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN):Menyeruak pengalaman Halim Mohamed Redzuan,Sukarelawan Muslim Care dalam tragedi MAVI MARMARA

Indahnya syahid; dan bukan lah semua orang akan dikurniakan mati syahid,hanya yang terpilih sahaja..

~9 orang yang gugur syahid ini masing-masing ada tabiatnya yang tersendiri.Halim mengenang kembali watak-watak peminang bidadari.Ada yang suka mengagihkan makanan dan minuman,ada yang suka membaca alquran,ada yang sentiasa tersenyum dan menunjukkan riak muka yang menyenangkan.

Hari ini semua kenangan itu sangat mendera perasaan.Halim merasa sangat rindu.Sebuah kerinduan yang sukar untuk dijelaskan.

"Salah seorangnya sentiasa membaca alquran dan tidak putus-putus.Sejak di kompleks sukan lagi semua sukarelawan disarankan solat malam,membaca alquran dan Ma'thurat."

"Yang hebatnya,rupanya Ma'thurat ini umat Islam satu dunia membacanya.Semua mazhab ada di situ.Tapi masa itu kami tidak pernah berselisih pendapat ttg mazhab.Ada imam solat mungmin dari Bahrain dan lain-lain.Kadang-kadang solat Subuh ada bacaan doa qunut dan kadang-kadang tidak ada."

"Ahli parlimen dan tokoh-tikih VIP semuanya tidur diatas lantai.Jadi kami berjumpa dengan seorang sahabat dari Turki disana walaupun dia tidak tahu berbahasa Inggeris dan Arab,tapi kami bersembang walaupun sedikit yang dapat difahami.Sahabat itu ialah salah seorang daripada 9 sukarelawan Turki yang gugur syahid ditembak Israel."

"Antara amalannya semasa berada di atas kapal Mavi Marmara ialah dia suka mengutip sampah.setiap masa dia melakukan khidmat tanpa disuruh.Wajahnya sangat tenang dan bahagia".







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages