RSS

~mOOd raYA+AssignmENT~


~MOOd raYA+AssiGNMENT~

~Selamat hari raya wat sahabat-sahabat di luar sana dan sahabt-sahabat yg mengenali ana~
gembira tak terkira nak sambut hari raya ;walaupun tidak tahu lagi cam mana suasana hari raya nanti.Pasti sangat beruntung dan  meriah bagi sahabat-sahabat yg mempunyai adik-beradik yg ramai,kan,kan,kan...

(berfikir merenung nasib badan).."ana cuma ada 2 orang adik beradik saje.kakak ana dah kahwin.kadang-kadang dia balik beraya kat kg suami dia dan kadang-kadang dia balik beraya kat kg ana.....tapi untung lah,tahun ni dia balik beraya kat kg ana..pasti meriah sakan lah dengan anaknya yg 2 orang tu. :) husan dan harsya,pengarang jantung maksu,walaupun selalu kena marah ngan maksu;"maksu sayang,sbb tu maksu marah..tak nak ,kalau tak marah nanti jadi budak nakal yg tak dengar kata dan buat perkara2 yg bukan".kalau tak sayang memang maksu biarkan je,jadi budak nakal dan tak dengar kata..huhuhu.. ~GaraNG mAKSu sebeNarnya DalaM hATI PenUH DENGAN pErasaan SayaNG~

Tiba2 terfikir;cam mana lah,mood raya bila beraya bersama2 suami dan anak-anak sendiri kan..hei..gatainyeee..saje jeee..nak wat kontroversi..lambat lagi kot,kahwin ni..nak wat cam mana..xde orang nak..hahahaha..tak sampai masa lagi..


raya-raya juga,tapi ana dah berangan-angan tahun ini,untuk puasa enam..insyaallah..jangan jadi angan-angan mat jenin dah..dapat sakit jee.jom kita pakat puasa enam.. :) rugiiii..sape tak puasa..jom kita pakat rebuuutt..hihihi..






Ana cuti raya tahun ni selama seminggu..untunglah badan.lama jugak lah tu..tapi jealous ngan budak-budak pra sekolah..apa taknya,mereka akan bercuti selama 2 minggu..tapi lepas ni mereka terpaksa menanggung bebanan di bahu..kena wat kelas ganti..huhuhuhu..tak mau lah..biarlah cuti lambat sikit,asalkan tak yah wat kelas ganti.


Biasalah bagi pelajar ipt,bila dah nak start cuti;mula lah semua lecturer bersedia ngan assignment yg bertimbun-timbun untuk diberikan kepada pelajar mereka.hahaha..sape lah dapat assignment banyak macam tu sekali.ayooiikkk..jawabnya mood raya tahun ini disulami dengan bunga-bunga assignment..tengok kuih ingat assignment,tengok rendang ingat assignment,bercakap pun soal assignment..hahaha ,jangan demam kura-kura gara assignment dah...hahahahaaa..LUMrah PELjar IPt..sesape yg kat luar sana ;yg nak teringin2 nak sambung belajar kat ipt kenalah bersedia ngan semua ni..hahaha..saje wat takut orang jeee..


ana raya tahun ini,sederhana sahaja..bersyukur dengan apa yg ada.mood tak nak membazir..tapi bagi ada yg duit lebih boleh lah borong sakan kat masjid jamik..huhuhu.. jangan boros sangat dah; sebab sesiapa yg boros tu akan jadi saudara syaitan.huhuhu..


Ana akhiri dengan firman Allah swt;

~Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati karena takut akan (azab) Tuhan mereka, Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka (sesuatu apapun), Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka,mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya.Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya. (Al Mu'minuun;57-61)~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~seLAMat paGI ciNTA~

~SElamAt PAGi cinTA~

Rasanya hati ana pagi ini,dipenuhi dengan cinta selepas rindu itu terlerai..erm,erm..indah perasaan itu.sesiapa yg tak kenal erti cinta tak akan pernah merasakan perasaan ini.

Cinta itu,bagi ana perlu dicari bukan mengharapkan dan berangan-angan kosong..ngak mungkin lah cinta itu datang..mustahil dong..:)bercakap dialek indon..bukan bercakap dialek indon tapi mengajuk dialek indon..nak bercakap tak pandai den..

Rindu,aku rindu
Rindu padaMu,ya Allah
akhirnya terlerai rindu itu,
kerana kutahu,
cintaku pasti dibalas olehMu,
hanya hamba-hambaMu yg ikhlas,
akan merasakan seperti mana yg aku rasakan,
telah lama kuimpikan perasaan ini,
telah lama kudambakan,
akhirnya aku dapat merasainya,
aku ingin agar hati aku terus merasainya,
sehingga hembusan nafasku yg terakhir di dunia ini.

Ceh,ceh,cewah...lakaran puisi wat kekasih hati..erm,erm..rasa puas..beginilah cinta.Bila hati dah cinta,dah tak leh berdusta..cam pernah dengar je ayat ni..ana pun dah tak ingat,ni lirik lagu siapa..tapi yg masih ada dalam minda ana,ini lagu kegemaran sewaktu muda-muda dulu..haha..pecah rahsia..wat malu jee..

ana nak wat ayat skema sikit ni;
"ana tahu sahabt-sahabat semua dambakan satu perasaan,'ingin disayangi dan menyayangi'.semua itu fitrah dalam kehidupan,sebab itu ana mencari satu cinta yg akan membahagiakan diri dan hati ana iaitu cinta Allah.apabila sahabat-sahabat telah memperolehnya,hati sahababat-sahabat akan merasa sangat bahagia.tiada siapa yg dapat membahagiakan seperti mana cinta ini."

"Basic untuk memperoleh cinta ini,sahabat-sahabat perlu ada ilmu sebab ilmu lah yang akan membimbing kita untuk melaksanakn amalan dengan betul,tanpa ilmu sia-sialah amalan yg kita lakukan."

"Ada sebuah alkisah..ada satu ketika,ada seorang ahli ibadah yg sangat banyak ibadahnya.satu hari syaitan telah mendatangi ahli ibadat itu;berkatalah syaitan padanya"kau lah letak lah bangkai ini bersama-sama dengan engkau ketika engkau sedang beribadat".Disebabkan kejahilan ahli ibadat tersebut,dia telah melaksanakan apa yg telah disuruh oleh syaitan tersebut.akhirnya,ahli ibadat tersebut meninggalkan dunia dalam keadaan amalnya tak diterima Allah"..ini salah satu cerita teladan yg boleh kita jadikan iktibar.. best tak cete tu..pasti sahabat-sahabt dah selalu dengar cerita ni,kan,kan..


~Apa-apa sahaja yg kita lakukan,kita perlu berilmu agar segala apa yg kita lakukan tak tersasar dari apa yg dilarang oleh Allah~

ANa AKHiri deNGAN firman Allah swt;

~Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir." (Ali 'Imran;31-32)~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~SalAM PERkenalan buat KEdua kalinya~

ASSAlamu'AIKUM..

Ini adalah blog ke2 ana ..Susah rupanya nak update dan edit blog supaya jadi cantik dan berseri-seri. :)ana edit sedikit sahaja dah mengambil masa beberapa jam..memang memakan masa betul.Ana harap dengan kehadiran blog ini,dapat memeriahkan blog-blog yg sedia ada dalam web :)

Ana tak pandai sangat untuk berkata-kata dan menyedapkan ayat-ayat tapi ana akan cuba memuatkan blog ini dengan perkara-perkara yg berfaedah agar kita semua mendapat manfaatnya :)

Ana ta'ruf sedikit tentang diri ana dan latar belakang pendidikan.Ana berasal dari Kelantan,sekarang masih menuntut di salah satu Institusi pengajian tinggi di malaysia.Sebelum ini,ana menuntut di UPM dalam bidang bacelor sains(bioteknologi) tapi memang sudah ditakdirkan pada pertengahan tahun 2010,ana mengambil keputusan untuk belajar semula bagi 'second degree' dalam bidang ijazah sarjana muda bioteknologi industri.memang minat betul ana dengan bioteknologi ni..'second degree' pun,masih dalam bidang bioteknologi..tu lah,yg orang kata "tak kenal,maka tak cinta" ..hihihuhuhu..memang ana dah 'cinta' betul dengan bioteknologi ni..cinta dunia.huhuhuhu..

Ana anak kedua dari dua orang..anak bongsu lah ni,tapi tak bongsu sangat pun. :)ana kalau bersama-sama dengan sahabat-sahabt,ana anggap mereka macam adik beradik ana,nak wat macam mana sebab adik beradik ana memang tak ramai..kakak ana dah kahwin,anak 2 orang..dah tinggal ana seorang lagi yang masih single...lagi2 lah,selalu duk seorang diri je..'nasib badan'.takkan lah kakak ana nak tunggu ana kahwin,baru dia nak kahwin kan..huhuhu.. :) untung juga,dia kahwin awal,dapat lah ana anak saudara...

Ni dah mengarut..sorry ye,sahabt-sahabt.ok lah,rasanya setakat ni,ta'ruf dari ana..insyaallah,ana akan cuba selalu update blog ana,agar ia tak kosong dan sentiasa ada pengisian.. :)

...SAlam RamadHAN..
~YummIE~


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages