RSS

Cinta

Alhamdulillah..

Bicara cinta. Setiap orang dambakan cinta dan kasih sayang sehingga sanggup melakukan perkara-perkara maksiat sehingga menghilangkan cinta Allah pada dirinya. Carilah cinta manusia, namun jangan lupa cinta Allah. Cinta-lah sesiapa yang engkau ingini namun jangan tenggelam dalam cinta itu sehingga melupakan cinta Allah. Hari ini terlalu banyak maksiat yang dilakukan manusia semata-mata kerana cinta manusia lain dan harta benda. Golongan muda yang begitu asyik dengan cinta remaja sehingga tidak menjaga pergaulan (ikhtilat) antara lelaki dan perempuan. Ada juga, mak dan ayah orang yang bercinta sehingga ke kamar, ditangkap oleh penguat kuasa dalam keadaan yang mengaibkan.. ya Allah, ya Allah, ya Allah.. semua ini kerana cinta.



Cinta.. setiap orang punya cinta itu. Jika punya cinta manusia(berlainan jantina), bagaimana untuk menguruskannya? Cinta itu perlu diuruskan agar anda tidak lalai dan tenggelam dalam cinta itu. Cinta itu boleh menjauhkan anda daripada Allah. Jika yang sudah bernikah, tiada masalah untuk menguruskan cinta kerana apa sahaja yang mereka lakukan telah halal. Jika mereka saling merindui, mereka akan peroleh pahala. Jika mereka bergayut dengan fon lama-lama, mereka akan dapat pahala. Namun, bagi yang telah halal, jangan-lah lalai dengan nikmat yang diperoleh menyebabkan anda tenggelam dengan kenikmatan dunia. Berusaha bersama-sama pasangan dengan hubungan halal yang dibina membawa anda berdua lebih dekat pada Allah, dengan sama-sama menuntut ilmu agama dan rumahtangga, memperbanyakkan amal ibadat, sentiasa mengingati Allah dalam apa sahaja perkara yang ingin dilakukan.

Manakala bagi yang belum halal, sangat penting untuk menguruskan cinta agar anda tidak tenggelam dalam cinta nafsu yang boleh merosakkan diri. Sukar, bukan? Untuk menguruskan hati yang tengah bahagia dengan cinta nafsu. Hanya Allah dan anda, tahu hati anda. Cuba lah sentiasa melihat ke dalam hati? Bagaimana keadaan hati anda dan amalan anda seharian. Jika solat pun nak cepat sahaja, mengaji alquran sebulan sekali, zikir tiada lagi lafaz dibibir, tidak berminat untuk menuntut ilmu, itu lah beerti anda dah kena mula memperbaiki diri dan hati. Kembali pada cinta Ilahi, kerana itu adalah kebahagiaan yang sebenarnya.




Jika anda tenggelam dengan cinta nafsu yang belum halal, saat anda telah ditinggalkan, anda tidak mampu untuk bangkit lagi. Jika mampu anda bangun lagi pun, akan mengambil masa bertahun-tahun, ada wanita yang terlalu kecewa dengan orang lelaki, menukar perwatakan menjadi tomboy dan pengkid. Sebab itu, penting anda sentiasa menjaga cinta Allah ketika anda punya cinta lelaki yang belum halal buat anda.



Begitu-lah cinta. Cinta yang dirasai dalam hati akan memberi kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan seseorang. Jangan anggap perkara ini kecil. Apa-apa sahaja yang melibatkan hati(perasaan) adalah perkara yang akan memberi impak yang amat besar pada kehidupan seseorang. Cintailah seseorang kerana Allah, dan niatkan untuk bernikah. Moga Allah lindung cinta kalian dari nafsu dan syaitan yang sentiasa menggoda. Berusahalah untuk mengikat hubungan yang halal secepat yang mungkin agar terhindar dari fitnah dan mainan syaitan.

:) Jika anda telah jatuh hati atau suka pada seseorang, tidak perlu marah pada diri. Itu adalah perkara fitrah manusia. Perempuan diciptakan untuk lelaki dan begitu juga sebaliknya. Yang menjadi masalah, adalah apabila lelaki cintakan lelaki dan perempuan cintakan perempuan (cinta nafsu). Jika dikurniakan cinta, bersyukur-lah. Moga cinta anda dan pasangan bahagia hingga ke syurga. :)    

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages