RSS

~Impian yang bakal menjadi kenyataan~


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Alhamdulillah, saya akan tamat praktikal pada bulan September 2013. Saya telah terima tawaran untuk menjadi pembantu penyelidik, Research Assistant (RA) daripada pensyarah di IPTA (mau rahsiakan nama IPTA tu). Alhamdulillah, saya terima tawaran itu sebelum saya tamat praktikal saya lagi. Tawaran RA adalah kontrak bermula 0ct-Dec (selama 3 bulan) dan kontrak ini akan disambung jika prestasi kerja saya cemerlang.

Saya banyak berkongsi cerita dengan pembaca blog saya iaitu pengalaman saya konvo dengan pointer yang kurang memuaskan dari UPM iaitu dibawah 3.00. Iya, betapa sukarnya. Saya telah mengambil keputusan untuk mengambil second degree bagi memperbaiki pointer, CGPA di UNISEL. Walaupun saya tidak dapat graduasi dengan pointer yang saya target iaitu 3.50, namun saya bersyukur apa sahaja yang ditentukan oleh Allah SWT. Saya telah berusaha dan redha dengan semua ketentuanNya.

Saya akan ambil peluang menjadi RA dan InsyaAllah akan bekerja dengan penuh komited dengan izin Allah SWT agar kontrak saya disambung. Dalam masa yang sama, saya akan memohon master di IPTA tersebut. Jika ada rezeki saya, saya boleh buat master dalam setahun dan terus kepada phd. Selain

itu, saya memegang jawatan sebagai RA dan pelajar master. Apabila bergelar pelajar master saya boleh memohon fellowship, biasiswa utk student master dan mybrain15.

Itu salah satu perancangan saya apabila tamat belajar nanti. Selain itu, saya akan memohon jawatan pegawai jika ada mana-mana kekosongan. Saya bertawakkal pada Allah SWT rezeki yang diberikan kepada saya. Saya hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Soal kahwin? Saya tiada jawapan untuk itu. Saya bertawakkal pada Allah SWT. Saya yakin dengan janjiNya. Seorang perempuan yang baik dan beriman, adalah untuk lelaki yang begitu juga. :)

Yang paling penting, saya menjaga diri (perbanyakkan amal-amal soleh dan hindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah) kerana mungkin saya tidak akan sempatpun untuk berkahwin, malaikat izrail telah datang mengambil nyawa saya. Setiap orang mengimpikan rumahtangga yang bahagia, bersama dengan insan yang membahagiakan, begitu juga dengan saya. Namun, bukan saya yang menentukan soal jodoh dan pertemuan. Saya serahkan segala-galanya kepada Allah SWT yang telah mentaqdirkan jodoh buat saya. :)

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat diberi nama dengan siti mariam. Nama saya sendiri sentiasa menjadi inspirasi buat diri saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Pertama, nama Maryam adalah mak nabi Isa, dan ada satu surah Maryam di dalam alquran. Subhanallah, Maryam(mak nabi Isa) menjadi salah satu inspirasi buat saya yang bernama Mariam. :)

Sejarah nama saya diberi adalah menggantikan nama nenek saya iaitu Siti Mariam. Subhanallah, nenek saya teramat baik orangnya. Dia meninggal di Mekah setelah selesai menunai ibadat haji. Ketika dia bersiap-siap untuk pulang, apabila arwah atuk panggil nenek, dia sudah tiada. Apabila saya tanya emak saudara tentang arwah nenek, mereka mengatakan ,"nenek amat baik orangnya". :)

Dan saya sebenarnya seiras dengan nenek saya dari segi ketinggian dan wajah. Dan nenek saya menjadi inspirasi saya.

Beruntungkan saya. Saya berasa amat bertuah sekali. 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages