RSS

~Motivasi diperlukan untuk hidup dan berjaya~

Assalamu'alaikum.

Setiap orang menjadi dirinya hari ini berlandaskan apa yang ada dalam hati dan fikirannya.Jikalau dalam hati dan fikiran ,untuk berjaya dalam hidup..insyaAllah dia akan menjadi seorang yang berjaya.Jikalau dalam hati dan fikiran cuma ada perasaan buruk,dengki,iri hati pada orang lain,dia akan menjadi orang yang tidak mesra dengan orang tersebut.Jikalau dalam hati dan fikiran,hanya untuk berseronok,dia  akan berseronok sahaja dalam kehidupannya.Sebab itu,dalam islam 'hati memainkan peranan yang sangat penting';hati adalah jatuh pandangan Allah:tidak pada pakaian mu,tidak pada rupa parasmu,tidak pada banyak amal ibadatmu.Jangan kita abaikan hati ini..tilik lah selalu hati kita,agar kita sempat membersihkannya sebelum terlambat.

Begitulah indahnya Islam.Apa kaitan hati dan motivasi?Adakah hati yang mendorong untuk memberi motivasi atau motivasi yang mendorong hati?Sebagai seorang Islam yang beriman,pastikan sumber utama motivasi kita adalah alquran dan assunnah.Motivasi boleh hadir dalam diri seseorang melalui pelbagai cara;antaranya melalui pengalaman yang dilalui,pergaulan dengan orang ramai,bacaan ilmiah dan sebagainya.

Bagaimana dengan orang yang dalam hidupnya tak ada motivasi?Motivasi datang dari dalam diri kita.Jika kita sedar yang kita tiada motivasi dalam hidup,carilah motivasi itu melalui cara-cara yang dinyatakan diatas.Bagi orang yang sedar,dirinya tak bermotivasi,kiranya masih beruntung sebab dia masih sempat memperbaiki diri untuk menjadi orang yang bermotivasi.Yang masalahnya,orang yang tak sedar yang dia tak bermotivasi..yang ni susah,memang sangat-sangat susah..dia bukan sahaja bukan menyusahkan dirinya malah menyusahkan orang sekelilingnya seperti ibubapa,adik beradik dan saudara-mara.


Motivasi sangat penting dalam hidup dan ia adalah salah satu perkara yang wajib ada dalam hidup.Motivasi bukan sahaja penting untuk dunia tapi juga untuk akhirat.Orang yang tak bermotivasi,dia akan abaikan akhiratnya..tinggal solatnya,tak menunaikan suruhan-suruhan Allah,melakukan pelbagai kemaksiatan.

Bagaimana motivasi akhirat ni?Motivasi akhirat hadir dalam diri seseorang bersama dengan ilmu.Orang yang tak mempunyai ilmu agama yang kukuh dalam diri,kemungkinan besar tiada motivasi untuk akhirat.Setiap kali mereka gagal dalam sesuatu perkara,mereka akan menyalahkan takdir.Setiap kali mereka ditimpa bencana,mereka menyalahkan Allah.Setiap kali mereka mengalami peristiwa pahit,mereka berputus asa pada Allah.Orang yang tak mempunyai motivasi akhirat akan meninggalkan suruhan Allah,tidak rasa takut dan bersalah dalam melakukan kemaksiatan kepada Allah.

Manakala,bagi orang yang mempunyai motivasi akhirat akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan Allah.Mereka beribadat bersungguh-sungguh sebagaimana mereka berusaha dalam mencari rezeki kehidupan.Mereka takut untuk melakukan dosa,mereka takut pada Allah.Mereka takut untuk meninggalkan suruhan Allah.Mereka takut bermaksiat pada Allah,jika boleh mereka sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari terjebak walaupun sekecil-kecil dosa.Mereka sabar diatas segala ujian yang datang dalam hidup mereka.Setiap kali mereka melakukan dosa dan kesilapan,Allah akan sedarkan mereka dengan dosa itu..dan mereka bertaubat dan menangis atas dosa-dosa yang dilakukan.Inilah antara usaha yang dilakukan bagi orang yang mempunyai motivasi akhirat.Bagaimana mereka mempunyai semua 'rasa' ini dalam hati dan kehidupan mereka?Dengan ilmu,tanpa ilmu tidak mungkin mereka akan merasai semua ini dalam hati mereka.



Bagaimana dengan motivasi dunia?Motivasi dunia lebih kepada seseorang yang ingin menjadi seorang yang berjaya,berguna kepada masyarakat dan  negara.Boleh dikatakan kesemua orang yang berjaya di dunia ini adalah orang yang bermotivasi,kerana tanpa motivasi dalam dirinya tidak mungkin dia akan berjaya.Begitulah hebatnya motivasi.

Pesanan untuk diri ini juga,agar sentiasa menjadi seorang yang bermotivasi dunia dan akhirat. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages