RSS

~Sayang, menyayangi dan disayangi~



Alhamdulillah, saya ingin berkongsi kegembiraan yang sedang melonjak-lonjak, walaupun luaran tuan empunya diri tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Hari ini, telah hampir 70 peratus tugasan praktikal sudah selesai, cuma tinggal lagi hantar report dan log book. :) Bagi yang mempunyai pengalaman praktikal, pasti dapat rasakan kegembiraan ini. :)

Kali ini saya ingin berkongsi tulisan saya yang bertajuk sayang, menyayangi dan disayangi. Sudah lama tidak menulis memandang fikiran ini penuh dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Hari ini, fikiran saya, lapang selapangnya memandangkan hanya menunggu saat-saat tamat secara rasmi berada dalam alam belajar.

Sayang adalah ungkapan yang umum. Ada ungkapan yang berbunyi; Seseorang itu perlu menyayangi dirinya sebelum menyayngi orang lain. Bagi saya, ungkapan ini mempunyai maksud yang sangat mendalam. Jika seseorang benar-benar memahami erti ungkapan ini, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang sia-sia hanya kerana kecewa pada seorang lelaki maupun wanita. Setiap hari, ada sahaja kes rogol, berkhalwat dan kes buang bayi yang dipaparkan dalam surat khabar di malaysia.

Hari ini, jika kita lihat, betapa banyak, gadis-gadis remaja sanggup merosakkan diri hanya semata-mata kerana 'cinta' pada pasangan masing-masing. Itu beerti mereka tidak menyayngi diri mereka. Akhirnya, apabila terlanjur perbuatan sehingga mengandung anak luar nikah, dibuang oleh keluarga menyebabkan mereka hidup menderita. Menyayangi seseorang kerana Allah SWT. Bilamana dikatakan begini, jika maksiat yang dilakukan atau diingini oleh pasangan anda ,tinggalkan dia, kerana sayang dan cinta kepada Allah SWT melebihi dari cinta dan sayang kepada kekasih anda.

Istilah disayangi, tidak mesti hadir bersama menyayngi. Berapa ramai orang yang menyayngi kekasihnya,akhirnya ditinggalkan sia-sia. itu beerti dia tidak disayangi walaupun dia menyayngi pasangannya. Kerana disayangi oleh seorang jejaka, seorang wanita dikenakan sihar, dipukul kerana terlampau cemburu ,akhirnyanya lelaki tersebut bukan disayangi oleh pasangannya sebaliknya dibenci.

Sayanglah sesiapa yang anda ingin sayangi namun UTAMAKAN SAYANG dan CINTA pada ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW. InsyaAllah anda akan punya bahagia,  walaupun semua manusia ingin melihat anda susah, tidak bahagia, melarat, namun jika semua itu tidak diizinkan oleh Allah SWT, anda tetap akan bahagia. Anda akan bahagia walaupun anda tiada punya 'couple', anda bahagia walaupun tidak kaya, anda bahagia kerana anda sentiasa bersyukur dan UTAMAKAN SAYANG dan CINTA pada ALLAH SWT melebihi dari segala-galanya.


Tanamkan perasaan sayang pada semua manusia dan bersangka baik. Namun begitu, zaman sekarang terutama golongan wanita perlu berhati-hati dengan orang lain yang tidak dikenali. Sikap berhati-hati ini, dengan melihat pada luaran dan tingkah laku seseorang itu pada diri anda. Jika hati anda 'rasa tidak sedap' dengan seseorng tersebut, perbanyakkan minta pertolongan Allah SWT jika saat itu anda berseorangan. Jika dapat menjauhkan diri, usahalah menjauhkan diri dan dalam masa yang sama mohon pertolongan Allah SWT agar dihindarkan perkara-perkara yang tidak elok.

Setakat ini, perkongsian daripada saya. Moga sedikit tulisan ringkas ini dapat memberi manfaat bagi sesiapa yang membaca dan terbaca tulisan ini. :)

Sekian, wassalam. Terima kasih kerana sudi meluangkan membaca tulisan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages