RSS

Akhirat atau dunia

Bismillahirahmanirrahim
Assalamu'alaikum



Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (Asy Syuura;ayat 20)




Kehidupan kita ini adalah kehidupan sementara yang Allah bagi pinjam untuk kita. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali apa yang dipinjamkan untuk kita. Bila-bila masa Allah bolehambil nyawa kita, rezeki yang kita miliki, pancaindera kita, anggota badan kita, nikmat sihat kita. 



Namun, banyak manusia yang lupa yang segala nikmat yang diberikan kepada mereka adalah pinjaman. Apabila sesuatu yang dikatakan pinjaman, semuanya perlu dibayar. Bagaimana dengan pinjaman yang Allah berikan? Allah tidak menyuruh kita membayar segala nikmat yang diberikanNya kepada manusia sebaliknya Allah menyuruh kita melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.



Dengan kata lain, Allah swt menyuruh manusia bersyukur dengan segala nikmat yang Allah swt berikan dengan beramal kepadaNya dan meninggalkan laranganNya.



Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Luqman;ayat 12)








Namun, manusia bukan sahaja tidak bersyukur malahan melakukan kemaksiatan kepada Allah swt. Manusia melakukan kerosakkan dimuka bumi, melakukan kejahatan, merosakkan alam, melakukan kezaliman dan penindasan, dan sanggup melakukan apa sahaja atas nama harta benda.

Panduan dan pegangan hidup kita adalah alquran, sunnah Nabi Muhammad SAW dan Ijma Ulamak.In Shaa Allah jika kita mengikuti panduan ini, kita akan berada di atas jalan lurus. Namun begitu ada juga, golongan yang mengambil alquran sebagai dalil untuk menegakkan kebatilan. Mereka mengambil separuh dari kandungan alquran dan meninggalkan separuh lagi. Maka sesatlah golongan itu.


Dalam Surah Asy Syuura, ayat 20; Allah berfirman jika manusia impikan kehidupan akhirat,iaitu kehidupan yang kekal, Allah akan berikan kepada mereka. Manakala golongan yang hanya menginginkan kehidupan dunia sahaja, Allah swt akan berikan hanya untuk dunia sahaja, tiada balasan untuk akhirat.



Ayat ini berkait rapat dengan amalan-amalan yang kita lakukan di muka ini. Jika kita melakukan kebaikan seperti bersedekah, menolong orang lain, berdakwah adalah kerana mencari akhirat iaitu mencari rahmat dan redha Allah swt, InsyaAllah Allah swt akan memberikan balasan (pahala) yang berlipat kali ganda kepada mereka.


Namun, jika segala kebaikan yang dilakukan semata-mata untuk mendapat pujian manusia, tiada lagi balasan(pahala) yang diperolehi. Yang hanya diperolehi adalah pujian manusia kerana itu lah yang dikehendaki oleh si pembuat kebaikan.


Lakukan segala amal soleh untuk mencari cinta, kasih sayang, rahmat dan redha Ilahi. InsyaAllah engkau akan bahagia. Hidup kita ini sekejap sahaja, namun ingat, ingat yang sementara akan diuji dengan ujian, kesenangan, keperitan. Dan kita juga ada musuh yang nyata iaitu syaitan dan juga musuh tersembunyi iaitu manusia yang menyembunyikan kejahatan dalam hati mereka.


Dalm hidup yang serba moden,hidup yang dikelilingi kemasiatan dan  hidup yang dilitupi oleh kejahatan yang dilakukan secara terang-terangan dan tersembunyi oleh manusia. Mohon lah perlindungan dan rahmatnya, moga hidup kita terselamat dan kaki kita tidak tergelincir pada jalana kesesatan.    




Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Dunia hari ini~


Dunia hari ni,


Mengajar diri ini menjadi insan lebih tabah


Mengajar diri ini lebih mendekat pada Allah


Mengajar diri ini hidup berdikari


Mengajar diri ini agar tidak menjauh dari alquran


Mengajar diri ini sentiasa merendah diri


Kerana dunia hari ini terlalu kejam


Kerana dunia hari ini telah banyak menunjukkan tanda2 kiamat

Kerana dunia hari ini terlalu maksiat

Hanya Allah swt yang dapat menyelamatkan insan

Hanya Islam yang dapat menunjukkan diri ini ke jalan yang benar.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Masa depan~


Aku termenung memikirkan masa depan,


Dimanakah aku nanti?


Apakah pekerjaan aku nanti?


Siapakah jodoh aku?


Jiwa Aku tersentap,


Mungkin aku tidak akan pernah sampai saat itu,


Izrail datang mengambil nyawaku sebelum sempat aku melalui saat itu.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages