RSS

Motivasi sumber kekuatan

Assalamu'alaikum

Bismilahhirahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Saya dapati post yang bertajuk Motivasi diperlukan untuk hidup dan berjaya adalah tajuk yang paling banyak dibaca oleh kawan-kawan. Alhamdulillah, sedikit perkongsian ini harapnya dapat memberi manfaat kepada semua.



Apa yang boleh saya simpulkan dari perkara ini ,motivasi adalah perkara yang sangat diperlukan oleh insan untuk menjadi hambaNya yg berjaya dunia dan akhirat. Saya akan cuba meluangkan masa untuk memperbanyakan tulisan yang berkaitan dengan motivasi islamik, In shaa Allah. Moga perkongsian ini adalah sedikit usaha yang saya dapat memberi manfaat pada orang lain.Ingat-lah! Insan yang tidak mempunyai motivasi dalam dirinya akan mendorong dirinya pada kegagalan dan tidak bermaya untuk teruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini.



Pasti anda pernah mendengar bahawa seseorang itu akan dibentuk apa yang ada dalam hati dan fikirannya. Contohnya; jika dia sakit, namun fikiran dan hatinya tidak terbawa-bawa dengan kesakitan yang dihadapi, in shaa Allah dia akan cepat sembuh dari sakitnya. Orang yang mempunyai motivasi dalam dirinya akan sentiasa memberi kata-kata positif pada dirinya dalam apa jua keadaan. In shaa Allah, anda akan positif dalam menghadapi apa sahaja dugaan dalam kehidupan ini.



Motivasi yang ada dalam diri insan datang daripada pelbagai sumber. Biasanya motivasi datang daripada sokongan orang terdekat seperti ibu, bapa, adik-beradik, suami/isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Tapi tidak semua insan punya ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan. Beruntung jika anda punya ahli keluarga yang sebegini, hargai-lah mereka dan berikan sokongan pada mereka saat mereka juga memerlukan motivasi. 

Namun, jika anda tidak memiliki ahli keluarga yang sebegini, jangan bersedih dan kecewa. Setiap orang, Allah SWT berikan bahagian mereka masing-masing. In shaa Allah, Allah SWT ingin hadiahkan anda sesuatu yang lebih berharga daripada itu. Jika begitu, nampaknya anda perlu mencari motivasi sendiri. Cuma anda perlu sedar yang anda perlukan motivasi itu untuk memberikan anda semangat dan kata-kata peransang. 


Bagaimana untuk anda mencari motivasi? Jika anda benar-benar memahami agama Islam (bagi yang menganuti agama Islam), anda sudah punya motivasi untuk menghadapi kehidupan ini. Al-quran yang menjadi panduan Umat Islam terkandung 1001 motivasi. Banyak kisah Nabi dan Rasul terdahulu yang diwahyukan adalah untuk menenangkan jiwa Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah. Selain itu, banyak ayat-ayat yang menyentuh tentang kehidupan dimana agar manusia bersabar dalam menghadapi ujian kehidupan,memaafkan kesalahan orang lain dan Allah suka pada orang-orang yang melakukan kebaikan.. Sesungguhnya Allah akan membalas di atas kesabaran umat Islam dalam menghadapi ujian dan bersabar dengan sikap tidak baik orang lain pada diri mereka dengan Syurga. 

Satu ayat dalam alquran yang memberi motivasi untuk saya merubah diri saya dan menjadi insan yang berjaya. Jika anda berminat untuk baca kisah saya boleh baca tajuk ini hidupku dan Impian yang bakal menjadi kenyataan


 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11)

Akhir sekali, anda boleh mencari motivasi dengan pembacaan buku-buku motivasi. Di Malaysia, banyak buku motivasi yang boleh dibeli di kedai-kedai buku dengan harga yang berpatutan. Keluarkan sedikit duit untuk membeli buku motivasi dan jadikan bahan bacaan harian untuk diri anda sendiri. In shaa Allah, anda akan punya motivasi dalam hidup anda untuk maju dalam kehidupan dunia dan akhirat. Untuk baca post saya bagi motivasi akhirat anda boleh baca post ini motivasi dan kehidupan.


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains (Bioteknologi), UPM dan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,UNISEL. Penulis amat meminati penulisan islamik. Moga sedikit perkongsian dan idea yang ditinta ini dapat menjadi salah satu amalan buat diri penulis. Boleh hubungi penulis; yummieislam@gmail.com



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menjaga ikhtilat

Apa itu IKHTILAT ?

Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialahTidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.
 ikhtilat
HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?
Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.
Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:
1-      Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)
    • Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
2-      Dalam keadaan keperluan (Hajat)
    • Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
    • Dalam pembelajaran (Kelas)
    • Jual beli
    • Kerja kehakiman
    • Saksi
    • Amar maaruf nahi mungkar
    • Melayan tetamu
    • Dalam kenderaan awam
    • Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
p/s:   Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat
 Perkara yang dilarang dalam ikhtilat
1-      Pandangan yang berlebihan
    • Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam,
    • “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31
    • Dan sabda rasulullah “…. janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu”
2-      Bersentuhan
    • Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
    • Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
3-      Bercakap lembut
    • Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
    • Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
4-      Khalwat(berdua-duaan)
    • DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram.
    • Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat.
    • Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
5-      Tidak menutup aurat
    • Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan
    • Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut
Syarat-syarat Ikhtilat
1-      Niat
    • Kerana Allah
2-      Matlamat
    • Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3-      Tidak bersentuhan
    • Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
4-      Menutup & menjaga aurat
    • Perlu sentiasa terjaga
5-      Menjaga adab bercakap
    • Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6-      Mengasingkan tempat
    • Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
7-      Dibawah kawalan orang yang dipercayai
  • Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
  • Keadaan (Wakie’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai
Salah Faham berkaitan Ikhtilat
  1. Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.
    • Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat
    • Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
    • Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)
  2. Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat
    • Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.
    • Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan
  3. Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat
    • Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat
    • Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat

“Wallahua’lam”

Rujukan:
Kutaib Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya, cita-cita dan islam

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kesihatan yang baik buat diri ini. Alhamdulillah, dengan kesihatan yg baik ini, kita dapat memperbaiki diri ke arah yg lebih baik, amalan dan akhlak kita.. in shaa Allah. Sudah agak lama, diri ini tidak menulis, jadi untuk melepas kerinduan pada penulisan, saya 'mencuri' masa terluang untuk menulis sedikit kata-kata yang mungkin bermanfaat buat diri ini dan masyarakat di luar sana.

Jika ada follower saya atau sesiapa sahaja yg mengikuti penulisan saya dalam blog ini, tahu serba sedikit tentang diri ini; cita-cita, perjalanan dalam menghabiskan second degree dan serba sedikit tentang kehidupan saya. Alhamdulillah, saya telah tamat second degree di UNISEL. Saya sudah mula bekerja sebelum konvo lagi. Saya mendapat tawaran sebagai research assistant. Position Research Assistant biasanya ditawarkan kepada graduate IPTA atau IPTS yg ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat master atau phd. 

Sekarang, saya berada di UKM, dan in shaa Allah,saya akan menyambung master disini pada bulan Sept 2014. Buat masa sekarang, saya bekerja sebagai research assistant dahulu, menjalankan tugas projek master yang akan saya daftar tidak lama lagi. Fokus saya adalah untuk menyambung master dan jika Allah izinkan berserta usaha yang gigih, sy berpeluang utk convert pada PHD. Iya, bukan mudah tapi tak mustahil jika sy bekerja kuat dengan dorongan dan tunjuk ajar orang-orang yg hebat (profesor di UKM ).

Ini lah cita-cita saya. :) Anda pula bagaimana? Impian dan cita-cita anda. Perkara pokok dan utama, bukan lah yg cita-cita saya untuk mengejar phd. Namun, untuk apa saya buat semua itu? Adakah untuk mengejar pangkat, nama dan harta? Tidak! Saya lakukannya demi Islam yg tercinta. Menjadi hambaNya yg berjaya dunia dan akhirat. Kata-kata Haji Azam(ayah Ahmad Ammar yg syahid di Turki), menjadi saintis yg ummatik, menjadi pensyarah yg ummatik, menjadi doktor yg ummatik, menjadi sesiapa sahaja (yg berjaya dunia) punya visi ummatik (demi Islam dan utk berjaya akhirat).

Ini lah kehidupan kita. Jika anda pernah gagal. Saya juga pernah gagal. Namun, jangan jadikan kegagalan itu sebagai sebab utk anda terus gagal. Jadikan kegagalan itu sebagai motivasi dan panduan (utk anda tidak gagal lagi di masa hadapan) agar mencapai kejayaan di masa hadapan. Orang-orang yang hebat pada hari ini, mereka juga ada cerita kegagalan pada masa lalu. Teruskan berusaha utk berjaya dunia dan akhirat. Wallahu a'lam. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages