RSS

Perbandingan agama



Subhanallah; Dalam kehidupan manusia, kita perlukan 

agama yang membimbing diri kita ke jalan yang lurus. 

Namun, ramai orang yang telah beragama Islam tidak 

mengamalkan ajaran Islam itu sendiri. Kenapa? Kerana 

mereka tidak tahu dan tidak meyakini Islam itu, Syurga ,

neraka ,kiamat dan semuanya. 

Allah swt kurniakan aqal dan hati kpd manusia. Namun ,aqal tanpa ilmu,manusia akan tersesat. Oleh itu, buat bangsa Melayu yang telah beragama Islam, kajilah, pelajari lah, dan buatlah perbandingan agama-agama yang berada dalam dunia ini. 


Dan anda akan temui kehebatan Islam dan tiada satu agamapun yang dapat tandingi kebenaran dan kehebatan Islam agar anda tidak menyesal saat nyawa telah berada di keronkong (saat nyawa sedang dicabut oleh Malaikat Izrail). 



~Kemudian Kami iringi di belakang mereka dengan rasul-rasul Kami dan Kami iringi (pula) dengan Isa putra Maryam; dan Kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan dalam hati orang- orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang.



Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah( Yang dimaksud dengan Rahbaniyah ialah tidak beristeri atau tidak bersuami dan mengurung diri dalam biara) kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keridhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. 



Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka pahalanya dan banyak di antara mereka orang-orang fasik.~ (Al Hadiid;ayat 27)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Mengejar sebuah impian~

Apa khabar semua? Hari ini,aku nak membicarakan tentang sebuah impian. Setiap orang pasti ada impian yang ingin dicapai dalam kehidupannya. Perjalanan kehidupan saya, terasa begitu sukar sehingga saya berada saat ini. Waktu ini, saya rasakan tidak terlalu perit seperti sebelum-sebelum ini. saya masih dapat rasakan peritnya menjadi graduan yang mempunyai sijil ijazah, namun tidak dapat bekerja dalam bidang yang dipelajari maupun pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan tersebut.


Diluah mati emak, ditelan mati ayah. Begitulah ibaratnya, graduan yang tidak mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka. Bukan soal memilih pekerjaan, namun bagaimanakah pekerjaan tersebut. Jika diteliti hari ini, majoriti pekerjaan di Malaysia seperti pasaraya, hotel, restoren dan sebagainya dikehendaki pekerja-pekerja memakai pakaian seragam. Jika pakaian seragam yang dikhususkan untuk menutup aurat ,tidak mengapa. Ini tidak. Tidak mungkin lah, saya dapat bekerja dengan mendapat rezeki melanggar perintah Allah swt.

Tak dikira lagi dengan solatnya. Peruntukkan waktu solat. Saya pernah berhenti kerja 24 jam sebab supervisor tidak memperuntukkan masa saya keluar solat. Itu lah yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk membaiki pointer saya, dan agar saya tidak akan berada dalam situasi getir begitu lagi dalam mencari pekerjaan,insyaAllah. Majoriti majikan hari ini menilai seseorang calon pekerja berdasarkan pointer sewaktu di Universiti. Mungkin ada yang lepasi tahap ini walaupun mendapat pointer yang kurang memuaskan, namun saya tahu, bukan mudah berbanding dengan graduan yang mempunyai pointr yang baik dan cemerlang.


Zaman sekarang, adalah zaman persaingan dimana setiap graduan perlu bersaing untuk mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan. Bukan mudah ye. Berpuluh-puluh ribu graduan yang tamat belajar tiap-tiap tahun. Bukannya tidak bagus persaingan ini. Cuma, bagi graduan yang tidak memndapat pointer yang memuaskan di universiti,pasti sukar utk meyakinkan majikan yang mereka mampu memberikan hasil kerja yang terbaik buat syarikat.


Tidak rugi sebenarnya, saya belajar semula ijazah sarjana muda. Kiranya,sekarang saya ambil second degree. Mungkin ada sesetengah orang kata rugilah. Bagi saya tak rugi, tapi bergantung pada orang tersebut. Bagi saya tak rugi kenapa? Pertama, saya struggle untuk pastikan saya konvo dengan 3.5 dan ke atas. Kedua,jika saya nak sambung master/phd, saya boleh apply biasiswa dan fellowship. Jika saya sambung master dgn previous pointer ,pasti sukar bukan untuk dapatkan mana-mana biasiswa dan mohon fellowship.

Jadi, tak rugipun,saya ambil second degree. Dan berita terbaru, saya dapat tahu, jika saya dpt 3.50,kemungkinan saya boleh buat phd terus sbb saya sudah ada second degree. Second degree kat sini, seperti saya dah ambil mastr sbb tu, dekan boleh buat timbang tara dan saya berpeluang untuk terus buat phd. Jika ikut prosedur, utk buat phd terus, saya perlu dapat first class/3.68. 


Impian saya sekarang adalah untuk buat phd. Umur saya sekarang pun,sudah agak lewat. Mungkin saya akan fokus pada belajar dan bekerja dahulu. Then, berumahtangga. Pastu baru fikir untuk sambung belajar wat master/phd. Berumahtangga pun penting juga. Takkan sampai umur saya dah lanjut,tak kahwin2. Tapi, buat phd adalah salah satu impian yang saya akan berusaha untuk capainya. Buat masa sekarang,saya perlu struggle dengan study untuk memastikan saya tamat belajar dengan pointer 3.50 dan ke atas. Target saya sekarang,untuk up pointer hingga capai 3.60 dan ke atas.


Tujuan saya belajar ke peringkat yg tertinggi adalah demi Islam. Mula2nya, saya cuma bercita2 nak belajar sehingga peringkat phd. Tapi, hari ini ,cita2 saya semuanya demi Islam. InsyaAllah apa sahaja yang saya akan capai,saya akan sumbangkan  buat Islam yang tercinta. 

Inilah impian saya. Bagaimana dengan impian anda semua?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebaikan itu adalah impian setiap insan


Kebaikan itu adalah impian setiap insan
Oleh: Maryam

Kebaikan adalah sesuatu perkara yang sentiasa insan rindui. Bila mana orang baik yang sentiasa melakukan kebaikan meninggalkan kita sama ada sementara atau selama-lamanya, kita akan merinduinya. Apabila seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan, tapi Allah telah cabut hidayah daripada org tersebut, dia akan merindui saat-saat dia sentiasa melakukan kebaikan. Begitulah betapa hebatnya kebaikan kepada kehidupan.

Namun, apabila kita melihat suasana dan situasi yang berlaku dalam negara kita hari ini, kebaikan seolah-olah dilupakan. Tiada lagi,istilah baik dalam kamus kehidupan orang yang mahu meneruskan kehidupan. Siapa yang menjadi baik,akan dihina, akan dianayai, akan ditindas, akan dipinggirkan dan sebagainya. Disebabkan fenomena itu,menjadikan semua orang takut untuk menjadi baik,takut ditindas,takut dipinggirkan, takut ditinggalkan.

Setiap hari, kita membaca mengenai pelbagai kisah bunuh, culik, rompakan, gaduh dan sebagainya dalam newspaper. Seolah-olah tiada lagi istilah baik dalam hati manusia yang sanggup melakukan perkara-perkara tersebut. Dan itulah yang sedang berlaku bukan sahaja di negara kita, tapi di negara lain juga.

Sebenarnya, manusia dilahirkan di muka bumi ini dalam keadaan fitrah, suka pada kebaikan. Sebab itu,kebaikan sentiasa dirindui. Sesiapa yang melakukan kejahatan pada hari ini, pasti bercita-cita tidak mahu melakukan kejahatan tersebut lagi suatu hari nanti.  Namun, apabila semakin meningkat dewasa,semakin banyak dosa yang dilakukan, hati dibiarkan kelam dengan dosa,tidak dibersihkan dengan istigfar dan bertaubat. Akhirnya,mereka terlalu mudah terjerat untuk melakukan kejahatan-kejahatan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”

Setiap bayi yang lahir dimuka bumi ini dalam keadaan putih bersih, fitrah penuh dengan kenyaman,ketenangan dan kebaikan. Sebab itu, apabila kita melihat bayi dan kanak-kanak kita akan tertarik dan rasa sangat tenang. Selain itu,kita juga dapat melihat wajah ulamak-ulamak yang begitu bersih. Hati yang bersih akan terpamer pada wajah, luaran,tingkah laku dan zahirnya.



Sangat penting dalam kehidupan ini kita melakukan kebaikan, bukan kerana ingin disukai atau kerana mengharapkan pujian. Namun ada perkara yang lebih penting dan utama, iaitu hanya dengan melakukan kebaikan, negara kita akan aman dan bebas dari kekejaman manusia yang rakus.

Kadangkala, manusia melakukan kejahatan kerana mereka berpeluang untuk melakukannya. Jika undang-undang negara kita lebih tegas sebagaimana negara-negara yang melaksanakan hukum hudud di dunia, insyaAllah akan berkuranglah dan manusia akan takut untuk melakukan kejahatan. Contohnya; jika ada 4 orang perompak dan dibuktikan dengan saksi yang cukup, maka 4 perompak tersebut dikenakan hukuman potong tangan. Secara logiknya, adakah masih ada lagi manusia lain yang ingin merompak. Pasti orang lain yang ingin merompak akan berfikir beratus-ratus kali sebelum melakukan kejahatan tersebut. Harga sepasang tangan, tiada harga dengan duit berjuta-juta. Begitulah,hebatnya hukum yang ditetapkan Allah.

Namun, manusia masih sanggup berdebat tentang hukum Allah. Allah swt menjadikan manusia, hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang paling baik untuk manusia. Apa sahaja hukum,suruhan dan larangan yang Allah tetapkan di muka bumi adalah untuk kebaikan pada manusia itu sendiri. Allah tidak memerlukan insan, namun insan yang sentiasa memerlukan Allah.

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (Al Ikhlash; ayat 2)

Kebaikan adalah sesuatu yang sentiasa dirindui. Adakah baik diri kita? Bagaimana untuk menilai kebaikan dalam diri kita? Kebaikan itu bukan untuk dipuji. Cuba kita ajukan soalan pada diri kita. Kenapa kita baik? Kenapa kita melakukan kebaikan? Jika jawapan kerana manusia lain atau kerana inginkan pujian,kebaikan itu takkan kekal lama. Kita takkan kekal melakukan kebaikan. Namun,sebagai seorang manusia biasa, kita takkan terlepas melakukan kesilapan, mungkin hari ini kita terumpat orang lain. Jadi,solusinya, perbanyakkan muhasabah diri dan istigfar. Yang paling penting, tiap-tiap hari kita bercita-cita untuk jadi baik dan merubah diri ke arah yang lebih baik.

Kembali kepada persoalan saya, kenapa kita ingin menjadi baik. Susahkah ingin menjadi baik? Maksud istilah baik di sini adalah yang taat pada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Apa yang Allah suruh? Iaitu solat, menutup aurat, beramal soleh, melakukan kebaikan, hormati pada ibu dan bapa dan sebagainya (semua perkara2 yg baik). Apa pula,perkara yang Allah larang? Semua perkara2 kejahatan ,termasuklah kemaksiatan dan meninggalkan solat.

Kembali kepada pegangan kita iaitu alquran, Allah SWT banyak berfirman tentang kebaikan. Allah SWT tahu bahawa hanya dengan sentiasa melakukan kebaikan, manusia akan dapat hidup aman dan harmoni walaupun orang lain melakukan kejahatan kepada diri kita.

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Asy Syuura; ayat 23)

Umat Islam diajar agar sentiasa melakukan kebaikan. Dan segala kebaikan tersebut akan dibalas dengan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah swt. Menjawab pertanyaan yang saya kemukan sebelum ini. Kenapa kita ingin menjadi baik? InsyaAllah,manusia yang melakukan kebaikan kerana Allah swt,insan tersebut akan melakukan kebaikan sehingga akhirnya walaupun bukan dalam pandangan manusia lain. Mereka takut untuk melakukan kejahatan kerana mereka sedar dan yakin Allah SWT melihat apa sahaja mereka lakukan,walaupun jauh daripada pandangan manusia lain.

Islam juga mengajar kita, menolak kejahatan dengan kebaikan. Contoh dan teladan yang paling baik adalah Nabi Muhammad SAW. Akhlak baginda begitu indah. Tidak hairanlah, dirinya digambarkan oleh para sahabat bercahaya-cahaya. Bukan sahaja kerana mukjizatnya,namun kerana akhlak dan jiwa yang bersih akan terpamer pada wajah,luaran dan peribadi baginda SAW. Nabi Muhammad SAW dihina, dikeji, dipulaukan, dilemparkan dengan batu dan sebagainya, namun baginda sentiasa memaafkan kaum tersebut,bahkan mendoakan kebaikan buat mereka. Dan di akhir hayat baginda masih terpamer kasih sayang baginda kepada umatnya; ummati,ummati,ummati. Baginda masih sempat menyebut umat baginda SAW.

Kembali menjawab soalan seterusnya. Susahkah untuk melakukan kebaikan? Susah juga untuk menjawab persoalan ini. Bukan kerana jawapannya susah,namun ia bergantung kepada orang yang ingin melakukan kebaikan tersebut. Jawapannya ada pada jawapan bagi soalan yang sebelum ini. InsyaAllah,jika anda lakukan ikhlas kerana Allah SWT, semuanya akan jadi mudah. Ikhlaskan semuanya kerana Allah dan tuntutlah ilmu agar hati dan jiwa kita kental untuk terus melakukan kebaikan walaupun apa sahaja rintangan yang dihadapi.

Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan;

orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;
sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima shabartum". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.(
Ar Ra'd;ayat 22-24)

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri, Universiti Selangor. Sukarelawan exco Gptd Unisel. Lawati blog: http://yummieislam.blogspot.com .Boleh dihubungi melalui :yummie_mariam@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Penulisan~


Bismillahirahmanirrahim

Assalamu’alaikum. Sudah agak lama tidak menulis,terasa rindu untuk melakarkan ayat-ayat buat sahabat-sahabat di luar sana. Terasa kagum apabila melihat penulis-penulis yang tidak rasa penat dan lelah dalam memerah idea untuk menulis novel-novel dan buku islamik. 

Setiap kali, saya ingin memulakan penulisan, saya akan terbayang,bagusnya jika saya berada di tempat yang menenangkan yang dapat memberi 1001 idea kepada penulisan seperti pantai, kawasan air terjun, kawasan dikelilingi pemandangan dan sebagainya.

InsyaAllah,saya takkan tinggalkan dunia penulisan ini kerana ini lah salah satu usaha dakwah yg dapat saya lakukan. Saya Cuma insan yang masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri kea rah yang lebih baik dan semoga sedikit perkongsian yang tak seberapa ini dapat menjadi amalan saya di akhir sana dan alam kubur.

Doakan saya, agar terus menjadi penulis dalam perkongsian ilmu dengansahabat-sahabat di luar sana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Bercinta hingga ke syurga~

Bercinta hingga ke Syurga
Oleh:Maryam

Assalamu’alaikum
Alhamdullilah,saya begitu tertarik dan rasanya,perlu bagi saya untuk menghuraikan satu tajuk atau ayat yang begitu gah dan terkenal terutama apabila seseorang itu akan menjejakkan kaki ke alam rumahtangga. Saya bukanlah insan yang berpengalaman dalam alam rumahtangga dan juga ,saya bukanlah insan yang pakar dalam tajuk ini. Namun,saya tahu suatu hari nanti,saya akan menjejaki ke alam ini, walaupun saya tidak tahu ,bila waktu itu akan tiba.

‘Bercinta ke syurga’.Inilah tajuk yang akan saya kupas dan terjemahkan mengikut fahaman dan sedikit ilmu yang ada pada saya .Bila kita baca tajuk ini pun,kita sudah tahu betapa indahnya cinta itu ,hingga ke syurga. Namun,keindahan itu cuma akan menjadi sebuah angan-angan dan lamunan yang tidak akan pernah menjadi realiti tanpa ada acuan yang betul.

Bagi pandangan saya,insan yang berumahtangga,bukan mudah untuk ‘bercinta hingga ke syurga’ kerana bahtera cinta itu didiami oleh dua hati, dua rasa, dua akal,dua jasad dan dua kefahaman. Oleh itu,kedua-dua yang mendiami bahtera itu perlu mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama. Jika hanya seorang yang berusaha untuk  ‘bercinta hingga ke syurga’, namun yang seorang lagi tidak pernah berusaha ke arah itu, tidak mungkin cinta itu akan sampai ke syurga. Mungkin,dengan mahlgia yang dibina atas dasar cinta,bukan sahaja tidak membawa ke syurga sebaliknya boleh membawa ke neraka.

Bila mana,saya memikirkan alam perkahwinan ini, pasangan yang dikahwini itu amat penting kerana bahtera itu melibatkan pasangan kita ,akan ke syurgakah cinta yang dibina atau sebaliknya.Apabila saya mengutarakan persoalan ini,akan timbul pertanyaan,bagaimana untuk memilih pasangan?

Ciri-ciri yang bagaimanakah pasangan tersebut?Jika anda ingin mencari pasangan,terlebih dahulu pandang dan tiliklah diri kita. Ada segelintir insan dan boleh saya katakan , semua inginkan pasangan yang soleh dan solehah. Namun,diri kita sebaliknya,tidak mencerminkan sifat-sifat tersebut. Jika,difikir secara akal yang logik,adakah kita boleh hidup dengan insan yang mempunyai karakter 100% berbeza dengan diri kita ?Jawapanya pasti tidak. Akhirnya,cinta itu tiada membawa apa-apa erti. 

Untuk kita mendapat yang soleh atau solehah,kita perlu merubah diri kita terlebih dahulu menjadi insan yang soleh dan solehah.InsyaAllah,bila kita berjumpa dengan insan yang soleh dan solehah itu dan apabila telah ditakdirkan sama-sama berada dalam bahtera itu bisa membawa cinta itu ke syurga.

Bagaimana dua hati,dua rasa,dua jasad ini ingin membawa cinta itu ke syurga?Walaupun kedua-dua yang berada dalam bahtera ini mumpunyai matlamat yang satu,namun perlu kita ketahui dan ‘sematkan dalam dada’,dimana setiap insan mempunyai sifat dan perilaku yang berbeza. Setiap  insan yang diciptakan oleh Allah s.w.t dimuka bumi ini adalah berbeza.

Bagaimana dua orang yang mempunyai karakter yang berbeza untuk tinggal bersama ,sehingga ke akhir hayat dan melayani bahtera agar cinta itu hingga ke syurga. Di sinilah pentingnya peranan tolak ansur,muhasabah,tidak egois,tidak mementingkan diri sendiri,kasih sayang dan semua sifat mahmudah.Buang jauh-jauh sifat mazmumah,sebab kita hendak bawa cinta itu hingga ke syurga.Tidak mungkin,jika kita ingin ke syurga,bahtera itu dipenuhi dengan sifat mazmumah.

Yang ada,bahtera itu akan membawa semua yang berada di dalamnya ke neraka.Sifat yang paling penting adalah sifat tolak-ansur di antara kedua-dua yang kemudi bahtera itu.Suami adalah yang mengemudikan bahtera dan isterinya adalah pembantunya. Namun perlu diingat,suami adalah pengemudi bahtera,tapi suami tidak boleh egois,walaupun dia adalah ketua.Ketua tidak beerti dialah yang berkuasa.Raja yang menjalankan  pemerintahan diktator,rakyatnya akan menderita. Begitu juga alam rumahtangga,ketua itu bertolak-ansur dengan isteri dan anak-anaknya.

Apa erti bertolak-ansur disini?Adakah bertolak-ansur dalam hal yang dilarang oleh agama?Isteri juga tidak boleh bertolak-ansur dalam hal-hal yang dilarang dalam agama. Contohnya haram patuh pada arahan suami dalam yang perkara yang dilarang dalam agama.Oleh itu,wajarlah seorang wanita perlu mempersiapkan dengan ilmu agama yang sekucupnya sebelum memasuki alam perkahwinan.Isteri juga boleh menegur suami,tapi dengan cara yang berhikmah.Oleh itu,suami perlulah bertolak-ansur dan menerima teguran isterinya,jika apa yang diperkatakan adalah sesuatu yang betul dan perlu diperbaiki.Semua   perkara dalam hidup ini perlu dibawa dalam perbincangan itu iaitu syura.Begitu juga hidup berumah-tangga,suami adalah nakhoda kapal tapi tidak bermakna dia boleh membuat sesuatu perkara yang penting tanpa melibatkan perbincangan dengan pembantu nakhoda,iaitu isterinyaa.

Saya yakin,insyaAllah jika seorang suami mengamalkan pemerintahan begini dalam keluarganya, rumahtangganya akan bahagia sehingga ke akhir hayat dan akhirat nanti,pasangannya di dalam syurga adalah isterinya semasa di dunia dan begitu juga sebaliknya.

Sebuah perkahwinan itu ibarat bahtera yang sedang berlayar di lautan dimana bila-bila masa bahtera itu boleh karam. Namun,apa yang dapat me nyelamatkan bahtera tersebut dari karam?Hanya satu perkara iaitu dengan rahmat dan perlindungan Allah.Seorang isteri atau suami boleh mengatakan;suami atau isteri adalah hak milik mereka kerana telah mengikatkan ikatan yang sah iaitu melalui akad nikah. Namun,sejauh mana dalam pengetahuan kita yang lemah ini,dapat kita tentukan yang suami atau isteri kita menjadi milik kita selama-lamanya.Kita tidak tahu;mungkin suami aatu isteri kita akan meninggalkan kita,dijemput ajal atau lusa,mungkin akan berlaku perselihan faham dan akhirnya membawa penceraian.

Apa yang saya yakini,selain dari pasangan tersebut berusaha untuk menjadi yang terbaik buat pasangan dan saling bertolak ansur,satu perkara yang sentiasa dilupakan oleh setiap insan ,iaitu melalui ikatan perkahwinan ,membina hubungan yang lebih dekat dengan Allah .Kenapa?Kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya,apa sahaja perkara yang akan berlaku di masa hadapan.Bina hubungan yang dekat dengan Allah,dengan sentiasa beribadat kepada Allah bersama-sama pasangan seperti;solat sunat tahajjud,membaca alquran bersama-sama,sentiasa solat berjemaah dan sebagainya. InsyaAllah,perkahwinan yang dibina atas dasar keimanan ini,akan membawa ke syurga.Walaupun sesibuk mana diri anda dan pasangan,luangkan masa dalam sehari untuk sama-sama mendekatkan diri pada Allah kerana hanya ini kunci kebahagiaan.

Alhamdullilah,cukuplah kiranya artikel pendek ini tentang sebuah perkahwinan yang membawaa cinta ke syurga, daripada seorang insan yang tidak mempunyai pengalaman dalam alam perkahwinan. Tulisan ini adalah atas dasar pemerhatian,pembacaan buku-buku,pengalaman orang lain yang sudah berumah-tangga. Harapnya,artikel pendek ini dapat memberikan sedikit input yang berguna dan dijadikan panduan untuk menuju dan melalui  alam perkahwinan yang diredhai Allah.Saya akhirinya dengan firman Allah SWT.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.( Ar Ruum;ayat 21)

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Bioteknologi menyumbangkan pendapatan dan meningkatkan pelaburan kepada negara~


PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) semalam mengenal pasti 10 Projek Permulaan (EPP) khusus bagi meningkatkan sektor bioteknologi negara, sekali gus bakal melahirkan 20 projek pencetus yang mampu meningkatkan pendapatan negara kasar RM3.6 bilion dan mewujudkan 13,600 peluang pekerjaan baru berkualiti tinggi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sepuluh EPP di bawah Inisiatif Bioekonomi Malaysia (IBM) itu bertujuan meningkatkan sektor bioteknologi negara meliputi tiga bidang utama iaitu pertanian, penjagaan kesihatan dan perindustrian.

Sambil melahirkan rasa gembira dengan pencapaian IBM diwujudkan kerajaan di bawah Dasar Bioteknologi Negara (NBP) kerana memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara, beliau berkata, pencapaian sektor bioteknologi negara ketika ini sangat menggalakkan.
“Contohnya di bawah pelaksanaan fasa kedua NBP iaitu dari 2011 hingga 2015 yang memberi fokus menjadikan industri menjurus kepada bidang perniagaan dan pengkomersialan dengan sasaran pelaburan sebanyak RM9 bilion sehingga menjelang 2015.

“Pencapaian kita setakat ini mencapai sasaran terbabit dengan jumlah pelaburannya mencecah RM12.7 bilion, manakala dari segi bilangan pekerjaan dijana dalam tempoh sama adalah 80,000 dan sehingga kini pencapaiannya ialah 64,753 peluang pekerjaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di sini.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Program Transformasi Bioekonomi (BTP) bagi melonjakkan industri bioteknologi ke tahap lebih tinggi dan mengumumkan keputusan mesyuarat menukarkan nama ICM kepada Majlis Bioekonomi Kebangsaan memandangkan istilah bioekonomi dilihat lebih menyeluruh berbanding bioteknologi. Mengenai 10 EPP itu, ia merangkumi input industri bioteknologi, bahan bio-kimia daripada sumber boleh diperbaharui, biobahan daripada bahan boleh diperbaharui, hasil ladang tempatan berasaskan bio dan bahan bio tempatan bernilai tinggi.
Selain itu, kepelbagaian sumber makanan tempatan bernilai tinggi, biosimilars, khidmat praklinikal dan penemuan ubatan, saringan molekul dan khidmat diagnostik serta sel tunjang dan perubatan altenatif.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, strategi BTP dilihat sebagai pemangkin meningkatkan dan melengkapkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan fokus utama kepada usaha meningkatkan pelaburan swasta dan mengurangkan kebergantungan industri kepada sektor awam pada masa depan.
Mengulas lanjut katanya, pembangunan bioteknologi juga mewujudkan beberapa industri baru yang sebelum ini tidak pernah ada di Malaysia.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Menghayati Kalamullah~




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Allah SWT mewahyukan alquran kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Alquran diturunkan kepada insan untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. Manusia tanpa panduan akan hidup terumbang-ambing. Alquran mengajar manusia tentang segala aspek kehidupan dan dilengkapkan dengan alsunnah. Bukanlah beerti alquran tidak sempurna kerana dilengkapkan dengan al-sunnah sebaliknya alsunnah akan menerangkan lebih terperinci apa yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam alquran.

Selain itu, kita juga perlukan pandangan-pandangan ulama' iaitu yang dipanggil ijtihad ulamak untuk membincangkan hukum-hukum semasa yang tidak dinyatakan secara nyata di dalam alquran seperti hukum merokok, mengambil dadah, dan sebagainya.

Umat Islam hari ini memandang remeh dalam menghayati terjemahan-terjemahan alquran. Mereka sedar atau tidak, menghayati dan berfikir terjemahan-terjemahan alquran akan membentuk akhlak dan keperibadian mereka. Mana mungkin, mukmin yang setiap hari dan sentiasa meluangkan masanya menghayati dan berfikir ajaran, teguran, hukum-hukum Allah SWT, kebesaran-kebesaran Allah SWT akan berani untuk melakukan kejahatan dan maksiat.

kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (An Nahl;ayat 69)

Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Ar Ra'd;ayat 3)

Umat Islam hari ini leka dengan maksiat dan 'biasa' dengan kejahatan kerana mereka meninggalkan alquran. Mereka bukan sahaja tidak membaca alquran, bahkan hanya menjadikan alquran sebagai perhiasan dalam rumah. Sesiapa yang sentiasa membaca alquran dan menjadikan ia sebagai rutin harian akan memperolehi pelbagai kenikmatan seperti ketenangan jiwa, wajah yang berseri-seri, hati yang lapang, pahala yang berterusan, akhlak yang baik dan sebagainya.

Alquran bukan sahaja perlu dibaca, namun dikaji, difikirkan terjemahan-terjemahannya, didalami dan dihayati, barulah benih-benih keimanan akan sentiasa tersemai di dalam jiwa. Kenapa seorang bangsa lain perlu membaca alquran terjemahan? Tidak cukupkah dengan membaca alquran dalam Bahasa Arab? Cukup sahaja, namun Allah SWT kurniakan alquran kepada Umat Islam agar alquran menjadi panduan. Jadi bagaimana untuk kita jadikan panduan jika kita tidak memahami apa yg disampaikan?


Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (Alquran ), ia akan mendapatkan satu kebaikan yang nilainya sama dengan 10 kali ganjaran (pahala). Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf." (HR Tirmidzi). Hadis dari Ibnu Mas'ud ini diperkuat dengan hadis serupa dari Abi Sa'id.

Sebagai seorang bangsa Melayu yang tidak tahu bahasa arab wajarlah kita menghayati Kalamullah dengan membaca alquran terjemahan. Alquran terjemahan bukan sahaja dibaca namun dikaji,dihayati, difikirkan terjemahan-terjemahannya. InsyaAllah, anda akan menjumpai segala jawapan dalam permasalah kehidupan di dunia ini. Dan ia tidak berakhir disitu, jika ada persoalan-persoalan yang anda tidak faham, apa yang dijelaskan di dalam alquran terjemahan,rujuklah orang yang lebih tahu iaitu ulamak-ulamak, guru-guru agama dan sesiapa yang mahir dalam ilmu alquran.



Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com. EMEL: yummie_mariam@yahoo.com  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bioteknologi masih dipandang sepi

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my


KECANGGIHAN satu cabang inovasi iaitu bioteknologi diiktiraf sebagai antara industri terpenting bukan saja mampu memberi pulangan lumayan dalam peningkatan penjanaan ekonomi negara, malah membawa dimensi baru terhadap bidang kerjaya.
Dengan sasaran penjanaan pendapatan RM45 bilion menjelang 2013, ia membuka peluang luas terhadap penyediaan sumber manusia yang berinovasi, berpengetahuan, terlatih serta mempunyai ciri keusahawanan boleh dikomersialkan. 
   
  • FotoKOSMETIK...menggunakan bioteknologi.
  • FotoMAKANAN...sumber keperluan yang perlu manfaat bioteknologi.
Pada akhir tahun 1970-an, bioteknologi Malaysia mula diperkenalkan sebagai salah satu revolusi teknologi yang menjanjikan pulangan lumayan pada abad ke-21 ini. Ia memainkan peranan penting di dunia dan Malaysia amnya yang berpotensi untuk menyumbang ke arah bidang pertanian, kesihatan, sumber alam, pendidikan dan semula jadi bagi membolehkan kitaran hidup berkembang.

Malangnya, tidak ramai antara kita yang menyedari betapa potensi teknologi ini mampu mengubah kehidupan manusia dan alam sekitar sedangkan di peringkat global, bioteknologi menjadi antara industri yang besar dan berpengaruh.

Bayangkan, nilai urus niaga bioteknologi dunia mencecah sehingga RM2 trilion membabitkan lebih 5,000 syarikat berkaitan yang kebanyakannya menguasai pasaran kosmetik, kesihatan dan sebagainya.

Tambah menyedihkan, terdapat segelintir yang menganggap bioteknologi tidak perlu didahulukan dalam usaha menyelamatkan pelbagai kerosakan berlaku di dunia berbanding industri lain.

Sumbangan bioteknologi kepada kehidupan manusia sudah jelas terpampang di depan mata. Contoh paling jelas, minuman berkarbonat Coca-Cola antara hasil eksperimen teknologi terbabit yang mengubah tabiat minum penduduk dunia.

Sebenarnya, bioteknologi secara tidak sedar sudah diaplikasikan dengan penghasilan bahan penapaian seperti keju, yogurt, tapai, tempe dan minuman keras seperti wain dan bir.

Makanan ruji seperti roti juga melalui proses bioteknologi apabila yis jenis Saccharomyces Cerevisiae digunakan untuk menaikkan adunan.

Selain itu, bidang pertanian menyaksikan kacukan pokok yang mempunyai buah yang banyak, manis atau besar hasil sumbangan penggunaan bioteknologi.

Tidak dilupakan, kaedah rawatan menggunakan antibiotik yang mengubati penyakit dan mempertahankan bahagian dalaman dihasilkan secara bioteknologi dalam makmal bermula pada 1928 apabila Alexander Fleming menjumpai kulat Penicillium.

Ia seterusnya digunakan untuk mengubati jangkitan kulit akibat bakteria Staphylococcus Aureus. Evolusinya diteruskan dengan penguraian bahagian teknologi sekitar 40-an apabila antibiotik Penicillin pula dihasilkan yang menggunakan teknik biopemprosesan bakteria.

Sekitar satu dekad yang lalu, penggunaan bioteknologi dikembangkan dengan peluasan aspek genetik dan molekul sehingga terhasilnya teknologi klon sebagai salah satu produk bioteknologi yang diuji pada kambing dan monyet.

Bioteknologi adalah keupayaan untuk penyelesaian masalah kehidupan laut berikutan perkembangan teknologi itu yang perlu ditekankan dalam usaha menyelamatkan ekosistem kawasan berkenaan.

Apatah lagi, fakta yang menunjukkan 70 peratus isi dunia adalah laut, menambahkan lagi keperluan mengkaji bioteknologi dalam usaha memberi manfaat pada masa depan.

Krisis kekurangan bekalan beras di pasaran dunia suatu ketika dulu memberi tempias kepada industri penanaman padi negara hingga menjejaskan penjualan beras tempatan, selain merencatkan bekalan sedia ada.

Senario itu mendorong sekumpulan penyelidik Institut Biologi Sains, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) diketuai Prof Dr Rosna Mat Taha tampil dengan inovasi benih padi tiruan yang dihasilkan menerusi kaedah bioteknologi pengkulturan tisu suatu ketika dulu.

Penyelidikan menggunakan spesies benih padi wangi dikenali Oryza Sativa MRQ 74 itu kata beliau, dijangka meningkatkan potensi tanaman padi negara, selain mengelakkan pergantungan kepada benih sedia ada.

Penghasilan benih padi tiruan itu, katanya, dilakukan dengan mendapatkan tisu sekecil 0.5 sentimeter daripada mana-mana bahagian padi dengan keupayaan untuk hidup menggunakan kaedah ‘micro shoot’ dan embrio menerusi teknik kultur tisu.

“Tisu ini kemudian disalut bahan campuran (media) matriks yang terdiri daripada kalsium dan natrium alginate yang berfungsi sebagai endosperma dan kulit tiruan.




“Proses percambahan tisu mengambil masa selama seminggu dan kita dapat lihat keupayaan tisu ini hidup dengan menghasilkan pucuk berganda, malah ada yang mampu tumbuh dengan akar sekali.

“Pokok ini kemudian dibiarkan tumbuh selama sebulan sebelum dipindahkan ke tanah biasa. Berbanding benih padi sedia ada yang hanya mampu menghasilkan satu pokok berbanding benih tiruan yang menghasilkan banyak anak pokok dengan pelbagai bentuk,” katanya.

Rosna berkata, penyelidikan mendapati hanya 150,000 benih padi tiruan diperlukan bagi kawasan seluas satu hektar berbanding 7.5 juta benih padi asli untuk keluasan sama.

Penghasilan benih itu membolehkan tanaman dilaksanakan pada bila-bila masa tanpa bergantung kitaran musim.

Katanya, kelebihan benih tiruan, ia mampu disimpan untuk jangka masa sehingga lapan bulan di bawah suhu sejuk 4 darjah Celcius tanpa menjejaskan daya ketahanan hidupan.

Selain itu, beliau berkata, penghasilan benih juga sesuai untuk proses pembiakan tanaman menggunakan skala besar, selain mampu menjimatkan kos.

“Teknik pengkulturan tisu ini juga mampu menghasilkan anak benih yang mempunyai lebih kurang 90 peratus menyerupai ciri-ciri induk, hasilnya kita dapat lihat keseragaman benih dan bunga padi,” katanya.

Sebelum ini, projek menghasilkan benih tiruan dijalankan ke atas beberapa spesies tanaman hiasan lain seperti kaktus, African violet, Begonia dan African daisy.

Potensi bioteknologi di negara ini mula dikenal pasti dengan penubuhan Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) yang diperkenalkan kira-kira tujuh tahun lalu di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Entiti terbabit juga menguruskan lebih 150 syarikat bioteknologi tempatan berstatus BioNexus yang membanggakan apabila kebanyakan syarikat ini mendapat kerjasama dan suntikan pelaburan syarikat antarabangsa.

Untuk makluman, syarikat berstatus BioNexus adalah syarikat bioteknologi yang dikenal pasti oleh BiotecCorp sebagai berdaya maju dan perlu diberi sokongan dari aspek pelaburan, penyelidikan dan bantuan modal.

BiotechCorp pernah memberi saranan kepada semua kerajaan negeri dan koridor ekonomi menggalakkan tumpuan dalam bidang khusus industri bioteknologi iaitu yang boleh menyediakan daya saing bagi menarik lebih banyak pelaburan asing.

Ketua Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp), Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal berkata, kini bukan saja syarikat yang mahukan pelaburan, malah kerajaan juga agresif meneruskan pelaburan bagi membangunkan industri bioteknologi di negara masing-masing.

“Kebanyakan negara, bandar atau negeri mahukan pelaburan berasaskan keupayaan masing-masing.

“Kami mahu memindahkan keupayaan ini kepada negeri masing-masing di Malaysia atau koridor ekonomi, jika tidak semua orang akan melakukan perniagaan yang sama,” katanya.

Bagi menambah potensi bioteknologi di negara ini, lebih banyak cawangan makmal perlu dibuka di seluruh negara bagi memenuhi permintaan pihak industri, sekali gus meningkatkan kajian yang memberi manfaat dalam jangka masa pendek dan panjang.

Penambahan cawangan makmal itu perlu bagi menampung peningkatan analisis sampel dalam bahagian bioteknologi, sekali gus mengurangkan senarai sampel menunggu untuk dianalisis.

Malah, makmal yang khusus untuk bioteknologi boleh dilaksanakan memandangkan 13 makmal utama di negara ini mempunyai fungsi yang terlalu meluas apabila menawarkan perkhidmatan analisis forensik, toksikologi, alam sekitar, air, makanan, analisis halal, bioteknologi, produk industri dan klasifikasi tarif dagangan.

Sebenarnya, segmen bioteknologi boleh dipraktikkan dengan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha mengurangkan import bahan makanan yang bernilai RM221.81 bilion sejak 10 tahun lalu.

Kebanyakan komoditi yang diimport tidak ekonomik untuk dihasilkan dalam negara berikutan kos pengeluaran tinggi di samping iklim yang tidak sesuai.

Kumpulan komoditi makanan yang diimport adalah keluaran bahan makanan diproses, bahan makanan ternakan, buah-buahan iklim sederhana, sayur-sayuran dan bijirin.

Antara makanan yang kita import ialah koko, kopi, teh, susu, gandum, epal, oren, ubi kentang, salad, beras dan tepung.

Justeru, bioteknologi penting dalam mengenalpasti ganti kepada komoditi terbabit yang memastikan jaminan makanan dengan penyelidikan dan pembangunan ditumpukan kepada peningkatan pengeluaran hasil mapan, antaranya tumpuan terhadap bidang bioteknologi.

Kerajaan juga harus terus membangunkan sistem rantaian bekalan makanan secara bioteknologi yang lebih terangkum dan kukuh membabitkan kerajaan, swasta, petani, penternak dan nelayan bagi menghubungkan pengeluaran dan permintaan pasaran, meningkatkan aktiviti nilai tambah serta mengurangkan risiko
perniagaan.

Usahawan kecil juga perlu lebih menceburi bidang bioteknologi dengan meluas, malangnya, terdapat kemudahan yang disediakan untuk golongan terbabit kurang mendapat sambutan seperti disediakan di Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM).

Terdapat laporan menyebut hanya separuh daripada makmal penyelidikan di pusat itu digunakan walaupun ia boleh menampung lebih banyak produk untuk diuji walaupun dalam tempoh sebulan, makmal di PBM boleh menampung perkhidmatan ujian saringan keselamatan terhadap 60 produk industri.

Bajet negara diharap terus memberi penekanan kepada peruntukan dan galakan untuk perkembangan sains dan teknologi, khususnya terhadap bidang bioteknologi.

Ia berikutan pelaburan dalam bidang itu mahal, mengambil masa yang panjang dan berisiko tinggi.

Jadi, kerajaan perlu meningkatkan peruntukan bajet dalam bidang ini supaya dapat diperkembangkan.

Peruntukan Skim Geran Pembangunan Industri dan Penyelidikan (IGS) pula harus ditingkatkan kerana difahamkan peruntukan itu sangat berkurangan untuk membolehkan sektor swasta mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menerusi IGS, sektor swasta digalak menjalankan R&D yang lebih inovatif bagi menghasilkan teknologi yang dapat dikomersialkan pada masa depan.

Bioteknologi dijangka mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM4 bilion sepanjang dua tahun, jadi ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin usahawan tempatan yang secara tidak langsung boleh meningkatkan ilmu bioteknologi di mata dunia.

Bioekonomi yang merangkumi penggunaan bioteknologi dalam industri utama, disasarkan untuk menjadi salah satu daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk Malaysia menjejaki langkah negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Belanda, Jerman dan Perancis.

Bioekonomi, terutamanya menerusi teknologi bioperindustrian akan menjadi satu anjakan paradigma untuk menyuntik pendekatan baru kepada industri sedia ada di Malaysia seperti komoditi dan petrokimia untuk memanfaatkan kepelbagaian bio negara secara mapan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10
Source: Mymetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Hadirnya cinta(part 3)~

Akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh Amina dan keluarganya. Mak cik Zainab adalah orang yang paling awal bangun pada hari tersebut. Pada pukul 4.00 pagi, Mak cik Zainab sudah bangun untuk menyiapkan apa yang perlu dilakukan dan membuat persediaan sebelum berangkat ke Kedah.

Sebelum Mak cik Zainab menyiapkan semua keperluan, dia sempat mengejutkan Amina dan Pak Cik Rahim untuk solat Tahajjud berjemaah. Sudah menjadi rutin Mak cik Zainab bertahajjud sebelum masuknya waktu Subuh.

"Amina, bangun ye nak. Kita solat tahajjud dan sunat Hajat berjemaah. InsyaAllah,moga Allah permudahkan semua urusan kita pada hari ini", Mak cik Zainab menggerakkan Amina dari tidur sambil mengusap rambut Amina.

"Ya,mak. Amina dah sedar dari tadi. Amina terjaga apabila terdengar mak membukakan pintu bilik tadi",Jawab Amina dengan suara yang serak.

Dia memandang Amina dengan penuh kasih sayang,tak sanggup rasanya untuk berpisah dengan anak manja dan kesayangannya itu.

Kemudian, Mak cik Zainab menyelinap ke ruang tamu,untuk mengejutkan suaminya dari tidur.

"Bang Rahim, bangun lah,dah hampir pukul 4.30 pagi ini. Banyak lagi perkara yang kita perlu lakukan hari ini. Saya pun ada beberapa perkara yang belum siap untuk diselesaikan", Mak cik zainab mengejutkan suaminya dari tidur.

"Ya,Nab. Saya dah bangun ini. Amina dah bangun ke,belum?",Tanya Pak Cik Rahim.

"Dah, Amina dalam bilik air", Bagitau Mak Cik Zainab.

Selepas selesai solat sunat Tahajud berjemaah, Amina mengambil kesempatan itu untuk bersalaman dan memohon maaf dengan ibu dan ayahnya, jika dia pernah menyakiti hati mereka.

"Ayah, Amina minta maaf, jika selalu mengguris hati ayah. Halalkan makan dan minum Amina selama 17 tahun, mak dan ayah besarkan Amina" Amina bersalaman dengan ayahnya sambil menitiskan air mata.

Pak Cik Rahim mengesat air mata Amina dan memeluk Amina. Dia juga seperti Mak cik Zainab ,rasanya tidak sanggup melepaskan Amina pergi meninggalkan teratak mereka.

Kemudian, Amina bersalaman dengan ibunya. Amina mencium tangan ibunya dan memeluk erat ibunya, dan kalau boleh dia nak peluk ibunya sampai bila-bila. Dia tidak tahu, adakah dia akan berkesempatan untuk bermanja dengan kedua orang tuanya lagi.

"Mak, halalkan makan dan minum Amina. Maaf,sebab dah banyak menyusahkan mak selama ini ", pinta Amina padanya sambil mengesat air mata yang berguguran.

Mak cik Zainab tidak dapat lagi menahan air mata yang dari tadi bergenang di kelopak matanya. Akhirnya, mak cib Zainab juga turut berguguran air mata. Amina menyapu air mata, yg mengalir di pipi ibunya .

Pak Cik Rahim meninggalkan dua beranak itu, dia perlu bersiap-siap untuk pergi ke masjid. Pak Cik Rahim jarang sekali meninggalkan solat subuh berjemaah di masjid. Orang-orang kampung amat menghormati Pak Rahim kerana Pak Rahim sangat baik dan jarang sekali meninggalkan solat berjemaah.

Selepas solat Subuh, Amina mengambil naskah alquran dan mengalunkan ayat-ayat alquran. Walaupun ,sibuk mana dirinya, Amina tidak meninggalkan bacaan alquran dalam kehidupan sehariannya.

Mak Cik Zainab menjenguk Amina dari dapur. Dia tidak ingin mengganggu Amina yang sedang membaca alquran .Mak cik Zainab tahu, membaca alquran adalah rutin harian Amina selepas solat fardhu.

Selepas Mak Cik Zainab yakin yang Amina sudah selesai membaca alquran,barulah Mak cik Zainab memanggil Amina untuk menolongnya menyediakan sarapan dan makanan bekalan di dapur.

"Amina, bantu mak,kat dapur ye. Banyak makanan yang perlu disediakan ini. Kita perlu juga bawa bekal untuk perjalanan nanti",pinta Mak cik Zainab .

"Ya,mak. Amina baru lepas siap mengaji. Amina nak kemas barang sikit. Kejap lagi Amina bantu mak",bagitau Amina pada ibunya.

Sudah menjadi rutin dan kebiasaan Amina, membantu ibunya menyediakan sarapan dan makanan untuk keluarga.

Apabila sudah siang, ramai lah ahli keluarga yang berkumpul di rumah Amina. Semua keluarga yang terdekat telah diberitahu oleh Pak cik Rahim,pada hari ini mereka akan bertolak ke Kedah untuk menghantar Amina.

Sepupu-sepupu Amina membantu mengangkat barang-barang Amina dalam kereta. Amina bersalaman dengan semua ahli keluarga yang hadir dan memohon maaf jika ada kesilapan yang dilakukan.

Pukul 9 pagi, mereka bertolak dan memulakan perjalanan ke Kedah. Perjalanan dijangka mengambil masa lebih kurang 7jam, jika keadaan jalan tidak sesak.

Mereka berhenti di masjid untuk solat dan rehat. Mereka sudah maklumkan kepada anak jiran mereka yang tinggal di Kedah ,untuk menumpang semalaman di sana.

"Mak sudah maklumkan pada Pak Cik Mat,untuk menumpang kat rumah anak dia,kan?",tanya Amina pada emaknya.

"Sudah sayang. Pak Cik Mat dah maklumkan pada anaknya. Anaknya akan jemput kita di Stesen Bas Alor Setar  ",bagitau Mak cik Zainab.

Apabila mereka sampai di stesen Alor Setar, Pak Cik Rahim menghubungi nombor telefon yang telah diberikan oleh Pak Cik Mat.

"Asalamu'alaikum, Fahmi. Ini Pak Cik Rahim. Pak Cik dah sampai kat Stesen Bas Alor Setar", Bagitau Pak cik Rahim.

"Wa'alaikumussalam. Kejap lagi saya sampai ye",Bagitau Fahmi.

BERSAMBUNG

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Cerita tentang dean list~

Assalamu'alaikum

Hari ini,nak update sikit tentang dean list iaitu anugerah dekan. Penulisan saya kali ini tidak formal sebab saya nak berkongsi cerita tentang diri sendiri,moga ia dapat dijadikan ikhtibar untuk saya sendiri pada masa hadapan dan juga untuk adik-adik di luar sana.

Saya adalah pelajar degree/ijazah tahun akhir dalam bidang Bioteknologi Industri. Ini adalah ijazah kedua saya. Ramai yang tanya saya,tak penat ke,asyik belajar je? Saya cuma tersenyum,tak tahu nak diberi jawapan apa. Siapa kata tak penat,tiap-tiap semester ada final exam yang boleh membuatkan pelajar-pelajar universiti tidak tidur berhari-hari, perlu menyiapkan assignment yang berlambak-lambak dan juga test yang tidak tentu masa. Tipu lah,jika saya bagitau tak penat belajar.

Ada juga yang bagitau,untunglah sebab ambil degree dalam bidang yang sama. Iya,saya akui,ada juga untungnya. Tapi degree saya tu adalah 4 tahun lalu . Saya telah tinggalkan pembelajaran saya selama 4 tahun yang lalu dan jikalau ikut semester yang saya belajar... bagi semester pertama di universiti dulu,dan semester pertama tempat belajar sekarang,sudah 6tahun saya dah tinggalkan semua tu.

Bagi saya terlalu banyak perbezaan tempat saya belajar sekarang dan yang dulu. Namun, universiti sekarang mengajar diri saya untuk menjadi sangat(10X) independent. Saya tidak boleh bergantung pada orang lain. Saya hanya bergantung pada diri sendiri dan sudah menjadi kewajiban ,Allah tempat pergantungan saya untuk segala-galanya.

Nasihat saya, bagi adik2 yang masih belajar,ambil lah peluang yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh. Jika adik telah berjaya memasuki universiti, itu baru permulaan untuk berjaya dalam hidup adik. Bukan beerti,adik masuk universiti,adik telah berjaya dalam kehidupan. Kalau adik fikir begitu,adik telah silap besar.

Di universiti lah,permulaan untuk adik melangkah bagi mencapai kejayaan yang besar dalam kehidupan. Adik perlu mencari sebanyak mana pengalaman yang mungkin dengan menyertai kelab dan persatuan. Selain itu,adik perlu pastikan pointer adik iaitu keputusan tiap-tiap semester tidak kurang dari 3.0. Paling sikit,adik perlu target 3.50 dan ke atas.

Setiap universiti,meletakkan point2 yang berbeza. Di Unisel 3.50-3.69,dikira dean list/anugerah dekan. Manakala 3.70-4.0 adalah anugerah NC/ Kelas pertama degree. Saya dari semester pertama tak pernah dapat angerah NC/kelas pertama. Saya cuma boleh dapat dean list sahaja tiap-tiap semester. Tapi ada satu semester,grade saya jatuh. Alhamdullilah,akhirnya saya dapat cover balik pointer tu.

Sedih juga,sebab tak dapat capai kelas pertama(3.70-4.0), tapi saya perlu terima,apa yang Allah tetapkan,pasti ada hikmahnya.


Bukan mudah untuk dapat pointer dean list tiap2 semester dan bukan juga susah. Kita sebagai pelajar, jadi jalankan tanggungjawab kita sebagai pelajar; ulangkaji,siapkan assignment, hadir test dan final exam. InsyaAllah,jika pelajar-pelajar universiti melakukan semua tanggungjawab itu dengan bersungguh-sungguh,insyaAllah,paling kurang mereka boleh capai dean list.

Bagi course Bioteknologi, agak susah juga untuk capai. Memang perlu struggle lah.. kalau tak struggle dan main-main ,boleh dikatakan 80% anda,tidak akan capai dean list.

Kenapa,kita belajar bagaikan nak rak sebab nak dapat pointer yang bagus?Apabila,kita mohon kerja, pointer adalah first impression untuk diri kita. Jika kita mendapat pointer yang tinggi,kita telah ada satu impression yang positif bagi penemuduga untuk diri kita. Apabila kita juga aktif di universiti,ia memberikan impression yang positif kedua untuk diri kita.

Persaingan pada hari ini,mengajar kita agar dapat result yang elok. Tak rugi kita belajar bersungguh2 dan mendapat keputusan yang tinggi. Tanamkan dalam diri belajar adalah kerana Allah. Bukan kah,apabila kita telah berjaya dan menjawat jawatan yang tinggi,secara tidak langsung akan mengharumkan nama agama kita? Bangsa lain tidak lagi menghina Islam,mengatakan Islam ini mundur dan sebagainya. Jika mereka yang telah berjaya ini, melibatkan diri secara aktif dalam dakwah, secara langsung dengan pendapatan yang tinggi,mereka dapat menyumbangkan sumbangan yang besar kepada kerja2 dakwah Islam.

 Bagi,adik2 yang masih belajar,rebutlah peluang dgn menuntut ilmu. Jangan bazirkan masa dengan clubbing, enjoy dan melakukan perkara2 yang sia-sia. Ambil peluang yang ada untuk belajar bersungguh-sungguh dan harumkan nama keluarga,agama,bangsa dan negara.

Walaupun,begitu pointer bukan lah segala-galanya. Bagi adik2 yang telah tamat belajar dan dapat pointer yang kurang memuaskan. Jangan give up. Teruskan uasaha mencari kerja dan pengalaman. InsyaAllah,dengan pengalaman dan sijil2 kemahiran memudahkan adik2 untuk mendapat pekerjaan.

Sekian dulu,coretan pada petang ini. Moga adik2,success selalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Hadirnya cinta(sambungan)~

Selepas seminggu berlalu, berbagai perasaan yang tidak enak berkecamuk dalam jiwa Amina. Dia tidak pernah berpisah dengan ibu dan bapa. Bagaimana dia akan lalui hidup berjauhan dengan kedua orang tuanya yang begitu menyayangi dan melindunginya setiap waktu.

Mereka adalah tempat Amina bermanja, mengadu masalah, meminta pertolongan dan segala-galanya. Bagaimana dengan keadaan ibunya, apabila berjauhan dengan Amina. Berbagai-bagai perasaan, fikiran yang menakutkan dan bayangan yang mengerikan apabila dia berjauhan dengan keluarga. Dia sentiasa membaca kes-kes jenayah di dada akhbar yang meremangkan bulu romanya.

Amina menadah tangan memohon kekuatan daripada Allah SWT dan agar sentiasa melindungi dirinya dan keluarga dimana sahaja mereka berada. Amina mengambil peluang saki-baki waktu yang tinggal untuk bermanja dengan ibunya sebelum dia merantau ke negeri orang.

"Mak telefonlah Amina selalu ye. Pasti Amina rindu mak dan ayah bila keseorangan kat sana ",Pinta Amina pada emaknya.

"Amina,jangan risau. Tiap-tiap hari mak call Amina ye", Mak cik Zainab menjawab sambil mengusap rambut Amina.

"Bila Amina belajar kat sana, cari kawan-kawan yang baik. Jangan berkawan dengan sembarangan orang. Mak risau, bila Amina kawan dengan budak yang entah apa-apa. Nanti, Amina pun akan jadi macam tu",pinta Mak Cik Zainab pada anaknya.

"Emak,jangan risau ye. Cuba mak tengok Amina, Amina tak pernah kawan dengan budak yang entah apa-apa kan. Yati je kawan baik Amina",bagitau Amina sambil tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.

Mak cik Zainab tersenyum. Dia tahu, Amina seorang anak yang baik dan pandai mencari kawan. Amina tidak akan berkawan dengan sembarangan orang. Dia kenal semua kawan Amina adalah orang-orang baik, bukan jenis yang suka berpeleseran.

"Cuba Amina tengok anak-anak orang kampung kita. Apabila keluar dari kampung,pulang dah jadi macam apa dah,dengan pakaian yang ketat,rambut merah .Kadang-kadang gerun mak tengoknya. Mak pun ada anak perempuan juga ",ngomel mak cik Zainab.

Mak Cik Zainab tidak berniat untuk memburuk-burukkan anak-anak orang kampung. Mak Cik Zainab menyatakan perasaan ketidaksenangan kepada Amina dengan keadaan anak-anak penduduk kampung yang telah berubah setelah berhijrah ke bandar. Dia berharap dengan ngomelannya itu, Amina akan menjadikan pengajaran dan teladan.

"Mak, Amina tengokpun gerun. Kadang-kadang, Amina terfikir,kalaulah Amina jadi macam tu,tak tahulah bagaimana Amina nak hadapi wajah mak dan ayah. Amina pun tak tahu,bagaimana diri Amina 5 tahun yang akan datang. Apa yang Amina boleh lakukan hanya berdoa pada Allah ,moga Allah memberi Amina hidayah,perlindungan dan rahmatnya",Kata Amina.

Mak cik Amina tersenyum bangga. Hatinya berbunga-bunga dan mengucapkan syukur pada Allah SWT kerana dikurniakan anak yang solehah seperti Amina.

Walaupun, Amina bukan pelajar yang belajar dalam aliran agama tapi Amina amat minat dalam bidang agama. Pada tiap-tiap hari Jumaat, Amina akan mengikut Mak Cik Zainab pergi mendengar syarahan Ustaz Farhan di masjid. Manakala,malamnya Amina bersama-sama Yati pergi belajar kelas mengaji yang dikendalikan oleh Wok Daud bersama isterinya.

"Mak tahu, Amina anak yang baik",kata Mak cik Zainab.

Pada keesokkan harinya, Mak Cik Zainab, Amina dan pak cik Rahim adalah antara orang yang paling sibuk di kampung pada hari tu.

Pada awal-awal pagi mereka bertiga pergi ke pasar bagi membeli persiapan barang-barang Amina yang perlu dibawa dan barang-barang dapur untuk menyediakan lauk bagi orang-orang yang solat Hajat .

Amina cuma membeli keperluan yang wajib sahaja kerana dia tidak ingin menyusahkan ibunya.

"Mak tak perlulah beli banyak barang untuk Amina. Cukup keperluan yang wajib sahaja. Apabila duit elaun Amina dapat,Amina beli sendiri",pinta Amina pada ibunya.

"Baiklah sayang. Mak tahu,Amina tak nak mak susahkan. Tak apa,bukan selalu pun,Amina beli barang yang banyak",balas ibunya dengan penuh kasih sayang.

Amina tersenyum sahaja. Dia rasa sangat beruntung,walaupun hidupnya tidak semewah anak orang kaya dalam kampungnya tapi dia bersyukur ibu ,bapa dan kakaknya sangat menyayangi dirinya. Dia dilayan bagaikan puteri oleh kedua ibu bapanya yang diberikan sepenuh kasih sayang.

Walaupun begitu, Amina tidak pernah menjadi tanggang moden walaupun ditantang bagaikan minyak yang penuh. Hidup dalam kesederhanaan mengajarnya untuk menghormati dan menghargai orang lain.

Emak dan ayahnya sentiasa mengajar dan mendidik Amina dan kakaknya menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya dan sentiasa berbuat baik pada orang lain terutama orang-orang yang lemah seperti orang miskin,anak yatim,musafir dan sebagainya.

Selepas dua minggu berlalu,tibalah saat-saat yang ditunggu oleh Amina dan keluarganya. Keesokan harinya mak cik Zainab dan Pak Rahim akan menghantar Amina ke Kolej Matrikulasi Kedah.

Amina cuba memujuk ibu dan ayahnya agar tidak menghantarnya ke sana,kerana dia tidak ingin menyusahkan kedua orang tuanya. Ibu dan ayahnya terpaksa mengeluarkan duit untuk menyewa kereta bagi menghantar Amina ke sana.

"Mak dan ayah tak perlulah susah hantar Amina ke sana. Anak Pak cik Leman ada di sana. Amina cuba minta tolong Pak cik Leman telefon anaknya dan jemput Amina dekat stesen bas di sana",bagitau Amina kepada emaknya.

"Amina, mak dan ayah ada dua orang sahaja anak. Jika kami menghabiskan semua duit yang mak dan ayah simpan pun,mak tak kisah. Asalkan Amina selamat .Mak risau jika Amina pergi seorang diri. Amina bukan biasapun,keluar jauh-jauh seorang diri",bagitau mak cik Zainab bersungguh-sungguh pada anaknya dengan nada yang sayu.

Amina tahu,maknya terguris hati dengan permintaannya tapi dia tidak ingin mak dan ayahnya kehabisan duit yang disimpan .

"Amina,duit mak dan ayah boleh cari. Tapi Amina dan kakak,mak dan ayah tak dapat cari dimana-mana lagi",sambung mak cik Zainab.

Luluh hati Amina mendengar kata-kata ibunya itu. Terdetik pula rasa menyesal kerana tidak mengizinkan ibu dan ayah menghantarnya.

"Baiklah mak. Maafkan Amina. Amina tidak bermaksud nak sisihkan ibu, Amina cuma tak nak menyusahkan mak dan ayah sahaja. Tengok semalam,dah berapa ratus mak dan ayah habiskan duit untuk Amina. Lepas ni,mak kena sewa kereta Pak cik Maidin pula untuk hantar Amina",bagitau Amina pada maknya dengan perasaan yang berkecamuk.

"Amina,mak dah cakap dengan Pak Cik Maidin. Kita tak perlu bayar apa-apapun, dia bagi pinjam percuma sahaja. Mak dah minta tolong Abang Khir untuk pandu kereta ke sana. Dia pun dah bersetuju", Cerita Mak cik Zainab kepada anaknya apa yang berlaku petang semalam.

"Alhamdullilah,Allah permudahkan segala-galanya",meniti kesyukuran dibibir Amina.

"Eh,baik pula Pak Cik Maidin. Bukan orang kampung cerita yang Pak cik Maidin itu terkenal dengan sifat tangkai jering",seloroh Amina pada ibunya.

"Tak baik cakap macam tu. Pak cik Maidin itu baik,jangan sangat dengar cerita orang-orang kampung ni. Mak pernah tolong isteri Pak cik Maidin dulu. Jadi,dia tolong kita kali ni. Lagipun,Pak cik Maidin kenal Amina. Dia kata Amina budak baik, inilah masa untuk dia buat sedikit kebajikan",bagitau mak cik Zainab dengan panjang lebar.

Amina mendengar jawapannya ibunya dengan perasaan bersalah bersangka yang tidak baik pada Pak cik Maidin.

Amina beristigfar beberapa kali kerana mengeluarkan kata-kata begitu kepada orang yang begitu baik kepadanya dan keluarganya.

BERSAMBUNG


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Erti kemerdekaan~

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55. Bangga menjadi rakyat Malaysia dimana pada saat ini kita masih boleh merasakan betapa nikmat sebuah kesenangan dan keharmonian. Negara kita sebuah negara yang aman tapi cuma dari segi zahirnya. Bila dilihat realitinya, negara kita adalah antara negara terbesar yang mencatat kes jenayah.

Apa erti keharmonian dan kesenangan hidup, jika kita terkongkong dalam negara kita sendiri. Kita takut untuk pergi kerja, bagi golongan perempuan mereka takut untuk memakai barangan kemas, ibu bapa takut membiarkan anak-anak berjalan seorang diri walaupun anak-anak mereka telah remaja dan dewasa. Setiap hari berlaku kes jenayah berat seperti bunuh ,penculikan ,rogol, samun dan sebagainya dalam negara kita. Jadi apa lagi erti kemerdekaan yang dilaung-laungkan?

Begitu juga dengan kes sosial dikalangan para remaja, kes pembuangan bayi yang semakin meningkat angka dari tahun ke tahun. Apa lagi erti kemerdekaan? Para remaja yang akan menjadi peneraju masa depan negara telah menjadi mangsa arus kemodenan yang dicanang-canang oleh pihak-pihak tertentu. Pusat-pusat hiburan tumbuhan bagaikan cendawan .Para remaja dihidangkan dengan hiburan K-POP semata-mata untuk menarik perhatian para remaja. Adakah ini yang dinamakan kemerdekaan?


Apa lagi erti kemerdekaan? Merdeka erti bebas, bebas dalam semua bentuk penjajahan. Pada zahirnya,kita telah bebas dari penjajahan negara asing. Namun,secara realitinya negara kita telah ditawan dan dijajah oleh negara asing dengan menggunakan kuasa globalisasi. Para remaja pada hari ini begitu gemar dengan hiburan yang didendangkan oleh artis-artis barat yang menonjolkan imej-imej yang tidak baik dari segi pergaulan sosial, pakaian,akhlak maupun lirik lagu.

Saban waktu bila tiba sambutan kemerdekaan maupun sambutan tahun baru, para remaja akan turun beramai-ramai ke dataran bersama-sama pasangan masing-masing ataupun berkumpulan. Mereka berpesta pada malam sambutan itu. Entah apa yang disambutnya juga tidak dimengertikan oleh golongan yang berabad. Katanya, meriahnya mereka untuk menyambut sambutan kemerdekaan. Tapi lagaknya, untuk berpesta.

Keesokan harinya, kondom ditemui bersepah di kawasan berkenaan. Sedih dan kecewa masyarakat melihat berita yang disiarkan melalui suratkhabar berkenaan berita tersebut. Namun, seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku. Pada tahun hadapan ,perkara sama akan berlaku. Pengajaran tidak pernah diambil dengan perkara yang berlaku. Tiada langkah pencegahan yang diambil,hanya beberapa badan NGO yang rasa bertanggungjawab menjalankan operasi pada malam sambutan tersebut .

                                                            Gambar sekadar hiasan
                                             
Inikah erti kemerdekaan yang dilaung-laungkan?

Hargailah kemerdekaan yang kita kecapi hari ini dengan menghayati erti sebuah kemerdekaan. Selagi mana, kita masih terjajah dengan agenda barat dari segi pakaian, fikiran,fesyen, hiburan kita masih belum merdeka sepenuhnya. Kita mengagungkan barat walaupun kita telah merdeka. Kita telah merdeka dan sewajarnya kita mengagungkan negara kita,agama kita. Kita mengagungkan apa yang agama kita suruh lakukan kerana kita telah merdeka.

Kita sebaliknya sentiasa menjauh dan mencaci apa yang agama suruh kita lakukan. Kita belum merdeka? Minda kita telah dijajah. Hanya kembali pada agama yang benar barulah kita benar-benar merdeka kerana hanya agama yang benar-benar dapat memerdekakan kita, anak-anak kita, keluarga kita dan masyarakat. Kita menjalankan hukum Allah, barulah negara kita benar-benar aman dan rakyat merdeka untuk kemana-mana sahaja tanpa perlu rasa takut dan gundah.

Itulah erti kemerdekaan yang sebenar. Selagimana kita menjadikan barat ikon bagi diri dan negara kita. Kita tidak akan merdeka buat selama-lamanya. Yang ada,masalah sosial di kalangan remaja yang akan bertambah. Hanya satu cara penyelesaian bagi mengatasi masalah sosial remaja dan kes jenayah yang semakin meningkat iaitu kembali kepada hukum Allah SWT dan agama Allah SWT.

Bagi masyarakat hari ini, islam adalah agama yang kolot dan mereka lebih suka mengagung-agungkan barat. Walaupun Barat yang telah merosakkan anak-anak mereka dari segi akhlak,pakaian ,tingkah-laku,adab dan sosial melalui globalisasi. Tidak salah jika kita mempelajari teknologi dari barat kerana kita dapat gunakan teknologi tersebut untuk kemajuan Islam.Tapi apa yang salah,kita menjadikan barat ikon dalam kehidupan kita terutama golongan remaja sehingga membuang agama dalam kehidupan mereka.

Mari kita tilik diri kita, anak-anak kita, keluarga kita. Apa yang berlaku ,semuanya berasal dari diri kita. Para remaja di luar sana mungkin terdiri dari anak-anak kita,diri kita,keluarga kita. Jika anak-anak kita,diri kita,keluarga kita terhindar dari semua perkara itu, insyaAllah negara kita akan berada dalam kemerdekaan yang sebenar.


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Hadirnya cinta(sambungan)~

Amina dan Yati membonceng motosikal lama milik Yati peninggalan arwah ayahnya menuju ke Pekan Wakaf Che Yeh. Yatilah yang sentiasa menjadi peneman setia Amina kemana sahaja arah yang ingin dituju Amina.

"Aku harap,aku dapatlah sambung belajar tempat yang aku nak pergi",kata Yati pada Amina.

"InsyaAllah.Kau dapatnya belajar tempat yang kau mohon. Result kau,kan gempak. Lainlah macam aku ni. Tengok nasib je lah ",Balas Amina.

"Kau ,pasti dapat tempat yang elok juga sebab, keputusan SPM kau pun,elok juga", getus Yati.

"Amin",sampuk Amina dengan nada yang rendah.

Sesampai di kedai komputer yang menyediakan perkhidmatan internet, Amina dan Yati mengambil tempat sebelah menyebelah.

"Alhamdullilah. Aku dapat sambung belajar di Matrikulasi Kedah ",jerit Amina riang.

"Kau,macam mana Yati",tanya Amina kepada Yati.

"Aku tak dapatlah pergi oversea. Tapi aku cuba buat rayuan. Aku cuma dapat pergi asasi UM", balas Yati dengan nada yang sedih.

"Alhamdullilah. Kalau jangan bersedih lah. Aku gembira untuk kau,sebab akhirnya kita dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan tak perlu nak nyusahkan ibu bapa kita untuk belanja sekolah kita lagi", kata Amina memberikan kata-kata motivasi buat Yati yang tengah bersedih dengan keputusan yang baru diperolehinya.

Barulah terukir sedikit senyuman dibibir Yati.

Mereka bergegas keluar dari kedai komputer dan pulang ke rumah masing-masing untuk memaklumkan keputusan yang baru diketahui kepada keluarga mereka.

Amina mencari-cari dan memanggil ibunya setelah menjejakkan kaki di perkarangan rumah.

 "Assalamu'alaikum,mak. Mak!Ooo.. Mak! ",Panggil Amina.

"Wa'alaikumussalam. Iya Amina", Jawab Mak cik Zainab menjawab panggilan anaknya.

"Apa yang kecok-kecoh ni sayang", Tanya Mak cik Zainab kepada Amina.

"Mak, Amina dapat sambung belajar di Matrikulasi Kedah. Semua perbelanjaan di sana,akan ditanggung oleh pihak kerajaan. Kita cuma perlu membayar yuran pendahuluan sahaja sebanyak RM500", Beritahu Amina kepada emaknya.

"Alhamdullilah. Akhirnya dapat juga kau sambung belajar,Amina. Abah kau pasti gembira mendengar berita ini", Kata Mak cik Zainab dengan nada kegembiraan.

Kelihatan seri kegembiraan dalam keluarga Amina dengan berita yang baru diperolehi itu. Kelihatan kegembiraan terpancar di wajah Mak cik Zainab dengan berita yang disampaikan oleh Amina sebentar tadi. Dalam sekelip mata, Mak cik Zainab hilang dari pandangan mata Amina.

Mak cik Zainab ingin segera menyampaikan berita gembira kepada suaminya yang berada di kebun tebu yang tidak jauh dari rumah mereka.

"Bang,bang!Ooo..bang!",Panggil makcik Zainab.
 Kat mana pula orang tua ni. ",getus mak cik Zainab dalam hatinya.

"Iya,maknya. Saya disini", Balas Pak cik Rahim.

"Apa yang penting sangat ni,sampai awak mencari saya ke sini? Dah balik Amina?", Tanya Pak Rahim kepada isterinya.

"Saya datang sini,nak bagitau berita tentang Amina lah ni",Jawab Mak cik Zainab dengan nada kepenatan.

"Amina dapat sambung belajar di Matrikulasi. Dia akan daftar pada hujung minggu depan. Jadi kita kena buatlah persiapan mana yang patut untuk Amina", Sambung Mak cik Zainab.

"Alhamdullilah. Baguslah tu. Awak buatlah persiapan mana yang patut. Saya nak panggilkan Tok Imam dan orang kampung untuk solat hajat dan baca Yassin bagi keselamatan Amina ,semoga selamat perjalanan dan belajar dengan cemerlang di sana", Kata Pak Rahim.

"Baiklah,bang",Jawab Mak cik Zainab.

Mak cik Zainab amat kenal dengan suaminya. Kakak Amina yang sedang belajar di Asasi UM juga diadakan solat hajat sebelum anaknya itu berangkat ke sana.

Amina sangat senang melihat kegembiraan kedua orang tuanya. Malamnya,Amina menunaikan dua rakaat solat syukur di atas kurniaan Allah kepadanya. Walaupun keputusan yang diperolehi tidak segempak kawan-kawan lain,yang dapat melanjutkan pelajaran ke Oversea, namun dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah kepadanya.

Selepas menunaikan solat Insyak, Amina sempat membaca surah al-Mulk sebagai amalan tambahan pada hari itu sebelum dia melelapkan mata. Pada ayat terakhir bacaan, Amina dapat melihat susuk tubuh ibunya mendekati dirinya.

Selepas menghabiskan ayat terakhir, ibunya merenung Amina dengan kasih sayang. Ibu Amina duduk di birai katil sambil memerhatikan Amina yang sedang melipat telekung sembahyang. Selesai melipat telekung,Amina duduk bersebelahan ibunya.

"Ibu,kenapa saya lihat wajah ibu sayu sahaja. Ibu janganlah bersedih. Amina janji,tiap-tiap kali cuti,Amina akan pulang ke kampung", kata Amina kepada ibunya.

"Amina, ibu mana tak sedih terpaksa berpisah dengan anak kesayangannya. Ibu tak pernah berpisah dengan Amina sebelum ini. Ibu harap Amina jaga diri,jangan lupakan ibu dan ayah di kampung", jawab ibunya dengan nada yang sayu.

Amina cuba menahan sebak di dada. Di tahan air mata yang bila-bila masa hanya tunggu gugur sahaja.

"Ibu, Amina akan sentiasa jaga diri dan ingat pada mak,ayah ,kakak dan keluarga kita di kampung", jawab Amina dengan dada yang sebak.

"Jangan tinggal solat dan mengaji alquran", sambung ibu Amina.

"Mak ada hadiah yang tak seberapa untuk diberikan kepada Amina", Mak cik Zainab menghulurkan bungkusan yang dibalut kemas kepada Amina.

"Terima kasih mak. Mak dah banyak beri hadiah pada Amina. Mak tak perlu beri apa-apa pada Amina. Amina tak nak nyusahkan mak dan ayah lagi",Amina menyambut pemberian maknya dengan lemah.

"Mak ikhlas,hadiahkan utk Amina. Lagipun Amina dah lama minta dengan mak untuk belikan .Jadi mak hadiahkan buat Amina",Jawab ibunya.

Selepas maknya meninggalkan Amina seorang diri,Amina membuka perlahan-lahan dan dengan cermat bungkusan yang diberikan maknya sebentar tadi.

Mengalir air mata amina yang ditahan sejak dari tadi. Tak sanggup rasanya,untuk mengalirkan air mata di hadapan ibunya. Dia tidak mahu menambah kesedihan ibunya. Rupa-rupanya, ibunya senyap-senyap pergi ke pekan pagi semalam,semata-mata untuk membelikan telekung solat buat dirinya.

Sudah lama, Amina meminta emaknya membelikan telekung solat baru buat dirinya. Telekung lamanya telah lusuh. Memandangkan kekurangan duit, mak cik Zainab tidak dapat memenuhi permintaan anaknya. Amina memahami masalah kewangan ibu bapanya. Amina tidak pernah memaksa ibu bapanya memenuhi keinginannya.

Mak cik Zainab sudah lama menabung duit jualan kelapa dan sayur untuk membeli telekung buat Amina. Amina tahu emaknya,suka menabung tapi satu perkara yang Amina tidak tahu iaitu emaknya menggunakan sebahagian duit tabungan itu untuk membeli telekung buatnya.

Malam sudah lewat. Amina tidak ingin mengganggu ibunya. Ibunya pasti sudah penat setelah seharian menguruskan rumah dan menolong abahnya berkebun.

Amina sempat menghubungi kakaknya, Hafsah yang sedang menuntut di Asasi UM untuk memaklumkan berita gembira itu menggunakan telefon bimbit yang dihadiahkan oleh kakaknya pada hari jadinya tahun lepas.

"Hello.Assalamu'alaikum,Haf. Apa khabar?Mak, ayah dan adik sihat-sihat saja",Tanya Amina kepada kakaknya.

"Wa'alaikumussalam. Kakak sihat saja. Adik kakak,buat apa belum tidur malam-malam ni", Jawab Hafsah dengan nada gembira mendapat panggilan adiknya. Hafsah sangat menyayngi dan mengambil berat akan Amina kerana Amina satu-satu adik beradiknya.

"Cuba teka. Kenapa saya telefon,kakak malam macam ni", seloroh Amina.

"Pasti ada perkara penting. Kalau tak,pasti adik tak call kak,malam-malam ni kan",seloroh Hafsah dengan adiknya.

Amina jarang-jarang menelefon kakaknya. Dia tak ingin menyusahkan ibu dan ayahnya untuk membelikan top up telefon bimbitnya. Kebiasaanya,Hafsah yang akan menghubungi Amina .

Amina tidak ingin lagi menimbulkan tanda tanya kepada kakaknya;" Amina dapat sambung belajar kat kolej Matrikulasi Kedah !",bagitau Amina dengan nada gembira dan separa menjerit kegembiraan.

"Alhamdullilah",balas Hafsah.

"Nanti belajar rajin-rajin. Kalau ada rezeki, datang sambung belajar tempat kakak pula buat degree",sambung Hafsah.

"Terima kasih,kak." Jawab Amina. Amina tahu,kakaknya adalah salah seorang pembakar semangatnya untuk belajar memburu cita-cita. Kakaknya sentiasa memberikan kata perangsang buat dirinya untuk belajar lebih tinggi dan mengharumkan nama keluarga.

Akhirnya Amina terus terlelap selepas berborak dengan kakaknya dalam talian telefon.

SAMBUNGAN


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadirnya cinta(part 1)

Amina adalah anak kedua dari pasangan Zainab dan Pak Rahim. Hari ini adalah hari yang paling dinantikan, dimana hari ini,keputusan SPM akan keluar. Segala penat jerihnya belajar selama dua tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Kadok akhirnya akan dapat dilihat hasil pada hari ini.

Amina seorang yang sangat pemalu. Hidupnya di zaman remaja hanya lah buku-buku dan teman-teman dekat. Pak Rahim dan mak cik Zainab sangat menyayangi dan mengasihi Amina kerana Amina adalah anak bongsu dalam keluarga mereka.

Pagi itu seawal 8.00 pagi, Amina keluar rumah bersama dengan kawan baiknya,yati untuk mendapatkan keputusan peperiksaan dengan menaiki motor lama peninggalan arwah ayah yati. Sampai di perkarangan sekolah, mereka dapat lihat kawan-kawan mereka dan ramai pelajar lain yang sudah berada di sana.

Amina bersama-sama yati berjalan ke pejabat sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan. Amina dapat merasakan debaran di hati yang bagaikan boleh meletup bila-bila masa. Digagahi dirinya dengan membaca beberapa ayat alquran dan selawat agar dihilangkan debaran yang menggila itu. Yati juga begitu berdebar,dengan peluh meleleh di dahinya.

"Aku berdebarlah, macam mana entah keputusan aku nanti",kata yati kepada Amina.

 "Kau pasti oknya,kan kau selalu dapat keputusan yang cemerlang. Aku ini yang biasa-biasa sahaja dapat markah", sampuk Amina.

Yati memegang tangan Amina untuk mengurangkan debaran hatinya. Amina dapat merasakan betapa sejuknya tangan Yati sesejuk ais.

Mereka berdua sampai di pejabat sekolah dan melihat barisan pelajar yang sedang beratur untuk mengambil slip keputusan .Amina dan Yati meyambung barisan pelajar yang beratur.

Apabila sampai giliran Amina, Amina hanya mengambil slip dan menandatangani pada kertas yang diberikan oleh kerani pejabat tanpa melihat keputusan yang diperolehinya.

"Kau dapat berapa Yati?" Soal Amina.

 "Kau?", Soal Yati kembali.

"Aku belum tengok lagi. Aku takut lah. Aku takut jika aku hampakan harapan ibu dan ayah aku." Kata Amina.

"ok,kita tengok sama-sama", kata Yati.

Akhirnya Amina dan Yati sama-sama melihat keputusan masing-masing. Kedua-duanya tersenyum girang sambil mengucapkan syukur . Amina mengucapkan tahniah kepada Yati kerana memperoleh keputusan yang cemerlang.

Yati memperoleh 7A,2B ,manakala Amina memperoleh keputusan 5A 3B . Yati memperoleh keputusan yang cemerlang dibandingkan Amina,namun Amina bersyukur dengan apa yang telah diperolehinya.

Sebelum pulang,mereka berdua sempat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan masing-masing.

"Amina,kau nak sambung belajar kat mana", Tanya Yati kepada Amina.

"Hurm,tak tahu lagi. Tapi aku ada apply matrikulasi, Asasi dan Politeknik", balas Amina.

"Kau?", Soal Amina

"Aku plan nak sambung belajar kat oversea, tapi tak boleh kot ngan result aku yang macam ni. Aku sambung asasi kot", balas Yati.

SELEPAS 2 MINGGU

"Assalamu'alaikum Pak Rahim. Amina ada?", tanya Yati pada pak Rahim yang asyik membuang daun tebu di belakang rumah menggunakan parang.

"Wa'alaikumussalam, Yati rupanya. Amina ada,menolong maknya kat dapur. Masuk lah." Jawab pak Rahim dengan nada yang lembut.

Pak Rahim sudah lama mengenali Yati dan juga keluarga Yati kerana yati tinggal di kampung bersebelahan. Kadang-kadang, yati datang bermalam menemani Amina belajar dan tidur bersama-sama. Mereka bagaikan adik beradik dan sudah mengenali hati budi masing-masing.

Yati perlahan-lahan menyusup ke dapur dan menegur Amina. Terkejut dibuatnya,mujur tidak terjatuh periuk yang dipegang Amina.

"Kau ni, yati tak boleh ke,kalau tak usik orang ye", sampuk Amina dengan nada yang terkejut.

Yati cuma ketawa dengan telatah Amina yang terkejut.

Mak cik Zainab datang dari luar dan menjengah ke dapur.

"Ingatkan siapa bising-bising, rupanya Yati.Kalau tak,sunyi sepi rumah ni,kalau Amina seorang diri ", Tegur Mak cik Zainab.

Yati cuma tersenyum simpul. Dia dah anggap Mak cik Zainab dan Pak Rahim seperti ibu bapanya sendiri. Kalau dia mengalami apa-apa kesusahan,mak cik Zainab dan Pak Rahim yang menolong dia dan ibunya.

"Kau dah dapat mana-mana tempat untuk sambung belajar",Tanya Yati kepada Amina.

"Aku belum check lagi lah. Malaslah nak pergi pekan." balas Amina.

"Kita pergi sama-sama ke pekan ye. Susah lah,kat kampung kita mana ada internet."Kata Yati.

"Ok. Lepas kita makan,kita pergi",Balas Amina

BERSAMBUNG


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages