RSS

~Mengejar sebuah impian~

Apa khabar semua? Hari ini,aku nak membicarakan tentang sebuah impian. Setiap orang pasti ada impian yang ingin dicapai dalam kehidupannya. Perjalanan kehidupan saya, terasa begitu sukar sehingga saya berada saat ini. Waktu ini, saya rasakan tidak terlalu perit seperti sebelum-sebelum ini. saya masih dapat rasakan peritnya menjadi graduan yang mempunyai sijil ijazah, namun tidak dapat bekerja dalam bidang yang dipelajari maupun pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan tersebut.


Diluah mati emak, ditelan mati ayah. Begitulah ibaratnya, graduan yang tidak mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka. Bukan soal memilih pekerjaan, namun bagaimanakah pekerjaan tersebut. Jika diteliti hari ini, majoriti pekerjaan di Malaysia seperti pasaraya, hotel, restoren dan sebagainya dikehendaki pekerja-pekerja memakai pakaian seragam. Jika pakaian seragam yang dikhususkan untuk menutup aurat ,tidak mengapa. Ini tidak. Tidak mungkin lah, saya dapat bekerja dengan mendapat rezeki melanggar perintah Allah swt.

Tak dikira lagi dengan solatnya. Peruntukkan waktu solat. Saya pernah berhenti kerja 24 jam sebab supervisor tidak memperuntukkan masa saya keluar solat. Itu lah yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk membaiki pointer saya, dan agar saya tidak akan berada dalam situasi getir begitu lagi dalam mencari pekerjaan,insyaAllah. Majoriti majikan hari ini menilai seseorang calon pekerja berdasarkan pointer sewaktu di Universiti. Mungkin ada yang lepasi tahap ini walaupun mendapat pointer yang kurang memuaskan, namun saya tahu, bukan mudah berbanding dengan graduan yang mempunyai pointr yang baik dan cemerlang.


Zaman sekarang, adalah zaman persaingan dimana setiap graduan perlu bersaing untuk mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan. Bukan mudah ye. Berpuluh-puluh ribu graduan yang tamat belajar tiap-tiap tahun. Bukannya tidak bagus persaingan ini. Cuma, bagi graduan yang tidak memndapat pointer yang memuaskan di universiti,pasti sukar utk meyakinkan majikan yang mereka mampu memberikan hasil kerja yang terbaik buat syarikat.


Tidak rugi sebenarnya, saya belajar semula ijazah sarjana muda. Kiranya,sekarang saya ambil second degree. Mungkin ada sesetengah orang kata rugilah. Bagi saya tak rugi, tapi bergantung pada orang tersebut. Bagi saya tak rugi kenapa? Pertama, saya struggle untuk pastikan saya konvo dengan 3.5 dan ke atas. Kedua,jika saya nak sambung master/phd, saya boleh apply biasiswa dan fellowship. Jika saya sambung master dgn previous pointer ,pasti sukar bukan untuk dapatkan mana-mana biasiswa dan mohon fellowship.

Jadi, tak rugipun,saya ambil second degree. Dan berita terbaru, saya dapat tahu, jika saya dpt 3.50,kemungkinan saya boleh buat phd terus sbb saya sudah ada second degree. Second degree kat sini, seperti saya dah ambil mastr sbb tu, dekan boleh buat timbang tara dan saya berpeluang untuk terus buat phd. Jika ikut prosedur, utk buat phd terus, saya perlu dapat first class/3.68. 


Impian saya sekarang adalah untuk buat phd. Umur saya sekarang pun,sudah agak lewat. Mungkin saya akan fokus pada belajar dan bekerja dahulu. Then, berumahtangga. Pastu baru fikir untuk sambung belajar wat master/phd. Berumahtangga pun penting juga. Takkan sampai umur saya dah lanjut,tak kahwin2. Tapi, buat phd adalah salah satu impian yang saya akan berusaha untuk capainya. Buat masa sekarang,saya perlu struggle dengan study untuk memastikan saya tamat belajar dengan pointer 3.50 dan ke atas. Target saya sekarang,untuk up pointer hingga capai 3.60 dan ke atas.


Tujuan saya belajar ke peringkat yg tertinggi adalah demi Islam. Mula2nya, saya cuma bercita2 nak belajar sehingga peringkat phd. Tapi, hari ini ,cita2 saya semuanya demi Islam. InsyaAllah apa sahaja yang saya akan capai,saya akan sumbangkan  buat Islam yang tercinta. 

Inilah impian saya. Bagaimana dengan impian anda semua?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Unknown said...

As salam, saya berminat nak amik second degree. tapi saya nk tanya kalau kita mohon degree kat upu, guna kelayakan apa ye? boleh tak kalo saya guna CGPA first degree saya ni?

yummie said...

wa'alaikumussalam
maaf,lambat reply...
alhamdulillah, saudara berminat utk buat second degree... Jika IPTA, saya tak pasti, tapi ada kawan sy bgtau boleh mohon IPTA utk apply second degree.. boleh guna result matrikulasi atau diploma.

Bila buat second degree, saudara xperlu buat sehingga 3/4 tahun sebab boleh buat kredit transfer..

Cik Phantom said...

asaalamualaikum.. saya terjumpa entry anda n sy dalam dilema samada untk mneruskan master or second deg.. utk mkluman kos sy skrg adalah perakaunan.. dlm perancangan ingin membuat sec degree di upsi kerana berminat untuk mnadi guru.. soalan sy berapakh max syarat umur untk apply se degree.? bolehkan sy mnggunakan result matrik pada tahun 2010 or result spm pada tahun 2009? then, opportunity utk apply scholar tu sama atau tidak dgn student baru? hee.. :)

Unknown said...

hai sis.. menarik entry sis ni . tpi boleh sis cerita lebih details mcm mne proses sis apply second degree tu.. i mean bermula mcm mne and channel mne. tq

it'smeNurul said...

Assalamualaikum kak..saya nak tanya, first degree tu akak amik course apa dan second degree pula akak amik course apa?....dan saya nak tanya, boleh ke kalau saya skarang degree of international affairs dan saya nak buat second degree saya dalam bidang agama, for instance in syariah/usuluddin

Unknown said...

Assalam,boleh ceritakan lagi detail tak?? Saya nak ambil Law sebagai second degree saya,kalau boleh ceritakan lagi detail boleh?? Dalam masa sama saya nak habiskan Diploma Pascasiswazah Guaman

Post a Comment

Pages