RSS

~Alhamdullilah..dapat rehat sekejap~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdullilah,ana dah lepas 2paper..rasa lega sangat-sangat,walaupun tak pasti sepenuhnya akan dapat markah yang cemerlang.Bagi ana sekarang,yang paling penting,ana sudah berusaha sedaya upaya,yang boleh ana lakukan adalah bertawakkal kepada Allah swt.Bila tiba masa keluar result,ana perlu terima samaada result ana cemerlang atau tidak.Allah swt sudah berjanji;"Allah akan memberi imbalan kpd seseorang itu ,setimpal dengan usaha yg dilakukan".InsyaAllah,jika usaha ada bersungguh-sungguh dan gigih untuk berjaya,ana akan berjaya dengan izinNya.

Ana cuma agak takut,jika ana terlalu mengharap tapi apabila keputusan yang keluar nanti tak seperti yang diharapkan,ana takut akan kecewa.Sebab itu,ana tak letak harapan yang tinggi,sebaliknya reda pada Allah swt dan sediakan 'hati&fikiran' utk menerima apa sahaja keputusan yg keluar nanti.

Setiap kali,selepas ana check keputusan untuk setiap semester;pertama sekali,ana bersyukur,walaupun tak dapat pointer yang ana target,tapi pointer ana masih lagi dalam kategori cemerlang.Ana tidak terlalu kecewa sebab ana dah sediakan 'hati&fikiran' ana untuk terima apa sahaja keputusan.Keputusan yg ana dapat,mungkin setimpal dengan usaha ana.Ana perlu usaha lagi kuat,untuk mendapat keputusan yang lagi cemerlang. Kedua;ana tanamkan dalam diri untuk berusaha lagi kuat,agar dapat pointer yg ana target.Selain itu,ana akan  menilai diri selepas tiap-tiap semester,apa yg perlu ana tambahbaikkan dan usaha apa yg ana perlu lakukan agar result ana dapat sepertimana yg ana targetkan.

"Bukan mudah untuk berjaya,dan bukan susah untuk gagal".Begitu lah,apa yg ana lalui.Tiap-tiap semester,ana akan lalui perbagai ujian untuk "dgn kata lain ;agar ana gagal".Tapi ana tetap mengharungi ujian itu,dan tempat permohonan kekuatan adalah dengan berdoa pada Allah swt,meluahkan segala masalah pada Allah kerana Dia yg lebih Mengetahui perkara yg nampak maupun tersembunyi.Alhamdullilah,satu persatu masalah selesai..dan kalau tak selesai pun,hati ana rasa lapang dan tenang..

Sebelum ini,ana ada 2paper yg selang waktu sangat sedikit;cuma satu hari.Ana terpaksa bertungkus-lumus untuk belajar 2 subjek dalam masa yg agak terhad,diselangi dengan 'lecture' tak habis-habis.Last week study,'lecturer' semua nak habiskan silibus,dan dlm masa yg sama cuma selang beberapa hari,ana ada paper untuk subjek Mikrobiologi(kritikal subjek).Subjek Mikrobiologi adalah subjek kritikal sebab terlalu banyak istilah-istilah baru yg dipelajari &nama-nama mikrob yg perlu tahu..hurmm..bila tiba masa jawab final;soalannya tak seteruk yg difikirkan cuma tak cukup usaha;soalan esei,adalah tak puas hati,bila check balik dalam buku.Apa-apa bersyukur sebab walaupun ada yang salah,tapi kiranya tak teruk sangat lah..nak tahu ok ke tak,kena tunggu result keluar.

Sekarang ni,ada sedikit masa untuk rehat-rehatkan badan yg tak sempat nak rehat sebelum ni..lepas ni,bermula fasa baru pula,untuk subjek yg seterusnya pula...masih ada 3 paper lagi.InsyaAllah,hopefully paper lepas ni,lagi ok..dan cover yg kurang ok sebelum ni...


Ana akan sambung dengan "penilaian setiap subjek bagi semester ni" utk post yg akan datang.InsyaAllah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages