RSS

~pUAsa 9 zulhijjah~insyAllah..

Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah


Seperti yang kita tahu, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2011 jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9 Zulhijjah akan jatuh pada hari Sabtu ini. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan antara fadhilat atau kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”
(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages