RSS

~Akhirnya~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ana last paper final exam15hb Nov..akhirnya tamat lah perjuangan ana semester ini.Alhamdullilah,ana bersyukur atas segala kurniaanNya walaupun ada perkara yang menyedihkan,dan mengecewakan yang berlaku dalam hidup ana dalam semester ini.Apa sahaja yang berlaku dalam hidup ana,sedih ,gembira dan kecewa semua itu adalah ketentuan daripada Allah swt.Terima segala ketentuan yang ditetapkan olehNya.

Banyak perkara yang ana nak coretkan di dalam blog ini.Tapi buat masa sekarang minda ana agak kosong untuk menulis kata-kata yang indah untuk dibaca.Ana suka buat sesuatu dengan kemas dan bila orang mmbaca dan melihat;mereka akan berpuas hati.Isunya bukan ana buat begitu sebab orang lain;tapi sememangnya ana suka begitu.

Ana sedar diri;ana cuma manusia biasa yang diciptakan oleh Allah serba kekurangan.Walaupun orang kata ana ni baik sekalipun;ana sedar ana tetap manusia biasa yang tidak akan terlepas melakukan kesilapan.Ana cuba untuk menjaga diri dari melakukan perkara yang ana sendiri tak sukai;tapi disebaliknya fitrah kita sememangnya begini dan pelbagai masalah yg timbul menyebabkan diri kita tetap melakukan kesilapan.

Tapi setiap kali ana rasa diri ana semakin jauh dengan Pencipta ;ana rasakan ,ana seolah-olah hilang diri....ana rasakan jiwa ana memberontak.Begitu lah,diri ana....InsyaAllah,itu lah peringatan yg diberikan oleh Pencipta buat ana.Begitu jua dengan kalian,kalian akan rasakan bagaimana ana rasakan jika kalian sudah biasa mendekatkan diri pada Pencipta.Maafkan ana.....sebenarnya,hati setiap insan sukakan kebaikan tetapi disebabkan hati kita yang dikotori dengan debu-debu dosa menyebabkan kita jadi begitu asyik dengan kemaksiatan..walaupun hati kalian menjerit agar tidak melakukan kejahatan;kalian tetap asyik dengan perkara tersebut...

Ana akhirnya post kali ini dengan beberapa ayat-ayat Allah yg amat indah;

Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari(takdir)Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?" Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah. (Al Ahzab; ayat 17)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. (Al Hujuraat: ayat 15)

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Al Hujuraat: ayat18)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages