RSS

~apa makna cinta~

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hari ini,ana meluangkan masa untuk melakarkan kata-kata cinta buat semua.Begitu indahnya cinta kerana cinta kita mampu hidup,kerana cinta kita hidup derita.Begitulah hebatnya cinta.

Bagi ana ,bahagia jika hati ana dipenuhi cinta pada Allah.Cinta itu buat ana rasa bahagia,rasa cukup,rasa hebat..cukup buat ana..ana tahu dengan perasaan ini,ana sudah cukup rasa bahagia.Namun ,ana tahu ,ana diciptakan oleh pencipta mempunyai perasaan untuk berpasangan .Ia sesuatu yang normal jika kita mempunyai perasaan itu,tapi bagaimana untuk mengendalikan perasaan itu.

Adakala,sesetengah insan kalah dengan perasaan ini sehingga terjebak dalam 'cinta terlarang' sehingga berlaku lah fenoma pembuangan bayi dan sebagainya.Tahu kah ,kalian bahawa bercouple adalah haram?Kenapa?kenapa perlu haram,sedangkan hampir semua manusia di dunia ini bercinta tak kira muda,tua,isteri orang atau suami orang?Begitu lah hebatnya Barat dalam menyebarkan fahaman Barat dalam minda setiap insan terutama umat Islam.Sehingga dalam minda umat Islam,apa sahaja yang diajarkan Islam adalah salah,islam adalah kuno dan sebagainya.



Asalnya; bercinta tak salah jika niat kita bercinta adalah untuk menuju ke alam perkahwinan,dan masa alam percintaan menjaga batas-batas pergaulan.Tapi kenapa couple diharamkan dalam islam?kerana orang sekarang bercinta bukan untuk mendirikan rumahtangga sebaliknya melakukan maksiat padaNya sehingga berlaku perkara yang begitu menyedihkan dan mengerikan seperti pembuangan bayi yang tidak berdosa.Bukankah bayi itu adalah manusia seperti kita?Apa salahnya sehingga dibuang sebegitu?Tidak takut kah,orang yang melakukan perbuatan tersebut?Mungkin tiada manusia yang melihat kalian melakukan semua itu tapi ketahui lah Allah melihat apa yang anda lakukan dan Malaikat disisi anda akan mencatat perbuatan terkutuk itu.Takut lah pada Allah.Allah sentiasa melihat kita walaupun kita tidak melihatNya.

Siapa yang nak dipersalahkan?Adakah cinta yang perlu dipersalahkan?kerana hati kita sememangnya diciptakan untuk berpasangan..ketahuilah cinta ini hanya untuk suami kita bukan untuk lelaki yang baru kenal atau lelaki yang sedang kita bercinta.Tuntulah ilmu untuk kau ketahui tentang cinta ini.Cinta ini adalah suci bukan untuk dikotori dengan maksiat.Jika cinta yang anda sedang lalui sekarang 'cinta terlarang',itu adalah cinta daripada syaitan..tidak ada cinta yang suci dari Allah dan,membahagiakan jika cinta itu adalah bisikkan daripada syaitan.Cinta itu cuma membawa anda lebih dekat kepada neraka.

Jika sekarang anda telah tersedar...kuatkan diri untuk memutuskan semua cinta terlarang ini.Abaikan orang sekeliling yang sedang diasyik dibuai cinta...carilah cinta Allah.InsyaAllah hati kalian akan bahagia.Percayalah,kalian tidak akan mengharap pada yang lain selain Allah,kalian tidak takut pada yang lain selain Allah,kalian akan rasa semuanya..Usahalah,insyaAllah...Kalian tidak usah ikut orang-orang yg sedang bercinta itu..biarlah mereka mendekatkan diri pada neraka,tapi sudah semestinya kalian juga tidak ingin mengikut mereka untuk ke neraka.

Cintai lah,diri kalian dulu.Jika kalian cintakan diri sendiri,kalian tak akan membawa diri ke neraka.Jika kita cinta diri kita,insyaAllah cinta lain akan hadir dalam hati... :)


Tuntutlah sebanyak mana ilmu untuk diamalkan,bukan untuk ditunjuk-tunjuk bahawa kita hebat.Tapi jika berkesempatan untuk berkongsi ilmu tersebut,tidak salah..asalkan kita amalkan apa yang kita perkatakan..kerana balasan lagi berat pada orang yang menyuruh melakukan ini dan itu ;tetapi dia sendiri meninggalkan semua itu.

InsyaAllah,dengan ilmu dalam diri dan kita mengamalkan ilmu tersebut,cinta Allah akan hadir dalam dirimu..usaha,doa dan tawakkal.Mari kita sama-sama mencari cintaNya.. :) .Jangan pernah berputus asa kerana Allah sentiasa mengampuni hambaNya,Maha Penyayang pada setiap hambaNya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages