RSS

~Alhamdullilah..dapat rehat sekejap~

Alhamdullilah


Setelah lama penantian,akhirnya cuma tinggal satu paper final exam..alhamdullilah.Tak semua paper,ana dapat menjawab dengan cemerlang,tapi ana bersyukur di atas segala kurniaanNya.Ana tidak boleh nyatakan 100% yg ana dapat menjawab dengan baik,selagi keputusan final belum keluar.Ana sudah usaha termampu yg ana lakukan,ana juga telah berdoa dan setelah habis semua paper..tiba masanya untuk ana bertawakkal pada Allah.Jadi apa sahaja keputusan yg keluar nanti,ana perlu redha dan terima.

erm..sekarang,memang ana betul-betul nak berehat sebab seminggu yg lepas ana bertungkus-lumus untuk 2 paper;subjek problem solving algorithm dan entrepreneurship .Tapi,esok akan bermula tugas ana bagi mengulangkaji subjek last paper iaitu Biochemistry..subjek yg menakutkan untuk semester ini sebab untuk kedua2 test,ana dapat rendah.. huawahuawa...

Apa yg boleh ana lakukan,adalah buat yg terbaik untuk final agar dapat cover balik,test yg dapat rendah sebelum ni.Sebagai seorang seorang insan,apa yang boleh kita lakukan hanya lah berusaha untuk berjaya..yang menentukan berjaya atau tidak adalah Allah.tapi yakin lah dengan janji Allah;Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan apa yg kalian lakukan.Jika kalian masih tidak berjaya ;itu beerti usaha kalian masih belum cukup ..tambahkan usaha,insyaAllah kalian akan berjaya..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages