RSS

~Solat YAng semPUrna~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah swt telah menentukan cara beribadat bagi manusia sesuai dengan unsure kejadian kita yang terdiri dari jasmani dan rohani.Di antara ibadat itu ada yang dilakukan lisan seperti bersyukur,bersyahadat,berzikir,berdoa,membaca selawat dan membaca alquran.

Ada ibadat yang dikerjakan dengan badan(jasmani) saja seperti ibadat puasa dan ada pula ibadat yang dilakukan oleh badan,dengan lisan yang dirasakan oleh hati batin dan akal,itulah ibadat sembahyang.Bila dalam sembahyang,gerak jasmani iaitu lidah(bacaan)diiringi dengan kesedaran hati batin serta fikiran(akal) itulah sembahyang yang sempurna.

Sembahyang(solat) adalah kesempatan bagi hamba Allah merendahkan diri,menyatakan kekurangannya dan hajatnya,mencurahkan air matanya,memanjatkan doanya kepada Allah s.w.t.

Sembahyang yang merupakan hubungan munajat yang langsung kepada Allah s.w.t dan tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam keadaan suka,duka,perang,damai,sihat dan sakit;hendaklah dikerjakandengan keampunan yang ada pada waktu itu.

Ingat,janganlah kita sembahyang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga,sembahyang orang-orang munafik.Tentang hal ini,Allah s.w.t telah memberi  peringatan:

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.( An Nisaa':ayat 142)

Kita menjumpai berpuluh-puluh ayat di dalam kitab suci al-quran yang berhubung dengan perintah mendirikan sembahyang.Begitu juga berpuluh-puluh hadis nabi sebagai perlaksanaan perintah mendirikan sembahyang.
Jika diteliti dari segi hakikat dan roh sembahyang terdapat perbezaan pengertian antara mendirikan sembahyang dengan mengerjakan sembahyang.

Seseorang hamba yang telah memenuhi syarat sah sembahyang(solat) dan kemudian ia sembahyang lengkap dengan rukuknya,dimulai  dengan takbir dan disudahi dengan salam maka kita boleh mengatakan bahawa hamba Allah tersebut telah mengerjakan sembahyang.Tetapi kita belum berani untuk mengatakan orang itu mendirikan sembahyang.
Bila disebut mendirikan sembahyang maka disamping syarat dan rukun,maka hendaklah diisi dan dipenuhi dengan apa yang dinamakan roh sembahyang.

Peranan hati batin yang menentukan roh sembahyang.Apabila telah lengkap ketiga-tiga iaitu syarat,rukun dan roh sembahyang barulah pada hakikatnya dapat dikatakan bahawa orang itu telah mendirikan sembahyang.Dapat kita perhatikan nabi s.a.w yang menyatakan:

Barangsiapa yang mendirikan sembahyang padawaktunya dan ia sempurnakan wuduknya,juga ia sempurnakanberdirinya,kekyusukkannya,rukuknya dan sujudnya,keluarlah sembahyang itu dalam keadaan putih berseri-seri,seraya menyeru;mudah-mudahan Allah memelihara engkau  sebagaimana engkau memelihara aku.Dan barangsiapa mengerjakan sembahyang diluar waktunya dan tidak ia  wujudnya,dan ia tidak menegakkan kekusyukkan,tidak juga rukuk dan sujudnya,keluarlah sembahyang itu dalam keadaan hitam gelap sambil berkata:mudah-mudahan Allah menyia-nyiakan engkau sebagaimana engkau menyai-nyiakan aku.Sehingga apabila telah selesai sembahyang itu ke satu tempat yang ia kehendaki , dilipat-lipatlah sembahyang itu seperti melipat kain yang buruk.Kemudian(di hari kiamat nanti)dipukulkan sembahyang itu dimukanya(di muka orang yang mengerjakan sembahyang dengan tidak sempurna syarat,rukuk dan roh sembahyang itu)
                                                                                                                         (Hadis riwayat Tabarani)

Dari hadis tersebut dapatlah kita faham bahawa antara syarat sah sembahyang(pada waktunya,sempurna wuduknya)tidak dapat dipisahkan dengan rukunnya(sempurna berdirinya,sempurna rukuk dan sujudnya).
Begitu juga roh sembahyang ditentukan oleh hati batin.Dan hati batin yang menentukan samaada seseorang itu khusyuk atau tidak kepada Allah s.w.t semasa mendirikan sembahyang.

Bila ketiga faktor itu saling isi mengisi ketika sembahyang maka barulah dapat dimasukkan dalam golongan orang yang mendirikan sembahyang.

Sembahyang yang seperti itu lah yang dinamakan sembahyang yang putih berseri-seri,sembahyang yang dapat meninggalkan bekas daln melahirkan hikmah,dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.

Sebelum kita sampai ulasan selanjutnya,terlebih dahulu patutlah memahami pengertian atau makna sembahyang yang merupakan titik tolak kefahaman roh sembahyang.Kesimpulan makna sembahyang yang dapat duruskan dari definasi ahli-ahli agama adalah seperti berikut:

Makna sembahyang(solat)

Makna Feqah
Suatu cara Allah s.w.t disembah menurut syarat-syarat tertentu dengan perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir,disudahi dengan salam.

Makna hakikat
Mengadapkan jiwa kepada Allah s.w.t dengan membangkitkan rasa kebesaran dan kesempurnaan kekuasaanNya.

Makna Roh
Keikhlasan menghadap Allah dengan kehadiran hati batin dalam berzikir berdoa dan memuji.
Dari makna di atas dapatlah kita faham bahawa sembahyang itu mempunyai bentuk lahir yang dapat disaksikan oleh pandangan mata.Ulama ahli fekah berpegang pada makna tersebut iaitu  perkataan dan perbuatan dimulai dengan TakbiratulIhram dan disudahi dengan salam.

Perkataan yang dilafazkan dapat didengar dan perbuatan yang dilakukan(iaitu rukuk,iktidal,sujud,duduk antara dua sujud,tasyahud awal dan akhir serta salam)dalam dilihat indera mata.

Dengan itu,apabila melihat seseorang berdiri sembahyang ia mulai sembahyang dengan takbir dan akhiri dengan salam.Menurut pengertian ilmu fekah orang itu telah dapat dikatakan:ia telah mendirikan sembahyang.
Sebaliknya kalau dilihat dari sudut roh sembahyang kita belum berani mengatakan orang itu mendirikan sembahyang kerana roh sembahyang itu tidak terletak pada gerak lahir tetapi terletak dalam gerak hati batin.
Kita maklum bahawa gerak hati batin hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui.Oleh itu,kita dapat mengatakan si polan bagus sembahyangnya kerana bagus atau tidaknya sembahyang seseorang ditentukan oleh hati batin semasa mendirikan sembahyang.

Bila hati batin dan fikiran disatupadukan dengan gerak badan,ditumpukan dan dibulatkan sepenuh hati dan ikhlas dalam menyembah Allah;baru boleh dikatakan mendirikan sembahyang dengan sempurna.Ingat,yang mengetahui gerak hati batin dan gerak fikiran hanyalah Allah s.w.t,Manusia hanya mampu melihat yang lahir sahaja.


Ikhlas bermakna mendirikan sembahyang hanya kerana Allah s.w.t bukan kerana ingin mendapat pujian atau bukan hanya hendak menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Manusia terdiri dari dua unsur iaitu unsure jasmani dan unsur rohani iaitu unsur konkrit dan  unsur yang abstrak dengan kata lain unsure yang nyata(jasad)dan unsure yang tidak nyata(roh).Maka sembahyang juga terdiri dari dua unsur iaitu unsure jasad dan unsur roh.

Unsur jasad sembahyang adalah unsur yang nyata atau konkrit,ada dan sangat menentukan bagi hidup atau matinya sembahyang didirikan oleh seseorang hamba Allah.Yang wujud dalam sembahyang adalah:
  •          i.            Unsur yg Nampak(jasad)
  •        ii.            Unsur yg tidak Nampak(roh sembahyang)


Manusia walaupun cantik bentuk badannya,tetapi kalau sudah tidak mempunyai nyawa maka manusia itu tidak perlu disimpan hendaklah segera dihantar ke tanah perkuburannya.Begitu juga sembahyang,walaupun bagus dan sempurnanya tatacara sembahyang itu dilakukan secara lahiriah tetapi rohnya kosong,maka sembahyang yang demikian tidak mendatangkan pahala dan tidak membawa atau meninggalkan sesuatu kesan dan pengaruh kepada orang yang mengerjakannya.

Sembahyang yg kosong tanpa roh beerti sembahyang yang lalai terhadap Allah s.w.t.Sebab itu lah Allah s.w.t telah menegaskan dalam firmanNya:

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.( Thaahaa:ayat 14)

Tentang sembahyang yang kosong Nabi Muhammad s.a.w menyatakan:

Berapa ramai orang yang mendirikan sembahyang,keuntungan yang diperolehi dari sembahyangnya hanya penat dan letih sahaja.
                                                                                                                      (Hadis riwayat Ibnu Majah)


sumber:
Buku BERTAJUK Roh Sembahyang(Abdul Rahman Mat Ismail)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages