RSS

~lakaRAN kehidupan~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang

Hidup ini satu perjuangan…..perjuangan menentang syaitan ,hawa nafsu dan menentang golongan kafr yang menentang islam.Menentang syaitan dan hawa nafsu adalah yang paling sukar kerana kita tidak dapat melihat syaitan dan hawa nafsu pula berada dalam diri kita.Syaitan akan mengunakan hawa nafsu yang berada dalam diri manusia untuk menghancurkan mereka.Walaupun syaitan boleh menggunakan hawa nafsu manusia untuk menghancurkan mereka,namun Allah swt telah berfirman bahawasanya umat manusia yang bertakwa tidak akan dapat dimusnahkan oleh syaitan. 

Allah swt telah menganugerahkan kepada manusia akal dimana dengan akal ini,kita boleh membezakan antara perkara yang baik dan yang jahat.Penggunaan akal yang berpaksikan agama islam ,manusia membina tamadun yang agung sepertimana zaman Nabi Muhammad saw dan zaman khalifah arrasyidin yang melahirkan tokoh-tokoh dalam berbagai-bagai bidang.Akal yang diciptakan oleh Allah swt kepada manusia adalah satu nikmat yang hanya diberikan kepada manusia sahaja dimuka bumi .Haiwan-haiwan dan pokok-pokok tidak diberikan akal,sedangkan haiwan-haiwan dan pokok-pokok juga adalah makhluk Allah swt juga.

Manusia yang berakal adalah manusia yang  menggunakan pancaindera yang Allah swt kurniakan unutuk melihat kebesaran Allah swt seperti langit,bumi,bintang,matahari,laut  ,pokok-pokok,haiwan dan juga diri kita sendiri.Hanya Allah swt Yang Maha Berkuasa sahaja mampu menciptakan semua ini.Manusia yang bertakwa dan beriman adalah manusia yang menggunakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt untuk beribadat kepadaNya.Subhanallah,Maha Suci Allah………………..betapa banyaknya nikmat yang Engkau kurniakan dan nikmat yang paling besar Allah swt kurniakan adalah nikmat iman.Ya Allah swt ,”Jadikanlah hambaMu ini adalah diantara hambaMu yang bertakwa dan beriman”.Amin..Semoga doa kita semua dikabulkan oleh Allah swt.

Bacalah kalamullah setiap masa sekurang-kurangnya selepas solat…….insyaalah hidupmu akan sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.Lebih baik lagi,jika dirimu memiliki sebuah al-quran terjemahan kerana di dalamnya ,engkau boleh memahami ayat-ayat Allah swt.Memahami kalamullah akan menambahkan lagi keimanan dalam  dirimu..Insyaallah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages