RSS

~prograM SPIES~


Ana telah menyertai program SPIES anjuran Kerajaan Selangor selama 2 hari bertempat Kem Kubu Baru..sebenarnya,ini program SPIES pertama kali yang ana sertai.Kebiasaannya,pelajar-pelajar UNISEL akan khatam banyak kali program SPIES tapi ana terkecuali..hahaa. :)

Tahniah buat kerajaan Selangor kerana telah mengambil initiatif yang sangat memberangsangkan.Selama 2 hari ana menyertai program ini,setiap slot diisi dengan program yang sangat bermanfaat dan memberi unsur-unsur kesedaran kepada setiap peserta.Bagi ana,jika pilihan raya yang akan,jika rakyat Malaysia menolak pimpinan kerajaan Selangor sekarang,memang mereka seolah-olah membuang 'orang yang memberi kebaikan' kepada mereka.

Pada hari ini,begitu banyak masalah gejala sosial yang berlaku melibatkan para remaja dan pelbagai cara yang dijalankan oleh kerajaan pusat namun tidak menampakkan sebarang hasil.Yang ada,cuma pemnambahan masalah sosial;seperti pembuangan bayi,penglibatan remaja dalam penagihan dadah.Satu perkara yang tidak dititikberatkan oleh Kerajaan Pusat;iaitu kembalikan para remaja terutama remaja yang berbangsa Melayu kepada agama Islam.Sebenarnya,hanya dengan cara ini dapat mengurangkan masalah yang berlaku pada hari ini.

Perkara pokok yang ana nak sentuh hari ini berkaitan dengan 'bunuh diri'.Sewaktu ana mengikuti program SPIES yang dikendalikan oleh Green Consultant ;mereka telah menayangkan satu fenomena yang berlaku di Barat iaitu fenomena bunuh diri dimana di salah satu negara Eropah telah dibina satu jambatan yang panjang ;jambatan tersebut telah digunakan sebagai tempat membunuh diri.Video yang ditayangkan adalah peristiwa benar yang berlaku dimana kamera tersembunyi diletakkan dibalik gunung-gunung berhampiran jambatan tersebut.Video tersebut menayangkan beberapa orang berada di atas pagar jambatan dan mereka mengambil masa lebih kurang 10-15 minit untuk terjun ke dalam laut dari atas jambatan dengan berbagai cara terjunan.Dilaporkan oleh pihak yang menjaga jambatan tersebut,jambatan tersebut telah mencatat beribu-ribu orang yang telah menjadikan tempat tersebut sebagai tempat untuk membunuh diri.

Isu yang ana nak kupaskan berkaitan dengan 'bunuh diri'.Bila ana tengok video tu;jiwa ana tersentuh,amat menyayat hati.Ana terbayang,kalau orang Islam yang melakukan perkara tersebut,semestinya dia tak akan berpeluang untuk bau syurga.Orang yang bunuh diri adalah orang yang putus asa dengan rahmat Allah s.w.t.


Jadikan qalam Allah sebagai penawar hati yang luka;jika kalian tidak dapat membacanya,pelajari membaca Qalam Allah,kerana ia ubat yang paling mujarab untuk mengubati hatimu

Bunuh diri bukan jalan yang terbaik untuk kalian menyelesaikan masalah.Mintalah dengan Allah,dekatkan diri dengan Allah,bermunajat pada Allah,luahkan segala pada Allah..Allah akan membantu kalian.Jangan pernah berputus asa pada rahmat Allah.Ingatlah,hidup kita bukan di dunia sahaja,apa sahaja yang kita lakukan di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat sana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages