RSS

Ramadhan datang lagi


Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat bulan ramadhan pada tahun ini. Salah satu nikmat terbesar yang kita perolehi. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Moga  di bulan ini, kita sama-sama menginsafi diri, muhasabah diri dan memperbaiki amal soleh yang kita lakukan seharian.


Bagi yang belum memulakan hijrah diri, jadikan bulan ini sebagai satu sejarah yang paling manis dalam hidup anda dengan berhijrah ke jalan yang diredhai Allah SWT. Sesungguhnya nikmat iman dan hidayah adalah sesuatu yang teramat indah sekali. Setelah anda merasai ia dalam hati anda, anda akan teramat takut jika ia pergi dari kehidupan anda. Walaupun anda dibuang oleh kawan-kawan yang rapat dengan anda, pasti anda sanggup jika anda benar-benar telah merasainya nikmat hidayah dan iman.


Sesuatu yang terindah dalam kehidupan saya kali ini kerana saya telah berhijrah dengan berpurdah dalam bulan ini. Moga ia memberi 1001 kekuatan untuk saya. Sejujurnya, bukan mudah juga untuk berpurdah? Anda akan diuji dengan berbagai ujian untuk istiqamah berpurdah. Walaupun begitu, apabila keindahan 'rasa' berpurdah sudah terlekat dalam hati, bukan mudah lagi untuk tanggalkan purdah ini apabila keluar rumah.



Ya Allah, begitu rindunya hamba ini pada bulan ramadhan. Begitu tenang pada bulan ini, apabila dilihat pemandangan luar, seolah-olah semuanya ciptaan Ilahi sedang bermunajat kepadaNya (dan itu lah realiti sebagaimana yang dinyatakan di dalam alquran bahawa semua ciptaan Allah SWT tidak jemu memujiNya).


Ya Allah, moga di bulan ini, kita semua peroleh keampunan ,rahmat dan kasih sayangNya. Moga bulan ini menjadikan hamba yang benar-benar takut kepada melakukan kemaksiatan dan sentiasa melakukan amal soleh. Amin. Moga syurga menjadi tempat tinggal kita di akhirat dan neraka dijauhkan dari diri kita.
 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages