RSS

Ramadhan bulan cinta

Bismillahirahmanirrahim

Assalamu'alaikum

Sudah agak lama jari-jemari ini tidak melakarkan kata-kata buat insan di luar sana dan juga buat diri sendiri. Penulisan adalah sesuatu yang amat penting untuk menyampaikan perkara-perkara yang bermanfaat kepada manusia kerana penulisan akan kekal walaupun kita telah tiada di dunia ini. Tiada tajuk formal yang ingin saya bicarakan disini. Saya akan bicarakan perihal bulan Ramadhan.


Kita telah memasuki 19 Ramadhan, sekejap sahaja masa berlalu. Esok, bermulalah 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan iaitu hari yang dinanti-nanti untuk mencari lailatul qadar. Bukan mudah yer untuk berjumpa dengan malam lailatul qadar? InsyaAllah, jika kita telah mempersiapkan diri kita bermula 1 Ramadhan lagi, Allah SWT akan pertemukan malam itu untuk diri kita.


Apa amalan-amalan seharian yang kita lakukan di bulan mulia ini? 24 jam dalam bulan ini, terasa begitu pantas berlalu. Sia-sia jika kita tidak menggunakan setiap detik yang ada untuk mengingati Allah SWT (peringatan untuk diri sendiri juga :) ). 


(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar Ra'd; ayat 28)


Banyak amalan sunat yang boleh kita lakukan seperti solat sunat ba'diyyah dan qabliyah, solat sunat dhuha, solat sunat tahajjud, solat taubat, terawih, tadarrus alquran. Jika tidak melakukan banyak, lakukan semampunya dan yang paling penting adalah istiqamah (Bermula 1 Ramadhan- 30 Ramadhan). Selain itu, didik diri dengan akhlak yang mulia, moga ia tertanam dalam diri. Buang sifat mazmumah seperti ujub, bangga diri,riak, sombong, dengki, hasad, cemburu buta dan sebagainya.



Masjid Al-Sultan Ismail Petra

Bagi yang telah memendam rasa untuk berubah dan berhijrah, mula lah saat ini. Semoga segala kebaikan yang dilakukan akan dibalas oleh Allah SWT dengan berpuluh kali ganda pahala buat kita semua. Moga ketenangan yang dicari, anda menjumpainya. :)

Carilah cinta iaitu fitrah insan, cinta pada kebaikan, cinta pada Pencipta yang menciptakan semua makhluk dan alam ini, cinta Rasulullah SAW dengan mencontohi akhlak baginda,dan cinta dalam cinta (cinta yg lain hadir,apabila hamba mencintai Penciptanya iaitu Allah SWT) . 


Bersabarlah apabila diuji di bulan mulia ini dengan dahaga,kepanasan, kelaparan, kepenatan, kesakitan dan sebagainya. Moga kesabaran itu akan memperoleh rasa nikmat bahagia sebagaimana salah satu kebaikan yang diperolehi bagi org berpuasa adalah kenikmatan ketika berbuka puasa.


Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri,dan bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar). (Ath Thuur; 48-49) 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages