RSS

~FInal exam~


Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum..

Hari ini,Ana kembali melakarkan kata-kata rasa dalam blog ana.Hari ini,sudah 4 oktober 2011,dalam masa 3 minggu lagi,ana dan kawan-kawan lain akan menghadapi 'final exam'.Ana harap ,untuk 'final exam',ana akan buat yang terbaik untuk perngorbanan ana,untuk ibu yang tercinta dan untuk keluarga yang sentiasa mengharap ana berjaya dalam hidup.

Bukan mudah untuk berjaya dan bukan susah untuk gagal.Ini salah satu kata-kata motivasi yang berlegar dalam fikiran dan berdenyut dalam denyutan hati ana.Iya,jikalau jika hendak berjaya,kita perlu berkorban apa sahaja yang kita ingini dalam hidup ini.Manakala,jika kita memilih untuk gagal,tak ada apa yang perlu kita korbankan....ikut lah segala rasa dalam hati,tidak kira perkara itu baik atau sebaliknya.Tapi ketahui lah,disebalik segala kesusahan yang telah dilalui untuk berjaya,kalian akan merasakan betapa manisnya kejayaan yang bakal dikecapi pada akhirnya...apa lagi melihat orang-orang yang tersayang tersenyum lebar menyambut kejayaan kita.


InsyaAllah..Pengorbanan yang dilakukan tidak akan sia-sia.Begitu juga,sesiapa yang berkorban dalam hidup di dunia ini,untuk akhirat,insyaAllah,pengorbanannya tidak akan sia-sia.Dia diabaikan oleh orang lain kerana dia berpegang pada agama Allah,insyaAllah,Allah akan balasnya dengan syurga.Dia beribadat,walaupun orang disekeliling,tidak menyukai,insyaAllah,Allah akan balasnya dengan syurga..Begitulah indahnya pengorbanan.Beginilah,kata-kata rasa pengorbanan daripada ana.

Untuk menghadapi 'final exam' terlalu banyak tekanan yang dihadapi,apa lagi dengan silibus yang belum habis diajar oleh 'lecturer'.Ditambah pula,dengan bidang yang ana ambil,jika dibandingkan dengan bidang yang lebih mudah dipelajari oleh kawan-kawan yang lain..ana bukan nak berbangga dengan bidang yang ana ambil,tapi bidang bioteknologi adalah salah satu aliran sains tulen..bukan mudah untuk skor bagi setiap subjek yang diambil.Ana perlu memastikan setiap subjek yang ana ambil,mendapat keputusan yang bagus agar pointer CGPA,jugak ok.Inilah salah satu pengorbanan yang ana lakukan...ana terpaksa berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya,dikala orang lain sedang leka berhibur dengan hiburan dan apa sahaja kehidupan dunia,ana bertungkus- lumus untuk berjaya.Pengorbanan ini sedikit sahaja,jika dibandingkan pengorbanan lain yang ana lakukan.Inilah kehidupan..rasa kehidupan dunia ana.Ana yakin,setiap mempunyai coretan hidup yang berlainan..tapi tujuan kita diciptakan,semuanya sama iaitu untuk beribadat kepada Allah.

Ada cerita yang menarik untuk diceritakan kepada kalian.Cerita tentang 'rasa' ana menjadi naqibah.Ana sangat kepingan untuk menjadi naqibah..akhirnya kepingan ana tercapai..iya,gembira rasa hati sebab apa yang kita impikan,akhirnya tercapai.Fungsi naqibah adalah untuk melaksanakan tanggungjawab menyampaikan usrah kepada mad'u.Alhamdullilah,insyaAllah ana dapat laksanakan dengan baik.Ana dah biasa berdepan dengan pelajar-pelajar semasa ana menjadi guru sandaran selama setahun,jadi tak ada masalah buat ana untuk berdepan dengan mad'u..cuma ana perlu buat persiapan untuk tajuk yang ana bakal bentangkan dalam usrah.InsyaAllah,dengan ilmu yang ada pada ana,walaupun tak berapa banyak tapi ana cuba buat yang terbaik dan berkongsi dengan mad'u.
Alhamdullilah,mad'u dapat menerima semuanya dengan baik..cuma doa dan harapan ana,apa yang ana sampaikan akan sampai dihati mad'u dan bersedia untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dalam hidup..dan semoga apa yang saya sampaikan akan menjadi amal kebajikan bagi saya di akhir nanti.InsyaAllah.

Saya akhiri,lakaran 'rasa' hari ini dengan firman Allah swt:

dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,
dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). (An Najm:ayat 39-40)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages