RSS

~maLAM aSSIGnmeNT~

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apa khabar?Malam ini,ana bertungkus lumut menyiapkan assignment yang ditinggalkan oleh sahabat-sahabat yg lain.Tugasan yang terakhir ini adalah men'edit' assignment,nama je kerjanya edit tapi ana mengambil masa lebih 3 jam untuk betul-betul complete.Almaklumlah,lecturer ana untuk subjek ini agak cerewet jadi kenalah wat betul-betul,silap-silap hari bulan lain pula jadinya.

Kerja ini,sebenarnya dah ditugaskan kepada kawan ana tapi ana kena buat kali ke2 untuk mengelokkan kerjanya.kenalah tolong menolong,kan walaupun memang terasa penatnya sebab kena buat kerja dua kali.

Alhamdullilah,akhirnya selepas jam 3 pagi baru ana dapat siapkan assignment ni....memang memenatkan,nak wat macam mana untuk assignment ini sahaja,30 markah diperuntukkan ,jadi kenalah wat elok-elok.

Biasalah pelajar,kalau tidur lewat tu perkara biasa..apalagi kalau dah dekat-dekat dengan final exam.jawabnya adalah yang tak tidur malam,nak wat macam mana semuanya nak study malam tu..esokkan dah nak exam.sebab tu ada sesetengah pelajar universiti yang mengalami tekanan ..jadi,nasihat ana untuk sahabat-sahabat kat luar sana,jangan lah study last minute.bahaya..silap-silap haribulan,lain pula jadinya.

Kalau kita study awal-awal,tak ada lah stress sangat bila nak exam walaupun tekanan itu tetap ada. Masa belajar,kita belajar..masa enjoy kita enjoy.Jangan habiskan masa muda dengan sia-sia.hargai lah ia kerana apabila ia telah berlalu ..masa muda itu takkan kembali lagi.

Oklah,dah pagi dah.ana nak lelapkan mata dulu..esok pagi-pagi dah ada kelas.ana tutup kata-kata ini,dengan sepotong ayat alquran;

Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al A'raaf;ayat 153)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages