RSS

~BahaYA pOLiSTERine~


Info: Kanser Daripada Bekas MakananPDF

RISIKO penggunaan bekas polistirena ini mendorong ada pihak melabelkannya
 sebagai keranda putih.

GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas
makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan
khususnya risiko kanser.

Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh
menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin
mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed
Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke
dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.


Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC),
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai
 bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.

Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan
perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan
berisiko kanser.

"Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan
sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,''
katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber Link : http://www.sim.org.my/

orginal from:
~consumermuslim~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages