RSS

~KembaLI PADA Allah~

~kEMBAli pada Allah,bertaubat~

Menginsafi diri sendiri,
Merenung kedalam hati dan diri
Betapa banyak aku menzalimi diri dan melakukan dosa padaMu
Ya Allah,terima lah taubatku
Betapa kerdilnya aku
Jika dibandingkan dengan ciptaan Mu yg lain,
Ciptaan langit yg terbentang luas
Ciptaan gunung ganang
Ciptaan laut
Ya Allah,aku telah berjanji untuk memegang tugas sebagai khalifah
Namun aku mengingkarinya
Aku bermaksiat padaMu
Ya Allah,aku kepingan sekeping hati yg tak pernah melakukan dosa
Namun,aku tak mampu
Kerana aku sememangnya diciptakan  begini
Dalam keadaan yg lemah,yg takkan terlepas buat dosa
Selagi aku masih bernafas dimuka bumi
Ya Allah,terimalah taubat aku
Untuk menjadi hambaMu yg kembali padaMu
Untuk menjadi hambaMu yg membersihkan hatinya
Ku rindu dan aku ingin sekali menjadi hambaMu yg setiap masa bermunajat padaMu
Namun ,aku tak mampu kerana diriku dicipta dengan nafsu
Dan adanya,musuh yg disampingku yg sentiasa ingin melihat aku jatuh
Yg hanya mampu aku lakukan,tiap kali aku jatuh,
Aku akan bangun dan kembali padaMu
Aku hambaMu yg kerdil
Ya Allah,setelah Kau berikan segala-galanya perasaan bahagia dalam hati ini,
Kekalkan ia,dalam hatiku
Aku mahu sentiasa bahagia dalam cintaMu




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages