RSS

~Berlalunya Ramadhan~

Bimillahirahmanirrahim

ESok, raya bakal disambut meriah oleh semua umat Islam di dunia. Namun, disebalik kegembiraan yang bakal disambut, terbit kesedihan dalam setiap hamba-hambaNya yang beriman dengan pemergian ramdhan kali ini. Setiap kali Bulan Ramadhan hadir sentiasa tidak pernah mengecewakan sesiapa yang mengharapkan rahmat,redha dan keampunan. Bulan Ramadahan adalah bulan kemulian dimana Allah bukakan pintu langit dan menerima taubat hamba-hambaNya yang berdoa memohon keampunan.


Ramdhan kali ini,umat Islam diuji dengan cuaca yang begitu panas. Terasa bahang kepanasan lebih dari hari-hari biasa. Begitu lah,Allah ingin menguji keimanan dalam hati hamba-hambaNya. Bagi umat Islam yang lemah iman, mereka mengambil enteng kewajipan berpuasa dengan tidak berpuasa disebabkan tidak tahan dengan sedikit ujian.

Saya juga diuji dalam bulan puasa bagi tahun ini, sehingga terasa sebak yang amat sangat dengan ujian ini. Saya takut jika saya tidak lagi dapat merasakan beribadat dalam bulan ramadhan pada tahun hadapan. Bila-bila masa, saya boleh dikembalikan kepada Allah SWT .Nyawa saya ini, hanya lah pinjaman yang sementara.

Namun,disebalik ujian itu,saya perlu redha. Allah SWT lebih mengetahui segala-galanya. Sedikit ujian itu dapat menginsafkan dan menyedarkan kita tentang kedilnya diri kita. Kita sentiasa memerlukan Allah SWT dalam apa keadaan sekalipun.

Bila berbicara bulan ramadhan, kita takkan terlepas menyebut malam lailatul qadar. Pada hari 28 ramadhan, cuaca sangat baik, dengan keadaan yang redup sahaja, hingga ke petang. Hanya Allah SWT yang tahu waktu lailatul qadar itu. 10 ramadhan yang terakhir adalah saat-saat yang paling dinantikan oleh orang-orang yang beramal kerana sesiapa yang beramal pada malam itu ganjarannya seperti kita beramal 1000 bulan.


Moga kita dipertemukan lagi dengan ramadhan tahun hadapan. Moga ramadhan itu menjadi ramadhan yang lebih baik dari tahun ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages