RSS

~IndaHNYA sYAHID~







Tazkirah maghrib(dipetik dari majalah MEMPERINGATI ASY SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN):Menyeruak pengalaman Halim Mohamed Redzuan,Sukarelawan Muslim Care dalam tragedi MAVI MARMARA

Indahnya syahid; dan bukan lah semua orang akan dikurniakan mati syahid,hanya yang terpilih sahaja..

~9 orang yang gugur syahid ini masing-masing ada tabiatnya yang tersendiri.Halim mengenang kembali watak-watak peminang bidadari.Ada yang suka mengagihkan makanan dan minuman,ada yang suka membaca alquran,ada yang sentiasa tersenyum dan menunjukkan riak muka yang menyenangkan.

Hari ini semua kenangan itu sangat mendera perasaan.Halim merasa sangat rindu.Sebuah kerinduan yang sukar untuk dijelaskan.

"Salah seorangnya sentiasa membaca alquran dan tidak putus-putus.Sejak di kompleks sukan lagi semua sukarelawan disarankan solat malam,membaca alquran dan Ma'thurat."

"Yang hebatnya,rupanya Ma'thurat ini umat Islam satu dunia membacanya.Semua mazhab ada di situ.Tapi masa itu kami tidak pernah berselisih pendapat ttg mazhab.Ada imam solat mungmin dari Bahrain dan lain-lain.Kadang-kadang solat Subuh ada bacaan doa qunut dan kadang-kadang tidak ada."

"Ahli parlimen dan tokoh-tikih VIP semuanya tidur diatas lantai.Jadi kami berjumpa dengan seorang sahabat dari Turki disana walaupun dia tidak tahu berbahasa Inggeris dan Arab,tapi kami bersembang walaupun sedikit yang dapat difahami.Sahabat itu ialah salah seorang daripada 9 sukarelawan Turki yang gugur syahid ditembak Israel."

"Antara amalannya semasa berada di atas kapal Mavi Marmara ialah dia suka mengutip sampah.setiap masa dia melakukan khidmat tanpa disuruh.Wajahnya sangat tenang dan bahagia".







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages