RSS

-lamanya tak update blog-


Lamanya tak update blog kesayangan ini.Terpaksa lah,korbankan blog ini kerana ada perkara yang lebih penting dan utama yang perlu didahulukan.Alhamdullilah, masa yang sibuk itu telah berlalu,sekarang dah banyak masa free,jadi saya ambil sedikit masa untuk update blog yang sudah lama tidak diupdate.Tiada tajuk khusus yang saya akan bicarakan disini kali ini, hanyalah 'tulisan yang harap bermanfaat untuk dibaca' bagi update blog hari ini.

Kali ini,saya nak bicarakan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat; isu politik, isu masalah remaja ,isu institusi rumahtangga yang makin meruncing dan sebagainya.Kita sebagai orang awam atau dengan kata lain; rakyat Malaysia akan menjadi pemerhati yang setia ;apa sahaja yang berlaku dalam negara ini.Namun disebalik itu, ada juga insan-insan yang tidak pernah ambil kisah tentang isu-isu semasa yang berlaku dalam negara ini.Jangan lah kita menjadi seperti golongan yang sedemikian kerana sebagai seorang rakyat di Malaysia, siapa lagi yang nak ambil tahu tentang negara kita ,kalau bukan rakyatnya.kalau ada pemimpin yang melakukan kesilapan, tugas kita sebagai rakyat untuk memperbetulkan dan menggunakan cara yang paling berhemah untuk menegur pemimpin terbabit.

Jika ,berleluasanya masalah sosial di kalangan remaja;siapa yang perlu disalahkan?Remaja itu sendiri atau ibu bapa remaja terbabit atau pemimpin kerana mewujudkan keadaan yang mendorong ke arah bertambahnya gejala sosial.Untuk menyelesaikan sesuatu masalah,kita perlu lihat ke akar umbi ,kenapa terjadinya masalah tersebut.

Saya bagi contoh ,satu masalah yang tak pernah dapat diselesaikan hingga kini.Yang ada hanya lah,pertambahan dan peningkatan  gejala ini; iaitu pembungan bayi.Ulamak2 telah mengkaji masalah ini, dan mereka telah bersetuju sebulat surat ;meletakkan hukum couple adalah haram kerana wujudnya couple dikalangan remaja ini,penyumbang faktor utama pembuangan bayi.


Ulamak telah memainkan peranan,bagaimana dengan ibubapa. Ada ibubapa yg menghalalkan dan membenarkan anak2 mereka mempunyai boyfriend dan girlfriend dan bergaul bebas.Jadi siapa yang nak dipersalahkan,jika anak2 mereka melakukan perkara2 yg dilarang agama,jika mereka sendiri tidak mengahalang.Mungkin, ada segelintir ibu bapa yg membenarkan anak mereka bergaul; agar tidak dikata oleh anak2 tidak sporting dan tidak memberikan kebebasan.ini bukan soal tidak sporting atau tidak memberikan kebebasan,ia jauh lebih penting dari itu ;iaitu soal maruah keluarga,diri remaja terbabit dan soal negara.Jika anak anda telah terlanjur dan membuang anak yang telah dilahirkan ,dia telah mencemarkan maruah agama Islam dan negara ini.

Dalam konteks lain ,kita juga boleh letak kesalahan pada pemimpin?kenapa saya berkata begini,adakah saya anti kerajaan?Tidak,saya bukan anti-kerajaan. Tapi ini lah kenyataan.Apa perkara atau perkataan yang paling buat anda jadi lupa diri.Tiada siapa yang tahu jawapan. Tapi hanya satu jawapan ; iaitu pengaruh.Kalau orang atasan bila mempunyai pengaruh(kuasa),mula lupa diri.Yang saya ingin nyatakan disini, bukan pengaruh kuasa tapi 'pengaruh apa yang berlaku dan ada dalam negara ini ke atas remaja'.Cuba kita fikirkan dan pandang disekeliling ;apa yang ada dalam negara kita terutama yang boleh mempengaruhi remaja dan yang boleh merosakkan akhlak remaja.Banyak bukan dan memang terlalu banyak; disko, tempat2 hiburan dan judi ,rumah2 urut,rumah pelacuran ,panggung wayang dan sebagainya.


Kita cuba menjengah contoh negeri yang mengutamakan Islam dalam pentadbiran; iaitu negeri Kelantan,yang diperintah oleh ulamak. Mana ada ,pusat hiburan yang besar2 di sana,yang ada hanya shopping mall(yg paling grand) ; sbb itu bila remaja2 dari Kelantan datang ke KL atau bandar2 besar,mereka terlibat dengan 'culture shock'.tapi adakah kita nak mempersalahkan orang lain, jika remaja2 terbabit terlibat dengan 'culture shock'.ia adalah soal mereka sendiri kerana tidak mempunyai pegangan agama dalam hatinya. Tidak semua begitu,cuma segelintir sahaja.Di sini kita sudah boleh lihat betapa besar pengaruh sekeliling yang menyumbang kepada kerosakkan akhlak remaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages