RSS

~seLAMat paGI ciNTA~

~SElamAt PAGi cinTA~

Rasanya hati ana pagi ini,dipenuhi dengan cinta selepas rindu itu terlerai..erm,erm..indah perasaan itu.sesiapa yg tak kenal erti cinta tak akan pernah merasakan perasaan ini.

Cinta itu,bagi ana perlu dicari bukan mengharapkan dan berangan-angan kosong..ngak mungkin lah cinta itu datang..mustahil dong..:)bercakap dialek indon..bukan bercakap dialek indon tapi mengajuk dialek indon..nak bercakap tak pandai den..

Rindu,aku rindu
Rindu padaMu,ya Allah
akhirnya terlerai rindu itu,
kerana kutahu,
cintaku pasti dibalas olehMu,
hanya hamba-hambaMu yg ikhlas,
akan merasakan seperti mana yg aku rasakan,
telah lama kuimpikan perasaan ini,
telah lama kudambakan,
akhirnya aku dapat merasainya,
aku ingin agar hati aku terus merasainya,
sehingga hembusan nafasku yg terakhir di dunia ini.

Ceh,ceh,cewah...lakaran puisi wat kekasih hati..erm,erm..rasa puas..beginilah cinta.Bila hati dah cinta,dah tak leh berdusta..cam pernah dengar je ayat ni..ana pun dah tak ingat,ni lirik lagu siapa..tapi yg masih ada dalam minda ana,ini lagu kegemaran sewaktu muda-muda dulu..haha..pecah rahsia..wat malu jee..

ana nak wat ayat skema sikit ni;
"ana tahu sahabt-sahabat semua dambakan satu perasaan,'ingin disayangi dan menyayangi'.semua itu fitrah dalam kehidupan,sebab itu ana mencari satu cinta yg akan membahagiakan diri dan hati ana iaitu cinta Allah.apabila sahabat-sahabat telah memperolehnya,hati sahababat-sahabat akan merasa sangat bahagia.tiada siapa yg dapat membahagiakan seperti mana cinta ini."

"Basic untuk memperoleh cinta ini,sahabat-sahabat perlu ada ilmu sebab ilmu lah yang akan membimbing kita untuk melaksanakn amalan dengan betul,tanpa ilmu sia-sialah amalan yg kita lakukan."

"Ada sebuah alkisah..ada satu ketika,ada seorang ahli ibadah yg sangat banyak ibadahnya.satu hari syaitan telah mendatangi ahli ibadat itu;berkatalah syaitan padanya"kau lah letak lah bangkai ini bersama-sama dengan engkau ketika engkau sedang beribadat".Disebabkan kejahilan ahli ibadat tersebut,dia telah melaksanakan apa yg telah disuruh oleh syaitan tersebut.akhirnya,ahli ibadat tersebut meninggalkan dunia dalam keadaan amalnya tak diterima Allah"..ini salah satu cerita teladan yg boleh kita jadikan iktibar.. best tak cete tu..pasti sahabat-sahabt dah selalu dengar cerita ni,kan,kan..


~Apa-apa sahaja yg kita lakukan,kita perlu berilmu agar segala apa yg kita lakukan tak tersasar dari apa yg dilarang oleh Allah~

ANa AKHiri deNGAN firman Allah swt;

~Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir." (Ali 'Imran;31-32)~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Pages