Alhamdulillah..
Cinta
Motivasi sumber kekuatan
Assalamu'alaikum
Bismilahhirahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Namun, jika anda tidak memiliki ahli keluarga yang sebegini, jangan bersedih dan kecewa. Setiap orang, Allah SWT berikan bahagian mereka masing-masing. In shaa Allah, Allah SWT ingin hadiahkan anda sesuatu yang lebih berharga daripada itu. Jika begitu, nampaknya anda perlu mencari motivasi sendiri. Cuma anda perlu sedar yang anda perlukan motivasi itu untuk memberikan anda semangat dan kata-kata peransang.
Satu ayat dalam alquran yang memberi motivasi untuk saya merubah diri saya dan menjadi insan yang berjaya. Jika anda berminat untuk baca kisah saya boleh baca tajuk ini hidupku dan Impian yang bakal menjadi kenyataan.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11)
Akhir sekali, anda boleh mencari motivasi dengan pembacaan buku-buku motivasi. Di Malaysia, banyak buku motivasi yang boleh dibeli di kedai-kedai buku dengan harga yang berpatutan. Keluarkan sedikit duit untuk membeli buku motivasi dan jadikan bahan bacaan harian untuk diri anda sendiri. In shaa Allah, anda akan punya motivasi dalam hidup anda untuk maju dalam kehidupan dunia dan akhirat. Untuk baca post saya bagi motivasi akhirat anda boleh baca post ini motivasi dan kehidupan.
Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains (Bioteknologi), UPM dan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,UNISEL. Penulis amat meminati penulisan islamik. Moga sedikit perkongsian dan idea yang ditinta ini dapat menjadi salah satu amalan buat diri penulis. Boleh hubungi penulis; yummieislam@gmail.com
Menjaga ikhtilat
Apa itu IKHTILAT ?
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.
- Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
- Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
- Dalam pembelajaran (Kelas)
- Jual beli
- Kerja kehakiman
- Saksi
- Amar maaruf nahi mungkar
- Melayan tetamu
- Dalam kenderaan awam
- Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
- Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam,
- “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31
- Dan sabda rasulullah “…. janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu”
- Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
- Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
- Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
- Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
- DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram.
- Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat.
- Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
- Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan
- Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut
- Kerana Allah
- Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
- Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
- Perlu sentiasa terjaga
- Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
- Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
- Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
- Keadaan (Wakie’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai
- Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.
- Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat
- Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
- Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)
- Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat
- Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.
- Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan
- Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat
- Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat
- Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat
Kutaib Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud,
Sumber asal:
http://wanfauzi.com/definisi-ikhtilat-hukum-menurut-syara/
Saya, cita-cita dan islam
Assalamu'alaikum
Ini lah kehidupan kita. Jika anda pernah gagal. Saya juga pernah gagal. Namun, jangan jadikan kegagalan itu sebagai sebab utk anda terus gagal. Jadikan kegagalan itu sebagai motivasi dan panduan (utk anda tidak gagal lagi di masa hadapan) agar mencapai kejayaan di masa hadapan. Orang-orang yang hebat pada hari ini, mereka juga ada cerita kegagalan pada masa lalu. Teruskan berusaha utk berjaya dunia dan akhirat. Wallahu a'lam.
Teruskan kehidupan
Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang
Alhamdulillah, saat ini saya masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT, nikmat kesihatan adalah salah satu nikmat yang besar dalam kehidupan. Adakala, kita terlepas pandang pada nikmat ini, hanya apabila kita sakit barulah kita sedar betapa besarnya nikmat kesihatan. Setiap hari kita meminta dengan Allah SWT pelbagai permintaan, namun kita lupa untuk bersyukur padaNya atas segala kurniaanNya buat kita. Astargfirullah, ampunkanlah kelalaian hambaMu ini, ya Allah.
Selain itu, anugerah yang paling besar dan terindah dalam kehidupan kita adalah nikmat iman dan hidayahNya. Saat ini, jutaan manusia lalai dalam kemaksiatan dan lupa pada Allah SWT. Ya Allah, moga Engkau buka hati mereka untuk dapat merasakan nikmatnya Islam. Nikmat hidayah dan iman tidak diberikan pada semua manusia, tambahan di akhir zaman ini.
Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah.Berada dalam jannah kenikmatan.Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu,dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.Mereka berada di atas dipan yang bertahta emas dan permata,seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan.(Al Waaqi'ah;ayat 11-16)
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, hidayah itu milik Allah SWT. Oleh itu, berdoa selalu moga hidayah dan iman akan menjadi milik hingga saat terakhir dalam kehidupan kita. Moga saat malaikat maut datang pada kita, untuk mengambil kita, saat itu, kita sedang mengerjakan perkara-perkara kebaikan sebagaimana orang-orang yang Allah SWT telah pilih untuk pergi menemuinya kita sedang bersujud, solat, dalam perjalanan mengajarkan ilmu dan sebagainya. Subhanallah, beruntungnya mereka yang dipilih oleh Allah SWT untuk pergi meninggalkan dunia ini dalam husnul khatimah.
Cerita pemergian Ahmad Ammar amat terkesan dalam kehidupan saya. Dia menjadi panduan dalam hidup saya untuk melakukan kebaikan. Mari kita sama-sama mencontohi kebaikan-kebaikan yang telah dilakukannya dengan ikhlas sehingga Allah telah memilih beliau untuk menjadi hambaNya yang dicinta oleh penduduk langit dan bumi setelah pemergiaannya. Kadang-kadang, kita rasa apalah sangat dengan sedikit kebaikan yang kita lakukan. Tapi, jika kita benar-benar ikhlas melakukan sedikit kebaikan itu, Allah akan balas berpuluh-puluh kali dengan kebaikan yang lain.
Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang
beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu
sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan
siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.(Asy Syuura; ayat 23)
Teruskan kehidupan
Manusia yang hidup dalam dunia ini, akan diuji. Ujian dalam kehidupan itu adalah satu kewajipan bagi seorang hamba yang beriman.
Seorang yang beriman apabila menerima ujian, mereka akan bersabar dan teruskan kehidupan dalam mencari cinta Ilahi. Mereka akan redha dan terima takdirNya dengan penuh kesabaran. Ujian yang hadir dalam hidup mereka akan membawa mereka lebih dekat pada penciptanya. Mereka tahu, kenapa mereka diuji bukan insan-insan lain. Mereka yang terpilih untuk diuji.
Jika dalam persekolohan, kita akan diuji dengan peperiksaan dan ujian. Adakah kita lulus dengan cemerlang, lulus dengan sederhana atau gagal. Begitu juga dengan ujian kehidupan. Adakah kita akan lulus dengan cemerlang ujian yang Allah beri atau gagal menghadapinya dan akhirnya terhumban dalam kesesatan. Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan remaja yang murtad "murtads in pantai timur". Kenapa murtad? Remaja tersebut telah mengalami sejarah hitam dalam hidup, dan soalan yang menghantui dalam kehidupannya, kenapa perkara tersebut berlaku pada diri dia, bukan pada orang lain.
Iu lah salah contoh, manusia yang tidak dapat menerima takdirnya dan tidak redha dengan ujiannya. Moga Allah SWT memberikan hidayah padanya dan sedar atas kesilapannya sebelum saat ajal datang. Rabiatul adawiyah, kekasih Allah SWT diuji dengan kemiskinan dalam kehidupan. Saat hidayah datang dalam kehidupannya,perginya dalam keimanan dan menjadi salah seorang kekasih Allah SWT. Subhanallah, hebatnya apa yang Allah telah tetapkan dalam kehidupan.
Manakala, ada kisah lain, seorang pelacur yang memberikan minuman kepada seekor anjing yang kehausan dengan kasutnya. Allah SWT telah mengeluarkan syurga buat dia kerana kebaikannya itu. Bagaimana mungkin seorang pelacur yang dipandang jijik, akhirnya diangkat oleh Allah SWT telah diberikan syurga. Begitulah keindahan sebuah hidayah. Jika diuji, bersabarlah dengan ujian. Allah uji kerana Allah ingin angkat darjat kita menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelumnya. Sentiasa tanamkan sangkaan baik kepada Allah SWT. Buangkan segala buruk sangka pada Allah SWT. In shaa Allah, kehidupan kita akan lebih indah dari hari-hari sebelumnya.
Setakat ini dahulu, coretan buat insan lemah ini. Moga sedikit perkongsian ini dapat jadi satu titik tolak perubahan buat diri kita semua.“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains (Bioteknologi), UPM dan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri, UNISEL. Penulis amat meminati penulisan islamik dan bercita-cita berdakwah melalui pena;menghasilkan buku motivasi islam dan novel islamik yang diterbitkan . Moga sedikit ilmu,pemikiran dan pandangan yang dilakarkan dapat menjadi panduan buat masyarakat diluar sana dan agar para remaja sedar dengan penuh keinsafan bahawa mudah dan indahnya agama Islam yang dianuti oleh mereka sejak lahir. Lawati blog; http://yummieislam.blogspot.com.
Menjadi insan yang baik
Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bagaimana menjadi baik?
Hidup ada Allah SWT
Orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya
Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman. (Ar Ra'd; ayat 18)
Ayat alquran di atas bermula dengan ayat bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya. Jadi mari kita tanya diri kita, adakah kita memenuhi seruan Tuhan kita? Adakah apabila azan dilaungkan, kita akan menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah? Adakah kita melakukan suruhan-suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya? Jika jawapan-nya tidak, itu beerti kita belum termasuk dalam golongan yang disediakan pembalasan yang baik.
Jadi rangkap seterusnya dalam ayat ini, iaitu orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, walaupun mereka seorang yang sangat kaya, ada banyak mana kekayaan pun, mereka tidak dapat menebus diri dari dosa-dosa yang dilakukan dengan kekayaan tersebut. Harta kekayaan yang melimpah ruah walaupun ada sebanyak isi bumi dan jika ditambah sebanyak itu pun, semua itu hanya sia-sia belaka jika hidup mereka dipenuhi dengan melakukan larangan-larangan Allah SWT, dosa dan maksiat. Apabila nyawa telah dicabut dan tiba hari hisab, tempat mereka adalah neraka Jahannam dan itu-lah seburuk-buruk tempat kediaman yang kekal selama-lamanya.
Mari kita menghayati dan merenung ayat ini dalam kehidupan kita. Apa guna kita kerja siang dan malam, untuk mengumpul harta kekayaan? Ada pangkat dan darjat, dihormati oleh manusia, namun kita sering melakukan maksiat dan dosa, apa guna semua itu? Jika akhirnya, neraka tempat tinggal buat selama-lamanya yang akan diseksa siang dan malam. Kembali-lah, kembali-lah, kembali-lah pada agama yang benar, agama yg diredhai iaitu Islam, kembali pada Allah SWT. Apa yg kita lakukan di dunia ini, ikhlaskan kerana Allah, untuk mendapat redhaNya.
Apa lagi jika anda seorang yang berilmu,mempunyai jawatan yang tinggi dalam organisasi,dihormati oleh orang ramai, gunakan apa yang ada pada anda untuk agama Allah SWT. Gunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah, menyebarkan Islam. Umat Islam bersatu tanpa mengira darjat,pangkat,harta,keturunan demi Islam yang tercinta. Moga negara kita, bahkan dunia tahu bahawa Islam itu adalah agama yang benar, agama yang mengajar insan menjadi seorang manusia yang baik, yang sukakan keadilan dan keamanan, yang suka kejayaan dan agama yang membawa manusia kepada kehidupan yang lebih baik.
Moga kita sama-sama sentiasa muhasabah diri dan sentiasa bermotivasi untuk menjadi hambanya yang berjaya dunia dan akhirat. Jika diberi ujian, bersabar-lah dengan ujian dunia, moga balasan atas kesabaran itu adalah syurga. In shaa Allah.









