RSS
Showing posts with label ~Cerpen~. Show all posts
Showing posts with label ~Cerpen~. Show all posts

~Titipan hidayah~


Titipan hidayah
Oleh: Yummie

Marlina berada di padang yang luas sambil memerhatikan burung berkicauan, langit yang tinggi, awan yang bergumpalan. “Subhanallah,betapa indah alam ciptaanMu ya Allah” terdetik dalam hati kecil Marlina.

Marlina sangat gemar memerhatikan alam ciptaan Allah SWT kerana semua itu dapat mendekatkan dirinya kepada Allah swt. Dia adalah seorang gadis yang tidak bersekolah dalam sekolah aliran agama ,hanya bersekolah kebangsaan, namun hidayah Allah swt itu tidak mengira siapa gerangannya.

Marlina bukan sahaja sentiasa membaca alquran dalam kehidupan seharian-harian malahan menghayati dan sedaya upaya mengamalkan suruhan Allah swt yang terkandung dalam qalamNya.
Firman Allah swt:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Ali 'Imran;ayat 190-191)

Subhanallah, ayat alquran ini amat menyentuh hati Marlina. Setiap kali, dia keluar dari rumahnya ,dia akan memerhatikan apa sahaja ciptaan Allah swt di jalanan iaitu binatang-binatang kecil, langit, awan, pokok-pokok. Semua itu dirasakan betapa hebatnya kuasa Allah menciptakan semua itu. Terasa kerdilnya diri ,seorang hamba yang sentiasa melakukan dosa. Matanya ditahan dari melihat perkara-perkara yang diharamkan. Jika matanya terpandang perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh Allah swt,hatinya beristigfar.


Di padang itu, Marlina kembali mengimbau kisah hidupnya 10 tahun yang lalu,ketika itu umurnya semakin menginjak dewasa. Alhamdullilah, Marlina diberi peluang untuk merasa apa yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW iaitu sebagai penternak kambing. Marlina mempunyai beberapa ekor biri-biri ketika itu dan dia yang menjaga biri-biri memandangkan ibunya bekerja di luar.

Tiap-tiap petang Marlina membawa biri-biri ke padang agar biri-biri dapat menikmati rumput yang lebih segar . Disaat ini, Marlina belum mengenal apa erti Islam yang sebenar. Marlina saat itu hanyalah seorang kanak-kanak yang dibesarkan dengan ilmu yang sedikit tentang agama yang dianuti. Apa yang diketahuinya, orang yang beragama islam perlu menunaikan solat 5 waktu, berpuasa, pergi haji. Jika tidak menunaikan solat dan tidak berpuasa akan berdosa. Tapi,dia tak tahu kenapa perlu dilakukan semua itu. Jika dia solat, dia solat kerana apa yang dia pelajari orang Islam perlu solat.

Ketika berada di padang, Marlina sangat gemar memerhatikan gumpalan awan dan langit yang tinggi. Ketika itu, tidak terdetik dihatinya kekuasaan Allah. Apa yang menarik pada Marlina, adalah begitu indahnya alam ini. Betapa indahnya langit yang biru dan gumpalan-gumpalan awan. Marlina mempelajari ilmu agama Islam hanya di sekolah iaitu subjek Pendidikan Islam. 

Ibu bapanya tidak mengajar secara formal tentang Islam. Hanya sekadar nasihat agar solat, hormat orang tua, mengaji alquran, puasa. Marlina tidak pernah membuka satu alquran terjemahan yang lengkap dimana didalamnya terkandung tentang kebesaran Allah swt, suruhan dan laranganNya, kisah-kisah para nabi dan semua aspek kehidupan.

“Alhamdullilah”, Marlina menerbitkan rasa syukur yang terpendam di dalam hatinya. Walaupun dia tidak dibesarkan dalam keluarga yang alim, namun hidayah Allah swt mengetuk hatinya ketika dia berumur 19 tahun. Walaupun begitu, keluarganya masih menerapkan ajaran Islam dalam membesarkan anak-anak iaitu ibu bapa Marlina memastikan Marlina dan kakaknya khatam alquran ketika berusia 13 tahun.

Sebagaimana kisah-kisah muallaf yang mendapat hidayah melalui qalam Allah swt. Tidak banyak yang berbeza hidayah mengetuk hati Marlina iaitu melalui qalam terjemahan. Marlina menemui, membaca,menghayati alquran terjemahan ketika dia berumur 19 tahun. Ketika itu, Marlina menyambung pengajian di Matrikulasi. Surau adalah salah satu tempat yang sentiasa dikunjungi Marlina memandangkan aktiviti-aktiviti ceramah juga sentiasa diadakan oleh pihak pengurusan kolej bagi memastikan para pelajar mempunyai pengisian rohani yang cukup sebelum menjejak kaki ke institut pengajian tinggi.

Marlina masih ingat, semakin direnung dan dihayati qalam Allah, semakin Marlina insaf betapa banyak dosa yang dilakukan dari umurnya baligh sehingga 18 tahun. Titik demi titik air mata Marlina mengalir, hidayah mengetuk hati Marlina. Marlina insaf,kembali kepada Islam yang sebenar.

Alhamdullilah, Marlina sentiasa bersyukur kerana Allah swt memilih dirinya salah seorang yang menerima hidayah itu. Selepas saat itu,Marlina tidak lagi meninggalkan amalan mengaji alquran berserta terjemahan. Sehari ditinggal ibadat ini, hatinya tidak keruan. Dia terlalu merindui qalam Allah beserta ajaran-ajaran,nasihat-nasihat,larangan-larangan, janji Syurga, Kebesaran-kebesaran Allah swt, dan semua apa yang terkandung didalamnya.

Marlina tidak sedar yang dia telah jatuh cinta pada qalam Allah swt. Apalagi pada Penciptanya iaitu Allah swt. Marlina dibesarkan dalam keluarga yang diuji dimana ibu bapa Marlina berpisah sedari dia berumur 12 tahun. Marlina menginjak dewasa tanpa kasih sayang sebenar seorang ayah. Apalagi Marlina seorang anak perempuan. Tercetus rasa cemburu apabila seringkali mendengar cerita daripada sahabat handai menceritakan betapa akrabnya mereka dengan bapa kandung mereka.

Marlina hanya insan biasa. Fitrah seorang anak ingin disayangi oleh darah dagingnya. Marlina beristigfar, tidak ingin syaitan menguasai sekeping hati dimana tempat jatuh pandangan Allah swt.

Kehidupan yang dilalui Marlina membuatkan dirinya berusaha mencari cinta yang abadi. Marlina sedar, cinta insan adakala menyakitkan. Marlina tersedar yang selama ini ,dirinya telah jatuh cinta pada Pencipta dirinya kerana itu dia sangat menyintai qalam Allah SWT. Satu perkara yang adakala buat dirinya lupa dan lalai, godaan syaitan untuk menyesatkan dirinya. Tidak sempurna cintanya pada Allah swt jika dirinya tidak menyintai Rasullulah SAW. “Subhanallah, terima kasih Allah swt” ucap Marlina di bibirnya kerana Allah swt memperingatkan Marlina melalui program-program yang diikuti, buku-buku agama yang dibaca ,tazkirah dalam tv dan tazkirah sahabat-sahabat di facebook.

Meningkat umur ,Marlina sedar yang dirinya memerlukan pengdamping  dirinya iaitu pasangan halal buat dirinya. Namun, Allah swt menentukan apa yang terbaik untuk dirinya. Walaupun umur Marlina semakin meningkat, Allah menentukan belum tiba masanya Marlina mendirikan rumahtangga.

Marlina terus berusaha membuktikan cintanya kepada Allah swt dengan berdakwah dijalan Allah swt, bertahajjud, solat sunat taubat, solat istikarah, melakukan kebaikan ,melakukan segala suruhan Allah swt dan meninggalkan laranganNya. Marlina yakin pada janji Allah swt, insan yang baik adalah untuk orang yang baik juga.

Walaupun umurnya semakin meningkat, marlina terima dan redha di atas segala ketentuan Allah swt buat dirinya kerana dia yakin ,Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda  sains (Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri, Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel.
 Lawati blog http://yummieislam.blogspot.com . EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Hadirnya cinta(part 3)~

Akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh Amina dan keluarganya. Mak cik Zainab adalah orang yang paling awal bangun pada hari tersebut. Pada pukul 4.00 pagi, Mak cik Zainab sudah bangun untuk menyiapkan apa yang perlu dilakukan dan membuat persediaan sebelum berangkat ke Kedah.

Sebelum Mak cik Zainab menyiapkan semua keperluan, dia sempat mengejutkan Amina dan Pak Cik Rahim untuk solat Tahajjud berjemaah. Sudah menjadi rutin Mak cik Zainab bertahajjud sebelum masuknya waktu Subuh.

"Amina, bangun ye nak. Kita solat tahajjud dan sunat Hajat berjemaah. InsyaAllah,moga Allah permudahkan semua urusan kita pada hari ini", Mak cik Zainab menggerakkan Amina dari tidur sambil mengusap rambut Amina.

"Ya,mak. Amina dah sedar dari tadi. Amina terjaga apabila terdengar mak membukakan pintu bilik tadi",Jawab Amina dengan suara yang serak.

Dia memandang Amina dengan penuh kasih sayang,tak sanggup rasanya untuk berpisah dengan anak manja dan kesayangannya itu.

Kemudian, Mak cik Zainab menyelinap ke ruang tamu,untuk mengejutkan suaminya dari tidur.

"Bang Rahim, bangun lah,dah hampir pukul 4.30 pagi ini. Banyak lagi perkara yang kita perlu lakukan hari ini. Saya pun ada beberapa perkara yang belum siap untuk diselesaikan", Mak cik zainab mengejutkan suaminya dari tidur.

"Ya,Nab. Saya dah bangun ini. Amina dah bangun ke,belum?",Tanya Pak Cik Rahim.

"Dah, Amina dalam bilik air", Bagitau Mak Cik Zainab.

Selepas selesai solat sunat Tahajud berjemaah, Amina mengambil kesempatan itu untuk bersalaman dan memohon maaf dengan ibu dan ayahnya, jika dia pernah menyakiti hati mereka.

"Ayah, Amina minta maaf, jika selalu mengguris hati ayah. Halalkan makan dan minum Amina selama 17 tahun, mak dan ayah besarkan Amina" Amina bersalaman dengan ayahnya sambil menitiskan air mata.

Pak Cik Rahim mengesat air mata Amina dan memeluk Amina. Dia juga seperti Mak cik Zainab ,rasanya tidak sanggup melepaskan Amina pergi meninggalkan teratak mereka.

Kemudian, Amina bersalaman dengan ibunya. Amina mencium tangan ibunya dan memeluk erat ibunya, dan kalau boleh dia nak peluk ibunya sampai bila-bila. Dia tidak tahu, adakah dia akan berkesempatan untuk bermanja dengan kedua orang tuanya lagi.

"Mak, halalkan makan dan minum Amina. Maaf,sebab dah banyak menyusahkan mak selama ini ", pinta Amina padanya sambil mengesat air mata yang berguguran.

Mak cik Zainab tidak dapat lagi menahan air mata yang dari tadi bergenang di kelopak matanya. Akhirnya, mak cib Zainab juga turut berguguran air mata. Amina menyapu air mata, yg mengalir di pipi ibunya .

Pak Cik Rahim meninggalkan dua beranak itu, dia perlu bersiap-siap untuk pergi ke masjid. Pak Cik Rahim jarang sekali meninggalkan solat subuh berjemaah di masjid. Orang-orang kampung amat menghormati Pak Rahim kerana Pak Rahim sangat baik dan jarang sekali meninggalkan solat berjemaah.

Selepas solat Subuh, Amina mengambil naskah alquran dan mengalunkan ayat-ayat alquran. Walaupun ,sibuk mana dirinya, Amina tidak meninggalkan bacaan alquran dalam kehidupan sehariannya.

Mak Cik Zainab menjenguk Amina dari dapur. Dia tidak ingin mengganggu Amina yang sedang membaca alquran .Mak cik Zainab tahu, membaca alquran adalah rutin harian Amina selepas solat fardhu.

Selepas Mak Cik Zainab yakin yang Amina sudah selesai membaca alquran,barulah Mak cik Zainab memanggil Amina untuk menolongnya menyediakan sarapan dan makanan bekalan di dapur.

"Amina, bantu mak,kat dapur ye. Banyak makanan yang perlu disediakan ini. Kita perlu juga bawa bekal untuk perjalanan nanti",pinta Mak cik Zainab .

"Ya,mak. Amina baru lepas siap mengaji. Amina nak kemas barang sikit. Kejap lagi Amina bantu mak",bagitau Amina pada ibunya.

Sudah menjadi rutin dan kebiasaan Amina, membantu ibunya menyediakan sarapan dan makanan untuk keluarga.

Apabila sudah siang, ramai lah ahli keluarga yang berkumpul di rumah Amina. Semua keluarga yang terdekat telah diberitahu oleh Pak cik Rahim,pada hari ini mereka akan bertolak ke Kedah untuk menghantar Amina.

Sepupu-sepupu Amina membantu mengangkat barang-barang Amina dalam kereta. Amina bersalaman dengan semua ahli keluarga yang hadir dan memohon maaf jika ada kesilapan yang dilakukan.

Pukul 9 pagi, mereka bertolak dan memulakan perjalanan ke Kedah. Perjalanan dijangka mengambil masa lebih kurang 7jam, jika keadaan jalan tidak sesak.

Mereka berhenti di masjid untuk solat dan rehat. Mereka sudah maklumkan kepada anak jiran mereka yang tinggal di Kedah ,untuk menumpang semalaman di sana.

"Mak sudah maklumkan pada Pak Cik Mat,untuk menumpang kat rumah anak dia,kan?",tanya Amina pada emaknya.

"Sudah sayang. Pak Cik Mat dah maklumkan pada anaknya. Anaknya akan jemput kita di Stesen Bas Alor Setar  ",bagitau Mak cik Zainab.

Apabila mereka sampai di stesen Alor Setar, Pak Cik Rahim menghubungi nombor telefon yang telah diberikan oleh Pak Cik Mat.

"Asalamu'alaikum, Fahmi. Ini Pak Cik Rahim. Pak Cik dah sampai kat Stesen Bas Alor Setar", Bagitau Pak cik Rahim.

"Wa'alaikumussalam. Kejap lagi saya sampai ye",Bagitau Fahmi.

BERSAMBUNG

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Hadirnya cinta(sambungan)~

Amina dan Yati membonceng motosikal lama milik Yati peninggalan arwah ayahnya menuju ke Pekan Wakaf Che Yeh. Yatilah yang sentiasa menjadi peneman setia Amina kemana sahaja arah yang ingin dituju Amina.

"Aku harap,aku dapatlah sambung belajar tempat yang aku nak pergi",kata Yati pada Amina.

"InsyaAllah.Kau dapatnya belajar tempat yang kau mohon. Result kau,kan gempak. Lainlah macam aku ni. Tengok nasib je lah ",Balas Amina.

"Kau ,pasti dapat tempat yang elok juga sebab, keputusan SPM kau pun,elok juga", getus Yati.

"Amin",sampuk Amina dengan nada yang rendah.

Sesampai di kedai komputer yang menyediakan perkhidmatan internet, Amina dan Yati mengambil tempat sebelah menyebelah.

"Alhamdullilah. Aku dapat sambung belajar di Matrikulasi Kedah ",jerit Amina riang.

"Kau,macam mana Yati",tanya Amina kepada Yati.

"Aku tak dapatlah pergi oversea. Tapi aku cuba buat rayuan. Aku cuma dapat pergi asasi UM", balas Yati dengan nada yang sedih.

"Alhamdullilah. Kalau jangan bersedih lah. Aku gembira untuk kau,sebab akhirnya kita dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan tak perlu nak nyusahkan ibu bapa kita untuk belanja sekolah kita lagi", kata Amina memberikan kata-kata motivasi buat Yati yang tengah bersedih dengan keputusan yang baru diperolehinya.

Barulah terukir sedikit senyuman dibibir Yati.

Mereka bergegas keluar dari kedai komputer dan pulang ke rumah masing-masing untuk memaklumkan keputusan yang baru diketahui kepada keluarga mereka.

Amina mencari-cari dan memanggil ibunya setelah menjejakkan kaki di perkarangan rumah.

 "Assalamu'alaikum,mak. Mak!Ooo.. Mak! ",Panggil Amina.

"Wa'alaikumussalam. Iya Amina", Jawab Mak cik Zainab menjawab panggilan anaknya.

"Apa yang kecok-kecoh ni sayang", Tanya Mak cik Zainab kepada Amina.

"Mak, Amina dapat sambung belajar di Matrikulasi Kedah. Semua perbelanjaan di sana,akan ditanggung oleh pihak kerajaan. Kita cuma perlu membayar yuran pendahuluan sahaja sebanyak RM500", Beritahu Amina kepada emaknya.

"Alhamdullilah. Akhirnya dapat juga kau sambung belajar,Amina. Abah kau pasti gembira mendengar berita ini", Kata Mak cik Zainab dengan nada kegembiraan.

Kelihatan seri kegembiraan dalam keluarga Amina dengan berita yang baru diperolehi itu. Kelihatan kegembiraan terpancar di wajah Mak cik Zainab dengan berita yang disampaikan oleh Amina sebentar tadi. Dalam sekelip mata, Mak cik Zainab hilang dari pandangan mata Amina.

Mak cik Zainab ingin segera menyampaikan berita gembira kepada suaminya yang berada di kebun tebu yang tidak jauh dari rumah mereka.

"Bang,bang!Ooo..bang!",Panggil makcik Zainab.
 Kat mana pula orang tua ni. ",getus mak cik Zainab dalam hatinya.

"Iya,maknya. Saya disini", Balas Pak cik Rahim.

"Apa yang penting sangat ni,sampai awak mencari saya ke sini? Dah balik Amina?", Tanya Pak Rahim kepada isterinya.

"Saya datang sini,nak bagitau berita tentang Amina lah ni",Jawab Mak cik Zainab dengan nada kepenatan.

"Amina dapat sambung belajar di Matrikulasi. Dia akan daftar pada hujung minggu depan. Jadi kita kena buatlah persiapan mana yang patut untuk Amina", Sambung Mak cik Zainab.

"Alhamdullilah. Baguslah tu. Awak buatlah persiapan mana yang patut. Saya nak panggilkan Tok Imam dan orang kampung untuk solat hajat dan baca Yassin bagi keselamatan Amina ,semoga selamat perjalanan dan belajar dengan cemerlang di sana", Kata Pak Rahim.

"Baiklah,bang",Jawab Mak cik Zainab.

Mak cik Zainab amat kenal dengan suaminya. Kakak Amina yang sedang belajar di Asasi UM juga diadakan solat hajat sebelum anaknya itu berangkat ke sana.

Amina sangat senang melihat kegembiraan kedua orang tuanya. Malamnya,Amina menunaikan dua rakaat solat syukur di atas kurniaan Allah kepadanya. Walaupun keputusan yang diperolehi tidak segempak kawan-kawan lain,yang dapat melanjutkan pelajaran ke Oversea, namun dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah kepadanya.

Selepas menunaikan solat Insyak, Amina sempat membaca surah al-Mulk sebagai amalan tambahan pada hari itu sebelum dia melelapkan mata. Pada ayat terakhir bacaan, Amina dapat melihat susuk tubuh ibunya mendekati dirinya.

Selepas menghabiskan ayat terakhir, ibunya merenung Amina dengan kasih sayang. Ibu Amina duduk di birai katil sambil memerhatikan Amina yang sedang melipat telekung sembahyang. Selesai melipat telekung,Amina duduk bersebelahan ibunya.

"Ibu,kenapa saya lihat wajah ibu sayu sahaja. Ibu janganlah bersedih. Amina janji,tiap-tiap kali cuti,Amina akan pulang ke kampung", kata Amina kepada ibunya.

"Amina, ibu mana tak sedih terpaksa berpisah dengan anak kesayangannya. Ibu tak pernah berpisah dengan Amina sebelum ini. Ibu harap Amina jaga diri,jangan lupakan ibu dan ayah di kampung", jawab ibunya dengan nada yang sayu.

Amina cuba menahan sebak di dada. Di tahan air mata yang bila-bila masa hanya tunggu gugur sahaja.

"Ibu, Amina akan sentiasa jaga diri dan ingat pada mak,ayah ,kakak dan keluarga kita di kampung", jawab Amina dengan dada yang sebak.

"Jangan tinggal solat dan mengaji alquran", sambung ibu Amina.

"Mak ada hadiah yang tak seberapa untuk diberikan kepada Amina", Mak cik Zainab menghulurkan bungkusan yang dibalut kemas kepada Amina.

"Terima kasih mak. Mak dah banyak beri hadiah pada Amina. Mak tak perlu beri apa-apa pada Amina. Amina tak nak nyusahkan mak dan ayah lagi",Amina menyambut pemberian maknya dengan lemah.

"Mak ikhlas,hadiahkan utk Amina. Lagipun Amina dah lama minta dengan mak untuk belikan .Jadi mak hadiahkan buat Amina",Jawab ibunya.

Selepas maknya meninggalkan Amina seorang diri,Amina membuka perlahan-lahan dan dengan cermat bungkusan yang diberikan maknya sebentar tadi.

Mengalir air mata amina yang ditahan sejak dari tadi. Tak sanggup rasanya,untuk mengalirkan air mata di hadapan ibunya. Dia tidak mahu menambah kesedihan ibunya. Rupa-rupanya, ibunya senyap-senyap pergi ke pekan pagi semalam,semata-mata untuk membelikan telekung solat buat dirinya.

Sudah lama, Amina meminta emaknya membelikan telekung solat baru buat dirinya. Telekung lamanya telah lusuh. Memandangkan kekurangan duit, mak cik Zainab tidak dapat memenuhi permintaan anaknya. Amina memahami masalah kewangan ibu bapanya. Amina tidak pernah memaksa ibu bapanya memenuhi keinginannya.

Mak cik Zainab sudah lama menabung duit jualan kelapa dan sayur untuk membeli telekung buat Amina. Amina tahu emaknya,suka menabung tapi satu perkara yang Amina tidak tahu iaitu emaknya menggunakan sebahagian duit tabungan itu untuk membeli telekung buatnya.

Malam sudah lewat. Amina tidak ingin mengganggu ibunya. Ibunya pasti sudah penat setelah seharian menguruskan rumah dan menolong abahnya berkebun.

Amina sempat menghubungi kakaknya, Hafsah yang sedang menuntut di Asasi UM untuk memaklumkan berita gembira itu menggunakan telefon bimbit yang dihadiahkan oleh kakaknya pada hari jadinya tahun lepas.

"Hello.Assalamu'alaikum,Haf. Apa khabar?Mak, ayah dan adik sihat-sihat saja",Tanya Amina kepada kakaknya.

"Wa'alaikumussalam. Kakak sihat saja. Adik kakak,buat apa belum tidur malam-malam ni", Jawab Hafsah dengan nada gembira mendapat panggilan adiknya. Hafsah sangat menyayngi dan mengambil berat akan Amina kerana Amina satu-satu adik beradiknya.

"Cuba teka. Kenapa saya telefon,kakak malam macam ni", seloroh Amina.

"Pasti ada perkara penting. Kalau tak,pasti adik tak call kak,malam-malam ni kan",seloroh Hafsah dengan adiknya.

Amina jarang-jarang menelefon kakaknya. Dia tak ingin menyusahkan ibu dan ayahnya untuk membelikan top up telefon bimbitnya. Kebiasaanya,Hafsah yang akan menghubungi Amina .

Amina tidak ingin lagi menimbulkan tanda tanya kepada kakaknya;" Amina dapat sambung belajar kat kolej Matrikulasi Kedah !",bagitau Amina dengan nada gembira dan separa menjerit kegembiraan.

"Alhamdullilah",balas Hafsah.

"Nanti belajar rajin-rajin. Kalau ada rezeki, datang sambung belajar tempat kakak pula buat degree",sambung Hafsah.

"Terima kasih,kak." Jawab Amina. Amina tahu,kakaknya adalah salah seorang pembakar semangatnya untuk belajar memburu cita-cita. Kakaknya sentiasa memberikan kata perangsang buat dirinya untuk belajar lebih tinggi dan mengharumkan nama keluarga.

Akhirnya Amina terus terlelap selepas berborak dengan kakaknya dalam talian telefon.

SAMBUNGAN


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadirnya cinta(part 1)

Amina adalah anak kedua dari pasangan Zainab dan Pak Rahim. Hari ini adalah hari yang paling dinantikan, dimana hari ini,keputusan SPM akan keluar. Segala penat jerihnya belajar selama dua tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Kadok akhirnya akan dapat dilihat hasil pada hari ini.

Amina seorang yang sangat pemalu. Hidupnya di zaman remaja hanya lah buku-buku dan teman-teman dekat. Pak Rahim dan mak cik Zainab sangat menyayangi dan mengasihi Amina kerana Amina adalah anak bongsu dalam keluarga mereka.

Pagi itu seawal 8.00 pagi, Amina keluar rumah bersama dengan kawan baiknya,yati untuk mendapatkan keputusan peperiksaan dengan menaiki motor lama peninggalan arwah ayah yati. Sampai di perkarangan sekolah, mereka dapat lihat kawan-kawan mereka dan ramai pelajar lain yang sudah berada di sana.

Amina bersama-sama yati berjalan ke pejabat sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan. Amina dapat merasakan debaran di hati yang bagaikan boleh meletup bila-bila masa. Digagahi dirinya dengan membaca beberapa ayat alquran dan selawat agar dihilangkan debaran yang menggila itu. Yati juga begitu berdebar,dengan peluh meleleh di dahinya.

"Aku berdebarlah, macam mana entah keputusan aku nanti",kata yati kepada Amina.

 "Kau pasti oknya,kan kau selalu dapat keputusan yang cemerlang. Aku ini yang biasa-biasa sahaja dapat markah", sampuk Amina.

Yati memegang tangan Amina untuk mengurangkan debaran hatinya. Amina dapat merasakan betapa sejuknya tangan Yati sesejuk ais.

Mereka berdua sampai di pejabat sekolah dan melihat barisan pelajar yang sedang beratur untuk mengambil slip keputusan .Amina dan Yati meyambung barisan pelajar yang beratur.

Apabila sampai giliran Amina, Amina hanya mengambil slip dan menandatangani pada kertas yang diberikan oleh kerani pejabat tanpa melihat keputusan yang diperolehinya.

"Kau dapat berapa Yati?" Soal Amina.

 "Kau?", Soal Yati kembali.

"Aku belum tengok lagi. Aku takut lah. Aku takut jika aku hampakan harapan ibu dan ayah aku." Kata Amina.

"ok,kita tengok sama-sama", kata Yati.

Akhirnya Amina dan Yati sama-sama melihat keputusan masing-masing. Kedua-duanya tersenyum girang sambil mengucapkan syukur . Amina mengucapkan tahniah kepada Yati kerana memperoleh keputusan yang cemerlang.

Yati memperoleh 7A,2B ,manakala Amina memperoleh keputusan 5A 3B . Yati memperoleh keputusan yang cemerlang dibandingkan Amina,namun Amina bersyukur dengan apa yang telah diperolehinya.

Sebelum pulang,mereka berdua sempat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan masing-masing.

"Amina,kau nak sambung belajar kat mana", Tanya Yati kepada Amina.

"Hurm,tak tahu lagi. Tapi aku ada apply matrikulasi, Asasi dan Politeknik", balas Amina.

"Kau?", Soal Amina

"Aku plan nak sambung belajar kat oversea, tapi tak boleh kot ngan result aku yang macam ni. Aku sambung asasi kot", balas Yati.

SELEPAS 2 MINGGU

"Assalamu'alaikum Pak Rahim. Amina ada?", tanya Yati pada pak Rahim yang asyik membuang daun tebu di belakang rumah menggunakan parang.

"Wa'alaikumussalam, Yati rupanya. Amina ada,menolong maknya kat dapur. Masuk lah." Jawab pak Rahim dengan nada yang lembut.

Pak Rahim sudah lama mengenali Yati dan juga keluarga Yati kerana yati tinggal di kampung bersebelahan. Kadang-kadang, yati datang bermalam menemani Amina belajar dan tidur bersama-sama. Mereka bagaikan adik beradik dan sudah mengenali hati budi masing-masing.

Yati perlahan-lahan menyusup ke dapur dan menegur Amina. Terkejut dibuatnya,mujur tidak terjatuh periuk yang dipegang Amina.

"Kau ni, yati tak boleh ke,kalau tak usik orang ye", sampuk Amina dengan nada yang terkejut.

Yati cuma ketawa dengan telatah Amina yang terkejut.

Mak cik Zainab datang dari luar dan menjengah ke dapur.

"Ingatkan siapa bising-bising, rupanya Yati.Kalau tak,sunyi sepi rumah ni,kalau Amina seorang diri ", Tegur Mak cik Zainab.

Yati cuma tersenyum simpul. Dia dah anggap Mak cik Zainab dan Pak Rahim seperti ibu bapanya sendiri. Kalau dia mengalami apa-apa kesusahan,mak cik Zainab dan Pak Rahim yang menolong dia dan ibunya.

"Kau dah dapat mana-mana tempat untuk sambung belajar",Tanya Yati kepada Amina.

"Aku belum check lagi lah. Malaslah nak pergi pekan." balas Amina.

"Kita pergi sama-sama ke pekan ye. Susah lah,kat kampung kita mana ada internet."Kata Yati.

"Ok. Lepas kita makan,kita pergi",Balas Amina

BERSAMBUNG


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages