RSS
Showing posts with label ~moOD puiSI~. Show all posts
Showing posts with label ~moOD puiSI~. Show all posts

~Masa depan~


Aku termenung memikirkan masa depan,


Dimanakah aku nanti?


Apakah pekerjaan aku nanti?


Siapakah jodoh aku?


Jiwa Aku tersentap,


Mungkin aku tidak akan pernah sampai saat itu,


Izrail datang mengambil nyawaku sebelum sempat aku melalui saat itu.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Iman itu indah~

Ku lakarkan kata-kata……
Yang membawa kita sama-sama di jalan yang lurus…
Jalan yang amat indah…..
Jalan yang benar……
Aku berada di jalan yang lurus dan jalan yang benar…
Islam adalah agama yang benar dan agama yang lurus…
Bagaimana dengan keyakinan kawan-kawanku pada agama islam?
Adakah kita yakin bahawa kita akan dihidupkan kembali?
Adakah kita yakin bahawa amalan kita akan dihintung oleh Allah swt?
Adakah kita yakin bahawa alam ini diciptakan oleh Allah swt?
Jikalau jawapan dalam diri kita…
Kita yakin..
Insyaallah,iman telah berada dalam dada kita..
Jikalau jawapan kita tidak…..
Berusahalah kawan-kawan agar keyakinan dan keimanan berada dalam diri kita…
Agar kita selamat di dunia dan akhirat….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~KembaLI PADA Allah~

~kEMBAli pada Allah,bertaubat~

Menginsafi diri sendiri,
Merenung kedalam hati dan diri
Betapa banyak aku menzalimi diri dan melakukan dosa padaMu
Ya Allah,terima lah taubatku
Betapa kerdilnya aku
Jika dibandingkan dengan ciptaan Mu yg lain,
Ciptaan langit yg terbentang luas
Ciptaan gunung ganang
Ciptaan laut
Ya Allah,aku telah berjanji untuk memegang tugas sebagai khalifah
Namun aku mengingkarinya
Aku bermaksiat padaMu
Ya Allah,aku kepingan sekeping hati yg tak pernah melakukan dosa
Namun,aku tak mampu
Kerana aku sememangnya diciptakan  begini
Dalam keadaan yg lemah,yg takkan terlepas buat dosa
Selagi aku masih bernafas dimuka bumi
Ya Allah,terimalah taubat aku
Untuk menjadi hambaMu yg kembali padaMu
Untuk menjadi hambaMu yg membersihkan hatinya
Ku rindu dan aku ingin sekali menjadi hambaMu yg setiap masa bermunajat padaMu
Namun ,aku tak mampu kerana diriku dicipta dengan nafsu
Dan adanya,musuh yg disampingku yg sentiasa ingin melihat aku jatuh
Yg hanya mampu aku lakukan,tiap kali aku jatuh,
Aku akan bangun dan kembali padaMu
Aku hambaMu yg kerdil
Ya Allah,setelah Kau berikan segala-galanya perasaan bahagia dalam hati ini,
Kekalkan ia,dalam hatiku
Aku mahu sentiasa bahagia dalam cintaMu




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~coRETAn warNA-WArni keHIDupan~


~coretan warna -warni kehidupan~

Kulakarkan coretan kehidupan,
Hidup ini penuh dengan warna-warni,
Hari ini indah,
Esok perit,
Begitulah kehidupan,

Kita hanyalah khalifah yang diciptakan untuk mewarnakan 
kehidupan kita,
Biarlah kita mewarnakan kehidupan kita berpaksikan alquran
 dan assunah,
Kerana hanya berpaksikan al-quran dan assunah kita akan 
mewarnakan kehidupan kita di jalan yang lurus,
Kadang-kadang kita tenggelam dalam warna-warni kehidupan,
Sehingga kita lupa,
Kita diciptakan untuk beribadat kepada pencipta kita,Allah swt,
Sehingga kita lupa,
Hidup kita di dunia ini,hanya sementara sahaja,
Dunia ini menyebabkan kita tenggelam dalam kesibukan mencari 
harta kekayaan dunia,
Dunia ini menyebabkan kita tenggelam dalam kesibukan dengan 
anak-anak kita,
Anak-anak dan harta kekayaan akan meninggalkan kita,
Apabila kita dikapankan di dalam alam gelap,
Apabila tiada lagi sanak-saudara kita bersama kita,
Alam kubur,
Menggamit ibadat kita,
Menggamit amalan kita untuk menyelamatkkan kita dari 
seksa kubur,
Yang amat amat memeritkan,
Raungan ,tangisan,erangan kesakitan yang amat amat 
menderita yang tidak dapat didengar oleh sesiapa pun,
Hanya kita yang akan menghadapi,
Hidup ini,
Begitu sukarnya untuk kita melalui onak dan duri,
Kerana ujian ,
Menentukan keimanan seseorang,
Tempat bergantung kita kepada Allah swt,
Selagi kita berada di jalan yang lurus,
Insyaallah Allah swt akan menyelamatkan kita,
Nikmat paling besar yang dianugerahkan kepada kita,
Adalah anugerah iman,
Hanya keimanan yang berada didalam dada dapat 
menyelamatkan kita ,
Daripada seksa kubur,
Daripada seksa api neraka yang akan membakar dan 
menyeksakan makhluk yang sesat semasa di atas muka bumi,
Sedarlah,
Wahai kawan-kawan,
Bangkitlah dari tidur,
Marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt,
Marilah kita sama-sama bersyukur di atas nikmat kurniaan
 Allah swt,
Insyaallah,kita akan selamat di hari setiap orang yang sesat
 bermuka sangat masam.
Di hari buku amalan kita dibacakan……………….
Semoga kita,
Tergolong dalam golongan kanan,
Golongan yang selamat daripada api neraka,
Golongan yang akan dikurniakan oleh Allah swt syurga.
Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages