RSS
Showing posts with label -mood fINAL eXAM-. Show all posts
Showing posts with label -mood fINAL eXAM-. Show all posts

~Alhamdullilah~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH,LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdullilah,masa sangat-sangat sibuk itu telah berlalu.Hari ini,saya boleh goyang kaki dengan hati yang penuh dengan kesenangan kerana cuti semester akan bermula.Itu beerti,tiada lagi assignment yang bertimbun dan test tiap-tiap minggu menanti.


Alhamdullilah ,saya telah tamat menduduki final exam untuk semester ini.Tak sabar rasanya,nak menghabiskan 'zaman belajar' ni.Tapi tiada guna jika tamat belajar dengan pointer yang tidak memuaskan.Saya belajar dan letakkan target yang saya akan capai;namun jika saya tidak mencapai target tersebut,tidak boleh lah saya kecewa kerana saya telah berusaha sedaya upaya saya.Setelah berusaha bersungguh-sungguh,saya kembalikan segala-galanya kepada Allah swt,saya tawakkal dan bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang akan saya perolehi.Mungkin juga, apa yang saya perolehi tu,kerana setakat itu usaha yang saya lakukan.Namun,sebagai seorang Islam ,kita wajib yakin dengan qada dan qadar Allah swt,kerana Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.Apa yang boleh kita lakukan di dunia adalah berusaha dan berusaha.




Selepas ini akan bermula cuti semester,tapi tidak lama pun cuti semester,hanya dalam 3 minggu sahaja.Awal bulan Mei,saya akan kembali memulakan alam assignment dan test .. hihi.. begitu lah,alam Universiti.
InsyaAllah,apabila tamat short semester,saya akan memasuki tahun 3.. :) ,gembiranya.. itu beerti, sudah tidak lama lagi,saya akan tamat belajar.Selepas itu,boleh lah memulakan alam pekerjaan.InsyaAllah,apabila tamat belajar dengan pointer yang elok;lebih mudah untuk mendapat pekerjaan ataupun menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.



Semua yang saya lalui itu;hanyalah dunia.Mana bahagian akhiratnya?Bahagian akhirat tersembunyi disebalik dunia yang saya lalui itu;hari-hari yang saya lalui itu kerana apa sahaja yang kita lakukan di dunia,kerana Allah akan mendapat pahala dan ganjarannya.Akhirat itu,bukan lah hanya dengan beribadat sahaja;amalan2 lain juga dikira untuk akhirat jika kita lakukan semua itu kerana Allah.




Perjuangan saya dan pengorbanan yang saya lakukan ;saya belajar,mengorbankan umur dan wang kerana ingin menjadi salah seorang Muslim yang berjaya di muka bumi ini.Saya telah mendapat bahagian akhirat.Saya menjengah dan menilai betapa ramai orang bukan islam yang menguasai ekonomi dunia,lebih terperinci ekonomi di Malaysia dikuasai oleh orang bukan Islam.Saya perlu lakukan sesuatu agar saya tidak terlalu berada dalam 'alam pencarian dan penantian'.saya perlu beruasaha untuk mengubah nasib saya,dan inilah pilihan yang saya buat.Moga Allah merahmati dan meredhai pilihan saya ini.


Doakan lah,untuk saya;moga dengan doa semua,saya akan menjadi hambaNya yang berjaya dan dengan 'kejayan' ini,saya dapat menyumbangkan kepada 'pembangunan Islam'.amin


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~study,study....~

Dngan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Esok adalah hari raya aidiladha..tapi ana..masih di UNISEL, hampir 60% hostel UNISEL,tidak berpenghuni.Kebanyakkan warga UNISEL balik beraya di kampung halaman masing-masing. Erm..bila ana terpandang bas yang sedang menunggu penumpang..tiba-tiba terdetik dihati ana untuk balik rumah kakak ana..tapi memandangkan kakak ana masih berada di Raub,ana cancel untuk balik Seremban.

Ana tetapkan tekad dihati untuk beraya di UNISEL,walaupun hati meronta-ronta untuk balik..cukup kalau setakat gi rumah kakak.Malam ini,baru kakak ana bertolak dari Raub...jadi apa-apa pun,ana kena beraya di UNISEL,memandangkan paper final ana yg terlalu hampir.Ana perlu buat persediaan untuk final..

InsyaAllah,yang paling penting..walaupun ana tak beraya disamping family ,ana dapat beribadat pad Allah..itu adalah hadiah yg terbaik buat ana pada malam hari raya aidiladha.Thank you Allah swt.

Dan juga,esok pagi raya,ana dapat pergi solat sunat hari raya aidiladha..insyaAllah..Alhamdullilah,ana berkesempatan buat ibadat yg tidak bekesempatan untuk dilakukan tahun2 sebelum ini. 

-SElamAT hARI RAya aidilADha wat semua-




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Alhamdullilah..dapat rehat sekejap~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdullilah,ana dah lepas 2paper..rasa lega sangat-sangat,walaupun tak pasti sepenuhnya akan dapat markah yang cemerlang.Bagi ana sekarang,yang paling penting,ana sudah berusaha sedaya upaya,yang boleh ana lakukan adalah bertawakkal kepada Allah swt.Bila tiba masa keluar result,ana perlu terima samaada result ana cemerlang atau tidak.Allah swt sudah berjanji;"Allah akan memberi imbalan kpd seseorang itu ,setimpal dengan usaha yg dilakukan".InsyaAllah,jika usaha ada bersungguh-sungguh dan gigih untuk berjaya,ana akan berjaya dengan izinNya.

Ana cuma agak takut,jika ana terlalu mengharap tapi apabila keputusan yang keluar nanti tak seperti yang diharapkan,ana takut akan kecewa.Sebab itu,ana tak letak harapan yang tinggi,sebaliknya reda pada Allah swt dan sediakan 'hati&fikiran' utk menerima apa sahaja keputusan yg keluar nanti.

Setiap kali,selepas ana check keputusan untuk setiap semester;pertama sekali,ana bersyukur,walaupun tak dapat pointer yang ana target,tapi pointer ana masih lagi dalam kategori cemerlang.Ana tidak terlalu kecewa sebab ana dah sediakan 'hati&fikiran' ana untuk terima apa sahaja keputusan.Keputusan yg ana dapat,mungkin setimpal dengan usaha ana.Ana perlu usaha lagi kuat,untuk mendapat keputusan yang lagi cemerlang. Kedua;ana tanamkan dalam diri untuk berusaha lagi kuat,agar dapat pointer yg ana target.Selain itu,ana akan  menilai diri selepas tiap-tiap semester,apa yg perlu ana tambahbaikkan dan usaha apa yg ana perlu lakukan agar result ana dapat sepertimana yg ana targetkan.

"Bukan mudah untuk berjaya,dan bukan susah untuk gagal".Begitu lah,apa yg ana lalui.Tiap-tiap semester,ana akan lalui perbagai ujian untuk "dgn kata lain ;agar ana gagal".Tapi ana tetap mengharungi ujian itu,dan tempat permohonan kekuatan adalah dengan berdoa pada Allah swt,meluahkan segala masalah pada Allah kerana Dia yg lebih Mengetahui perkara yg nampak maupun tersembunyi.Alhamdullilah,satu persatu masalah selesai..dan kalau tak selesai pun,hati ana rasa lapang dan tenang..

Sebelum ini,ana ada 2paper yg selang waktu sangat sedikit;cuma satu hari.Ana terpaksa bertungkus-lumus untuk belajar 2 subjek dalam masa yg agak terhad,diselangi dengan 'lecture' tak habis-habis.Last week study,'lecturer' semua nak habiskan silibus,dan dlm masa yg sama cuma selang beberapa hari,ana ada paper untuk subjek Mikrobiologi(kritikal subjek).Subjek Mikrobiologi adalah subjek kritikal sebab terlalu banyak istilah-istilah baru yg dipelajari &nama-nama mikrob yg perlu tahu..hurmm..bila tiba masa jawab final;soalannya tak seteruk yg difikirkan cuma tak cukup usaha;soalan esei,adalah tak puas hati,bila check balik dalam buku.Apa-apa bersyukur sebab walaupun ada yang salah,tapi kiranya tak teruk sangat lah..nak tahu ok ke tak,kena tunggu result keluar.

Sekarang ni,ada sedikit masa untuk rehat-rehatkan badan yg tak sempat nak rehat sebelum ni..lepas ni,bermula fasa baru pula,untuk subjek yg seterusnya pula...masih ada 3 paper lagi.InsyaAllah,hopefully paper lepas ni,lagi ok..dan cover yg kurang ok sebelum ni...


Ana akan sambung dengan "penilaian setiap subjek bagi semester ni" utk post yg akan datang.InsyaAllah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages