RSS
Showing posts with label ~mooD MOTIVASI~. Show all posts
Showing posts with label ~mooD MOTIVASI~. Show all posts

Motivasi dan kehidupan

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kehidupan di dunia adalah kehidupan yang sementara. Kita telah ditakdirkan menjalani kehidupan di muka bumi, mahu atau tidak,kita perlu laluinya. Susah atau senang, kita perlu melalui. Kaya atau miskin,kita tetap melaluinya. Dan pengakhiran kehidupan kita, husnul khatimah maupun sebaliknya bergantung pada bagaimana kita melalui kehidupan ini.

Iman adakala naik dan turun. Tambahan bagi golongan wanita, yang ada masa 'cuti'-nya. Ini-lah perbezaan yang besar antara lelaki dan wanita. Bagaimana dengan lelaki yang tak solat tu? Agaknya, ada hormon wanita juga, yg menyebabkan mereka pun 'bercuti' juga. Ketika golongan wanita 'cuti',masa ini, mereka tidak dapat solat, tidak dapat mengaji alquran, tidak dapat solat sunat. Jiwa mereka saat ini, lemah jika tidak membuat amalan-amalan tambahan seperti baca al-mathurat (dgn niat zikir, jika ia adalah amalan-nya), membaca buku-buku agama dan berzikir. Apa yang lebih membimbangkan, saat lalai ketika ini,menjadi satu kebiasaan yang berterusan sehingga mereka sudah tamat 'cuti'.

Ketahui-lah, golongan lelaki sangat bertuah kerana tiada masa 'cuti'-nya. Bagi lelaki yang tidak solat dan tidak mengaji dalam kehidupan harian-nya,ruginya mereka. Walaupun, mereka mempunyai tubuh badan yang kuat, namun jika jiwa-nya lemah, rugi sekali. Bagaimana untuk menjadi seorang ketua? Jika diri sendiri belum taat, belum mampu untuk solat 5waktu dan belum mampu untuk mengaji alquran dalam kehidupan harian.

Tulisan saya ini adalah motivasi buat anda di luar sana. Buat anda dan peringatan buat diri saya bahawasanya kita perlukan seseorang untuk berkongsi nasihat(kata-kata yang baik), pengalaman, cerita suka dan duka. Jangan pernah malu untuk berkongsi cerita yang baik dengan kawan-kawan. In shaa Allah, ia akan dapat dijadikan pengajaran buat insan di luar sana. Teruskan meminta nasihat dan belajar daripada orang lain. Saya juga akan terus belajar hingga ke akhir umur saya.




Dalam kehidupan ini, berapa ramai yang gagal menjalani kehidupan ini dengan keimanan. Ramai yang gagal di tengah jalan setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan. Akhirnya pergi meninggalkan dunia ini tanpa sempat bertaubat. Itu lah dunia. Kerana itu, Allah sediakan syurga dan neraka. Insan perlukan motivasi untuk melakukan kebaikan dan amal soleh. Dalam kehidupan ini, motivasi amat penting dalam semua perkara yang ingin kita lakukan.

Motivasi yang terbaik untuk diri kita adalah kalamullah. Saat kita bersedih, apabila kita membaca alquran dan menghayati alquran terjemahan, in shaa Allah kesedihan itu akan terubat. Saat kita susah, apabila kita membaca kalamullah dan menghayati alquran terjemahan, in shaa Allah jiwa kita akan redha menerima Ketentuan-Nya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Motivasi ibadat

Cinta adalah perkara yg paling memotivasikan.

Pasangan yang sedang belajar mengambil keputusan bernikah, jika mereka benar-benar fokus pada pelajaran,mereka mampu memperoleh kejayaan yg cemerlang kerana mereka punya pasangan halal yang saling-menyayangi,memotivasi-kan dan tempat meluah perasaan.

Namun, ada satu perkara yang ingin saya kongsikan iaitu perasaan cinta yang memotivasikan dalam beribadat. Jiwa yang tiada perasaan cinta akan sunyi dan sepi. Namun, orang yang beriman jika mereka bersendirian sekalipun, hatinya takkan sunyi dan sepi kerana dia punya cinta Allah SWT. In shaa Allah.

Kadang-kala, kita bertanya pada diri. Untuk apa, aku beribadat? Iya, jawapan-nya kerana memang tugas kita sebabagi hamba Allah beribdat kepada-Nya. Namun ada satu perkara, iaitu cinta. 




Disini, saya serta-kan 2 hadis yang berkait rapat dengan beribadat membawa diri kita kepada cinta Allah SWT.

"Wahai anak, sy hendak mengajarimu beberapa kalimah: Jagalah Allah nescaya Allah menjagamu;jagalah Allah nescaya engkau mendapatiNya bersamamu;jika engkau meminta,mintalah kpd Allah;jika engkau meminta tolong,mintalah tolong kpd Allah. Ketahuilah bahawasanya,jika umat manusia bersatu utk memberimu manfaat dgn sesuatu,mrk tidak dpt melakukannya kecuali dgn sesuatu yg Allah telah tetapkan bagimu dan jika mereka bersatu utk mencelakakanmu dgn sesuatu,mrk tidak dpt melakukannya kecuali dgn sesuatu yg telah Allah tetapkan bagimu."
(Riwayat Ahmad no.2660, al-Tirmizi no.2516 dan al-Hakim no.6302)

Dalam riwayat selain Imam al-Tirmizi disebutkan:

"Jagalah Allah nescaya engkau mendapati-nya dihadapanmu;kenali-lah Allah pada waktu lapang nescaya Dia mengenalimu pd waktu kesusahan. Ketahui-lah,bahawa apa yg luput daripdmu tidak bakal mengenaimu,dan apa yg mengenaimu tidak bakal luput daripdmu. Ketahuilah bahawa bersama kesabaran ada kemenangan; bersama kesusahan ada jalan keluar dan bersama kesulitan ada kemudahan.

Kata orang; tak kenal maka tak cinta.

Kenali-lah Allah, nescaya engkau akan merasa takut kehilangan cinta-nya dan engkau YAKIN HANYA DGN CINTA-NYA, Engkau akan punya cinta lain yg akan membahagiakan kerana Dia yg memberikan cinta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidupku

Bismillah

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yg Allah kurniakan kpd kita, sekecil-kecil nikmat sehingga sebesar-besar nikmat. Terlalu banyak nikmat yg dianugerahkan kepada kita; mata yg dapat melihat, hidung yg dapat kita brnafas, telinga yg kita dapat mendengar, mulut yg dapat kita makan dan brcakap, lidah yg dapat kita merasa, kaki yg dapat kita brjalan, tangan yg dapat kita bekerja ,udara yg segar dan nikmat yg terbesar adalah nikmat Iman dan Islam. Beruntunglah siapa yg memperolehi nikmat iman dan Islam kerana saat dunia akhir zaman ini, tidak ramai yg memilih jalan ini.

Alhamdulillah, saat ini, ada rezeki pendapatan untuk saya menyara diri sendiri yang kerdil ini dan sedikit sumbangan buat ibu dapat disumbngkan setelah bertahun-tahun hidup dalam pendapatan yang tidak menentu. Sekarang bermula perancangan untuk masa depan; menyambung master, target tamat master dan jika ada rezeki menyambung phd. Ada juga perancangan utk mendirikan rumahtangga. Namun, siapa-lah diri ini untuk mengatakan saya pasti akan bernikah saat ini dan saat itu. Buat masa sekarang, hanya merancang. Sebaik-baik perancangan kita, lebih baik dan TERBAIK adalah perancangan Allah SWT.

Saya telah berkongsi pengalaman saya mencari perkerjaan dengan pointer yang kurang memuaskan selepas tamat belajar di UPM.

http://yummieislam.blogspot.com/2013/07/impian-yang-bakal-menjadi-kenyataan.html


Alhamdulillah selepas saya tamat belajar di UNISEL, saya telah mendapat tawaran kerja sebelum saya tamat praktikal. Alhamdulillah, peluang pekerjaan itu sentiasa diberikan dengan izin Allah SWT. Walaupun saya tidak capai target untuk konvo dengan 3.50 namun saya redha. Inshaa Allah, ada hikmah disebalik semua-nya. CGPA saya hampir dengan 3.50. Alhamdulillah.


In shaa Allah, sekarang saya bekerja sebagai Pembantu Penyelidik dengan pendapatan bulanan yang tidak terlalu mewah,namun cukup untuk menyara diri sendiri dengan taraf hidup yang tidak terlalu tinggi kerana tinggal dalam IPTA. Saya akan menyambung master dalam bidang bioteknologi. Soal rezeki saya pada masa hadapan, saya bertawakkal pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah yang memberikan rezeki buat setiap hamba-hambaNya. Saya telah berusaha untuk merubah kehidupan saya agar lebih baik berbanding sebelum-nya; setelah berusaha, berdoa dan letakkan tawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT. In shaa Allah, Allah akan membantu.

Semua perkongsiaan moga dapat dijadikan panduan buat sesiapa sahaja yang sedang menjalani kehidupan ini. Buat adik-adik yang masih belajar, ambil-lah peluang yang berada di depan mata dengan belajar bersungguh-sungguh agar konvo dengan pointer yang cemerlang. In shaa Allah, peluang pekerjaan akan sentiasa diberikan kepada fresh graduate yang tamat belajar dengan pointer yg cemerlang. Selain itu, adik-adik juga perlu libatkan diri dengan mana-mana persatuan dan menyertai program-program yang dianjurkan oleh universiti untuk memperoleh ilmu-ilmu yang tidak diperolehi dalam kelas. Rugi jika konvo dengan pointer yang tinggi namun gagal membuktikan diri cemerlang ketika menghadiri interview kerana kurang soft skill.

 Apa yang kita lakukan di dunia ini, apa yang paling penting adalah "apa tujuan kita melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan kita". Walaupun sebelumnya, sukar saya memperoleh pekerjaan, namun semua itu mematangkan saya dan jika saya tak hadapi-nya, saya tidak dapat berkongsi dengan adik-adik dan memberi dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh.

Tanamkan cita-cita untuk jadi seorang umat Islam yang berjaya dunia dan akhirat. Apabila ramai orang Islam yang berjaya, mereka secara tidak langsung tidak memandang rendah akan Islam. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Cerita tentang dean list~

Assalamu'alaikum

Hari ini,nak update sikit tentang dean list iaitu anugerah dekan. Penulisan saya kali ini tidak formal sebab saya nak berkongsi cerita tentang diri sendiri,moga ia dapat dijadikan ikhtibar untuk saya sendiri pada masa hadapan dan juga untuk adik-adik di luar sana.

Saya adalah pelajar degree/ijazah tahun akhir dalam bidang Bioteknologi Industri. Ini adalah ijazah kedua saya. Ramai yang tanya saya,tak penat ke,asyik belajar je? Saya cuma tersenyum,tak tahu nak diberi jawapan apa. Siapa kata tak penat,tiap-tiap semester ada final exam yang boleh membuatkan pelajar-pelajar universiti tidak tidur berhari-hari, perlu menyiapkan assignment yang berlambak-lambak dan juga test yang tidak tentu masa. Tipu lah,jika saya bagitau tak penat belajar.

Ada juga yang bagitau,untunglah sebab ambil degree dalam bidang yang sama. Iya,saya akui,ada juga untungnya. Tapi degree saya tu adalah 4 tahun lalu . Saya telah tinggalkan pembelajaran saya selama 4 tahun yang lalu dan jikalau ikut semester yang saya belajar... bagi semester pertama di universiti dulu,dan semester pertama tempat belajar sekarang,sudah 6tahun saya dah tinggalkan semua tu.

Bagi saya terlalu banyak perbezaan tempat saya belajar sekarang dan yang dulu. Namun, universiti sekarang mengajar diri saya untuk menjadi sangat(10X) independent. Saya tidak boleh bergantung pada orang lain. Saya hanya bergantung pada diri sendiri dan sudah menjadi kewajiban ,Allah tempat pergantungan saya untuk segala-galanya.

Nasihat saya, bagi adik2 yang masih belajar,ambil lah peluang yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh. Jika adik telah berjaya memasuki universiti, itu baru permulaan untuk berjaya dalam hidup adik. Bukan beerti,adik masuk universiti,adik telah berjaya dalam kehidupan. Kalau adik fikir begitu,adik telah silap besar.

Di universiti lah,permulaan untuk adik melangkah bagi mencapai kejayaan yang besar dalam kehidupan. Adik perlu mencari sebanyak mana pengalaman yang mungkin dengan menyertai kelab dan persatuan. Selain itu,adik perlu pastikan pointer adik iaitu keputusan tiap-tiap semester tidak kurang dari 3.0. Paling sikit,adik perlu target 3.50 dan ke atas.

Setiap universiti,meletakkan point2 yang berbeza. Di Unisel 3.50-3.69,dikira dean list/anugerah dekan. Manakala 3.70-4.0 adalah anugerah NC/ Kelas pertama degree. Saya dari semester pertama tak pernah dapat angerah NC/kelas pertama. Saya cuma boleh dapat dean list sahaja tiap-tiap semester. Tapi ada satu semester,grade saya jatuh. Alhamdullilah,akhirnya saya dapat cover balik pointer tu.

Sedih juga,sebab tak dapat capai kelas pertama(3.70-4.0), tapi saya perlu terima,apa yang Allah tetapkan,pasti ada hikmahnya.


Bukan mudah untuk dapat pointer dean list tiap2 semester dan bukan juga susah. Kita sebagai pelajar, jadi jalankan tanggungjawab kita sebagai pelajar; ulangkaji,siapkan assignment, hadir test dan final exam. InsyaAllah,jika pelajar-pelajar universiti melakukan semua tanggungjawab itu dengan bersungguh-sungguh,insyaAllah,paling kurang mereka boleh capai dean list.

Bagi course Bioteknologi, agak susah juga untuk capai. Memang perlu struggle lah.. kalau tak struggle dan main-main ,boleh dikatakan 80% anda,tidak akan capai dean list.

Kenapa,kita belajar bagaikan nak rak sebab nak dapat pointer yang bagus?Apabila,kita mohon kerja, pointer adalah first impression untuk diri kita. Jika kita mendapat pointer yang tinggi,kita telah ada satu impression yang positif bagi penemuduga untuk diri kita. Apabila kita juga aktif di universiti,ia memberikan impression yang positif kedua untuk diri kita.

Persaingan pada hari ini,mengajar kita agar dapat result yang elok. Tak rugi kita belajar bersungguh2 dan mendapat keputusan yang tinggi. Tanamkan dalam diri belajar adalah kerana Allah. Bukan kah,apabila kita telah berjaya dan menjawat jawatan yang tinggi,secara tidak langsung akan mengharumkan nama agama kita? Bangsa lain tidak lagi menghina Islam,mengatakan Islam ini mundur dan sebagainya. Jika mereka yang telah berjaya ini, melibatkan diri secara aktif dalam dakwah, secara langsung dengan pendapatan yang tinggi,mereka dapat menyumbangkan sumbangan yang besar kepada kerja2 dakwah Islam.

 Bagi,adik2 yang masih belajar,rebutlah peluang dgn menuntut ilmu. Jangan bazirkan masa dengan clubbing, enjoy dan melakukan perkara2 yang sia-sia. Ambil peluang yang ada untuk belajar bersungguh-sungguh dan harumkan nama keluarga,agama,bangsa dan negara.

Walaupun,begitu pointer bukan lah segala-galanya. Bagi adik2 yang telah tamat belajar dan dapat pointer yang kurang memuaskan. Jangan give up. Teruskan uasaha mencari kerja dan pengalaman. InsyaAllah,dengan pengalaman dan sijil2 kemahiran memudahkan adik2 untuk mendapat pekerjaan.

Sekian dulu,coretan pada petang ini. Moga adik2,success selalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Motivasi diperlukan untuk hidup dan berjaya~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Assalamu'alaikum...memulakan hidup baru~



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG .


Dah banyak kali ana cuba buka laman facebook..tapi tak boleh,kenapa ye?ermm..Hari ini ,ana membuka lembaran baru dalam hidup ana.Ana perlu lakukan demi diri ana,ana perlu menyayangi diri ini sebelum ana menyayangi orang lain.Rasanya sudah lama ana biarkan hidup ini terseksa dengan perkara yg sia-sia,yg tidak memberi manfaat untuk ana.


Dah banyak kali ini,ana mencuba dan ana harap,ana akan berjaya buat kali ini.Ana tidak salahkan sesiapa dan juga bukan pada takdir,tapi apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.Bagaimana dengan kalian di luar sana?Ana tahu,kalian di luar sana juga tidak jauh beza dengan ana,kalian juga mengalami pelbagai peristiwa pahit dan manis bukan.Dan mungkin,nasib kalian lebih menyedihkan dan menyayat hati dari ana dan mungkin juga,nasib kalian jauh lebih baik dari ana.Semua ini adalah ketentuan daripada Allah swt,terima lah dengan tabah..yakin dengan janjiNya..selagi kalian mengikut suruhanNya,walaupun perit mana ujian yg dihadapi,insyaAllah Allah swt akan membantu kalian,jangan pernah berputus asa dengan Allah.Dan juga jangan pernah menyalahkan takdir..walaupun seberat mana ujian yang kalian hadapi.


Pengalaman hidup dan susur perjalanan hidup menjadikan kita matang,kreatif,inovatif,sabar,tabah,tegar dan bertambah iman.Gunakan semuanya untuk mempertingkatkan taraf hidup kalian,menjadikan hidup kalian lebih dihargai keluarga dan orang lain,menjadikan hidup kalian lebih bermakna dan jangan biarkan pengalaman-pengalaman pahit itu menghimpit diri kalian dan akhirnya syaitan telah berjaya memperdayakan kalian dengan tipu muslihatnya.Jangan biarkan sesekali....


Bagi ana,setiap hari kita perlu memulakan hidup baru.Hidup baru setiap hari yang dipenuhi kata-kata motivasi,kata-kata semangat,keinginan untuk berjaya,keinginan untuk semakin mendekati Allah&memperoleh perhatian dan kasih sayangNya,berubah ke arah yg lebih baik...Hidup baru yang sentiasa memberi kita semangat untuk terus mencuba,yang memberi kita keyakinan dan berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Ana nasihat untuk kalian di luar sana,jangan biarkan diri kalian jauh daripada perhatian Allah..Ana tahu,salah satu faktor utama,meningkat masalah sosial remaja disebabkan kepincangan dalam institusi kekeluargaan.Nasihat ana,pada remaja di luar sana..jika kalian terbaca blog ini,jangan salahkan ibu bapa kalian kerana tidak mendidik kalian menjadi seorang anak yang soleh dan solehah..tapi bimbinglah diri kalian untuk menjadi hambaNya yg soleh dan solehah.Ketahui lah,ana juga seperti kalian,ibu bapa ana bercerai ketika ana berumur 12 tahun,seorang kanak-kanak yang sedang membesar dan meningkat remaja yang perlukan sokongan dan kasih sayang daripada ke duanya..namun ana tidak memperoleh dengan lengkap..ana membesar tanpa kasih sayang yang lengkap daripada ibu dan ayah.Tapi alhamdullilah,hari ini ana tergolong dalam golongan yang tidak melakukan kerosokkan di muka bumi...ana hidup dengan melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.. 


Jangan jadikan itu alasan untuk kalian melakukan perkara-perkara maksiat..iya,mungkin ibu bapa kalian akan menanggung dosa kerana tidak mendidik kalian menjadi anak yang soleh dan solehah..mereka cuma mendapat saham dosa yang kalian lakukan tapi ketahuilah,kalian sendiri yang akan menanggung azab seksa itu kerana kalian sudah akil baligh untuk menanggung dosa itu&kalian sudah dewasa,dan sudah tahu membezakan yang mana salah dan yang mana betul.Jika kalian rasakan diri kalian belum cukup ilmu,cari lah ilmu..terlalu mudah untuk menuntut ilmu sekarang dengan kemudahan internet,siaran radio ikim yg sentiasa menyiarkan siaran berunsur keagamaan dan siaran tv yang berunsur ceramah-ceramah agama.


Berubahlah ke arah Islam yang sebenar..Islam yang syumul.Ana tahu,kalian mampu lakukan..kerana hidayah itu milik Allah,tidak kira siapapun kalian..Rabiatul adawiyah,kekasih Allah swt adalah seorang pelacur yang bertaubat dan diterima taubat Allah dan menjadi seorang yg beriman dan menjadi kekasih Allah..






Ana akhiri post kali ini,dengan terjemahan ayat-ayat alquran:  

Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Al Baqarah:ayat 38)

dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.(Al Baqarah;ayat 5)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Motivasi diperlukan untuk hidup dan berjaya~

Assalamu'alaikum.

Setiap orang menjadi dirinya hari ini berlandaskan apa yang ada dalam hati dan fikirannya.Jikalau dalam hati dan fikiran ,untuk berjaya dalam hidup..insyaAllah dia akan menjadi seorang yang berjaya.Jikalau dalam hati dan fikiran cuma ada perasaan buruk,dengki,iri hati pada orang lain,dia akan menjadi orang yang tidak mesra dengan orang tersebut.Jikalau dalam hati dan fikiran,hanya untuk berseronok,dia  akan berseronok sahaja dalam kehidupannya.Sebab itu,dalam islam 'hati memainkan peranan yang sangat penting';hati adalah jatuh pandangan Allah:tidak pada pakaian mu,tidak pada rupa parasmu,tidak pada banyak amal ibadatmu.Jangan kita abaikan hati ini..tilik lah selalu hati kita,agar kita sempat membersihkannya sebelum terlambat.

Begitulah indahnya Islam.Apa kaitan hati dan motivasi?Adakah hati yang mendorong untuk memberi motivasi atau motivasi yang mendorong hati?Sebagai seorang Islam yang beriman,pastikan sumber utama motivasi kita adalah alquran dan assunnah.Motivasi boleh hadir dalam diri seseorang melalui pelbagai cara;antaranya melalui pengalaman yang dilalui,pergaulan dengan orang ramai,bacaan ilmiah dan sebagainya.

Bagaimana dengan orang yang dalam hidupnya tak ada motivasi?Motivasi datang dari dalam diri kita.Jika kita sedar yang kita tiada motivasi dalam hidup,carilah motivasi itu melalui cara-cara yang dinyatakan diatas.Bagi orang yang sedar,dirinya tak bermotivasi,kiranya masih beruntung sebab dia masih sempat memperbaiki diri untuk menjadi orang yang bermotivasi.Yang masalahnya,orang yang tak sedar yang dia tak bermotivasi..yang ni susah,memang sangat-sangat susah..dia bukan sahaja bukan menyusahkan dirinya malah menyusahkan orang sekelilingnya seperti ibubapa,adik beradik dan saudara-mara.


Motivasi sangat penting dalam hidup dan ia adalah salah satu perkara yang wajib ada dalam hidup.Motivasi bukan sahaja penting untuk dunia tapi juga untuk akhirat.Orang yang tak bermotivasi,dia akan abaikan akhiratnya..tinggal solatnya,tak menunaikan suruhan-suruhan Allah,melakukan pelbagai kemaksiatan.

Bagaimana motivasi akhirat ni?Motivasi akhirat hadir dalam diri seseorang bersama dengan ilmu.Orang yang tak mempunyai ilmu agama yang kukuh dalam diri,kemungkinan besar tiada motivasi untuk akhirat.Setiap kali mereka gagal dalam sesuatu perkara,mereka akan menyalahkan takdir.Setiap kali mereka ditimpa bencana,mereka menyalahkan Allah.Setiap kali mereka mengalami peristiwa pahit,mereka berputus asa pada Allah.Orang yang tak mempunyai motivasi akhirat akan meninggalkan suruhan Allah,tidak rasa takut dan bersalah dalam melakukan kemaksiatan kepada Allah.

Manakala,bagi orang yang mempunyai motivasi akhirat akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan Allah.Mereka beribadat bersungguh-sungguh sebagaimana mereka berusaha dalam mencari rezeki kehidupan.Mereka takut untuk melakukan dosa,mereka takut pada Allah.Mereka takut untuk meninggalkan suruhan Allah.Mereka takut bermaksiat pada Allah,jika boleh mereka sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari terjebak walaupun sekecil-kecil dosa.Mereka sabar diatas segala ujian yang datang dalam hidup mereka.Setiap kali mereka melakukan dosa dan kesilapan,Allah akan sedarkan mereka dengan dosa itu..dan mereka bertaubat dan menangis atas dosa-dosa yang dilakukan.Inilah antara usaha yang dilakukan bagi orang yang mempunyai motivasi akhirat.Bagaimana mereka mempunyai semua 'rasa' ini dalam hati dan kehidupan mereka?Dengan ilmu,tanpa ilmu tidak mungkin mereka akan merasai semua ini dalam hati mereka.



Bagaimana dengan motivasi dunia?Motivasi dunia lebih kepada seseorang yang ingin menjadi seorang yang berjaya,berguna kepada masyarakat dan  negara.Boleh dikatakan kesemua orang yang berjaya di dunia ini adalah orang yang bermotivasi,kerana tanpa motivasi dalam dirinya tidak mungkin dia akan berjaya.Begitulah hebatnya motivasi.

Pesanan untuk diri ini juga,agar sentiasa menjadi seorang yang bermotivasi dunia dan akhirat. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages