RSS
Showing posts with label ~mooD KEhidupan~. Show all posts
Showing posts with label ~mooD KEhidupan~. Show all posts

Cerita Kehidupan

CERITA KEHIDUPAN

Denyutan nadi, nafas yang masih berhembus, fikiran yang masih dapat berfikir, pandangan yang masih dalam lingkungan Islam, sumber pendapatan yang masih mencukupi, peluang yang masih diberikan, keluarga yang menyayangi, sahabat yang baik disisi, nikmat iman dan hidayah.. Alhamdulillah. Tiada hidup yang lebih indah dari apa yang kita punya semua ini. Ada orang hidup dengan kereta mewah, rumah banglo, pekerjaan yang hebat, namun hidup mereka jauh daripada hidayah dan petunjuk Allah..tidur mereka tidak lena, sakit sentiasa dan makanan tidak dapat dinikmati. ya Allah, ya Allah, ya Allah..

Kehidupan kita akan berakhir bila malaikat maut telah datang mengambilnya dari diri kita. Saat itu, yang tinggal hanyalah amalan kita. Semuanya akan kita tinggalkan di dunia. Moga sedikit penulisan yang saya lakar dalam blog ini dapat menjadi salah satu amalan saya bilamana saya sudah tiada lagi di dunia ini. Ini lah sedikit dakwah yang mampu saya lakukan.

Kecewa sekali apabila melihat kaum Hawa yang tidak menutup aurat dengan bangganya menayang tubuh badan apabila berada di tempat awam. Ada apa dengan kebanggaan itu? Hanya menimbulkan dosa dan memalukan diri sendiri. Tidak perlu mengikut barat yang berpakaian telanjang.Tidak salah ingin berfesyen kerana saya juga wanita, saya tahu wanita suka kelihatan cantik. Namun, jagalah aurat, pakai-lah pakaian yang menutup aurat yang tidak menjolok mata dipandang.  Semasa isra' mi'raj, kenapa ramai wanita yang berada di neraka? Kerana aurat dan tidak mentaati suami. Kenapa dikatakan wanita yang solehah adalah perhiasan di dunia kerana wanita itu sendiri adalah perhiasan bagi golongan lelaki. Dijadikan Hawa disisi Adam untuk menjadi peneman Adam dan saling berkasih sayang. Jika seorang wanita tidak menutup aurat apabila berada di tempat awam, dia telah melakukan kejahatan (sila faham betul-betul ayat ini). Dia bukan sahaja melanggar perintah Allah, bahkan dia telah mengganggu mata-mata lelaki yang gatal. Secara automatik dia telah berdosa pada Allah. Lelaki yang memandang dengan niat yang jahat berdosa. Dia juga berdosa kerana sengaja berpakaian begitu.



Ya Allah, ya Allah, ya Allah.. nasihatku ini bukan untuk mencemuhmu, jauh sekali untuk menghinamu yang tidak menutup aurat. Sebaliknya, nasihatku ini kerana kasihku pada golongan Hawa.. Bila engkau keluar tanpa menutup aurat, aku yang berada disebelah yang akan malu. Jauh sekali untuk dengki dan cemburu bila dirimu dijadikan perhatian mata lelaki-lelaki yang gatal. Diriku juga terkena tempias,kerana aku seorang wanita.. kita punya bentuk tubuh badan yang hampir sama dan emosi yang juga tidak jauh berbeza. Apa yang beza, aku berusaha untuk melindungi dari mata-mata lelaki dan benci sekali diriku ditatap oleh mata-mata lelaki yang gatal, yang ada penyakit dalam hati mereka.

Ya Allah, kehidupan yang sementara ini, kita hidup. Ada yang kata, hidup hanya sekali, masa ini nak enjoy. Ada yang kata, zaman muda hanya sekali, masa ini untuk berhibur. Ada yang kata, bila dah tua barulah bertaubat. Ada yang kata, orang yang pakai tudung labuh seperti khemah yang berjalan. Ada yang kata, pakai purdah, ninja.

Ada orang yang kata, macam-macam perkataan yang kata-kata untuk 'merosakkan' diri sendiri. Apa yang orang kata, itu bukan kenyataan yang realistik. Berapa ramai yang mati muda disebabkan pelbagai punca. Berapa ramai yang meninggalkan ketika sedang berhibur dan umur masih terlalu muda,lingkungan belasan tahun. Ini lah realiti. Apa yang diajarkan Islam itu realiti.

Sedih, sendirian.. melihat hari ini, remaja yang semakin rosak dengan acuan barat. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.. Dunia hari ini, ramai yang meninggalkan Islam. Moga catatanku ini, dapat memberi peringatan pada diriku dan juga remaja, wanita dan masyarakat di luar sana.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menjadi insan yang baik

Bismillahirahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tajuk kali ini, saya ingin bicarakan tajuk 'menjadi insan yang baik'. Indah-kan tajuk ini. Siapa yang tak suka pada orang yang baik, siapa yang tak ingin berkawan dengan orang yang baik, siapa yang tak ingin mempunyai pasangan yang baik. Namun, bukan mudah untuk kita jadi baik, bukan mudah untuk kita menjadi kawan bagi orang yang baik, dan bukan mudah untuk kita punya pasangan yang baik.

Sebelum saya pergi jauh membincangkan tajuk ini, apa yang diertikan dengan baik.Baik secara umum-nya adalah pada sikap; iaitu sikap yang baik-baik seperti suka membantu orang lain, bergaul dengan orang lain, mentaati ibu bapa, hormat orang tua dan sebagainya. Sikap baik dan suka pada kebaikan adalah fitrah insan. Bila manusia melakukan kejahatan, jiwa mereka memberontak; antara mereka sedar atau tidak. Jika kita baik hari ini, adakah kita yakin, kita akan baik pada esok hari atau setahun yang akan datang. Ini lah perkara pokok yang akan saya bicarakan pada kali ini.

Bagaimana menjadi baik?


Bagaimana untuk menjadi seorang insan yang sentiasa baik? Sukar sekali kerana manusia adalah insan yang tidak sempurna yang akan sentiasa melakukan kesilapan. Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, walaupun berapa banyak dosa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, Allah akan terima taubat nasuha hamba-hambaNya selagi mana nyawa belum sampai di kerongkong dan belum kiamat. Untuk menjadi baik, manusia hanya boleh berusaha dan sentiasa berusaha untuk jadi baik. Hanya itu yang mampu dilakukan.

Firman Allah SWT:

Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar. ( Faathir; ayat 32)

Islam mengajar kita menjadi baik. Namun, bagaimana untuk menjadi baik jika kita sendiri tidak tahu apa ajaran Islam itu. Adakah yang dikatakan orang Islam itu adalah solat, puasa, tunaikan haji, syahadah, dan zakat sahaja. Surah Faathir ayat 32 bermaksud; dikalangan manusia yang lebih dahulu berbuat kebaikan dan ada yang pertengahan dengan izin Allah SWT. Jadi siapakah manusia itu? Adakah seorang Islam yang taat pada Allah atau orang Islam yang tiada ilmu agama atau orang Islam yang suka bermaksiat pada Allah SWT. Jawapannya; untuk berusaha menjadi baik ,jalannya adalah berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan beriman pada-Nya.


Kamu lihat orang-orang yang zalim sangat ketakutan karena kejahatan- kejahatan yang telah mereka kerjakan, sedang siksaan menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh (berada) di dalam taman-taman surga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah karunia yang besar. (Asy Syuura; ayat 22)

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Asy Syuura; ayat 23)


Di dunia ini, bukan sahaja orang yang beriman sahaja baik, bahkan orang bukan Islam dan orang yang tidak tahu ilmu agama juga baik. Adakah orang yang melakukan jenayah seperti merompak, membunuh, meragut, dan sebagainya tidak pernah melakukan kebaikan? Dalam kehidupan penjenayah pasti mereka juga ada melakukan kebaikan. Persoalannya,mengapa mereka tegar melakukan kejahatan pada orang lain?

Ini-lah perkara yang ingin saya rungkaikan. Bukan mudah orang yang tidak beriman untuk terus melakukan kebaikan (mohon terasa dan maaf jika terasa!) Kenapa saya berkata begitu? Kita kembalikan pada niat. Niat kenapa kita baik? Niat manusia yang melakukan kebaikan bukan kerana Allah SWT, mereka takkan kuat untuk melakukan kebaikan jika mereka jauh dengan Allah SWT disebabkan tekanan hidup, faktor persekitaran, rakan-rakan(pengaruh rakan) dan sebagainya. Surah Asy Syuura ayat 23; ayat di atas bermula dengan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh, Allah menggembirakan hamba-hambaNya Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Allah tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu.

Bagaimana jika manusia niatkan kebaikan itu bukan pada Allah SWT? Sebaliknya mereka niatkan agar manusia pandang hormat mereka, manusia akan suka mereka, manusia sanjung mereka, agar mereka perolehi apa yang mereka kehendaki dan sebagainya. Sedangkan orang yang beriman, jika mereka melakukan kebaikan, Allah akan tambah kebaikan dengan kebaikan. Mereka perolehi rahmat dan redha Allah SWT. Walaupun kebaikan yang dilakukan tidak diketahui manusia lain dan tidak dihargai oleh manusia lain, mereka tetap akan terus melakukan kebaikan kerana mereka yakin, apa yang mereka lakukan kerana Allah SWT.

Hidup ada Allah SWT

Berapa ramai orang Islam yang hidup di muka bumi, tidak percaya ada Allah SWT. Mereka jauh tersasar dari ajaran Islam disebabkan tekanan hidup yang dilalui. Mereka menpersoalkan Allah dan hukum-hukum Allah SWT. Mereka hidup tanpa Allah SWT walaupun Allah sentiasa melihat mereka dan malaikat disisi mencatat amalan-amalan mereka. Adakah mereka mampu akan terus melakukan kebaikan. Saya yakin, mereka tidak akan mampu. Saya tidak kata, mereka jahat. Namun, bila kehidupan terus menghimpit diri,mereka bukan sahaja tidak mampu melakukan kebaikan pada orang lain, malah pada diri sendiri sehingga ada yang sanggup membunuh diri.



Ketahui-lah, hidup dengan sentiasa mendekatkan diri pada Allah SWT, itulah jalan terbaik untuk menjadi baik. Hati amat sensitif bila mana melakukan dosa. Hati merintih bila anggota badan melakukan dosa. Air mata mengalir mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan walaupunm dsa-dosa kecil sahaja. Baca alquran berserta terjemahan,hayati ,fikir dan amalkan dalam kehidupan apa yang terkandung di dalamnya. Ikuti apa yang diajarinya. Sesungguhnya dalam alquran terkandung 1001 hikmah ;ubat jiwa, jalan dan panduan hidup,
mengenal Allah SWT dan tentang hari kiamat, suruhan dan larangan-larangan Allah, hukum hakam dan kehidupan, cara pergaulan dengan manusia lain, hubungan suami isteri dan sebagainya.

Teruskan menjadi baik, kerana itu-lah yang Allah mahu kita lakukan dan teruskan memakmurkan bumi ini. Kebaikan itu adalah fitrah insan.

Wallahu a'lam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 


Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman. (Ar Ra'd; ayat 18)

Ayat alquran di atas bermula dengan ayat bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya. Jadi mari kita tanya diri kita, adakah kita memenuhi seruan Tuhan kita? Adakah apabila azan dilaungkan, kita akan menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah? Adakah kita melakukan suruhan-suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya? Jika jawapan-nya tidak, itu beerti kita belum termasuk dalam golongan yang disediakan pembalasan yang baik.


Jadi rangkap seterusnya dalam ayat ini, iaitu orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, walaupun mereka seorang yang sangat kaya, ada banyak mana kekayaan pun, mereka tidak dapat menebus diri dari dosa-dosa yang dilakukan dengan kekayaan tersebut. Harta kekayaan yang melimpah ruah walaupun ada sebanyak isi bumi dan jika ditambah sebanyak itu pun, semua itu hanya sia-sia belaka jika hidup mereka dipenuhi dengan melakukan larangan-larangan Allah SWT, dosa dan maksiat. Apabila nyawa telah dicabut dan tiba hari hisab, tempat mereka adalah neraka Jahannam dan itu-lah seburuk-buruk tempat kediaman yang kekal selama-lamanya.

Mari kita menghayati dan merenung ayat ini dalam kehidupan kita. Apa guna kita kerja siang dan malam, untuk mengumpul harta kekayaan? Ada pangkat dan darjat, dihormati oleh manusia, namun kita sering melakukan maksiat dan dosa, apa guna semua itu? Jika akhirnya, neraka tempat tinggal buat selama-lamanya yang akan diseksa siang dan malam. Kembali-lah, kembali-lah, kembali-lah pada agama yang benar, agama yg diredhai iaitu Islam, kembali pada Allah SWT. Apa yg kita lakukan di dunia ini, ikhlaskan kerana Allah, untuk mendapat redhaNya.

Apa lagi jika anda seorang yang berilmu,mempunyai jawatan yang tinggi dalam organisasi,dihormati oleh orang ramai, gunakan apa yang ada pada anda untuk agama Allah SWT. Gunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah, menyebarkan Islam. Umat Islam bersatu tanpa mengira darjat,pangkat,harta,keturunan demi Islam yang tercinta. Moga negara kita, bahkan dunia tahu bahawa Islam itu adalah agama yang benar, agama yang mengajar insan menjadi seorang manusia yang baik, yang sukakan keadilan dan keamanan, yang suka kejayaan dan agama yang membawa manusia kepada kehidupan yang lebih baik.

Moga kita sama-sama sentiasa muhasabah diri dan sentiasa bermotivasi untuk menjadi hambanya yang berjaya dunia dan akhirat. Jika diberi ujian, bersabar-lah dengan ujian dunia, moga balasan atas kesabaran itu adalah syurga. In shaa Allah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hudud

Baca paper metro hari ini bertarikh 6 Jan 2014, begitu banyak kes samun dan bunuh. Adakah semua ini,ekoran kenaikan taraf hidup pada tahun 2014? Tidak dapat dinafikan, kenaikan taraf hidup akan menyumbang kepada rompakan, samun dan sebagainya.

Seseorang yang berada dalam terdesak sanggup melakukan apa sahaja (tambahan tiada perasaan takut kpd Allah SWT), melainkan jika dilaksanakan HUKUM HUDUD. Hanya itu jalan penyelesaian. Siapa sanggup, jika benar-benar terbukti kesalahan dan cukup saksi, dipotong tangan. Ada yg sanggup kehilangan tangan dgn rompakan RM10,000 atau berjuta sekalipun?

Benar-lah,hanya hukum Allah yang dapat menyelamatkan,mengamankan dan melindungi manusia.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Erti kemiskinan

Bismillah

Disini saya kepilkan petikan buku ISLAM dan MELAYU karangan Ustaz Siddiq Fadzil.

Dalam sejarah pemikiran Melayu,isu taghyir al-nufus adalah antara tema besar wacana keintelektualan dan politik bangsa. Za'aba (1895-1974),ilmuwan-pemikir Melayu yg serius dan tajam,merumuskan masalah umat Melayu dalam satu kata, "miskin". Yang dimaksudkannya dengan "kemiskinan" dalam konteks ini adalah kemiskinan yang bersifat multidimensional: kemiskinan moral dan material, kemiskinan intelektual dan spiritual. Demikianlah yang dapat ditangkap dari kata-katanya:

Kemiskinan itulah sifatnya yg terlebih sangat lengkap dan nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannya dan ialah juga sebesar-besar kekurangan yang menjadikan mereka kalah atau ketinggalan di belakang dalam perlumbaan kemajuan. Miskin pada wang ringgit dan harta benda,miskin pada hemat dan cita-cita,miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan,miskin pada alat-alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat-sifat keperangaian yg tinggi mulia-jadilah mereka tak dapat tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam prjalanan bangsa-bangsa.


                                    (Ungku A.Aziz, 1975; 43-44)

gambar hiasan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebaikan itu adalah impian setiap insan


Kebaikan itu adalah impian setiap insan
Oleh: Maryam

Kebaikan adalah sesuatu perkara yang sentiasa insan rindui. Bila mana orang baik yang sentiasa melakukan kebaikan meninggalkan kita sama ada sementara atau selama-lamanya, kita akan merinduinya. Apabila seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan, tapi Allah telah cabut hidayah daripada org tersebut, dia akan merindui saat-saat dia sentiasa melakukan kebaikan. Begitulah betapa hebatnya kebaikan kepada kehidupan.

Namun, apabila kita melihat suasana dan situasi yang berlaku dalam negara kita hari ini, kebaikan seolah-olah dilupakan. Tiada lagi,istilah baik dalam kamus kehidupan orang yang mahu meneruskan kehidupan. Siapa yang menjadi baik,akan dihina, akan dianayai, akan ditindas, akan dipinggirkan dan sebagainya. Disebabkan fenomena itu,menjadikan semua orang takut untuk menjadi baik,takut ditindas,takut dipinggirkan, takut ditinggalkan.

Setiap hari, kita membaca mengenai pelbagai kisah bunuh, culik, rompakan, gaduh dan sebagainya dalam newspaper. Seolah-olah tiada lagi istilah baik dalam hati manusia yang sanggup melakukan perkara-perkara tersebut. Dan itulah yang sedang berlaku bukan sahaja di negara kita, tapi di negara lain juga.

Sebenarnya, manusia dilahirkan di muka bumi ini dalam keadaan fitrah, suka pada kebaikan. Sebab itu,kebaikan sentiasa dirindui. Sesiapa yang melakukan kejahatan pada hari ini, pasti bercita-cita tidak mahu melakukan kejahatan tersebut lagi suatu hari nanti.  Namun, apabila semakin meningkat dewasa,semakin banyak dosa yang dilakukan, hati dibiarkan kelam dengan dosa,tidak dibersihkan dengan istigfar dan bertaubat. Akhirnya,mereka terlalu mudah terjerat untuk melakukan kejahatan-kejahatan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”

Setiap bayi yang lahir dimuka bumi ini dalam keadaan putih bersih, fitrah penuh dengan kenyaman,ketenangan dan kebaikan. Sebab itu, apabila kita melihat bayi dan kanak-kanak kita akan tertarik dan rasa sangat tenang. Selain itu,kita juga dapat melihat wajah ulamak-ulamak yang begitu bersih. Hati yang bersih akan terpamer pada wajah, luaran,tingkah laku dan zahirnya.



Sangat penting dalam kehidupan ini kita melakukan kebaikan, bukan kerana ingin disukai atau kerana mengharapkan pujian. Namun ada perkara yang lebih penting dan utama, iaitu hanya dengan melakukan kebaikan, negara kita akan aman dan bebas dari kekejaman manusia yang rakus.

Kadangkala, manusia melakukan kejahatan kerana mereka berpeluang untuk melakukannya. Jika undang-undang negara kita lebih tegas sebagaimana negara-negara yang melaksanakan hukum hudud di dunia, insyaAllah akan berkuranglah dan manusia akan takut untuk melakukan kejahatan. Contohnya; jika ada 4 orang perompak dan dibuktikan dengan saksi yang cukup, maka 4 perompak tersebut dikenakan hukuman potong tangan. Secara logiknya, adakah masih ada lagi manusia lain yang ingin merompak. Pasti orang lain yang ingin merompak akan berfikir beratus-ratus kali sebelum melakukan kejahatan tersebut. Harga sepasang tangan, tiada harga dengan duit berjuta-juta. Begitulah,hebatnya hukum yang ditetapkan Allah.

Namun, manusia masih sanggup berdebat tentang hukum Allah. Allah swt menjadikan manusia, hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang paling baik untuk manusia. Apa sahaja hukum,suruhan dan larangan yang Allah tetapkan di muka bumi adalah untuk kebaikan pada manusia itu sendiri. Allah tidak memerlukan insan, namun insan yang sentiasa memerlukan Allah.

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (Al Ikhlash; ayat 2)

Kebaikan adalah sesuatu yang sentiasa dirindui. Adakah baik diri kita? Bagaimana untuk menilai kebaikan dalam diri kita? Kebaikan itu bukan untuk dipuji. Cuba kita ajukan soalan pada diri kita. Kenapa kita baik? Kenapa kita melakukan kebaikan? Jika jawapan kerana manusia lain atau kerana inginkan pujian,kebaikan itu takkan kekal lama. Kita takkan kekal melakukan kebaikan. Namun,sebagai seorang manusia biasa, kita takkan terlepas melakukan kesilapan, mungkin hari ini kita terumpat orang lain. Jadi,solusinya, perbanyakkan muhasabah diri dan istigfar. Yang paling penting, tiap-tiap hari kita bercita-cita untuk jadi baik dan merubah diri ke arah yang lebih baik.

Kembali kepada persoalan saya, kenapa kita ingin menjadi baik. Susahkah ingin menjadi baik? Maksud istilah baik di sini adalah yang taat pada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Apa yang Allah suruh? Iaitu solat, menutup aurat, beramal soleh, melakukan kebaikan, hormati pada ibu dan bapa dan sebagainya (semua perkara2 yg baik). Apa pula,perkara yang Allah larang? Semua perkara2 kejahatan ,termasuklah kemaksiatan dan meninggalkan solat.

Kembali kepada pegangan kita iaitu alquran, Allah SWT banyak berfirman tentang kebaikan. Allah SWT tahu bahawa hanya dengan sentiasa melakukan kebaikan, manusia akan dapat hidup aman dan harmoni walaupun orang lain melakukan kejahatan kepada diri kita.

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Asy Syuura; ayat 23)

Umat Islam diajar agar sentiasa melakukan kebaikan. Dan segala kebaikan tersebut akan dibalas dengan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah swt. Menjawab pertanyaan yang saya kemukan sebelum ini. Kenapa kita ingin menjadi baik? InsyaAllah,manusia yang melakukan kebaikan kerana Allah swt,insan tersebut akan melakukan kebaikan sehingga akhirnya walaupun bukan dalam pandangan manusia lain. Mereka takut untuk melakukan kejahatan kerana mereka sedar dan yakin Allah SWT melihat apa sahaja mereka lakukan,walaupun jauh daripada pandangan manusia lain.

Islam juga mengajar kita, menolak kejahatan dengan kebaikan. Contoh dan teladan yang paling baik adalah Nabi Muhammad SAW. Akhlak baginda begitu indah. Tidak hairanlah, dirinya digambarkan oleh para sahabat bercahaya-cahaya. Bukan sahaja kerana mukjizatnya,namun kerana akhlak dan jiwa yang bersih akan terpamer pada wajah,luaran dan peribadi baginda SAW. Nabi Muhammad SAW dihina, dikeji, dipulaukan, dilemparkan dengan batu dan sebagainya, namun baginda sentiasa memaafkan kaum tersebut,bahkan mendoakan kebaikan buat mereka. Dan di akhir hayat baginda masih terpamer kasih sayang baginda kepada umatnya; ummati,ummati,ummati. Baginda masih sempat menyebut umat baginda SAW.

Kembali menjawab soalan seterusnya. Susahkah untuk melakukan kebaikan? Susah juga untuk menjawab persoalan ini. Bukan kerana jawapannya susah,namun ia bergantung kepada orang yang ingin melakukan kebaikan tersebut. Jawapannya ada pada jawapan bagi soalan yang sebelum ini. InsyaAllah,jika anda lakukan ikhlas kerana Allah SWT, semuanya akan jadi mudah. Ikhlaskan semuanya kerana Allah dan tuntutlah ilmu agar hati dan jiwa kita kental untuk terus melakukan kebaikan walaupun apa sahaja rintangan yang dihadapi.

Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan;

orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;
sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima shabartum". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.(
Ar Ra'd;ayat 22-24)

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri, Universiti Selangor. Sukarelawan exco Gptd Unisel. Lawati blog: http://yummieislam.blogspot.com .Boleh dihubungi melalui :yummie_mariam@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perbezaan antara ‘tahu’ dan ‘yakin’ dalam menentukan sebuah keimanan


Perbezaan antara ‘tahu’ dan ‘yakin’ dalam menentukan sebuah keimanan

Oleh: Maryam

Assalamu'alaikum

Alhamdullilah,segala puji bagi Allah s.w.t yang meringankan jari-jemari saya untuk menulis artikel yang bertajuk,apa beza antara ‘tahu’ dan ‘yakin’.Tajuk kali ini,kesinambungan dari tajuk-tajuk yang sebelum ini,agar dapat melengkapkan lagi ‘hati’ kita dengan kebenaran Islam itu.

Perkataan tahu dan yakin adalah perkataan yang saling melengkapi,dimana didahului dengan tahu,dan disusuli dengan yakin. Secara umum,tahu boleh diertikan sebagai ‘ilmu’.Manakala, yakin lebih kepada amalan. Mengapa saya berkata demikian?Kerana apa-apa sahaja perkara di dunia ini,perlu dimulai dengan tahu,bagaimana untuk tahu,iaitu dengan ilmu. Ilmu kita perolehi dengan mempelajari ilmu di sekolah, melalui ceramah-ceramah agama dan sebagainya. Saya katakan ‘yakin’ merujuk kepada amalan kerana sesiapa yang setelah tahu, dan kemudian yakin dengan kebangkitan hari akhirat akan memperbanyakkan amal ,bagi persediaan menuju ke sana. Dalam konteks ini,boleh dikatakan, ‘yakin’,merujuk kepada amalan. Manakala, ’orang yang tahu’, namun tidak yakin,tidak akan melaksanakan amalan-amalan sunat maupun wajib,agar dia terselamat di akhirat nanti.



Dalam konteks ini,kita boleh bahagikan ‘orang yang tahu’ kepada dua,yang pertama,setelah tahu mereka memperbanyakkan amalan iaitu orang yang yakin pada hari kebangkitan.Manakala golongan yang kedua adalah ‘orang yang tahu’,tetapi tidak yakin pada hari kebangkitan. Golongan yang kedua adalah golongan yang rugi dimana mereka tidak melakukan amalan yang wajib ,dan juga tidak membuat persediaan untuk hari akhirat.

 Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya (tidak merobah dan mentakwilkan Al Kitab sekehendak hatinya), mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.( Al Baqarah;ayat 121)

Dan sekali-kali janganlah kamu termasuk orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang rugi. (Yunus;ayat 95)

Hampir semua ummat Islam tahu bahawa adanya kehidupan akhirat kerana seawal sekolah rendah,telah diajar subjek pengajian agama Islam dan Fardhu Ain.Dalam khutbah Jumaat juga,banyak mewar-warkan tentang hari kebangkitan ini.Namun,disebalik ilmu yang mereka tahu, mereka tidak mengamalkan ilmu tersebut,bahkan ada yang menolak Islam jauh-jauh daripada kehidupan mereka. Kenapa semua itu boleh terjadi,sedangkan mereka tahu tentang hari kebangkitan itu?Jawapannya,kerana mereka tahu,tetapi tidak yakin.

Hampir semua ummat Islam tahu adanya kehidupan akhirat,namun mereka tidak yakin akan kewujudan hari tersebut.Ini lah,permasalahn yang paling besar dihadapi oleh ummat Islam hari ini. Keyakinan itu adalah tanda keimanan,disertai dengan amalan bagi membuat persediaan untuk hari kebangkitan itu.

 (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka. dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.( Al Baqarah;ayat 3-4)

Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat meminta supaya hari itu segera didatangkan dan orang-orang yang beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahwa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahwa sesungguhnya orang-orang yang membantah tentang terjadinya kiamat itu benar-benar dalam kesesatan yang jauh.( Asy Syuura;ayat 18)

Di dalam ayat-ayat di atas,Allah menjelaskan orang yang beriman adalah orang yang yakin akan kehidupan akhirat.Itu adalah perbezaan di antara ‘yakin’ dan ‘tahu’.Orang yang yakin akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat ganjaran akhirat yang tiada bandingan dengan dunia ini.Orang yang tahu tanpa keyakinan,hanya mngamalkan apa yang diketahuinya dengan sambil lewa.


Cuba kita hayati ayat-ayat di atas dimana betapa besarnya Allah meletakkan perbezaan perkataan ‘tahu’ dan ‘yakin’ di antara seorang insan dengan insan yang lain .Sesiapa yang yakin dengan kebangkitan hari akhirat adalah termasuk dalam golongan orang yang beriman.Kenapa orang yakin adalah termasuk dalam golongan yang beriman?Kerana orang yang beriman iaitu orang yang yakin akan melaksanakan suruhan-suruhan Allah dan meninggalkan semua larangan Allah dengan bersungguh-sungguh,dan penuh harapan agar segala amalan yang dilakukannya diterima oleh Allah s.w.t.Di dalam ayat di atas,Allah berfirman ,orang yang beriman adalah orang yang beriman kepada yang ghaib,mendirikan solat dan menafkahkan hartanya pada jalan Allah.Semua suruhan tersebut adalah termasuk dalam suruhan-suruhan Allah s.w.t,dimana sebahagian amalan-amalan yang perlu dilakukan insan dimuka bumi ini,untuk persediaan bagi hari akhirat.

Beriman kepada yang ghaib dalam ayat tersebut beerti percaya dan yakin pada kewujudan malaikat, syaitan,neraka ,syurga dan semua perkara ‘yang ghaib’ yang dinyatakan di dalam alquran,walaupun kita tidak dapat melihat dengan mata kepala sendiri pada saat ini.Dalam ayat tersebut juga,Allah menyatakan orang yang beriman adalah orang yang mendirikan solat dimana salah satu rukun islam sebagai seorang islam adalah mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Betapa besar azab yang disediakan bagi orang yang meninggalkan satu waktu solat dengan sengaja.



Sabda Rasullulah SAW:
Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-siakan sembahyang lima waktu,nescaya akan diseksa oleh Allah  SWT dengan lima belas siksa.Enam didalam dunia,tiga ketika hendak mati,tiga didalam kubur,dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat.

Manakala ‘orang yang tahu’ tentang hari kebangkitan itu,namun tidak yakin akan ada hari kebangkitan tidak tergolong dalam golongan yang beriman kerana mereka tidak melaksanakan suruhan Allah dan tidak meninggalkan laranganNya. Malah,ada segelintir mereka yang sanggup menghina ulamak dan mengatakan ‘perkataan negatif’ kepada ummat Islam. Sesiapa ‘yang tahu’ pada hari kebangkitan,namun tidak yakin, tidak akan tahu rasa takut dan gentar untuk melakukan kemaksiatan dan dosa-dosa besar kerana mereka tidak yakin akan ada pembalasan di atas segala dosa-dosa dan kejahatan yang dilakukan diatas muka bumi ini.

Namun,orang yang tahu dan yakin akan ada hari kebangkitan ,akan takut untuk melakukan dosa-dosa dan maksiat di muka bumi ini,kerana mereka tahu semua kejahatan itu akan dibalas oleh Allah s.w.t di akhirat nanti.

(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.( An Nisaa';ayat 123)

Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.( Ar Ra'd;ayat 18)

Alhamdullilah,saya sudah huraikan panjang lebar perbezaan diantara ‘tahu’ dan ‘yakin’ dalam menentukan sebuah keimanan.Sekarang,tiba masanya untuk kita koreksi diri masing-masing,dimanakah diri kita. Sekarang,mari kita muhasabah diri,tengok pada diri dan lihat ke dasar hati.Di manakah tergolong diri kita?Jawab lah secara jujur kerana hanya anda yang tahu,diri anda sendiri. Tiada guna jika anda menipu diri anda waktu ini,kerana jika anda menipu,anda hanyalah menipu diri anda sendiri,bukan orang lain.Jika jawapan,yang diberikan oleh hati kecil anda,anda tergolong dalam golongan yang kedua,muhasabah lah diri,kenapa tiada keyakinan dalam diri anda tentang hari kebangkitan itu.Jika tergolong dalam golongan yang pertama,alhamdullilah ,Allah telah memberi hidayahNya kepada anda.

Bagaimana setelah ‘tahu’ tentang hari kebangkitan,untuk membina keyakinan yang utuh dalam diri.Untuk membina keyakinan bahawa apa yang kita tahu itu,pasti akan berlaku.Bagaimana?Untuk permasalahan yang begitu besar,saya akan mengemukan beberapa cadangan yang mudah boleh dilakukan oleh kita.Pertama,menuntut ilmu dengan menetapkan matlamat untuk memperoleh keyakinan tentang hari kebangkitan itu.Dua perkara yang berbeza diantara menuntut ilmu dengan satu matlamat dan menuntut ilmu hanya untuk ‘tahu’ bagi tujuan yang tertentu atau satu kebetulan.Secara kebetulan itu,contohnya,kita menghadiri solat Jumaat dan khutbah Jumaat hari itu bertajuk hari kebangkitan.kita telah mendengar dan ‘tahu’ tentang hari kebangkitan,setelah mendengar khutbah Jumaat hari itu,tapi adakah kita yakin,apa yang kita telah tahu itu. 

Apabila kita menuntut dengan satu matlamat,insyaAllah Allah s.w.t akan mempermudahkanNya.Yang kedua,dengan menghayati dan berfikir apa yang telah Allah s.w.t turunkan di dalam ayat-ayat alquran berkenaan dengan bukti-bukti kekuasaan Allah s.w.t.Setelah membaca ayat-ayat di dalam alquran terjemahan,fikirlah apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t.Fikirlah dengan aqal yang logik tentang penciptaan langit,bumi dan alam semesta ini dimana hanya Allah yang mampu menciptakan alam semesta ini,kerana Allah Maha Berkuasa,hanya Allah yang berhak disembah.

Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.( Al Mu'min;ayat 64)

Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyal karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.( Al Mu'min;ayat 61)

Terlalu banyak,ayat-ayat di dalam alquran yang dinyatakan oleh Allah secara logik akal dimana kita dapat melihat kebenaranNya.Di dalam alquran,terdapat semua jawapan yang bermain dalam diri kita.Baca dan hayatilah.Namun,perlu diingat,kita tidak boleh membayangkan apa yang berkaitan dengan zat-zat Allah yang dinyatakan di dalam alquran,kerana ia akan menyebabkan akidah kita terpesong.Jika syaitan mengganggu kita dengan bayangan yang tidak elok ketika kita menghayati alquran terjemahan, mohonlah perlindungan daripada Allah dengan mengucapkan ‘auzubillah minasyaithonirrajim’. InsyaAllah,Allah akan lindungi kita daripada tipuan daya iblis.



Selain itu,buatlah kajian-kajian tentang kehebatan Islam,kehebatan Nabi Muhamad s.a.w,kehebatan alquran,orang-orang hebat yang telah memeluk Islam kerana menjalankan pengkajian. InsyaAllah,anda akan menemui keyakinan itu.Mulalah usaha sekarang,pada saat ini,agar kita bukan menjadi hambaNya yang rugi akhirat nanti,sebaliknya menjadi hambaNya yang beruntung yang dikurniaakan syurga.

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Perubahan setiap masa dalm sebuah kehidupan~


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Menjelang tahun baru,cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi..Bila kita cerita bab tahun baru,secara automatik akan keluar je,bab azam baru.Biasanya,bab azam baru cuma timbul masa nak masuk tahun baru..Tapi bila dah lepas je tahun baru sebulan,semua azam baru tu,entah ke mana.

# Bab kata orang,azam cuma melengkapkan tahun baru.Macam-macam azam;ada azam nak jadi baik,ada azam nak dapat keputusan elok dalam spm,ada azam tak nak tinggal solat dan macam-macam lagi.

Bagi diri ana,azam kita perlu perbaharui setiap hari,bukan setiap tahun.Kenapa perlu perbaharui setiap waktu bukan setahun sekali.Agaknya kenapa ye?Pertamanya,pastilah kita kena perbaharui setiap waktu,sebab fikiran kita ni lemah..sebulan lepas kita tetapkan azam,kita dah lupa apa azam kita ditambah dengan persekitaran kita yang menarik-narik diri dan pemikiran kita menyebabkan kita dah lupa pada azam kita tu.Betul tak?pasti lah,betulkan..Kadang-kadang,kita letak benda pun kita boleh terlupa ,apa lagi dengan benda yang kita tetapkan sekali setahun..


Sebab utama,kita perlu tetapkan azam baru tiap-tiap hari agar kita sentiasa memastikan diti kita "sentiasa lebih baik dari hari semalam".Bukan mudahkan untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam..sebab kadang-kadang kita ni,terlupa,mudah terpengaruh dengan persekitaran(kawan-kawan,media massa,dan sebagainya...) dan juga,bujukan syaitan yang tak henti membisik2kan kat telingan anak Adam supaya buat maksiat.Boleh salahkan Syaitan tapi jangan ikut syaitan..Kita ini,hari ini marah-marah kat syaitan..esok ,kita ikut syaitan..tak nak lah macam tu,kan..


Bagi ana,hidup ini simple dan mudah.Islam juga mudah..Islam tak memaksa orang untuk memeluk Islam tapi orang yang memeluk Islam ..terutama muallaf kerana mereka terpikat pada keindahan Islam yang tiada pada agama lain.Kita ni,kira beruntunglah dilahirkan sememangnya dalam Islam.Tak payah bersusah payah,nak cari situ sini..untuk memiliki satu agama yang cukup sempurna tanpa cacat cela.Alhamdullilah..

Bagi ana,ana ada cara ana..dan ana tak suka ikut cara orang lain,selagi apa yang ana lakukan tak salah dari segi agama.Bagi ana,satu sahaja idola ana iaitu Rasullulah s.a.w..dan idola tambahan lain,pasti lah,isteri Rasullulah s.a.w terutama,bila ana bergelar isteri..malu lah,bicara soal kahwin ini..hehe..

Pasti semua orang nak tahu apa azam baru ana,kan?Mana boleh bagitau,rahsia lah..ye.. :).azam baru ni,tiap-tiap hari kita kena tanamkan dalam diri.

Setiap orang pasti impikan syurga..Maaf ana katakna,walaupun sebanyak mana maksiat yang dia lakukan di dunia,ini pasti dia impikan syurga.Orang kafir juga,impikan syurga dan mereka berangan-angan 'ibadat' yang mereka lakukan dapat membawa mereka ke syurga,dapat membawa mereka dekat pada Allah .Sesungguhnya ibadat orang kafir adalah sia-sia.Ana bukan nak hina orang kafir,tapi apa yang ana sebut adalah jelas dalam ayat alquran.

Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya[769]. Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka.  (Ar Ra'd:ayat 14)


*[769].Orang-orang yang mendoa kepada berhala dimisalkan seperti orang yang mengulurkan telapak tangannya yang terbuka ke air supaya air sampai ke mulutnya. Hal ini tidak mungkin terjadi karena telapak tangan yang terbuka tidak dapat menampung air. 


Sesiapa yang rasa,dan ada yang sampai menghina Islam..sedarlah bahawa agama Islam adalah agama yang terbaik.Tiada satu pun agama yang dapat menunjukkan kehebatan melainkan agama Islam.Ha'ha..satu lagi..khusus yang nak keluar dari agama Islam dengan kata lain,murtad....anda telah memilih jalan yang salah dalam hidup anda.Hidup ini,adalah soal membuat pilihan..kalau piluhan anda salah ,itu beerti musnah lah,dunia terutama akhirat anda...selam-lamanya berada di neraka,dengan setiap saat siksaan yang mengerikan,dengan hidangan,nanah,air yang menggelegak yang  menghancurkan isu perut..nau'zubillah..


"ya Allah,lindungilah kami daripada menjadi orang yang murtad".Kami takut ya Allah,kami takut api nerakaMu,kami takut murkaMu ya Allah"

Dahlah..ana dah tak larat nak menaip..kita jumpa lagi..insyaAllah..moga post ana ni,mendapat manfaat untuk semua.

yang ikhlas:
...yummie...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~SEBuah ketenangan~



Mencari ketenangan

Assalamualaikum…

Dikala ku tak dapat mendekatkan diri pada Allah swt,jiwaku rasa tak tenteram…gundah..
Aku lebih tenteram bila mendekatkan diri pada Allah.Apabila mendekatkan diri pada Allah swt,kita akan rasa seperti orang yang tak ada masalah..lebih tenang….hidup jadi lebih bermakna..

Dalam hidup ini,kita perlu tahu …kenapa kita dicipta didunia ini,dan kita kaitkan dengan kejadian alam sekeliling dimana pokok,bulan bintang,langit,tanah,laut ..semuanya cukup indah..tapi bukan keindahan itu yang ingin kuutarakan di sini,tapi kekuasaan penciptaan semua itu…Mampukah kita,manusia biasa mencipta semua itu…kita tak mampu….hanya Allah swt yang menjadikan manusia,yang menjadikan semua itu mampu mencipta dengan kekuasaanNya.


Ketenangan itu,datangnya dari jiwa yang tenang…jika jiwa kita gundah,gundahlah hidup kita.Ketenangan hanya dapat dicapai dengan mendekatkan diri kepada Allah swt…..banyak cara untuk mendekatkan diri kepada Allah swt salah satu nya adalah dengan menunaikan solat lima waktu sehari semalam.Banyak lagi,contoh lain,iaitu,dengan membaca alquran berserta dengan terjemahan,menunaikan perkara-perkara sunat dan banyak lagi.

Aku banyak menceritakan dalam blog aku tentang kehidupan….kerana kehidupan ini amt penting kerana dengan kehidupan ini,jambatan untuk kita menuju akhirat.Dengan kehidupan yang singkat inilah,kita menambahkan pahala untuk diri kita,apa yang berlaku dalam kehdupan ini akan ditayangkan balik oleh Allah swt diakhirat kelak.Syurga atau neraka ,adalah bergantung pada kehidupan didunia ini…….

Aku rasa bersyukur kerana dapat berkongsi dengan kalian tentang semua ini…….Aku harap,kita dapat berkongsi sesuatu yang bermakna ……sesuatu yang dapat menambahkan keimanan kita semua pada Allah swt….

Iman yang ada pada diri kita perlu dipupuk selalu agar ia sentiasa berada dalam diri kita,dan agar ia sentiasa berkembang bukannya semakin hilang……Iman amat penting dalam kehidupan kita agar kita selamat di dunia ini dan akhirat.Iman boleh dipupuk dengan selalu pergi ceramah-ceramah agama,membaca buku-buku agama,membuat diskusi berbentuk keagamaan dan sebagainya.


original by: maryam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~prograM SPIES~


Ana telah menyertai program SPIES anjuran Kerajaan Selangor selama 2 hari bertempat Kem Kubu Baru..sebenarnya,ini program SPIES pertama kali yang ana sertai.Kebiasaannya,pelajar-pelajar UNISEL akan khatam banyak kali program SPIES tapi ana terkecuali..hahaa. :)

Tahniah buat kerajaan Selangor kerana telah mengambil initiatif yang sangat memberangsangkan.Selama 2 hari ana menyertai program ini,setiap slot diisi dengan program yang sangat bermanfaat dan memberi unsur-unsur kesedaran kepada setiap peserta.Bagi ana,jika pilihan raya yang akan,jika rakyat Malaysia menolak pimpinan kerajaan Selangor sekarang,memang mereka seolah-olah membuang 'orang yang memberi kebaikan' kepada mereka.

Pada hari ini,begitu banyak masalah gejala sosial yang berlaku melibatkan para remaja dan pelbagai cara yang dijalankan oleh kerajaan pusat namun tidak menampakkan sebarang hasil.Yang ada,cuma pemnambahan masalah sosial;seperti pembuangan bayi,penglibatan remaja dalam penagihan dadah.Satu perkara yang tidak dititikberatkan oleh Kerajaan Pusat;iaitu kembalikan para remaja terutama remaja yang berbangsa Melayu kepada agama Islam.Sebenarnya,hanya dengan cara ini dapat mengurangkan masalah yang berlaku pada hari ini.

Perkara pokok yang ana nak sentuh hari ini berkaitan dengan 'bunuh diri'.Sewaktu ana mengikuti program SPIES yang dikendalikan oleh Green Consultant ;mereka telah menayangkan satu fenomena yang berlaku di Barat iaitu fenomena bunuh diri dimana di salah satu negara Eropah telah dibina satu jambatan yang panjang ;jambatan tersebut telah digunakan sebagai tempat membunuh diri.Video yang ditayangkan adalah peristiwa benar yang berlaku dimana kamera tersembunyi diletakkan dibalik gunung-gunung berhampiran jambatan tersebut.Video tersebut menayangkan beberapa orang berada di atas pagar jambatan dan mereka mengambil masa lebih kurang 10-15 minit untuk terjun ke dalam laut dari atas jambatan dengan berbagai cara terjunan.Dilaporkan oleh pihak yang menjaga jambatan tersebut,jambatan tersebut telah mencatat beribu-ribu orang yang telah menjadikan tempat tersebut sebagai tempat untuk membunuh diri.

Isu yang ana nak kupaskan berkaitan dengan 'bunuh diri'.Bila ana tengok video tu;jiwa ana tersentuh,amat menyayat hati.Ana terbayang,kalau orang Islam yang melakukan perkara tersebut,semestinya dia tak akan berpeluang untuk bau syurga.Orang yang bunuh diri adalah orang yang putus asa dengan rahmat Allah s.w.t.


Jadikan qalam Allah sebagai penawar hati yang luka;jika kalian tidak dapat membacanya,pelajari membaca Qalam Allah,kerana ia ubat yang paling mujarab untuk mengubati hatimu

Bunuh diri bukan jalan yang terbaik untuk kalian menyelesaikan masalah.Mintalah dengan Allah,dekatkan diri dengan Allah,bermunajat pada Allah,luahkan segala pada Allah..Allah akan membantu kalian.Jangan pernah berputus asa pada rahmat Allah.Ingatlah,hidup kita bukan di dunia sahaja,apa sahaja yang kita lakukan di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat sana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~lakaRAN kehidupan~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang

Hidup ini satu perjuangan…..perjuangan menentang syaitan ,hawa nafsu dan menentang golongan kafr yang menentang islam.Menentang syaitan dan hawa nafsu adalah yang paling sukar kerana kita tidak dapat melihat syaitan dan hawa nafsu pula berada dalam diri kita.Syaitan akan mengunakan hawa nafsu yang berada dalam diri manusia untuk menghancurkan mereka.Walaupun syaitan boleh menggunakan hawa nafsu manusia untuk menghancurkan mereka,namun Allah swt telah berfirman bahawasanya umat manusia yang bertakwa tidak akan dapat dimusnahkan oleh syaitan. 

Allah swt telah menganugerahkan kepada manusia akal dimana dengan akal ini,kita boleh membezakan antara perkara yang baik dan yang jahat.Penggunaan akal yang berpaksikan agama islam ,manusia membina tamadun yang agung sepertimana zaman Nabi Muhammad saw dan zaman khalifah arrasyidin yang melahirkan tokoh-tokoh dalam berbagai-bagai bidang.Akal yang diciptakan oleh Allah swt kepada manusia adalah satu nikmat yang hanya diberikan kepada manusia sahaja dimuka bumi .Haiwan-haiwan dan pokok-pokok tidak diberikan akal,sedangkan haiwan-haiwan dan pokok-pokok juga adalah makhluk Allah swt juga.

Manusia yang berakal adalah manusia yang  menggunakan pancaindera yang Allah swt kurniakan unutuk melihat kebesaran Allah swt seperti langit,bumi,bintang,matahari,laut  ,pokok-pokok,haiwan dan juga diri kita sendiri.Hanya Allah swt Yang Maha Berkuasa sahaja mampu menciptakan semua ini.Manusia yang bertakwa dan beriman adalah manusia yang menggunakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt untuk beribadat kepadaNya.Subhanallah,Maha Suci Allah………………..betapa banyaknya nikmat yang Engkau kurniakan dan nikmat yang paling besar Allah swt kurniakan adalah nikmat iman.Ya Allah swt ,”Jadikanlah hambaMu ini adalah diantara hambaMu yang bertakwa dan beriman”.Amin..Semoga doa kita semua dikabulkan oleh Allah swt.

Bacalah kalamullah setiap masa sekurang-kurangnya selepas solat…….insyaalah hidupmu akan sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.Lebih baik lagi,jika dirimu memiliki sebuah al-quran terjemahan kerana di dalamnya ,engkau boleh memahami ayat-ayat Allah swt.Memahami kalamullah akan menambahkan lagi keimanan dalam  dirimu..Insyaallah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages