RSS

~Mencari sinar yang hilang~


Mencari sinar yang hilang
Oleh: Maryam
Assalamu’alaikum

Alhamdullilah. Hari ini saya masih diberi kesihatan yang baik dan saya dapat curahkan sedikit tenaga,masa dan idea atas nama pena penulisan. Dunia hari ini seolah-olah telah sarat dengan bermacam-macam maksiat yang dilakukan oleh manusia.

Kita boleh lihat di Malaysia sahaja, tiap-tiap hari ada sahaja kes-kes pembunuhan,pembuangan bayi , ragut dan sebagainya dipaparkan dalam suratkhabar. Itu perkhabaran yang diketahui,bagaimana yang tidak dikhabarkan kepada umum,mungkin disebabkan disembunyikan atau maklumat tersebut tidak sampai kepada pihak media.

Baru sahaja di Malaysia,bagaimana dengan negara-negara lain;negara barat yang mencatat kes jenayah yang paling tinggi di dunia. Kenapa semua ini berlaku? Jawapannya ,sememangnya telah kita ketahui telah sekian lama melalui qalam Allah.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah)di bumi  itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."( Al Baqarah;ayat 30)

Di dunia ini,Allah uji kita dengan pelbagai kesusahan,kesenangan,harta,anak-anak,wanita dan sebagainya. Ada insan yang  berjaya menempuhinya dengan tabah dan sabar,ada insan yang gagal ditengah jalan dan ada insan yang menyalahkan Allah atas segala keperitan yang dialami.

Begitu lah dunia,tiada seorangpun akan terlepas dalam menghadapi ujian itu,kerana ujian itu kayu pengukur keimanan seseorang. Adakah dia sabar menghadapi ujian yang Allah berikan padanya atau sebaliknya.

Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?( Al Mulk;ayat 1-3)

Ujian itu yang dihadapi insan menyebabkan sinar kehidupan semakin hilang,semakin hilang dan akhirnya terus hilang. Mencari sinar kehidupan ibarat mencari satu cahaya yang boleh membahagiakan ‘rasa’ yang paling dalam. Bagaimana untuk mencari sinar yang semakin hilang itu?

Insan sedar yang mereka kehilangan sinar itu tapi mereka tidak menjumpai jalan bagaimana untuk mencari sinar itu. Hidup tanpa sinar, seolah-olah hidup dalam kegelapan,berjalan dalam kegelapan,tiada cahaya yang menerangi di sepanjang jalan kehidupan.

Seringkali insan,menolak jauh-jauh agama dalam kehidupannya. Mereka menganggap anggap agama Islam itu terlalu kolot,terlalu menyekat kebebasan;mereka terlalu benci pada agama yang mereka anuti. Tanpa rasa bersalah mereka menghina,mencaci para ulamak dan agama yang mereka anuti sejak kecil.

Mereka tidak tahu,apa yang mereka caci dan benci itulah,jalan menuju kepada sinar yang mereka cari selama ini. Melayu tanpa Islam,adalah sia-sia. Negara Arab tanpa Islam,akan sia-sia. Apa-apa sahaja bangsa mereka akan jadi sia-sia tanpa penghayatan Islam.


Kita menjengah pandangan dan membawa minda kita kepada negara barat,ada apa pada negara barat sekarang. Iya,kita akui mereka kuasai ekonomi dunia pada hari ini. Namun,mereka gagal;gagal dalam institusi kekeluargaan ,mereka menjadi negara tertinggi mencatat kadar jenayah, ramaja-remaja mereka ramai yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Kehidupan di dunia ini,hanyalah satu persinggahan yang sementara. Kadang-kadang kita lupa bahawa kita akan meninggalkan dunia ini ,walaupun tiap-tiap hari kita mendengar berita kematian. Kita seolah-olah meletakkan diri kita,takkan mati kerana masih berusia muda. Hanya orang-orang tua yang perlu beribadat dan bagi golongan muda, mereka perlu berhibur sementara masih belum tua.

Insan yang menyedari diri bahawa sinar kehidupan telah hilang dalam dirinya,mereka perlu menaiki satu langkah tangga kehidupan. Mereka perlu mencari ilmu untuk mencari sinar itu. Semua orang tahu,betapa pentingnya ilmu dalam alam sejagat ini. Dimana-mana insan dapat menuntut ilmu,bukan sahaja di perpustakaan memandangkan ia gedung ilmu. Tidak,tidak tapi dimana-mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja.

Namun, permulaan mencari sinar itu haruslah dimulakan dengan sesuatu yang amat-amat luarbiasa iaitu alquran. Seringkali kita diberitahu bahawa membaca alquran memberi seribu ketenangan kepada para pembaca. Tapi kenapa seringkali saya membaca alquran,namun saya tetap juga tidak tenang.

Bukan membaca alquran itu tidak memberikan anda ketenangan,namun kemungkinan bacaan anda salah tajwid,panjang pendek satu-satu bacaan dan sebagainya. Apa yang saya cuba kemukakan di sini adalah,pelajarilah bacaan alquran. Jangan pernah malu untuk belajar,rugi jika malu untuk belajar.

Namun,itu bukan menjadi penyebab untuk anda tidak menghayati dan membaca alquran. Itulah sinar kehidupan yang anda cari selama ini. Semakin anda menjauh padanya,semakin anda meninggalkan ajaran yang terkandung di dalamnya,semakin gelap dan kelam kehidupan anda.

Selain bacaan alquran tersebut,amat penting anda menghayati isi-isi yang terkandung di dalamnya.Subhanallah,ayat-ayat alquran yang anda baca terkandung ayat-ayat yang memuji Allah, ayat-ayat untuk anda mengenal Allah melalui Kekuasaan penciptaan langit,bumi,alam semesta dan sebagainya. Allahuakbar,Allah maha Besar,tiada apapun yang menyerupai Allah,tiada sekutu bagi Allah SWT.

Kita boleh menghayati kisah-kisah sahabat yang telah menemui sinar ini setelah sekian lama bergelumang dengan lubuk dosa dan maksiat. Anda boleh menyingkap kisah-kisah artis yang telah menemui sinar ini. Mereka bukan mencari publisiti murahan,akhlak mereka berubah seiringnya dengan pencarian sinar itu.
Ramai sahabat-sahabat nabi Muhammad SAW yang sanggup berkorban apa sahaja setelah sinar itu menyinari hati mereka yang paling dalam. Umar pada asalnya seorang yang sangat benci pada nabi dan Islam ,akhirnya sanggup berkorban harta dan nyawa demi Islam.

Maksiat demi maksiat yang kita lakukan pada hari ini,menyebabkan kita terus tenggelam dalam arus kemodenan yang dibanggakan oleh semua insan itu. Pada satu limit,kita tersentap oleh satu kejadian yang memeritkan dan di saat itu,tiada siapa yang sanggup dan dapat membantu anda. Di kala ini,insan yang telah kehilangan sinar dalam kehidupannya gara-gara maksiat demi maksiat yang dilakukan,menyebabkan dia tersungkur di tanah.Dia buntu dan akhirnya dia mengambil jalan untuk mengakhiri segala keperitan tersebut dengan membunuh diri.

Di atas,saya telah memberi satu situasi,tidak mustahil ia akan berlaku pada anda suatu hari nanti. Iya,tidak hari ini,mungkin esok dan suatu hari nanti,bila anda tiada lagi jalan keluar menghadapi sesuatu yang amat perit dalam kehidupan ini.

Allah SWT telah menyatakan dalam firmanNya kepada insan dimana hidup di dunia ini,hanyalah senda gurau dan permainan. Jadi apa sahaja yang anda lakukan di muka bumi,tiada apa-apa makna melainkan amal soleh dan kebaikan,saling nasihat-menasihati.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?( Al An'aam;ayat 32)

Itulah kehidupan yang sebenar-benarnya.  Bukanlah beerti Islam melarang umatnya untuk bergembira dan bersuka ria. Tidak!Islam itu cukup indah. Rasullulah SAW juga bergembira ,namun bagaimana cara yang diajar Islam. Islam mengajar kita menjaga batas-batas agama,jikalau hendak bergurau biarlah gurauan itu bukan reka-rekaan dan tidak berlebih-lebihan sehingga lalai daripada mengingati Allah SWT.

Kehidupan ini adakala menyebabkan kita buntu,tiada menemui jalan keluar bagi pelbagai permasalahan yang kita hadapi. Adakah kejam kehidupan ini? Itulah realiti sebuah kehidupan. Kehidupan kita bukan sepertimana movie yang kita tonton dimana kehidupan seorang kanak-kanak sehingga zaman remaja dan dewasa,yang dicipta watak hanya dalam masa 3 hingga 4 jam. Tidak,apa yang anda lihat itu,bukan realiti. Itu hanyalah fantasi. Kehidupan kita bukan begitu.

Ketahuilah,hanya dengan mencari sinar yang telah hilang itu dapat memberi anda semangat,kehidupan,kebahagiaan ,kekuatan,perlindungan dan semuanya dalam kehidupan yang sementara ini.

Sinar itu akan memberikan anda ‘rasa’ yang paling dalam di mana saat orang lain meninggalkan anda,anda tidak akan pernah merasa kesepian,di saat anda buntu menghadapi pelbagai  rencah kehidupan,anda masih tabah menghadapinya,di saat anda dilukai,anda masih boleh tersenyum,di saat anda dihina dan dicaci,anda masih dapat mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT,disaat anda dirundung luka dan keperitan kehidupan,anda masih dapat meneruskan kehidupan sebagaimana hari-hari biasa.

Carilah sinar yang semakin menghilang itu. Jangan pernah biarkan ia terus menghilang disebalik arus keperitan dan kesenangan sebuah kehidupan. Ketahuilah,sinar itu perlu dicari dan dikejar.


Carilah ilmu cahaya yang menyinari sinar kehidupan bak matahari yang menyinari bumi di siang hari. Carilah sinar itu dibalik ayat-ayat alquran yang cukup indah,hayatilah setiap ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. Mohonlah pada yang Esa,agar sinar itu terus menyinari hidupmu dan mohonlah agar ia akan menyuluh jalan kehidupanmu sehingga nafas yang terakhir di muka bumi ini.

Alhamdullilah,akhir kalam,moga sedikit perkongsian mencari sinar yang hilang dapat membawa diri penulis dan pembacasentiasa mencari sinar itu. Sesungguhnya iman itu adalah mutiara. Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa mengungkap lirik lagu Raihan. Moga mencari sinar itu akan menjadi salah satu misi utama kehidupan kita hari ini dalam menghadapi pancaroba sebuah kehidupan.


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Bercinta hingga ke syurga~


Bercinta hingga ke Syurga
Oleh:Maryam

Assalamu’alaikum
Alhamdullilah,saya begitu tertarik dan rasanya,perlu bagi saya untuk menghuraikan satu tajuk atau ayat yang begitu sinonim terutama apabila seseorang itu akan menjejakkan kaki ke alam rumahtangga. Saya bukanlah insan yang berpengalaman dalam alam rumahtangga dan juga ,saya bukanlah insan yang pakar dalam tajuk ini. Namun,saya tahu suatu hari nanti,saya akan menjejaki ke alam ini, walaupun saya tidak tahu ,bila waktu itu akan tiba.

‘Bercinta ke syurga’.Inilah tajuk yang akan saya kupas dan terjemahkan mengikut fahaman dan sedikit ilmu yang ada pada saya .Bila kita baca tajuk ini pun,kita sudah tahu betapa indahnya cinta itu ,hingga ke syurga. Namun,keindahan itu cuma akan menjadi sebuah angan-angan dan lamunan yang tidak akan pernah menjadi realiti tanpa ada acuan yang betul.

Bagi pandangan saya,insan yang berumahtangga,bukan mudah untuk ‘bercinta hingga ke syurga’ kerana bahtera cinta itu didiami oleh dua hati, dua rasa, dua akal,dua jasad dan dua kefahaman. Oleh itu,kedua-dua yang mendiami bahtera itu perlu mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama. Jika hanya seorang yang berusaha untuk  ‘bercinta hingga ke syurga’, namun yang seorang lagi tidak pernah berusaha ke arah itu, tidak mungkin cinta itu akan sampai ke syurga. Mungkin,dengan mahligia yang dibina atas dasar cinta,bukan sahaja tidak membawa ke syurga sebaliknya boleh membawa ke neraka.

Bila mana,saya memikirkan alam perkahwinan ini, pasangan yang dikahwini itu amat penting kerana bahtera itu melibatkan pasangan kita ,akan ke syurgakah cinta yang dibina atau sebaliknya.Apabila saya mengutarakan persoalan ini,akan timbul pertanyaan,bagaimana untuk memilih pasangan?Ciri-ciri yang bagaimanakah pasangan tersebut?Jika anda ingin mencari pasangan,terlebih dahulu pandang dan tiliklah diri kita. Ada segelintir insan dan boleh saya katakan , semua inginkan pasangan yang soleh dan solehah. Namun,diri kita sebaliknya,tidak mencerminkan sifat-sifat tersebut. Jika,difikir secara akal yang logik,adakah kita boleh hidup dengan insan yang mempunyai karakter 100% berbeza dengan diri kita ?Jawapanya pasti tidak. Akhirnya,cinta itu tiada membawa apa-apa erti.  

Untuk kita mendapat yang soleh atau solehah,kita perlu merubah diri kita terlebih dahulu menjadi insan yang soleh dan solehah.InsyaAllah,bila kita berjumpa dengan insan yang soleh dan solehah itu dan apabila telah ditakdirkan sama-sama berada dalam bahtera itu bisa membawa cinta itu ke syurga.

Bagaimana dua hati,dua rasa,dua jasad ini ingin membawa cinta itu ke syurga?Walaupun kedua-dua yang berada dalam bahtera ini mumpunyai matlamat yang satu,namun perlu kita ketahui dan ‘sematkan dalam dada’,dimana setiap insan mempunyai sifat dan perilaku yang berbeza. Setiap  insan yang diciptakan oleh Allah s.w.t dimuka bumi ini adalah berbeza. Bagaimana dua orang yang mempunyai karakter yang berbeza untuk tinggal bersama ,sehingga ke akhir hayat dan melayani bahtera agar cinta itu hingga ke syurga. Di sinilah pentingnya peranan tolak ansur,muhasabah,tidak egois,tidak mementingkan diri sendiri,kasih sayang dan semua sifat mahmudah.Buang jauh-jauh sifat mazmumah,sebab kita hendak bawa cinta itu hingga ke syurga.Tidak mungkin,jika kita ingin ke syurga,bahtera itu dipenuhi dengan sifat mazmumah.Yang ada,bahtera itu akan membawa semua yang berada di dalamnya ke neraka.Sifat yang paling penting adalah sifat tolak-ansur di antara kedua-dua yang kemudi bahtera itu.Suami adalah yang mengemudikan bahtera dan isterinya adalah pembantunya. Namun perlu diingat,suami adalah pengemudi bahtera,tapi suami tidak boleh egois,walaupun dia adalah ketua.Ketua tidak beerti dialah yang berkuasa.Raja yang menjalankan  pemerintahan diktator,rakyatnya akan menderita. Begitu juga alam rumahtangga,ketua itu bertolak-ansur dengan isteri dan anak-anaknya.

Apa erti bertolak-ansur disini?Adakah bertolak-ansur dalam hal yang dilarang oleh agama?Isteri juga tidak boleh bertolak-ansur dalam hal-hal yang dilarang dalam agama. Contohnya haram patuh pada arahan suami dalam yang perkara yang dilarang dalam agama.Oleh itu,wajarlah seorang wanita perlu mempersiapkan dengan ilmu agama yang sekucupnya sebelum memasuki alam perkahwinan.Isteri juga boleh menegur suami,tapi dengan cara yang berhikmah.Oleh itu,suami perlulah bertolak-ansur dan menerima teguran isterinya,jika apa yang diperkatakan adalah sesuatu yang betul dan perlu diperbaiki.Semua   perkara dalam hidup ini perlu dibawa dalam perbincangan itu iaitu syura.Begitu juga hidup berumah-tangga,suami adalah nakhoda kapal tapi tidak bermakna dia boleh membuat sesuatu perkara yang penting tanpa melibatkan perbincangan dengan pembantu nakhoda,iaitu isterinya.


Saya yakin,insyaAllah jika seorang suami mengamalkan pemerintahan begini dalam keluarganya, rumahtangganya akan bahagia sehingga ke akhir hayat dan akhirat nanti,pasangannya di dalam syurga adalah isterinya semasa di dunia dan begitu juga sebaliknya.

Sebuah perkahwinan itu ibarat bahtera yang sedang berlayar di lautan dimana bila-bila masa bahtera itu boleh karam. Namun,apa yang dapat me nyelamatkan bahtera tersebut dari karam?Hanya satu perkara iaitu dengan rahmat dan perlindungan Allah.Seorang isteri atau suami boleh mengatakan;suami atau isteri adalah hak milik mereka kerana telah mengikatkan ikatan yang sah iaitu melalui akad nikah. Namun,sejauh mana dalam pengetahuan kita yang lemah ini,dapat kita tentukan yang suami atau isteri kita menjadi milik kita selama-lamanya.Kita tidak tahu;mungkin suami aatu isteri kita akan meninggalkan kita,dijemput ajal atau lusa,mungkin akan berlaku perselihan faham dan akhirnya membawa penceraian.

Apa yang saya yakini,selain dari pasangan tersebut berusaha untuk menjadi yang terbaik buat pasangan dan saling bertolak ansur,satu perkara yang sentiasa dilupakan oleh setiap insan ,iaitu melalui ikatan perkahwinan ,membina hubungan yang lebih dekat dengan Allah .Kenapa?Kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya,apa sahaja perkara yang akan berlaku di masa hadapan.Bina hubungan yang dekat dengan Allah,dengan sentiasa beribadat kepada Allah bersama-sama pasangan seperti;solat sunat tahajjud,membaca alquran bersama-sama,sentiasa solat berjemaah dan sebagainya. InsyaAllah,perkahwinan yang dibina atas dasar keimanan ini,akan membawa ke syurga.Walaupun sesibuk mana diri anda dan pasangan,luangkan masa dalam sehari untuk sama-sama mendekatkan diri pada Allah kerana hanya ini kunci kebahagiaan.


Alhamdullilah,cukuplah kiranya artikel pendek ini tentang sebuah perkahwinan yang membawaa cinta ke syurga, daripada seorang insan yang tidak mempunyai pengalaman dalam alam perkahwinan. Tulisan ini adalah atas dasar pemerhatian,pembacaan buku-buku,pengalaman orang lain yang sudah berumah-tangga. Harapnya,artikel pendek ini dapat memberikan sedikit input yang berguna dan dijadikan panduan untuk menuju dan melalui  alam perkahwinan yang diredhai Allah.Saya akhirinya dengan firman Allah SWT.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.( Ar Ruum;ayat 21)

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adakah umat Islam hari ini memerlukan sekularisme?


Adakah umat Islam hari ini memerlukan sekularisme?
Oleh:Maryam

Assalamu’alaikum

Alhamdullilah,segala puji bagi Allah SWT yang telah memberi anugerah kesihatan kepada diri saya pada hari ini dan lantaran itu,saya bisa menulis sedikit tulisan buat diri sendiri dan orang lain.Saya ingin mengupas satu topik yang hangat diperkatakan masyarakat dunia pada hari ini iaitu sekularisme. Pasti kebanyakkan anda sudah tahu apa erti sekularisme.Sekularisme adalah satu istilah yang amat-amat membimbangkan masyarakat Islam hari ini kerana ia bukan sahaja satu istilah tapi ia meracuni pemikiran-pemikiran pemuda Islam hari ini.

Apa itu sekularisme?

Apabila saya membuat beberapa rujukan,saya menemui maksud sekularisme dalam sudut pandang yang berbeza.Namun ia menunjukkan satu makna yang sama iaitu mengendalikan urusan dunia terpisah daripada agama,dimana ia tidak ada hubungan dengan Tuhan atau tidak ada hubungankait dengan Akhirat.Terpisah dalam konteks ini beerti tidak kira sama ada di bidang ekonomi, politik, pendidikan, pentadbiran,kebudayaan,perhubungan dan lain-lain lagi.Saya kepilkan di bawah ini,sedikit rujukan agar anda dapat lihat lebih detail apa erti sekularisme.

Sekular atau dalam bahasa arabnya dipanggil “al-’Ilmaniyyah” diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa arab = ‘ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi. Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada “al-’Ilmaniyyah” hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah “al-Ladiniyyah” yakni tanpa agama atau “al-La’aqidah” yakni tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme.

Istilah “al-’Ilmaniyyah” dipilih untuk mengabui mata umat Islam agar menerimanya kerana jika digunakan istilah “al-Ladiniyyah” atau “al-La’aqidah“, sudah pasti umat Islam akan menolaknya. Sebab itulah kita merasakan betapa jahatnya penterjemahan sekular kepada istilah “al-’Ilmaniyyah” dengan tujuan mengabui mata dan betapa jahatnya golongan ini yang ingin menutup perbuatan mereka tanpa diketahui oleh kebanyakan orang. Bagi anak didik sistem sekular, mereka tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka memang telah diprogramkan untuk menyebarkan fahaman sekularisme. Namun bagi ulama-ulama Islam yang faham hakikat sebenar makna Islam, mereka bermati-matian pula menentang penyebaran fahaman ini yang jelas bertentangan dengan hakikat Islam. Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan “hakikat” masing-masing.


Ada apa dengan sejarah sekularisme?

Sebelum kita mengambil sesuatu istilah ideologi yang kita tidak tahu erti dan menjadikan ia pegangan buat kita ;terutama istilah-istilah yang berasal daripada Barat,wajarlah kita perlu kaji terlebih dahulu asal usul istilah tersebut.Kenapa Barat begitu gah mempertahankan dan menggunakan Istilah ini?Sehingga pada hari ini,kita juga gah menjadikan sekularisme sebagai ideologi hidup kita dengan satu matlamat untuk memastikan hidup kita bebas dari keterikatan dengan agama kita tanpa terlebih dahulu mengkaji istilah ideologi tersebut.

Istilah sekularisme sudah lama wujud dan Barat membawa ideologi sekularisme ke negara-negara yang telah dijajah mereka.Mereka menghapuskan pegangan Islam yang kita pegang dan mewujudkan ideologi baru dalam pemerintahan negara Islam. Pada hari ini,kita dapat melihat dengan pancaindera kita betapa berjayanya negara barat dalam meracuni pemikiran pemuda-pemuda Islam hari ini.Kita tidak perlu menjengah pandangan kepada negara lain-lain,cukup dengan melihat dalam negara kita sahaja;betapa kita dapat melihat kelab-kelab ,disko,tempat-tempat hiburan tumbuh bagaikan cendawan.Jadi siapa yang perlu dipersalahkan?

Kenapa tempat-tempat hiburan dapat menjalankan operasi mereka dengan jayanya?Pertama,kerana mereka mendapat lesen daripada pihak atasan.Jikalau lesen-lesen dan permit tempat hiburan tidak diberikan sebagaimana di Kelantan,pasti dan saya yakin seratus peratus,tiada pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan di negara kita.Kedua,kerana betapa mereka mendapat keuntungan yang melimpah ruah disebabkan permintaan yang tinggi dan pelanggan lantaran kerosakkan muda-mudi hari ini yang telah terpengaruh dengan kejayaan agenda Barat meracuni pemikiran mereka.
Itu bukanlah topik yang saya ingin bicarakan pada hari ini.Namun,jika dilihat secara mendalam dan menyeluruh,benarlah fahaman sekularisme memberi impak ke atas kerosakkan akhlak pemuda hari ini.Berlandaskan pemikiran yang telah membuang jauh-jauh agama dalam semua aspek kehidupan menjadikan mereka terleka dan hanyut dalam dunia maya ini,dunia yang sementara tanpa memikirkan yang bila-bila masa mereka akan dijemput ajal.

Istilah sekularisme adalah salah satu istilah yang dicipta oleh Barat sehubungan dengan pengongkongan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran dan penemuan sains. Mereka juga bertindak ganas lagi dengan menguasai akal dan hati manusia,dengan erti kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja dengan mengambil kesempatam mengaut keuntungan dari pengikutnya dengan cara yang salah.

Eropah pernah tenggelam dengan darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila ratusan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantung. Dengan sebab ini berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya tertegaklah fahaman sekulisme yang beerti ‘memisahkan agama(Kristian) dari negara’. Suasana kacau bilau dalam agama Kristian hasil penyelewangan yang berlaku dalamnya(ia berpunca dari perancangan yahudi) memungkinkan tertegaknya fahaman sekularisme di samping agama Kristian yang sedia ada.Sekularisme disebarkan untuk keluar dari kepompong gereja yang begitu teruk mengongkong pengikutnya. Masyarakat Eropah tertekan dan dizalimi di bawah pemerintahan gereja.Bagi pejuang sekular,mereka menganggap dengan berada di bawah kuasa gereja mereka tidak akan mencapai kemajuan.Sebab itu lah mereka memutuskan tali ikatan diri mereka dengan gereja dan menjadi orang yang bergama Kristian hanya pada nama tapi tidak pada pengamalan agama.

Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau kefahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara,politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti poolitik,pentadbiran,eokonomi,pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut fahaman secular iaitu,soal bernegara,berpolitik,berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama atau gereja.



Banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada sejarah ideologi Sekularisme. Pertama, mengenai ajaran Kristian itu sendiri. Jikalau benar, Kristian adalah agama yang benar dan bukan agama yang telah diubahsuai oleh manusia, tidak logik dan tiada sebab ,mereka menyekat penemuan sains. Kenapa orang menyekat penyebaran sesuatu perkara? Kerana mereka tidak ingin ada pendedahan bahawa agama mereka adalah agama yang salah,agama yang telah diubahsuai. Islam tidak pernah menyekat perkembangan sains bahkan penemuan sains lah yang membuktikan bahawa tiada satu pun dalam ayat-ayat alquran yang salah dan diadakan oleh manusia. Pada fikiran kita yang sihat, mustahil Nabi Muhamad SAW yang tidak tahu membaca mengada2kan alquran itu ,dengan penemuan sains yang begitu hebat seperti asal-usul kejadian manusia, bagaimana terbentuknya hujan dan bagaimana terbentuknya janin dalam rahim ibu dan sebagainya. Pada hari ini juga,ramai saintis Barat yang memeluk Islam setelah mereka melihat sendiri apa yang telah Allah wahyukan dalam qalam Allah terbukti benar dengan penemuan sains .Ini membuktikan benarlah Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah untuk kita semua.

Kedua,tentang ideologi sekularisme itu sendiri. Setelah kita telah membaca dan memahami sejarah wujudnya ideologi itu,adakah kita masih ingin menjadikan ia sebagai ideologi hidup kita. Sekularisme dicipta atas dasar kekejaman dan kerosakkan agama Kristian. Kenapa saya nyatakan kerosakkan agama Kristian?.Ini kerana agama Kristian adalah berasal daripada agama wahyu,iaitu agama yang diturunkan untuk umat Nabi Isa yang menjadi Rasul ketika itu dan diturunkan kitab Injil .Namun ,agama Kristian telah diubah usai oleh manusia dan begitu juga kitab yang menjadi rujukan penganut agama Kristian pada hari ini. Jika anda pernah membuka kitab Injil yang ada pada hari ini,anda akan dapat lihat begitu banyak kerosakkan dan penyelewangan yang dicipta oleh manusia dalam kitab tersebut;dan begitu juga banyak unsur-unsur lucah yang terdapat dalam kitab tersebut. Boleh dikatakan,ramai penganut agama Kristian akhirnya akan menjadi Atheist dan tidak berpegang pada ajaran agama mereka kerana tiada apa yang boleh dipercayai di dalam kitab mereka. Begitu juga dengan agama-agama lain. Namun, sayang sekali bagi kita yang mempunyai kitab , alquran yang tetap terpelihara oleh Allah sehingga hari kiamat, menjadikan bangsa-bangsa lain sebagai ideologi dan ikutan mereka. Ada segelintir umat Islam pada hari ini yang jadi murtad, ada yang jadi Atheist dan sebagainya ,tanpa terlebih dahulu mengkaji agama Islam itu sendiri.

Adakah Umat Islam memerlukan Sekularisme?

Islam adalah agama yang cukup sempurna dan sesuai sehingga ke akhir zaman. Kita tidak memerlukan penambahan dan pengurangan dalam agama kita. Betapa saintis Barat menjadikan alquran sebagai rujukan mereka untuk menjalankan kajian sains, kerana masih banyak dan terlalu banyak ilmu yang terkandung di dalam alquran yang masih tidak ditemui pada hari ini. Kitab alquran ,bukan sahaja bahan bacaan untuk memperoleh pahala dan ketenangan tapi ia juga sumber ilmu yang paling utama bagi diri kita .Begitu sedih ,kita lihat pada hari ini,ada segelintir anak Melayu yang terjebak dengan kancah Black Metal sehingga sanggup membakar dan memijak alquran. Tidak tahu kah mereka bahawa betapa Allah melihat perbuatan mereka dan betapa perit azab yang Allah turunkan kepada hambaNya yang kafir dan ingkar.

Saya yakin pasti dan pasti kita tidak memerlukan ideologi sekularisme dalam kehidupan kita. Walaupun betapa moden dan canggihnya,kehidupan kita pada hari ini,ketahuilah suatu hari nanti kita pasti akan meninggalkan dunia ini. Apa yang ada pada kita, sehingga kita ingin membuang agama yang menjadi pegangan dan panduan dalam kehidupan kita? Tiada apa yang ada pada kita. Walaupun,sehebat dan sepandai mana pun diri kita, kita tetap sentiasa memerlukan Allah dalam kehidupan kita. Ketahuilah,jika Islam melarang kita melakukan sesuatu perkara,itu bukan lah beerti ia ingin menyekat kebebasan diri kita.Namun semua itu untuk kebaikan diri kita. Kita sentiasa memerlukan Allah dalam setiap saat dalam kehidupan kita, kita memerlukan Allah agar Allah lindungi dan beri pertolongan kepada diri kita dalam semua aspek kehidupan, kita memerlukan Allah apabila kita ingin membuat pilihan agar pilihan yang kita buat adalah pilihan yang tidak mendatang kemudaratan di masa hadapan;kita sentiasa memerlukan Allah dan agama Islam dalam kehidupan ini.Tiada satu faedah pun yang kita dapat,jika kita meletakkan dan membuang agama jauh-jauh dalam semua aspek kehidupan.

Saya bagi satu contoh yang menjadi isu global iaitu isu pengklonan. Adakah Islam mengharamkan pengklonan?Islam mengharamkan pengklonan manusia .Kenapa diharamkan?Anda boleh berfikir dengan aqal yang Allah anugerahkan;jika terdapat 2 insan yang sama dimuka bumi tanpa ada satu perbezaan cirri-ciri fizikal, bagaimana kita boleh mengenali yang mana satu individu yang berlainan. Pasti kita tidak dapat membezakan ,bukan.Pasti dunia ini akan menjadi kacau bilau dengan kehadiran manusia yang sama tanpa ada perbezaan identiti.Allah ciptakan manusia,trillion2 manusia yang diciptakan oleh Allah di muka bumi,tidak ada satu pun yang sama;begitu juga dengan kembar siam pun tidak sama.Ini adalah salah satu tanda kebesaran Allah SWT.

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi MahaMengenal. (Al Hujuraat;ayat 13)
Islam tidak pernah menghalang perkembangan teknologi dan Islam menyarankan dan menggesa Umat Islam menuntut ilmu dan menguasai teknologi.Saya sendiri adalah salah satu pelajar dalam bidang Bioteknologi,bidang yang sedang berkembang pada hari ini.terlalu banyak yang saya boleh sumbangkan kepada Islam dengan menguasai bidang ini terutama dari sudut pengkajian makanan halal,insyaAllah saya akan meneruskan pengajian ke peringkat yang tertinggi dalam bidang ini dan ini menjadi salah satu bukti bahawa Islam tidak pernah dan menghalang pembangunan teknologi. Moga-moga ,anda semua dapat mendoakan kejayaan buat insan kerdil ini yang begitu ingin melihat kejayaan Islam di muka bumi ini.

Sejarah Islam telah melakarkan betapa Islam tidak pernah menyekat perkembangan sains dan kepesatan ilmu yang mana telah dikuasai oleh nenek moyang kita pada zaman khalifah al-rasyidin dan diikuti oleh sahabat-sahabat mereka yang memegang tampuk pemerintahan sistem khalifah. Namun,apabila Islam telah diabaikan ,dimana Islam hanya diletakkan atas dasar nama bukan pada amalan,akhirnya jatuhlah pemerintahan sistem khalifah.

Alhamdullilah,akhirnya dapat saya siapkan artikel pendek yang penuh kekurangan ini.Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dalam artikel ini.Diharapkan ia dapat memberi sedikit input kepada anda tentang topik yang telah saya bicarakan.Saya akhirinya dengan ayat Allah dan moga ia menjadi panduan buat diri kita.

Firman Allah SWT:
Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama *(yakni agama Islam yang disuruh mereka mematuhinya dengan sungguh-sungguh) mereka sebagai main-main dan senda gurau* (erti menjadikan agama sebagai main-main dan senda gurau ialah memperolokkan agama itu mengerjakan perintah-perintah dan menjauhi laranganNya dengan dasar main-main dan tidak sungguh-sungguh), dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa'at*(Syafa'at: usaha perantaraan dalam memberikan sesuatu manfaat bagi orang lain atau mengelakkan sesuatu mudharat bagi orang lain. Syafa'at yang tidak diterima di sisi Allah adalah syafa'at bagi orang-orang kafir) selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.( Al An'aam; ayat70)

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkongsian erti sebuah kehidupan


Perkongsian erti sebuah kehidupan

Oleh:Maryam

Assalamu’alaikum

Erti sebuah kehidupan

Kehidupan di dunia ini hanyalah dipinjamkan oleh Allah SWT kepada manusia buat sementara waktu.Namun,ramai manusia yang terlupa tentang erti kehidupan ini.Ada juga,yang terlalai dan hanyut dengan dunia ini sehingga lupa bahawa mereka akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Di dalam dunia ini,kita sentiasa diberi pilihan oleh Allah dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.Manakala,dalam alam lain iaitu alam akhirat kita tidak lagi diberi pilihan,namun kita diberi syurga atau neraka atas pilihan yang telah kita pilih di dunia.Kita boleh membuat pilihan untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan atau kebaikan dan amal soleh di muka bumi ini.Jika kita membuat pilihan yang salah,imbalan di akhirat nanti bersesuaian dengan pilihan yang telah kita buat.

Dalam Islam kita diajar solat sunat istikarah.Seringkali kita tersilap,bahawa istikarah hanya untuk pilihan jodoh.Tidak begitu,sebaliknya istikarah adalah bertujuan agar pilihan yang kita lakukan adalah pilihan yang betul.Iya,kita boleh membuat apa sahaja pilihan,namun kita perlu ingat hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa natijah disebalik pilihan yang kita buat.Oleh sebab  itu,kita mendirikan solat sunat istikarah agar pilihan yang kita buat akan menghasilkan natijah yang baik dan jika sebaliknya,moga Allah tidak mengizinkan berjalannya pilihan yang kita buat.

Islam mengajar kita agar kita tidak berputus asa dalam kehidupan ini.Islam mengajar kita agar berusaha dalam kehidupan ini untuk kejayaan di dunia,maupun akhirat.Islam tidak mengajar umatnya untuk bermalas-malasan dalam kerja maupun ibadat.Islam mengajar umatnya cukup sempurna dalam menghayati erti sebuah kehidupan ini.Kita sebagai seorang Islam seharusnya bersyukur dimana kita tidak perlu bertanya-tanya,dengan pertanyaan tentang diri,tentang alam,tentang Allah,dan semua perkara dalam kehidupan sepertimana penganut-penganut agama lain.Allah SWT telah mengurniakan kepada hambaNya,qalam yang cukup lengkap tentang dunia,erti sebuah kehidupan dan juga hari akhirat.Allah telah menjelaskan di dalm alquran,dari mana asal kejadian manusia,kenapa kita diciptakan oleh Allah SWT,bagaimana penciptaan langit dan bumi,bagaimana sifat-sifat Allah SWT dan semuanya panduan sebuah kehidupan yang sementara ini adalah cukup lengkap.Saya sertakan dibawah ini beberapa kalam Allah yang menyentuh tentang kekuasaan Allah,penciptaan manusia dan penciptaan langit dan bumi.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Al Baqarah;ayat 164)


Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.( As Sajdah;ayat 7-9)

Jika kita hayati dan perhatikan beberapa qalam Allah di atas,dengan aqal yang sihat,seharusnya kita telah mendapat sebesar-besar pengetahuan dimana tiada siapa yang dapat memberitahu tentang asal usul kejadian kita melainkan Allah SWT yang telah menciptakan.Masih ada golongan yang ingin membangkang ayat-ayat Allah SWT ,walaupun berapa banyak kajian yang telah dijalankan saintis membuktikan unsur kejadian manusia dan ciptaan alam.Saintis telah menjalankan kajian hanya pada abad ini,namun Allah SWT telah menjelaskan tentang asal-usul kejadian manusia berabad-abad yang lalu.


Al quran cukup sempurna mengajar manusia,erti sebuah kehidupan ini.Apa yang tiada pada kita adalah sebuah keyakinan pada sebuah agama Islam yang cukup indah.Dimana keyakinan ini,adalah keyakinan terhadap agama Islam dan pada hari kebangkitan.Saya telah kupas tajuk keyakinan pada hari kebangkitan dalam artikel yang bertajuk apa beza antara tahu dan yakin.Keyakinan adalah sesuatu yang amat-amat dan amat penting dalam erti sebuah kehidupan di dunia ini.Kenapa?kenapa? dan kenapa ia penting?Dalam kehidupan anda,jika anda tiada keyakinan dalam diri anda untuk berhadapan dengan orang lain,sudah banyak mana anda telah kehilangan sesuatu keperluan dalam kehidupan anda.Para wanita sanggup melakukan apa sahaja dalam aspek kecantikan,agar wujud keyakinan pada diri.

Sekarang,anda sudah dapat lihat betapa penting keyakinan pada agama Islam dan hari kebangkitan dalam sebuah erti kehidupan di dunia ini.Keyakinan amat penting kerana berasaskan keyakinan yang utuh,insan akan sentiasa mendorong dirinya untuk melakukan kebaikan walaupun berbagai kepayahan dialaminya.Erti sebuah kehidupan hanya akan berharga jika adanya sebuah keyakinan yang utuh pada agama Islam dan hari kebangkitan,iaitu hari akhirat.

Perkongsian sebuah pengertian kehidupan

Alhamdulliah,pada 19-20 Mei 2012 ,saya telah menyertai program Sukarekawan Muda ABIM(SUKMA) yang bertempat di Masjid Jame’ Kulala Lumpur.Saya tidak ingin menceritakan program-program yang dijalankan.Apa yang ingin saya kongsikan adalah erti sebuah pengertian pada golongan yang kurang bernasib baik dan erti sebuah  pilihan dalam kehidupan.Kita seringkali merungut dalam kehidupan,ada sahaja yang kita tidak puas hati dalam kehidupan kita,tidak kira soal duit,makanan,perasaan maupun apa sahaja.Saya telah belajar sesuatu erti yang amat berharga melalui pengalaman dalam menyertai program ini.
Anda pasti tahu tentang golongan homeless?Namun,sejauh mana yang anda tahu tentang golongan ini? Anda cuma tahu ,tanpa ingin mengetahui lebih dalam kenapa mereka boleh terjebak dalam kancah kehidupan yang begitu.Bukan tugas kita untuk menghukum mereka,kita tidak berhak.Mereka juga,insan seperti kita,namun mereka mungkin tersasar dalam membuat pilihan dalam erti sebuah kehidupan.Kita tidak boleh menyalahkan mereka,dan kita tidak diciptakan oleh Allah SWT di dunia untuk menghukum.Sebaliknya,kita diciptakan di dunia ini untuk melakukan kebajikan,memakmurkan alam ini dan membantu golongan yang kurang berupaya dimana Islam menganjurkan ,golongan yang berkemampuan untuk mengeluarkan zakat agar dapat disalurkan kepada golongan-golongan ini iaitu golongan yang tidak berkemampuan.

Saya malu dan amat malu,dengan segelintir pemimpin atasan Negara ini dimana wang zakat pun hendak disapu mereka.Mereka seharusnya malu dan malu,kerana mereka sudah mempunyai pendapatan yang lumayan tetapi masih terlibat dengan rasuah dan wang haram.Sewajarnya,Negara kita yang mana,salah satu pengeksport minyak tidak mempunyai penduduk yang tegar miskin.Dan sewajarnya,negara yang mempunyai pendapatan Negara yang tinggi,sepatutnya dapat mengeluarkan bantuan yang secukupnya kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Apabila saya sendiri turun lapangan dan melihat sebuah erti kehidupan homeless ini,saya jadi insaf pada diri.Insaf yang mana,masih banyak insan yang kurang bernasib baik dari kita semua.Di mana golongan homeless ini hanya tidur beralaskan  kotak-kotak dan kawasan yang kotor.Saya juga insaf,yang kita hidup di dunia ini adalah untuk membantu golongan seperti mereka.Kami diajar agar memberi erti sebuah kasih sayang kepada mereka bukan dengan pandangan yang menghina mereka.Inilah yang masyarakat perlu lakukan bukan sahaja peserta-pesrta SUKMA.InsyaAllah,mari kita sama-sama hulurkan kasih sayang dan bantuan kepada mereka agar dengan bantuan yang kita hulurkan dapat membangkitkan semangat mereka untuk kembali pada jalan dan pilihan yang betul.


Buat insan di luar sana,belajar erti sebuah kehidupan daripada mereka,iaitu golongan homeless .Belajar daripada mereka,erti bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan pada kita,walaupun dengan jumlah pendapatan atau duit yang sedikit.Kita belajar daripada mereka,erti memiliki sebuah rumah walaupun rumah yang kita diami hanyalah pondok yang cukup sederhana.Kita belajar daripada mereka,rasa cukup dengan apa yang kita makan hari ini,walaupun hanya berlaukkan ikan sardin tiap-tiap hari atau ikan masin sahaja. Kita perlu belajar daripada mereka untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT,bukan sentiasa merungut dengan sedikit kesusahan yang kita miliki. Kita belajar daripada mereka untuk jadi insan yang berbakti kepada masyarat dengan menyumbangkan bantuan yang kita mampu dari segi tenaga ,wang ringgit dan kasih sayang. Anda tidak perlu rasa kedekut atau rasa kehilangan apabila anda menyedekahkan milik anda kepada orang yang kurang berkemampuan.Jika anda lakukan ikhlas kerana Allah SWT,InsyaAllah Allah akan menumpahkan rasa nikmat dalam hati anda dengan sebuah pemberian dalam kehidupan ini kerana sebuah kebahagiaan itu milik Allah SWT.Anda tidak hilang ,sebaliknya Allah akan menggantikan apa yang anda sedekahkan dengan melipat gandakan rezeki anda.Rahsianya Cuma satu iaitu ikhlaskan segala pemberian anda kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT:

Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.( Al Baqarah;ayat 245)

Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.( Al Hadiid;ayat 11)

Pinjaman dalam dua ayat di atas bererti sedekah yang kita berikan secara ikhlas kerana Allah SWT.Kita perlu pastikan sedekah yang kita berikan,kita tidak ungkit.Jika kita mengungkit sedekah yang kita berikan dan menyakiti hati penerima,Allah tidak akan terima sedekah anda.Salah satu,syarat pemberian anda adalah tidak menyakiti hati si peminta kerana ia menunjukkan anda tidak ikhlas.

Dalam kehidupan ini,banyak cara yang kita boleh lakukan untuk berdakwah kepada seseorang .Kita telah kehilangan satu sumber kekuatan dalam berdakwah iaitu sumber kewangan .Jika kita perhatikan ramai orang Islam yang mempunyai pendapatan yang tinggi,namun mereka tidak menggunakan pendapatan tersebut untuk tujuan dakwah sebaliknya mereka lebih suka melaburkan pendapatan mereka pada jalan berhibur dan melakukan maksiat.Sumber kekuatan kewangan telah diambil oleh golongan Kristian untuk ‘menkristiankan’ golongan homeless ini.Pihak Kristian mempunyai sumber kewangan yang amat banyak sehingga mampu memberi makanan,duit dan membenarkan golongan homeless tinggal di dalam gereja.Golongan homeless ini adalah terdiri daripada orang-orang Islam .Amat-amat menyedihkan apabila mereka dibuang oleh orang Islam dan diterima oleh golongan Kristian.

Tugas kita sebagai seorang Islam menjalankan misi dakwah kepada golongan homeless agar mereka kembali kepada Islam dan kembali membuat pilihan yang betul dalam kehidupan mereka.Golongan ini adalah terdiri dari golongan yang merajuk dengan keluarga.Mereka mempunyai keluarga di kampung.Tanggungjawab kita,perlu menyedarkan mereka agar membuat pilihan yang betul iaitu kembali kepada pangkuan keluarga bukan hidup merempak di sekitar Kuala Lumpur kerana ia bukan pilihan yang betul.Kita perlu sedarkan mereka,bahawa mereka mempunyai banyak pilihan selain dari pilihan yang mereka buat itu.Kita perlu juga sedarkan mereka,bahawa Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang pada hamba-hambaNya.Apa yang mereka hadapi hanyalah sedikit ujian yang Allah berikan dimana merka masih beruntung mempunyai tubuh badan yang sihat.Orang-orang kaya diluar sana,berapa ramai walaupun tinggal di dalam banglo yang besar tetapi menghidapi pelabagai penyakit.Ini adalah tanggungjawab kita untuk menyedarkan mereka erti membuat sebuah pilihan dalam kehidupan ini.

Manakala,jika anda di luar sana adalah salah seorang golongan yang membuang ibu bapa mereka,sehingga ibu bapa mereka menjadi golongan homeless.Sedarlah!sedarlah! Malulah pada diri.Ingat!Jika anda lakukan begitu pada ibu bapa anda,tidak mustahil,suatu hari nanti,anak-anak anda akan lakukan pada diri anda.Insaflah.Carilah ibu bapa anda kembali dan berilah mereka kasih sayang.Apa yang mereka perlukan daripada anda hanyalah kasih sayang.Bukan wang ringgit sahaja.Mereka yang telah membesarkan anda dengan penuh kasih sayang.

Alhamdullilah,saya akhiri artikel kali ini dengan doa;moga kita semua dapat menyumbangkan dan berbakti pada masyarakat,agama dan Negara.Marilah kita sama-sama menyumbangkan apa yang kita mampu dalam membantu masyarakat,memartabatkan Islam di mata dunia .Islam kukuh pada zaman Rasullulah SAW dan terbina atas dasar ukhuwah yang utuh bukan nya atas dasar dakwah Rasullulah SAW seorang sahaja.Namun Rasullulah SAW berdakwah dengan membina ukhuwah yang utuh dan jitu sehingga selepas kewafatan Rasullulah SAW ,Islam terus maju dan maju .Namun Islam jatuh apabila umatnya mula meletakkan Islam hanya atas dasar nama bukan pada amalannya sebagai seorang Islam.

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SebuAH HAti yang Bahagia


Oleh: Maryam


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Alhamdullilah.Kali ini,saya akan membicarakan intipati artikel yang bertajuk sebuah hati yang bahagia.Sebelum saya pergi jauh pada isi-isi utama tajuk kali ini,saya ingin mengemukan soalan pada kalian.Siapakah orang yang mempunyai hati yang bahagia?Adakah orang yang memiliki harta yang melimpah ruah atau seorang ibu yang baru melahirkan anak atau boleh jadi,remaja yang baru berpacaran.

Kalau pada pandangan kalian,orang yang mempunyai hati yang bahagia adalah mempunyai harta yang melimpah ruah.Bagi saya,jawapan anda adalah kurang tepat.Kenapa saya berkata sedemikian?Cuba anda lihat berapa ramai orang yang kaya-raya,namun hidup mereka tidak bahagia.Isteri mereka curang,anak-anak mereka sentiasa ke pusat hiburan tiap-tiap malam. Adakah mereka mempunyai sekeping hati yang bahagia dengan anak-anak dan isteri-isteri yang begitu?walaupun mereka hidup dalam suasana kemewahan dengan tinggal di dalam rumah yang gah ,seperti istana dan tiap-tiap hari makan makanan yang enak-enak.

Manakala dalam jangkauan pandangan yang lain,ada sepasang suami isteri yang hidup begitu sederhana,rumah yang sederhana,makan makanan yang biasa-biasa sahaja. Namun, mereka mempunyai hati yang bahagia kerana mereka mempunyai anak-anak yang baik dan taat kepada mereka,jauh sekali untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan isteri yang setia. Mereka mempunyai sekeping hati yang bahagia,walaupun hidup bersederhana,kerana mereka hidup dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.

Mengikut definisi daam Kamus Dewan, edisi ketiga, bahagia bermaksud: “suasana senang dan aman, aman damai, serta gembira”.Bagaimana untuk merealisasi erti bahagia yang dimaksudkan dalam Kamus Dewan iaitu suasana senang dan aman serta bahagia?Bagaimana untuk mempunyai hati yang senang dan damai sepanjang masa dalam hidup yang penuh pancaroba ini?

Bahagia hanya akan kita capai apabila kita mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah dan yakin pada hari kebangkitan . Apa yang diertikan ‘mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah’.Ertinya,kita sentiasa mendekatkan diri pada Allah, sentiasa istiqamah memperbanyakkan amalan di dunia ini. Allah s.w.t menyukai hamba-hambaNya yang sentiasa melakukan amalan kebajikan.Apabila Allah suka pada kita pastilah,Allah akan menurunkan kebahagian dalam hati kita kerana Dia yang memiliki dan berhak memberi kebahagian kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki.Kita sebagai hamba,hanya boleh berusaha mendekat Allah dengan memperbanyakkan amalan.Amalan disini,boleh diertikan dalam konteks yang luas.

 Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.( Ali 'Imran;ayat 57)

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.( Al Baqarah;ayat 177)

Berdasarkan firman Allah di atas,amalan beerti ,kita sentiasa melakukan kebajikan dan kebaikan.Amalan bagi sesetengah pemikiran umat islam adalah hanya solat,mengaji alquran,berzikir dan ibadat –ibadat khusus lain.Tidak,sebaliknya apa-apa sahaja kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan di muka bumi ini dikira sebagai amalan. Apabila kita buat kebaikan pada orang lain,itu juga dikira amalan kita. Namun ,perlu kita ingat dan ikhlaskan,segala amalan yang kita lakukan adalah kerana Allah, bukan kerana pangkat, wanita dan sebagainya. Islam amat mementingkan keikhlasan. Seorang pemuda yang mati dalam medan peperangan,namun perginya dalam medan perang kerana seorang wanita, akhirnya amalan syahidnya tidak diterima oleh Allah.Oleh kerana itu,amat dan amat penting dalam menjaga keikhlasan hati kita dalam melakukan kebaikan dan kebajikan di muka bumi ini.

Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang saleh karena memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al Maa'idah;ayat 93)

Kenapa saya menafsirkan orang yang bahagia adalah orang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah dan yakin pada hari kebangkitan? Segala persoalan yang saya kemukan ini berkaitan dengan diri anda.Semua pembaca yang sedang membaca artikel saya sekarang, mempunyai sekeping hati dan hanya anda tahu,adakah bahagia atau tidak hati anda.Anda semestinya boleh menjawab soalan saya,bagaimana keadaan hati anda jikalau hidup anda sentiasa melanggar hukum Allah dan meninggalkan suruhanNya dan masih belum bertaubat atas dosa-dosa tersebut. Pasti saat ini,insan yang sedemikian,hatinya sentiasa memberontak terutama apabila menghadapi pelbagai ujian dalam kehidupan.Dia juga akan sentiasa mempertikaikan dan tidak berpuas hati dengan nikmat yang Allah kurniaankan padanya.Tidak pernah juga rasa cukup dengan segala apa yang ada pada dirinya.Saya akan huraikan persoalan saya dengan jawapan yang logika dimana anda boleh berfikir dengan nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita,iaitu akal yang sihat.


Secara logika,Seorang perompak yang melakukan rompakan,dan dia mengetahui bahawa perbuatannya adalah salah dan berdosa. Adakah anda rasa,dia akan bahagia?Pasti tidak. pertama sekali,ini kerana dia telah melakukan kejahatan.Dia telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah kerana merampas hak orang lain.Itu beerti,dia telah jauh daripada Allah swt.Kedua,apabila melakukan kejahatan,pasti hatinya sentiasa resah kerana takut-takut akan ditangkap polis.Ketiga,pastinya orang yang dirompak akan mendoakan ‘kemudaratan’ ke atas perompak tersebut.Oleh itu,orang tersebut telah jauh daripada Allah s.w.t dan tidak mempunyai hati yang bahagia atas sebab2 yang disenaraikan di atas.Oleh itu,secara logik akal kita boleh lihat,orang yang jauh pada Allah,tidak akan mempunyai hati yang bahagia.

Saya bagi contoh yang lebih 'biasa' diabaikan oleh orang Islam hari ini,iaitu solat lima waktu.Pada pandangan anda,adakah dia akan mempunyai hati yang bahagia apabila sentiasa meninggalkan solat lima waktu?Jawapan saya adalah tidak.Kenapa?Cuba kita bawa pandangan kita ,pada apa yang berlaku pada hari ini,di dalam negara kita dimana begitu banyak sekali kemaksiatan dan jenayah yang dilakukan oleh bangsa melayu .Bila disebut bangsa melayu ,itu beerti,mereka beragama Islam.Impak yang lebih besar,orang yang bukan beragama Islam memandang serong pada Islam atas kemaksiatan dan jenayah yang dilakukan oleh bangsa melayu yang beragama Islam ini.Saya bagi contoh yang paling membimbangkan semua rakyat negara ini,iaitu isu pembuangan bayi dimana tiada jalan penyelesaian sehingga ke hari ini.Jadi,pada pandangan anda yang mempunyai kefahaman Islam yang baik,kenapa semua itu terjadi?Kerana hati mereka tidak bahagia dimana mereka mempunyai hubungan yang ampuh dengan Allah.Saya yakin,100% yakin ,bahawa kebanyakkan remaja yang terlibat dengan gejala pembuangan bayi adalah remaja yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi,balik kepada persoalan kita,wajarlah apa yang saya perkatakan orang yang meninggalkan solat lima waktu tidak mempunyai hati yang bahagia.

Alhamdullilah,sekarang saya akan huraikan lebih terperinci tajuk ini,iaitu sebuah hati yang bahagia.Allah s.w.t adalah Tuhan kita,Tuhan yang menciptakan alam ini.Tuhan yang Maha Mengetahui,dimana Allah mengetahui sehelai daun yang jatuh,seeekor ulat yang berada di dalam batu,apa-apa sahaja yang berada di dalam lautan.Jadi tidak mustahil lah dan tidak ada apa pun yang boleh membantah,jika saya menyatakan orang yang mempunyai hati yang bahagia adalah orang yang sentiasa mendekatkan diri pada Allah s.w.t.

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)".( Al An'aam;ayat 59)

Saya bagi satu contoh,dimana anda boleh berfikir dengan analogikal akal yang sihat.Apabila kita berada selalu disamping seseorang yang amat-amat berkuasa,dan sangat hebat dan handal dalam seni mempertahankan diri.Dia mempunyai kuasa yang tiada tandingan,dan tiada siapa yang dapat melawannya.Adakah anda akan rasa sentiasa aman dan bahagia disampingnya?Dia sentiasa melindungi anda di mana saja anda pergi.Dia juga dapat memberikan apa sahaja yang anda minta.Adakah anda akan rasa bahagia jika dia sentiasa disamping anda?Pasti jawapan anda ya. 

Contoh di atas adalah satu analogikal agar anda boleh bayangkan sesuatu yang biasa anda hadapi dalam hidup harian anda.Jadi,benarlah apa yang saya perkatakan,bahawa cara terbaik untuk mempunyai sekeping hati yang bahagia adalah dengan mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah s.w.t.Allah adalah satu kuasa yang tiada tandingan jauh lebih hebat daripada contoh yang saya beri diatas,Dia mempunyai 99 asma ul husna,Dia Maha Bijaksana,Dia Maha Mengabulkan doa,Dia Maha pengampun,Dia Maha Penyayang.Dia mampu memberikan apa sahaja yang kalian minta.Di saat kalian menghadapi kebuntuan dalam kehidupan,keputus asaan,kalian mengangkat tangan dan berdoa pada Allah.Dalam selang waktu masa,akhirinya masalah kebuntuan yang dihadapi dalam hidup hilang dan dapat diselesaikan.Adakah hati anda tidak akan bahagia bila dekat dengan kuasa yang begitu hebat?Jawapan saya adalah ya.Anda boleh bagi jawapan anda sendiri,namun ikhlas lah dengan sendiri.Saya yakin,dengan akal yang sihat yang Allah s.w.t kurniakan pada kalian,jawapan anda juga sama sebagaimana jawapan yang diberi oleh saya.


Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus ;ayat 12)



Kehidupan ini adalah satu kehidupan dimana bukan kesenangan sahaja yang kita sentiasa hadapi.Namun kehidupan ini  akan diseliti dan diuji dengan masalah,ujian ,dugaan keperitan dan sebagainya.Allah s.w.t tidak memerlukan kalian namun kalian,kita memerlukan Allah.Oleh itu,jalan terbaik untuk mempunyai sekeping hati yang bahagia,adalah mendekatkan diri pada Allah.Jika kita diuji dengan ujian yang berat,namun kita tetap bahagia kerana kita tahu dan yakin,apa yang Allah uji adalah sebuah ujian keimanan dan jika kalian bersabar dengan ujian tersebut,kita memperoleh pahala yang berlipat kali ganda.Apabila Allah beri kita nikmat,kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah tersebut.Kita tidak berbangga diri dan tidak berlaku sombong,Allah tambahkan lagi kurnianya dan orang lain juga tidak sakit hati pada kita.Dengan itu,kita akan sentiasa mempunyai hati yang sentiasa bahagia dalam keperitan, kesenangan, ujian maupun kesusahan.

Persoalan bagaimana untuk mendekatkan pada Allah?Telah saya huraikan di atas iaitu memperbanyakkan amalan kepada Allah dengan istiqamah melakukan dan kebajikan di atas muka bumi ini.

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.( Ar Ra'd;ayat 28-29)

Akhir kalam,alhamdullilah akhirnya dapat saya siapkan artikel yang serba kekurangan ini.Moga kita sama-sama mempunyai hati yang bahagia dengan istiqamah mendekatkan diri kita pada Allah.InsyaAllah,ikhlaskan semua amalan kebajikan yang kita lakukan kerana Allah.Mari kita sentiasa mendirikan solat sunat taubat,kerana kadang-kala kita tidak sedar kita telah melakukan dosa yang mengundang kemurkaan Allah pada kita.Semoga kita sentiasa memperoleh keampunan,hidayah,redha dan kasih sayang Allah .

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages