Oleh: Maryam
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Alhamdullilah.Kali ini,saya akan membicarakan intipati
artikel yang bertajuk sebuah hati yang bahagia.Sebelum saya pergi jauh pada
isi-isi utama tajuk kali ini,saya ingin mengemukan soalan pada kalian.Siapakah
orang yang mempunyai hati yang bahagia?Adakah orang yang memiliki harta yang
melimpah ruah atau seorang ibu yang baru melahirkan anak atau boleh jadi,remaja
yang baru berpacaran.
Kalau pada pandangan kalian,orang
yang mempunyai hati yang bahagia adalah mempunyai harta yang melimpah ruah.Bagi
saya,jawapan anda adalah kurang tepat.Kenapa saya berkata sedemikian?Cuba anda
lihat berapa ramai orang yang kaya-raya,namun hidup mereka tidak bahagia.Isteri
mereka curang,anak-anak mereka sentiasa ke pusat hiburan tiap-tiap malam.
Adakah mereka mempunyai sekeping hati yang bahagia dengan anak-anak dan
isteri-isteri yang begitu?walaupun mereka hidup dalam suasana kemewahan dengan
tinggal di dalam rumah yang gah ,seperti istana dan tiap-tiap hari makan
makanan yang enak-enak.
Manakala dalam jangkauan pandangan yang lain,ada
sepasang suami isteri yang hidup begitu sederhana,rumah yang sederhana,makan
makanan yang biasa-biasa sahaja. Namun, mereka mempunyai hati yang bahagia
kerana mereka mempunyai anak-anak yang baik dan taat kepada mereka,jauh sekali
untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan isteri yang setia. Mereka
mempunyai sekeping hati yang bahagia,walaupun hidup bersederhana,kerana mereka
hidup dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.
Mengikut definisi daam Kamus Dewan, edisi
ketiga, bahagia bermaksud: “suasana
senang dan aman, aman damai, serta gembira”.Bagaimana untuk merealisasi erti
bahagia yang dimaksudkan dalam Kamus Dewan iaitu suasana senang dan aman serta
bahagia?Bagaimana untuk mempunyai hati yang senang dan damai sepanjang masa
dalam hidup yang penuh pancaroba ini?
Bahagia hanya akan kita capai apabila kita mempunyai hubungan
yang dekat dengan Allah dan yakin pada hari kebangkitan . Apa yang diertikan
‘mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah’.Ertinya,kita sentiasa mendekatkan
diri pada Allah, sentiasa istiqamah memperbanyakkan amalan di dunia ini. Allah
s.w.t menyukai hamba-hambaNya yang sentiasa melakukan amalan kebajikan.Apabila
Allah suka pada kita pastilah,Allah akan menurunkan kebahagian dalam hati kita
kerana Dia yang memiliki dan berhak memberi kebahagian kepada siapa sahaja yang
Dia kehendaki.Kita sebagai hamba,hanya boleh berusaha mendekat Allah dengan
memperbanyakkan amalan.Amalan disini,boleh diertikan dalam konteks yang luas.
Adapun orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amalan-amalan yang saleh, maka Allah akan memberikan kepada mereka
dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai
orang-orang yang zalim.( Ali
'Imran;ayat 57)
Bukanlah
menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi
sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian,
malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya
kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang
memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan)
hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang
menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam
kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang
benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.( Al Baqarah;ayat 177)
Berdasarkan firman Allah di atas,amalan beerti ,kita
sentiasa melakukan kebajikan dan kebaikan.Amalan bagi sesetengah pemikiran umat
islam adalah hanya solat,mengaji alquran,berzikir dan ibadat –ibadat khusus lain.Tidak,sebaliknya
apa-apa sahaja kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan di muka bumi ini dikira
sebagai amalan. Apabila kita buat kebaikan pada orang lain,itu juga dikira
amalan kita. Namun ,perlu kita ingat dan ikhlaskan,segala amalan yang kita
lakukan adalah kerana Allah, bukan kerana pangkat, wanita dan sebagainya. Islam
amat mementingkan keikhlasan. Seorang pemuda yang mati dalam medan
peperangan,namun perginya dalam medan perang kerana seorang wanita, akhirnya
amalan syahidnya tidak diterima oleh Allah.Oleh kerana itu,amat dan amat
penting dalam menjaga keikhlasan hati kita dalam melakukan kebaikan dan
kebajikan di muka bumi ini.
Tidak
ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang saleh karena
memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman,
dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan
beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah
menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al Maa'idah;ayat 93)
Kenapa saya menafsirkan orang yang bahagia adalah orang mempunyai hubungan yang
rapat dengan Allah dan yakin pada hari kebangkitan? Segala persoalan yang saya
kemukan ini berkaitan dengan diri anda.Semua pembaca yang sedang membaca
artikel saya sekarang, mempunyai sekeping hati dan hanya anda tahu,adakah
bahagia atau tidak hati anda.Anda semestinya boleh menjawab soalan
saya,bagaimana keadaan hati anda jikalau hidup anda sentiasa melanggar hukum
Allah dan meninggalkan suruhanNya dan masih belum bertaubat atas dosa-dosa
tersebut. Pasti saat ini,insan yang sedemikian,hatinya sentiasa memberontak
terutama apabila menghadapi pelbagai ujian dalam kehidupan.Dia juga akan
sentiasa mempertikaikan dan tidak berpuas hati dengan nikmat yang Allah kurniaankan
padanya.Tidak pernah juga rasa cukup dengan segala apa yang ada pada dirinya.Saya
akan huraikan persoalan saya dengan jawapan yang logika dimana anda boleh
berfikir dengan nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita,iaitu akal yang
sihat.
Secara logika,Seorang
perompak yang melakukan rompakan,dan dia mengetahui bahawa perbuatannya adalah
salah dan berdosa. Adakah anda rasa,dia akan bahagia?Pasti tidak. pertama
sekali,ini kerana dia telah melakukan kejahatan.Dia telah melakukan perkara
yang dilarang oleh Allah kerana merampas hak orang lain.Itu beerti,dia telah
jauh daripada Allah swt.Kedua,apabila melakukan kejahatan,pasti hatinya
sentiasa resah kerana takut-takut akan ditangkap polis.Ketiga,pastinya orang
yang dirompak akan mendoakan ‘kemudaratan’ ke atas perompak tersebut.Oleh itu,orang
tersebut telah jauh daripada Allah s.w.t dan tidak mempunyai hati yang bahagia
atas sebab2 yang disenaraikan di atas.Oleh itu,secara logik akal kita boleh
lihat,orang yang jauh pada Allah,tidak akan mempunyai hati yang bahagia.
Saya bagi contoh yang lebih 'biasa' diabaikan oleh orang Islam hari ini,iaitu solat lima waktu.Pada
pandangan anda,adakah dia akan mempunyai hati yang bahagia apabila sentiasa
meninggalkan solat lima waktu?Jawapan saya adalah tidak.Kenapa?Cuba kita bawa
pandangan kita ,pada apa yang berlaku pada hari ini,di dalam negara kita dimana
begitu banyak sekali kemaksiatan dan jenayah yang dilakukan oleh bangsa melayu
.Bila disebut bangsa melayu ,itu beerti,mereka beragama Islam.Impak yang lebih
besar,orang yang bukan beragama Islam memandang serong pada Islam atas
kemaksiatan dan jenayah yang dilakukan oleh bangsa melayu yang beragama Islam
ini.Saya bagi contoh yang paling membimbangkan semua rakyat negara ini,iaitu
isu pembuangan bayi dimana tiada jalan penyelesaian sehingga ke hari ini.Jadi,pada
pandangan anda yang mempunyai kefahaman Islam yang baik,kenapa semua itu
terjadi?Kerana hati mereka tidak bahagia dimana mereka mempunyai hubungan yang
ampuh dengan Allah.Saya yakin,100% yakin ,bahawa kebanyakkan remaja yang
terlibat dengan gejala pembuangan bayi adalah remaja yang tidak menunaikan
solat lima waktu. Jadi,balik kepada persoalan kita,wajarlah apa yang saya
perkatakan orang yang meninggalkan solat lima waktu tidak mempunyai hati yang
bahagia.
Alhamdullilah,sekarang saya akan huraikan lebih terperinci
tajuk ini,iaitu sebuah hati yang bahagia.Allah s.w.t adalah Tuhan kita,Tuhan
yang menciptakan alam ini.Tuhan yang Maha Mengetahui,dimana Allah mengetahui
sehelai daun yang jatuh,seeekor ulat yang berada di dalam batu,apa-apa sahaja
yang berada di dalam lautan.Jadi tidak mustahil lah dan tidak ada apa pun yang
boleh membantah,jika saya menyatakan orang yang mempunyai hati yang bahagia
adalah orang yang sentiasa mendekatkan diri pada Allah s.w.t.
Dan
pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya
kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan
tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak
jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau
yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)".( Al An'aam;ayat 59)
Saya bagi satu contoh,dimana anda boleh berfikir dengan
analogikal akal yang sihat.Apabila kita berada selalu disamping seseorang yang
amat-amat berkuasa,dan sangat hebat dan handal dalam seni mempertahankan diri.Dia
mempunyai kuasa yang tiada tandingan,dan tiada siapa yang dapat melawannya.Adakah
anda akan rasa sentiasa aman dan bahagia disampingnya?Dia sentiasa melindungi
anda di mana saja anda pergi.Dia juga dapat memberikan apa sahaja yang anda
minta.Adakah anda akan rasa bahagia jika dia sentiasa disamping anda?Pasti
jawapan anda ya.
Contoh di atas adalah satu analogikal agar anda boleh
bayangkan sesuatu yang biasa anda hadapi dalam hidup harian anda.Jadi,benarlah
apa yang saya perkatakan,bahawa cara terbaik untuk mempunyai sekeping hati yang
bahagia adalah dengan mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah s.w.t.Allah
adalah satu kuasa yang tiada tandingan jauh lebih hebat daripada contoh yang saya beri diatas,Dia mempunyai 99 asma ul husna,Dia Maha
Bijaksana,Dia Maha Mengabulkan doa,Dia Maha pengampun,Dia Maha Penyayang.Dia
mampu memberikan apa sahaja yang kalian minta.Di saat kalian menghadapi
kebuntuan dalam kehidupan,keputus asaan,kalian mengangkat tangan dan berdoa
pada Allah.Dalam selang waktu masa,akhirinya masalah kebuntuan yang dihadapi
dalam hidup hilang dan dapat diselesaikan.Adakah hati anda tidak akan bahagia
bila dekat dengan kuasa yang begitu hebat?Jawapan saya adalah ya.Anda boleh
bagi jawapan anda sendiri,namun ikhlas lah dengan sendiri.Saya yakin,dengan
akal yang sihat yang Allah s.w.t kurniakan pada kalian,jawapan anda juga sama
sebagaimana jawapan yang diberi oleh saya.
Dan
apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,
duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia
(kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa
kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah
orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka
kerjakan. (Yunus ;ayat 12)
Kehidupan ini adalah satu kehidupan dimana bukan kesenangan
sahaja yang kita sentiasa hadapi.Namun kehidupan ini akan diseliti dan diuji dengan masalah,ujian
,dugaan keperitan dan sebagainya.Allah s.w.t tidak memerlukan kalian namun
kalian,kita memerlukan Allah.Oleh itu,jalan terbaik untuk mempunyai sekeping hati
yang bahagia,adalah mendekatkan diri pada Allah.Jika kita diuji dengan ujian
yang berat,namun kita tetap bahagia kerana kita tahu dan yakin,apa yang Allah
uji adalah sebuah ujian keimanan dan jika kalian bersabar dengan ujian
tersebut,kita memperoleh pahala yang berlipat kali ganda.Apabila Allah beri
kita nikmat,kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah tersebut.Kita tidak
berbangga diri dan tidak berlaku sombong,Allah tambahkan lagi kurnianya dan
orang lain juga tidak sakit hati pada kita.Dengan itu,kita akan sentiasa
mempunyai hati yang sentiasa bahagia dalam keperitan, kesenangan, ujian maupun
kesusahan.
Persoalan bagaimana untuk mendekatkan pada Allah?Telah saya
huraikan di atas iaitu memperbanyakkan amalan kepada Allah dengan istiqamah
melakukan dan kebajikan di atas muka bumi ini.
(yaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan
beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.( Ar Ra'd;ayat 28-29)
Akhir kalam,alhamdullilah akhirnya dapat saya siapkan
artikel yang serba kekurangan ini.Moga kita sama-sama mempunyai hati yang
bahagia dengan istiqamah mendekatkan diri kita pada Allah.InsyaAllah,ikhlaskan
semua amalan kebajikan yang kita lakukan kerana Allah.Mari kita sentiasa
mendirikan solat sunat taubat,kerana kadang-kala kita tidak sedar kita telah
melakukan dosa yang mengundang kemurkaan Allah pada kita.Semoga kita sentiasa
memperoleh keampunan,hidayah,redha dan kasih sayang Allah .
Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda
dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut
dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti
Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment