Adakah umat Islam hari ini memerlukan sekularisme?
Oleh:Maryam
Assalamu’alaikum
Alhamdullilah,segala
puji bagi Allah SWT yang telah memberi anugerah kesihatan kepada diri saya pada
hari ini dan lantaran itu,saya bisa menulis sedikit tulisan buat diri sendiri
dan orang lain.Saya ingin mengupas satu topik yang hangat diperkatakan
masyarakat dunia pada hari ini iaitu sekularisme. Pasti kebanyakkan anda sudah
tahu apa erti sekularisme.Sekularisme adalah satu istilah yang amat-amat
membimbangkan masyarakat Islam hari ini kerana ia bukan sahaja satu istilah
tapi ia meracuni pemikiran-pemikiran pemuda Islam hari ini.
Apa itu sekularisme?
Apabila
saya membuat beberapa rujukan,saya menemui maksud sekularisme dalam sudut
pandang yang berbeza.Namun ia menunjukkan satu makna yang sama iaitu
mengendalikan urusan dunia terpisah daripada agama,dimana ia tidak ada hubungan
dengan Tuhan atau tidak ada hubungankait dengan Akhirat.Terpisah dalam konteks
ini beerti tidak kira sama ada di bidang ekonomi, politik, pendidikan,
pentadbiran,kebudayaan,perhubungan dan lain-lain lagi.Saya kepilkan di bawah
ini,sedikit rujukan agar anda dapat lihat lebih detail apa erti sekularisme.
Sekular atau dalam bahasa arabnya
dipanggil “al-’Ilmaniyyah” diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa arab =
‘ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat
ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu
sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu
pertama lagi. Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada
“al-’Ilmaniyyah” hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan
ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah “al-Ladiniyyah”
yakni tanpa agama atau “al-La’aqidah” yakni
tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah menyebut
perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme.
Istilah “al-’Ilmaniyyah” dipilih
untuk mengabui mata umat Islam agar menerimanya kerana jika digunakan istilah “al-Ladiniyyah” atau “al-La’aqidah“,
sudah pasti umat Islam akan menolaknya. Sebab itulah kita merasakan betapa
jahatnya penterjemahan sekular kepada istilah “al-’Ilmaniyyah” dengan tujuan
mengabui mata dan betapa jahatnya golongan ini yang ingin menutup perbuatan
mereka tanpa diketahui oleh kebanyakan orang. Bagi anak didik sistem sekular,
mereka tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka
memang telah diprogramkan untuk menyebarkan fahaman sekularisme. Namun bagi
ulama-ulama Islam yang faham hakikat sebenar makna Islam, mereka bermati-matian
pula menentang penyebaran fahaman ini yang jelas bertentangan dengan hakikat
Islam. Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan antara pendokong sekularisme
dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan “hakikat” masing-masing.
Ada apa dengan sejarah sekularisme?
Sebelum kita mengambil sesuatu istilah ideologi
yang kita tidak tahu erti dan menjadikan ia pegangan buat kita ;terutama
istilah-istilah yang berasal daripada Barat,wajarlah kita perlu kaji terlebih
dahulu asal usul istilah tersebut.Kenapa Barat begitu gah mempertahankan dan
menggunakan Istilah ini?Sehingga pada hari ini,kita juga gah menjadikan
sekularisme sebagai ideologi hidup kita dengan satu matlamat untuk memastikan
hidup kita bebas dari keterikatan dengan agama kita tanpa terlebih dahulu
mengkaji istilah ideologi tersebut.
Istilah
sekularisme sudah lama wujud dan Barat membawa ideologi sekularisme ke
negara-negara yang telah dijajah mereka.Mereka menghapuskan pegangan Islam yang
kita pegang dan mewujudkan ideologi baru dalam pemerintahan negara Islam. Pada
hari ini,kita dapat melihat dengan pancaindera kita betapa berjayanya negara
barat dalam meracuni pemikiran pemuda-pemuda Islam hari ini.Kita tidak perlu
menjengah pandangan kepada negara lain-lain,cukup dengan melihat dalam negara
kita sahaja;betapa kita dapat melihat kelab-kelab ,disko,tempat-tempat hiburan
tumbuh bagaikan cendawan.Jadi siapa yang perlu dipersalahkan?
Kenapa
tempat-tempat hiburan dapat menjalankan operasi mereka dengan jayanya?Pertama,kerana
mereka mendapat lesen daripada pihak atasan.Jikalau lesen-lesen dan permit
tempat hiburan tidak diberikan sebagaimana di Kelantan,pasti dan saya yakin
seratus peratus,tiada pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan di negara
kita.Kedua,kerana betapa mereka mendapat keuntungan yang melimpah ruah
disebabkan permintaan yang tinggi dan pelanggan lantaran kerosakkan muda-mudi
hari ini yang telah terpengaruh dengan kejayaan agenda Barat meracuni pemikiran
mereka.
Itu
bukanlah topik yang saya ingin bicarakan pada hari ini.Namun,jika dilihat
secara mendalam dan menyeluruh,benarlah fahaman sekularisme memberi impak ke
atas kerosakkan akhlak pemuda hari ini.Berlandaskan pemikiran yang telah
membuang jauh-jauh agama dalam semua aspek kehidupan menjadikan mereka terleka
dan hanyut dalam dunia maya ini,dunia yang sementara tanpa memikirkan yang
bila-bila masa mereka akan dijemput ajal.
Istilah
sekularisme adalah salah satu istilah yang dicipta oleh Barat sehubungan dengan
pengongkongan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran dan penemuan
sains. Mereka juga bertindak ganas lagi dengan menguasai akal dan hati
manusia,dengan erti kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja
dengan mengambil kesempatam mengaut keuntungan dari pengikutnya dengan cara
yang salah.
Eropah
pernah tenggelam dengan darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila ratusan malah
ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantung. Dengan sebab ini
berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya tertegaklah
fahaman sekulisme yang beerti ‘memisahkan agama(Kristian) dari negara’. Suasana
kacau bilau dalam agama Kristian hasil penyelewangan yang berlaku dalamnya(ia
berpunca dari perancangan yahudi) memungkinkan tertegaknya fahaman sekularisme
di samping agama Kristian yang sedia ada.Sekularisme disebarkan untuk keluar
dari kepompong gereja yang begitu teruk mengongkong pengikutnya. Masyarakat
Eropah tertekan dan dizalimi di bawah pemerintahan gereja.Bagi pejuang sekular,mereka
menganggap dengan berada di bawah kuasa gereja mereka tidak akan mencapai
kemajuan.Sebab itu lah mereka memutuskan tali ikatan diri mereka dengan gereja
dan menjadi orang yang bergama Kristian hanya pada nama tapi tidak pada
pengamalan agama.
Sekularisme
adalah suatu kepercayaan atau kefahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan
atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara,politik
dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan
antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti
poolitik,pentadbiran,eokonomi,pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut
fahaman secular iaitu,soal bernegara,berpolitik,berekonomi dan sebagainya tidak
ada kaitan dengan soal agama atau gereja.
Banyak
pengajaran yang boleh kita ambil daripada sejarah ideologi Sekularisme. Pertama,
mengenai ajaran Kristian itu sendiri. Jikalau benar, Kristian adalah agama yang
benar dan bukan agama yang telah diubahsuai oleh manusia, tidak logik dan tiada
sebab ,mereka menyekat penemuan sains. Kenapa orang menyekat penyebaran sesuatu
perkara? Kerana mereka tidak ingin ada pendedahan bahawa agama mereka adalah
agama yang salah,agama yang telah diubahsuai. Islam tidak pernah menyekat perkembangan
sains bahkan penemuan sains lah yang membuktikan bahawa tiada satu pun dalam
ayat-ayat alquran yang salah dan diadakan oleh manusia. Pada fikiran kita yang
sihat, mustahil Nabi Muhamad SAW yang tidak tahu membaca mengada2kan alquran
itu ,dengan penemuan sains yang begitu hebat seperti asal-usul kejadian
manusia, bagaimana terbentuknya hujan dan bagaimana terbentuknya janin dalam
rahim ibu dan sebagainya. Pada hari ini juga,ramai saintis Barat yang memeluk
Islam setelah mereka melihat sendiri apa yang telah Allah wahyukan dalam qalam
Allah terbukti benar dengan penemuan sains .Ini membuktikan benarlah Islam itu
agama yang diturunkan oleh Allah untuk kita semua.
Kedua,tentang
ideologi sekularisme itu sendiri. Setelah kita telah membaca dan memahami
sejarah wujudnya ideologi itu,adakah kita masih ingin menjadikan ia sebagai
ideologi hidup kita. Sekularisme dicipta atas dasar kekejaman dan kerosakkan
agama Kristian. Kenapa saya nyatakan kerosakkan agama Kristian?.Ini kerana agama
Kristian adalah berasal daripada agama wahyu,iaitu agama yang diturunkan untuk
umat Nabi Isa yang menjadi Rasul ketika itu dan diturunkan kitab Injil .Namun ,agama
Kristian telah diubah usai oleh manusia dan begitu juga kitab yang menjadi rujukan
penganut agama Kristian pada hari ini. Jika anda pernah membuka kitab Injil
yang ada pada hari ini,anda akan dapat lihat begitu banyak kerosakkan dan
penyelewangan yang dicipta oleh manusia dalam kitab tersebut;dan begitu juga banyak
unsur-unsur lucah yang terdapat dalam kitab tersebut. Boleh dikatakan,ramai
penganut agama Kristian akhirnya akan menjadi Atheist dan tidak berpegang pada
ajaran agama mereka kerana tiada apa yang boleh dipercayai di dalam kitab
mereka. Begitu juga dengan agama-agama lain. Namun, sayang sekali bagi kita
yang mempunyai kitab , alquran yang tetap terpelihara oleh Allah sehingga hari
kiamat, menjadikan bangsa-bangsa lain sebagai ideologi dan ikutan mereka. Ada segelintir
umat Islam pada hari ini yang jadi murtad, ada yang jadi Atheist dan sebagainya
,tanpa terlebih dahulu mengkaji agama Islam itu sendiri.
Adakah Umat Islam memerlukan
Sekularisme?
Islam
adalah agama yang cukup sempurna dan sesuai sehingga ke akhir zaman. Kita tidak
memerlukan penambahan dan pengurangan dalam agama kita. Betapa saintis Barat
menjadikan alquran sebagai rujukan mereka untuk menjalankan kajian sains, kerana
masih banyak dan terlalu banyak ilmu yang terkandung di dalam alquran yang
masih tidak ditemui pada hari ini. Kitab alquran ,bukan sahaja bahan bacaan
untuk memperoleh pahala dan ketenangan tapi ia juga sumber ilmu yang paling
utama bagi diri kita .Begitu sedih ,kita lihat pada hari ini,ada segelintir
anak Melayu yang terjebak dengan kancah Black Metal sehingga sanggup membakar
dan memijak alquran. Tidak tahu kah mereka bahawa betapa Allah melihat
perbuatan mereka dan betapa perit azab yang Allah turunkan kepada hambaNya yang
kafir dan ingkar.
Saya yakin pasti dan pasti
kita tidak memerlukan ideologi sekularisme dalam kehidupan kita. Walaupun
betapa moden dan canggihnya,kehidupan kita pada hari ini,ketahuilah suatu hari
nanti kita pasti akan meninggalkan dunia ini. Apa yang ada pada kita, sehingga
kita ingin membuang agama yang menjadi pegangan dan panduan dalam kehidupan
kita? Tiada apa yang ada pada kita. Walaupun,sehebat dan sepandai mana pun diri
kita, kita tetap sentiasa memerlukan Allah dalam kehidupan kita. Ketahuilah,jika
Islam melarang kita melakukan sesuatu perkara,itu bukan lah beerti ia ingin
menyekat kebebasan diri kita.Namun semua itu untuk kebaikan diri kita. Kita
sentiasa memerlukan Allah dalam setiap saat dalam kehidupan kita, kita
memerlukan Allah agar Allah lindungi dan beri pertolongan kepada diri kita
dalam semua aspek kehidupan, kita memerlukan Allah apabila kita ingin membuat
pilihan agar pilihan yang kita buat adalah pilihan yang tidak mendatang
kemudaratan di masa hadapan;kita sentiasa memerlukan Allah dan agama Islam
dalam kehidupan ini.Tiada satu faedah pun yang kita dapat,jika kita meletakkan
dan membuang agama jauh-jauh dalam semua aspek kehidupan.
Saya bagi satu contoh yang
menjadi isu global iaitu isu pengklonan. Adakah Islam mengharamkan pengklonan?Islam
mengharamkan pengklonan manusia .Kenapa diharamkan?Anda boleh berfikir dengan
aqal yang Allah anugerahkan;jika terdapat 2 insan yang sama dimuka bumi tanpa
ada satu perbezaan cirri-ciri fizikal, bagaimana kita boleh mengenali yang mana
satu individu yang berlainan. Pasti kita tidak dapat membezakan ,bukan.Pasti
dunia ini akan menjadi kacau bilau dengan kehadiran manusia yang sama tanpa ada
perbezaan identiti.Allah ciptakan manusia,trillion2 manusia yang diciptakan
oleh Allah di muka bumi,tidak ada satu pun yang sama;begitu juga dengan kembar
siam pun tidak sama.Ini adalah salah satu tanda kebesaran Allah SWT.
Hai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu
disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui lagi MahaMengenal. (Al Hujuraat;ayat 13)
Islam tidak pernah
menghalang perkembangan teknologi dan Islam menyarankan dan menggesa Umat Islam
menuntut ilmu dan menguasai teknologi.Saya sendiri adalah salah satu pelajar
dalam bidang Bioteknologi,bidang yang sedang berkembang pada hari ini.terlalu
banyak yang saya boleh sumbangkan kepada Islam dengan menguasai bidang ini
terutama dari sudut pengkajian makanan halal,insyaAllah saya akan meneruskan
pengajian ke peringkat yang tertinggi dalam bidang ini dan ini menjadi salah
satu bukti bahawa Islam tidak pernah dan menghalang pembangunan teknologi. Moga-moga
,anda semua dapat mendoakan kejayaan buat insan kerdil ini yang begitu ingin melihat
kejayaan Islam di muka bumi ini.
Sejarah Islam telah
melakarkan betapa Islam tidak pernah menyekat perkembangan sains dan kepesatan
ilmu yang mana telah dikuasai oleh nenek moyang kita pada zaman khalifah
al-rasyidin dan diikuti oleh sahabat-sahabat mereka yang memegang tampuk
pemerintahan sistem khalifah. Namun,apabila Islam telah diabaikan ,dimana Islam
hanya diletakkan atas dasar nama bukan pada amalan,akhirnya jatuhlah
pemerintahan sistem khalifah.
Alhamdullilah,akhirnya
dapat saya siapkan artikel pendek yang penuh kekurangan ini.Saya mohon maaf
jika terdapat kekurangan dalam artikel ini.Diharapkan ia dapat memberi sedikit
input kepada anda tentang topik yang telah saya bicarakan.Saya akhirinya dengan
ayat Allah dan moga ia menjadi panduan buat diri kita.
Firman Allah SWT:
Dan
tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama *(yakni
agama Islam yang disuruh mereka mematuhinya dengan sungguh-sungguh)
mereka sebagai main-main dan senda gurau* (erti menjadikan
agama sebagai main-main dan senda gurau ialah memperolokkan agama itu
mengerjakan perintah-perintah dan menjauhi laranganNya dengan dasar main-main
dan tidak sungguh-sungguh),
dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan
Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena
perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi
syafa'at*(Syafa'at: usaha perantaraan
dalam memberikan sesuatu manfaat bagi orang lain atau mengelakkan sesuatu
mudharat bagi orang lain. Syafa'at yang tidak diterima di sisi Allah adalah
syafa'at bagi orang-orang kafir)
selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun,
niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang
dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang
sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.( Al
An'aam; ayat70)
Penulis
merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta
Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda
Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog ,
http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment