Bercinta hingga ke Syurga
Oleh:Maryam
Assalamu’alaikum
Alhamdullilah,saya begitu
tertarik dan rasanya,perlu bagi saya untuk menghuraikan satu tajuk atau ayat
yang begitu sinonim terutama apabila seseorang itu akan menjejakkan
kaki ke alam rumahtangga. Saya bukanlah insan yang berpengalaman dalam alam
rumahtangga dan juga ,saya bukanlah insan yang pakar dalam tajuk ini. Namun,saya
tahu suatu hari nanti,saya akan menjejaki ke alam ini, walaupun saya tidak tahu
,bila waktu itu akan tiba.
‘Bercinta ke syurga’.Inilah tajuk
yang akan saya kupas dan terjemahkan mengikut fahaman dan sedikit ilmu yang ada
pada saya .Bila kita baca tajuk ini pun,kita sudah tahu betapa indahnya cinta
itu ,hingga ke syurga. Namun,keindahan itu cuma akan menjadi sebuah angan-angan
dan lamunan yang tidak akan pernah menjadi realiti tanpa ada acuan yang betul.
Bagi pandangan saya,insan yang berumahtangga,bukan
mudah untuk ‘bercinta hingga ke syurga’ kerana bahtera cinta itu didiami oleh
dua hati, dua rasa, dua akal,dua jasad dan dua kefahaman. Oleh itu,kedua-dua
yang mendiami bahtera itu perlu mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama. Jika
hanya seorang yang berusaha untuk
‘bercinta hingga ke syurga’, namun yang seorang lagi tidak pernah berusaha
ke arah itu, tidak mungkin cinta itu akan sampai ke syurga. Mungkin,dengan
mahligia yang dibina atas dasar cinta,bukan sahaja tidak membawa ke syurga
sebaliknya boleh membawa ke neraka.
Bila mana,saya memikirkan alam
perkahwinan ini, pasangan yang dikahwini itu amat penting kerana bahtera itu
melibatkan pasangan kita ,akan ke syurgakah cinta yang dibina atau
sebaliknya.Apabila saya mengutarakan persoalan ini,akan timbul
pertanyaan,bagaimana untuk memilih pasangan?Ciri-ciri yang bagaimanakah
pasangan tersebut?Jika anda ingin mencari pasangan,terlebih dahulu pandang dan
tiliklah diri kita. Ada segelintir insan dan boleh saya katakan , semua
inginkan pasangan yang soleh dan solehah. Namun,diri kita sebaliknya,tidak
mencerminkan sifat-sifat tersebut. Jika,difikir secara akal yang logik,adakah
kita boleh hidup dengan insan yang mempunyai karakter 100% berbeza dengan diri
kita ?Jawapanya pasti tidak. Akhirnya,cinta itu tiada membawa apa-apa
erti.
Untuk kita mendapat yang soleh
atau solehah,kita perlu merubah diri kita terlebih dahulu menjadi insan yang
soleh dan solehah.InsyaAllah,bila kita berjumpa dengan insan yang soleh dan
solehah itu dan apabila telah ditakdirkan sama-sama berada dalam bahtera itu
bisa membawa cinta itu ke syurga.
Bagaimana dua hati,dua rasa,dua
jasad ini ingin membawa cinta itu ke syurga?Walaupun kedua-dua yang berada
dalam bahtera ini mumpunyai matlamat yang satu,namun perlu kita ketahui dan
‘sematkan dalam dada’,dimana setiap insan mempunyai sifat dan perilaku yang
berbeza. Setiap insan yang diciptakan
oleh Allah s.w.t dimuka bumi ini adalah berbeza. Bagaimana dua orang yang
mempunyai karakter yang berbeza untuk tinggal bersama ,sehingga ke akhir hayat
dan melayani bahtera agar cinta itu hingga ke syurga. Di sinilah pentingnya
peranan tolak ansur,muhasabah,tidak egois,tidak mementingkan diri sendiri,kasih
sayang dan semua sifat mahmudah.Buang jauh-jauh sifat mazmumah,sebab kita
hendak bawa cinta itu hingga ke syurga.Tidak mungkin,jika kita ingin ke
syurga,bahtera itu dipenuhi dengan sifat mazmumah.Yang ada,bahtera itu akan
membawa semua yang berada di dalamnya ke neraka.Sifat yang paling penting
adalah sifat tolak-ansur di antara kedua-dua yang kemudi bahtera itu.Suami
adalah yang mengemudikan bahtera dan isterinya adalah pembantunya. Namun perlu
diingat,suami adalah pengemudi bahtera,tapi suami tidak boleh egois,walaupun
dia adalah ketua.Ketua tidak beerti dialah yang berkuasa.Raja yang
menjalankan pemerintahan diktator,rakyatnya
akan menderita. Begitu juga alam rumahtangga,ketua itu bertolak-ansur dengan
isteri dan anak-anaknya.
Apa erti bertolak-ansur
disini?Adakah bertolak-ansur dalam hal yang dilarang oleh agama?Isteri juga
tidak boleh bertolak-ansur dalam hal-hal yang dilarang dalam agama. Contohnya
haram patuh pada arahan suami dalam yang perkara yang dilarang dalam agama.Oleh
itu,wajarlah seorang wanita perlu mempersiapkan dengan ilmu agama yang
sekucupnya sebelum memasuki alam perkahwinan.Isteri juga boleh menegur
suami,tapi dengan cara yang berhikmah.Oleh itu,suami perlulah bertolak-ansur
dan menerima teguran isterinya,jika apa yang diperkatakan adalah sesuatu yang
betul dan perlu diperbaiki.Semua perkara
dalam hidup ini perlu dibawa dalam perbincangan itu iaitu syura.Begitu juga
hidup berumah-tangga,suami adalah nakhoda kapal tapi tidak bermakna dia boleh
membuat sesuatu perkara yang penting tanpa melibatkan perbincangan dengan
pembantu nakhoda,iaitu isterinya.
Saya yakin,insyaAllah jika
seorang suami mengamalkan pemerintahan begini dalam keluarganya, rumahtangganya
akan bahagia sehingga ke akhir hayat dan akhirat nanti,pasangannya di dalam
syurga adalah isterinya semasa di dunia dan begitu juga sebaliknya.
Sebuah perkahwinan itu ibarat
bahtera yang sedang berlayar di lautan dimana bila-bila masa bahtera itu boleh
karam. Namun,apa yang dapat me nyelamatkan bahtera tersebut dari karam?Hanya
satu perkara iaitu dengan rahmat dan perlindungan Allah.Seorang isteri atau
suami boleh mengatakan;suami atau isteri adalah hak milik mereka kerana telah
mengikatkan ikatan yang sah iaitu melalui akad nikah. Namun,sejauh mana dalam
pengetahuan kita yang lemah ini,dapat kita tentukan yang suami atau isteri kita
menjadi milik kita selama-lamanya.Kita tidak tahu;mungkin suami aatu isteri
kita akan meninggalkan kita,dijemput ajal atau lusa,mungkin akan berlaku
perselihan faham dan akhirnya membawa penceraian.
Apa yang saya yakini,selain dari
pasangan tersebut berusaha untuk menjadi yang terbaik buat pasangan dan saling
bertolak ansur,satu perkara yang sentiasa dilupakan oleh setiap insan ,iaitu melalui
ikatan perkahwinan ,membina hubungan yang lebih dekat dengan Allah .Kenapa?Kerana
hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya,apa sahaja perkara yang akan
berlaku di masa hadapan.Bina hubungan yang dekat dengan Allah,dengan sentiasa
beribadat kepada Allah bersama-sama pasangan seperti;solat sunat tahajjud,membaca
alquran bersama-sama,sentiasa solat berjemaah dan sebagainya. InsyaAllah,perkahwinan
yang dibina atas dasar keimanan ini,akan membawa ke syurga.Walaupun sesibuk
mana diri anda dan pasangan,luangkan masa dalam sehari untuk sama-sama
mendekatkan diri pada Allah kerana hanya ini kunci kebahagiaan.
Alhamdullilah,cukuplah kiranya artikel pendek ini tentang
sebuah perkahwinan yang membawaa cinta ke syurga, daripada seorang insan yang
tidak mempunyai pengalaman dalam alam perkahwinan. Tulisan ini adalah atas
dasar pemerhatian,pembacaan buku-buku,pengalaman orang lain yang sudah berumah-tangga.
Harapnya,artikel pendek ini dapat memberikan sedikit input yang berguna dan
dijadikan panduan untuk menuju dan melalui alam perkahwinan yang diredhai Allah.Saya
akhirinya dengan firman Allah SWT.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.( Ar Ruum;ayat 21)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.( Ar Ruum;ayat 21)
Penulis merupakan
lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia
dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi
Industri,Universiti Selangor. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com
.EMEL:yummie_mariam@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment