RSS

~Ku abadikan kata-kata yang terindah~


Mengenalinya...

Baru sy mengerti erti 'ukhuwahfillah'..
Ukhuwah ini terjalin bukan kerana perkataan, juga bukan terbina kerana perbuatan. Tapi, ukhuwah ini terjalin kerana dengan izin Allah, yang sukar dimengertikan...

Mariam... Ye, Mariam namanya...
Sy tak sangka, sy akan bersahabat dengan seorang yang bertudung labuh semula setelah bertahun-tahun sy membenci golongan bertudung labuh. Sy tak pernah ada hati yang ikhlas dalam menjalin hubungan persahabatan dengan seorang yang bertudung labuh. Sy bersahabat dengan orang yang bertudung labuh ini kerana ingin menyakiti hatinya, ingin mengajak untuk sama-sama berfoya-foya bersama sy. Tapi, entah bagaimana, entah sejak bila, mengenali seorang yang seperti ustazah ini yang bernama Mariam, ada satu rasa di jiwa, iaitu ketenangan dan perasaan kasih.

Di Pantai Remis ini, sy cuba menguji, "Sesekali, jom la kita pegi tengok wayang pulak atau karaoke ke. Asyik sy je kena ikut cara Mariam." Tapi Mariam menggelengkan kepala sambil menyanyi lagu, "Putih-putih melati, Merah-merah delima, Siapa yang baik hati, Pasti ku terima".

Sy hanya tersenyum. Dalam hati, sy berkata, "Aku bersyukur, mengenalinya telah membuatkan hati ini semakin lembut untuk mentaati perintah Allah."

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT berfirman:

"KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu" (Riyadhus salihin)...

Mengenalinya...
Menbuatkan sy lebih menghargai erti sebuah 'Ukhuwahfillah'.



Lakaran seorang sahabat buat diri ini. Blog ini mengabdikan kata-kata yg telus dari hati seorang sahabat. Saat membaca tulisan yang ditujukan khas buat diri, bergenang air mata. Entah, apa perasaan yang terselit disebalik hati kecil ini.

Apa yg pasti,sy ikhlas bersahabat dengannya dan semuanya kerana Allah swt.

Moga persahabatan ini, kekal sehingga ke Syurga.

Moga jaja, bahagia dan bertemu pasangan yang diidam-idamkan sebagaimana diri ini yang masih menanti 'putera idamana'. Jika tidak menjumpai, cukuplah cinta Allah swt yang sentiasa dirindui dan dicari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Melakukan kebaikan akan sentiasa diuji~

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ada orang kata, bukan mudah untuk berubah. Ada pula orang kata; nak berubah tunggu seru. Ada yang kata; tak yah nak jadi baik sangat, aku kenal sangat kau tu.

Ada satu hari, Marlina ingin menghadari Usrah GPTD. Ya Allah betapa beratnya hati ini diuji. Terasa sangat malas untuk melangkah kaki ke sana. Tapi, dia langkahkan kakinya menuju ke usrah tersebut. Patutlah, begitu sukarnya untuk dia pergi ke sana kerana disitulah Marlina belajar lebih banyak erti kehidupan ini.

Begitulah beberapa contoh yang saya berikan, apabila kita ingin atau sedang melakukan kebaikan kita akan diuji. Begitu sukarkah untuk melakukan kebaikan? Kebaikan adalah perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Manakala, hati yang akan menggerakkan seseorang itu untuk melakukan kebaikan.

sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam 


jasad ada seketul daging, apabila baik maka 

baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah 

jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Apabila seseorang itu sedang atau ingin melakukan kebaikan hatinya dan dirinya akan diuji. Sabarkah dia atau melatahkah dia apabila diberikan ujian itu. Orang yang diberikan ujian ini, perlu lah bersabar dengan ujian yang diberikan.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al 'Ankabuut;ayat 2-3)

Dalam ayat alquran diatas, Allah swt telah menyatakan cukup jelas, adakah kita katakan kita beriman,sedangkan kita belum diuji. Jika kita seorang yang beriman, apabila kita diuji,kita akan bersabar dengan ujian yang diberikan.

Ini tidak. Apabila diuji, tak nak lagi melakukan kebaikan, tak nak lagi bersolat, tak nak lagi menolong orang lain dan sebagainya.


 Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. (Al 'Ankabuut;ayat 4)

Kita mempunyai pilihan, apabila diuji kita hendak bersabar atau melakukan kejahatan sebab tidak tahan dengan ujian. Orang lain takkan rugi, Allah SWT takkan rugi, yang rugi adalah diri kita sendiri.

Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al 'Ankabuut;ayat 5)

Oleh itu buatlah pilihan yang betul. Jika anda saat ini, sedang melakukan perkara yang betul, iaitu perkara yang diredhai Allah SWT, Apa lagi,jika anda sedang membantu agama Allah SWT, teruskan perjuangan anda. Bersabarlah,bersabarlah,bersabarlah dan teruskan melakukan kebaikan.

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah , niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad; ayat 7)


Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog: http://yummieislam.blogspot.com. EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akhirat atau dunia

Bismillahirahmanirrahim
Assalamu'alaikum



Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (Asy Syuura;ayat 20)




Kehidupan kita ini adalah kehidupan sementara yang Allah bagi pinjam untuk kita. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali apa yang dipinjamkan untuk kita. Bila-bila masa Allah bolehambil nyawa kita, rezeki yang kita miliki, pancaindera kita, anggota badan kita, nikmat sihat kita. 



Namun, banyak manusia yang lupa yang segala nikmat yang diberikan kepada mereka adalah pinjaman. Apabila sesuatu yang dikatakan pinjaman, semuanya perlu dibayar. Bagaimana dengan pinjaman yang Allah berikan? Allah tidak menyuruh kita membayar segala nikmat yang diberikanNya kepada manusia sebaliknya Allah menyuruh kita melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.



Dengan kata lain, Allah swt menyuruh manusia bersyukur dengan segala nikmat yang Allah swt berikan dengan beramal kepadaNya dan meninggalkan laranganNya.



Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Luqman;ayat 12)








Namun, manusia bukan sahaja tidak bersyukur malahan melakukan kemaksiatan kepada Allah swt. Manusia melakukan kerosakkan dimuka bumi, melakukan kejahatan, merosakkan alam, melakukan kezaliman dan penindasan, dan sanggup melakukan apa sahaja atas nama harta benda.

Panduan dan pegangan hidup kita adalah alquran, sunnah Nabi Muhammad SAW dan Ijma Ulamak.In Shaa Allah jika kita mengikuti panduan ini, kita akan berada di atas jalan lurus. Namun begitu ada juga, golongan yang mengambil alquran sebagai dalil untuk menegakkan kebatilan. Mereka mengambil separuh dari kandungan alquran dan meninggalkan separuh lagi. Maka sesatlah golongan itu.


Dalam Surah Asy Syuura, ayat 20; Allah berfirman jika manusia impikan kehidupan akhirat,iaitu kehidupan yang kekal, Allah akan berikan kepada mereka. Manakala golongan yang hanya menginginkan kehidupan dunia sahaja, Allah swt akan berikan hanya untuk dunia sahaja, tiada balasan untuk akhirat.



Ayat ini berkait rapat dengan amalan-amalan yang kita lakukan di muka ini. Jika kita melakukan kebaikan seperti bersedekah, menolong orang lain, berdakwah adalah kerana mencari akhirat iaitu mencari rahmat dan redha Allah swt, InsyaAllah Allah swt akan memberikan balasan (pahala) yang berlipat kali ganda kepada mereka.


Namun, jika segala kebaikan yang dilakukan semata-mata untuk mendapat pujian manusia, tiada lagi balasan(pahala) yang diperolehi. Yang hanya diperolehi adalah pujian manusia kerana itu lah yang dikehendaki oleh si pembuat kebaikan.


Lakukan segala amal soleh untuk mencari cinta, kasih sayang, rahmat dan redha Ilahi. InsyaAllah engkau akan bahagia. Hidup kita ini sekejap sahaja, namun ingat, ingat yang sementara akan diuji dengan ujian, kesenangan, keperitan. Dan kita juga ada musuh yang nyata iaitu syaitan dan juga musuh tersembunyi iaitu manusia yang menyembunyikan kejahatan dalam hati mereka.


Dalm hidup yang serba moden,hidup yang dikelilingi kemasiatan dan  hidup yang dilitupi oleh kejahatan yang dilakukan secara terang-terangan dan tersembunyi oleh manusia. Mohon lah perlindungan dan rahmatnya, moga hidup kita terselamat dan kaki kita tidak tergelincir pada jalana kesesatan.    




Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Dunia hari ini~


Dunia hari ni,


Mengajar diri ini menjadi insan lebih tabah


Mengajar diri ini lebih mendekat pada Allah


Mengajar diri ini hidup berdikari


Mengajar diri ini agar tidak menjauh dari alquran


Mengajar diri ini sentiasa merendah diri


Kerana dunia hari ini terlalu kejam


Kerana dunia hari ini telah banyak menunjukkan tanda2 kiamat

Kerana dunia hari ini terlalu maksiat

Hanya Allah swt yang dapat menyelamatkan insan

Hanya Islam yang dapat menunjukkan diri ini ke jalan yang benar.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Masa depan~


Aku termenung memikirkan masa depan,


Dimanakah aku nanti?


Apakah pekerjaan aku nanti?


Siapakah jodoh aku?


Jiwa Aku tersentap,


Mungkin aku tidak akan pernah sampai saat itu,


Izrail datang mengambil nyawaku sebelum sempat aku melalui saat itu.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Titipan hidayah~


Titipan hidayah
Oleh: Yummie

Marlina berada di padang yang luas sambil memerhatikan burung berkicauan, langit yang tinggi, awan yang bergumpalan. “Subhanallah,betapa indah alam ciptaanMu ya Allah” terdetik dalam hati kecil Marlina.

Marlina sangat gemar memerhatikan alam ciptaan Allah SWT kerana semua itu dapat mendekatkan dirinya kepada Allah swt. Dia adalah seorang gadis yang tidak bersekolah dalam sekolah aliran agama ,hanya bersekolah kebangsaan, namun hidayah Allah swt itu tidak mengira siapa gerangannya.

Marlina bukan sahaja sentiasa membaca alquran dalam kehidupan seharian-harian malahan menghayati dan sedaya upaya mengamalkan suruhan Allah swt yang terkandung dalam qalamNya.
Firman Allah swt:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Ali 'Imran;ayat 190-191)

Subhanallah, ayat alquran ini amat menyentuh hati Marlina. Setiap kali, dia keluar dari rumahnya ,dia akan memerhatikan apa sahaja ciptaan Allah swt di jalanan iaitu binatang-binatang kecil, langit, awan, pokok-pokok. Semua itu dirasakan betapa hebatnya kuasa Allah menciptakan semua itu. Terasa kerdilnya diri ,seorang hamba yang sentiasa melakukan dosa. Matanya ditahan dari melihat perkara-perkara yang diharamkan. Jika matanya terpandang perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh Allah swt,hatinya beristigfar.


Di padang itu, Marlina kembali mengimbau kisah hidupnya 10 tahun yang lalu,ketika itu umurnya semakin menginjak dewasa. Alhamdullilah, Marlina diberi peluang untuk merasa apa yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW iaitu sebagai penternak kambing. Marlina mempunyai beberapa ekor biri-biri ketika itu dan dia yang menjaga biri-biri memandangkan ibunya bekerja di luar.

Tiap-tiap petang Marlina membawa biri-biri ke padang agar biri-biri dapat menikmati rumput yang lebih segar . Disaat ini, Marlina belum mengenal apa erti Islam yang sebenar. Marlina saat itu hanyalah seorang kanak-kanak yang dibesarkan dengan ilmu yang sedikit tentang agama yang dianuti. Apa yang diketahuinya, orang yang beragama islam perlu menunaikan solat 5 waktu, berpuasa, pergi haji. Jika tidak menunaikan solat dan tidak berpuasa akan berdosa. Tapi,dia tak tahu kenapa perlu dilakukan semua itu. Jika dia solat, dia solat kerana apa yang dia pelajari orang Islam perlu solat.

Ketika berada di padang, Marlina sangat gemar memerhatikan gumpalan awan dan langit yang tinggi. Ketika itu, tidak terdetik dihatinya kekuasaan Allah. Apa yang menarik pada Marlina, adalah begitu indahnya alam ini. Betapa indahnya langit yang biru dan gumpalan-gumpalan awan. Marlina mempelajari ilmu agama Islam hanya di sekolah iaitu subjek Pendidikan Islam. 

Ibu bapanya tidak mengajar secara formal tentang Islam. Hanya sekadar nasihat agar solat, hormat orang tua, mengaji alquran, puasa. Marlina tidak pernah membuka satu alquran terjemahan yang lengkap dimana didalamnya terkandung tentang kebesaran Allah swt, suruhan dan laranganNya, kisah-kisah para nabi dan semua aspek kehidupan.

“Alhamdullilah”, Marlina menerbitkan rasa syukur yang terpendam di dalam hatinya. Walaupun dia tidak dibesarkan dalam keluarga yang alim, namun hidayah Allah swt mengetuk hatinya ketika dia berumur 19 tahun. Walaupun begitu, keluarganya masih menerapkan ajaran Islam dalam membesarkan anak-anak iaitu ibu bapa Marlina memastikan Marlina dan kakaknya khatam alquran ketika berusia 13 tahun.

Sebagaimana kisah-kisah muallaf yang mendapat hidayah melalui qalam Allah swt. Tidak banyak yang berbeza hidayah mengetuk hati Marlina iaitu melalui qalam terjemahan. Marlina menemui, membaca,menghayati alquran terjemahan ketika dia berumur 19 tahun. Ketika itu, Marlina menyambung pengajian di Matrikulasi. Surau adalah salah satu tempat yang sentiasa dikunjungi Marlina memandangkan aktiviti-aktiviti ceramah juga sentiasa diadakan oleh pihak pengurusan kolej bagi memastikan para pelajar mempunyai pengisian rohani yang cukup sebelum menjejak kaki ke institut pengajian tinggi.

Marlina masih ingat, semakin direnung dan dihayati qalam Allah, semakin Marlina insaf betapa banyak dosa yang dilakukan dari umurnya baligh sehingga 18 tahun. Titik demi titik air mata Marlina mengalir, hidayah mengetuk hati Marlina. Marlina insaf,kembali kepada Islam yang sebenar.

Alhamdullilah, Marlina sentiasa bersyukur kerana Allah swt memilih dirinya salah seorang yang menerima hidayah itu. Selepas saat itu,Marlina tidak lagi meninggalkan amalan mengaji alquran berserta terjemahan. Sehari ditinggal ibadat ini, hatinya tidak keruan. Dia terlalu merindui qalam Allah beserta ajaran-ajaran,nasihat-nasihat,larangan-larangan, janji Syurga, Kebesaran-kebesaran Allah swt, dan semua apa yang terkandung didalamnya.

Marlina tidak sedar yang dia telah jatuh cinta pada qalam Allah swt. Apalagi pada Penciptanya iaitu Allah swt. Marlina dibesarkan dalam keluarga yang diuji dimana ibu bapa Marlina berpisah sedari dia berumur 12 tahun. Marlina menginjak dewasa tanpa kasih sayang sebenar seorang ayah. Apalagi Marlina seorang anak perempuan. Tercetus rasa cemburu apabila seringkali mendengar cerita daripada sahabat handai menceritakan betapa akrabnya mereka dengan bapa kandung mereka.

Marlina hanya insan biasa. Fitrah seorang anak ingin disayangi oleh darah dagingnya. Marlina beristigfar, tidak ingin syaitan menguasai sekeping hati dimana tempat jatuh pandangan Allah swt.

Kehidupan yang dilalui Marlina membuatkan dirinya berusaha mencari cinta yang abadi. Marlina sedar, cinta insan adakala menyakitkan. Marlina tersedar yang selama ini ,dirinya telah jatuh cinta pada Pencipta dirinya kerana itu dia sangat menyintai qalam Allah SWT. Satu perkara yang adakala buat dirinya lupa dan lalai, godaan syaitan untuk menyesatkan dirinya. Tidak sempurna cintanya pada Allah swt jika dirinya tidak menyintai Rasullulah SAW. “Subhanallah, terima kasih Allah swt” ucap Marlina di bibirnya kerana Allah swt memperingatkan Marlina melalui program-program yang diikuti, buku-buku agama yang dibaca ,tazkirah dalam tv dan tazkirah sahabat-sahabat di facebook.

Meningkat umur ,Marlina sedar yang dirinya memerlukan pengdamping  dirinya iaitu pasangan halal buat dirinya. Namun, Allah swt menentukan apa yang terbaik untuk dirinya. Walaupun umur Marlina semakin meningkat, Allah menentukan belum tiba masanya Marlina mendirikan rumahtangga.

Marlina terus berusaha membuktikan cintanya kepada Allah swt dengan berdakwah dijalan Allah swt, bertahajjud, solat sunat taubat, solat istikarah, melakukan kebaikan ,melakukan segala suruhan Allah swt dan meninggalkan laranganNya. Marlina yakin pada janji Allah swt, insan yang baik adalah untuk orang yang baik juga.

Walaupun umurnya semakin meningkat, marlina terima dan redha di atas segala ketentuan Allah swt buat dirinya kerana dia yakin ,Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda  sains (Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri, Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel.
 Lawati blog http://yummieislam.blogspot.com . EMEL:yummie_mariam@yahoo.com 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Hati yang bahagia~


Sebuah hati yang bahagia

Oleh: Maryam

Alhamdullilah. Kali ini,saya akan membicarakan intipati artikel yang bertajuk sebuah hati yang bahagia. Sebelum saya pergi jauh pada isi-isi utama tajuk kali ini,saya ingin mengemukan soalan pada kalian. Siapakah orang yang mempunyai hati yang bahagia? Adakah orang yang memiliki harta yang melimpah ruah atau seorang ibu yang baru melahirkan anak atau boleh jadi, remaja yang baru berpacaran.

Kalau pada pandangan kalian, orang yang mempunyai hati yang bahagia adalah mempunyai harta yang melimpah ruah. Bagi saya,jawapan anda adalah kurang tepat.Kenapa saya berkata sedemikian? Cuba anda lihat berapa ramai orang yang kaya-raya, namun hidup mereka tidak bahagia. Isteri mereka curang,anak-anak mereka sentiasa ke pusat hiburan tiap-tiap malam. Adakah mereka mempunyai sekeping hati yang bahagia dengan anak-anak dan isteri-isteri yang begitu? Walaupun mereka hidup dalam suasana kemewahan dengan tinggal di dalam rumah yang gah ,seperti istana dan tiap-tiap hari makan makanan yang enak-enak.

Ada sepasang suami isteri yang hidup begitu sederhana, rumah yang sederhana,makan makanan yang biasa-biasa sahaja. Namun, mereka mempunyai hati yang bahagia kerana mereka mempunyai anak-anak yang baik dan taat kepada mereka,jauh sekali untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan isteri yang setia. Mereka mempunyai sekeping hati yang bahagia, walaupun hidup bersederhana,kerana mereka hidup dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.

Mengikut definisi dalam Kamus Dewan, edisi ketiga, bahagia bermaksud: “suasana senang dan aman, aman damai, serta gembira”.Bagaimana untuk merealisasi erti bahagia yang dimaksudkan dalam Kamus Dewan iaitu suasana senang dan aman serta bahagia? Bagaimana untuk mempunyai hati yang senang dan damai sepanjang masa dalam hidup yang penuh pancaroba ini?

Bahagia hanya akan kita capai apabila kita mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah dan yakin pada hari kebangkitan . Apa yang diertikan ‘mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah’. Ertinya,kita sentiasa mendekatkan diri pada Allah, sentiasa istiqamah memperbanyakkan amalan di dunia ini. Allah s.w.t menyukai hamba-hambaNya yang sentiasa melakukan amalan kebajikan. Apabila Allah suka pada kita pastilah,Allah akan menurunkan kebahagian dalam hati kita kerana Dia yang memiliki dan berhak memberi kebahagian kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Kita sebagai hamba,hanya boleh berusaha mendekat Allah dengan memperbanyakkan amalan.Amalan disini,boleh diertikan dalam konteks yang luas.

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.( Ali 'Imran;ayat 57)

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.( Al Baqarah;ayat 177)

Berdasarkan firman Allah di atas, amalan beerti ,kita sentiasa melakukan kebajikan dan kebaikan. Amalan bagi sesetengah pemikiran umat islam adalah hanya solat, mengaji alquran,berzikir dan ibadat –ibadat khusus lain. Tidak,sebaliknya apa-apa sahaja kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan di muka bumi ini dikira sebagai amalan. Apabila kita buat kebaikan pada orang lain,itu juga dikira amalan kita.

Namun ,perlu kita ingat dan ikhlaskan,segala amalan yang kita lakukan adalah kerana Allah, bukan kerana pangkat, wanita dan sebagainya. Islam amat mementingkan keikhlasan. Seorang pemuda yang mati dalam medan peperangan,namun perginya dalam medan perang kerana seorang wanita, akhirnya amalan syahidnya tidak diterima oleh Allah.Oleh kerana itu,amat penting dalam menjaga keikhlasan hati kita dalam melakukan kebaikan dan kebajikan di muka bumi ini.

Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang saleh karena memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al Maa'idah;ayat 93)

Kenapa saya menafsirkan orang yang bahagia adalah orang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah dan yakin pada hari kebangkitan? Segala persoalan yang saya kemukan ini berkaitan dengan diri anda .Semua pembaca yang sedang membaca artikel saya sekarang, mempunyai sekeping hati dan hanya anda tahu,adakah bahagia atau tidak hati anda. 

Anda semestinya boleh menjawab soalan saya,bagaimana keadaan hati anda jikalau hidup anda sentiasa melanggar hukum Allah dan meninggalkan suruhanNya dan masih belum bertaubat atas dosa-dosa tersebut. Pasti saat ini,insan yang sedemikian,hatinya sentiasa memberontak terutama apabila menghadapi pelbagai ujian dalam kehidupan. Dia juga akan sentiasa mempertikaikan dan tidak berpuas hati dengan nikmat yang Allah kurniaankan padanya. Tidak pernah juga rasa cukup dengan segala apa yang ada pada dirinya. Saya akan huraikan persoalan saya dengan jawapan yang logik dimana anda boleh berfikir dengan nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita,iaitu akal yang sihat.

Secara logik, seorang perompak yang melakukan rompakan,dan dia mengetahui bahawa perbuatannya adalah salah dan berdosa. Adakah anda rasa,dia akan bahagia? Pasti tidak. pertama sekali,ini kerana dia telah melakukan kejahatan. Dia telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah kerana merampas hak orang lain. Itu beerti,dia telah jauh daripada Allah swt. Kedua,apabila melakukan kejahatan,pasti hatinya sentiasa resah kerana takut-takut akan ditangkap polis. Ketiga,pastinya orang yang dirompak akan mendoakan ‘kemudaratan’ ke atas perompak tersebut. Oleh itu,orang tersebut telah jauh daripada Allah s.w.t dan tidak mempunyai hati yang bahagia atas beberapa sebab yang disenaraikan di atas. Oleh itu,secara logik akal kita boleh lihat,orang yang jauh pada Allah,tidak akan mempunyai hati yang bahagia.
Saya bagi contoh yang lebih ‘biasa’ diabaikan oleh orang Islam hari ini,iaitu solat lima waktu. Pada pandangan anda,adakah dia akan mempunyai hati yang bahagia apabila sentiasa meninggalkan solat lima waktu? Jawapan saya adalah tidak. Kenapa? Cuba kita bawa pandangan kita ,pada apa yang berlaku pada hari ini,di dalam negara kita dimana begitu banyak sekali kemaksiatan dan jenayah yang dilakukan oleh bangsa melayu .

Bila disebut bangsa melayu ,itu beerti, mereka beragama Islam. Impak yang lebih besar,orang yang bukan beragama Islam memandang serong pada Islam atas kemaksiatan dan jenayah yang dilakukan oleh bangsa melayu yang beragama Islam ini. Saya bagi contoh yang paling membimbangkan semua rakyat negara ini,iaitu isu pembuangan bayi dimana tiada jalan penyelesaian sehingga ke hari ini. Jadi,pada pandangan anda yang mempunyai kefahaman Islam yang baik,kenapa semua itu terjadi?

Kerana hati mereka tidak bahagia dimana mereka mempunyai hubungan yang ampuh dengan Allah. Saya yakin,100% yakin ,bahawa kebanyakkan remaja yang terlibat dengan gejala pembuangan bayi adalah remaja yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi,balik kepada persoalan kita,wajarlah apa yang saya perkatakan orang yang meninggalkan solat lima waktu tidak mempunyai hati yang bahagia.

Alhamdullilah,sekarang saya akan huraikan dengan lebih terperinci tajuk ini,iaitu sebuah hati yang bahagia. Allah s.w.t adalah Tuhan kita,Tuhan yang menciptakan alam ini.Tuhan yang Maha Mengetahui,dimana Allah mengetahui sehelai daun yang jatuh,seeekor ulat yang berada di dalam batu, apa-apa sahaja yang berada di dalam lautan. Jadi tidak mustahil lah dan tidak ada apa pun yang boleh membantah, jika saya menyatakan orang yang mempunyai hati yang bahagia adalah orang yang sentiasa mendekatkan diri pada Allah s.w.t.

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)".( Al An'aam;ayat 59)

Saya bagi satu contoh,dimana anda boleh berfikir dengan akal yang sihat. Apabila kita berada selalu disamping seseorang yang amat-amat berkuasa,dan sangat hebat dan handal dalam seni mempertahankan diri. Dia mempunyai kuasa yang tiada tandingan,dan tiada siapa yang dapat melawannya. Adakah anda akan rasa sentiasa aman dan bahagia disampingnya? Dia sentiasa melindungi anda di mana saja anda pergi. Dia juga dapat memberikan apa sahaja yang anda minta. Adakah anda akan rasa bahagia jika dia sentiasa disamping anda? Pasti jawapan anda ya. 

Contoh di atas adalah satu contoh logikal agar anda boleh bayangkan sesuatu yang biasa anda hadapi dalam hidup harian anda. Jadi,benarlah apa yang saya perkatakan, bahawa cara terbaik untuk mempunyai sekeping hati yang bahagia adalah dengan mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah s.w.t. 

Allah adalah satu kuasa yang tiada tandingan jauh lebih hebat daripada contoh yang saya beri diatas, Dia mempunyai 99 asma ul husna, Dia Maha Bijaksana, Dia Maha Mengabulkan doa, Dia Maha pengampun, Dia Maha Penyayang. Dia mampu memberikan apa sahaja yang kalian minta. Di saat kalian menghadapi kebuntuan dalam kehidupan,keputus asaan,kalian mengangkat tangan dan berdoa pada Allah. 

Dalam selang waktu masa,akhirinya masalah kebuntuan yang dihadapi dalam hidup hilang dan dapat diselesaikan. Adakah hati anda tidak akan bahagia bila dekat dengan kuasa yang begitu hebat? Jawapan saya adalah ya. Anda boleh bagi jawapan anda sendiri,namun ikhlas lah dengan sendiri. Saya yakin,dengan akal yang sihat yang Allah s.w.t kurniakan pada kalian,jawapan anda juga sama sebagaimana jawapan yang diberi oleh saya.

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus ;ayat 12)

Kehidupan ini adalah satu kehidupan dimana bukan kesenangan sahaja yang kita sentiasa hadapi. Namun kehidupan ini  akan diseliti dan diuji dengan masalah,ujian ,dugaan keperitan dan sebagainya.Allah s.w.t tidak memerlukan kalian namun kalian,kita memerlukan Allah.Oleh itu,jalan terbaik untuk mempunyai sekeping hati yang bahagia, adalah mendekatkan diri pada Allah. Jika kita diuji dengan ujian yang berat,namun kita tetap bahagia kerana kita tahu dan yakin,apa yang Allah uji adalah sebuah ujian keimanan dan jika kalian bersabar dengan ujian tersebut,kita memperoleh pahala yang berlipat kali ganda.

Apabila Allah beri kita nikmat,kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah tersebut. Kita tidak berbangga diri dan tidak berlaku sombong, Allah tambahkan lagi kurnianya dan orang lain juga tidak sakit hati pada kita. Dengan itu,kita akan sentiasa mempunyai hati yang sentiasa bahagia dalam keperitan, kesenangan, ujian maupun kesusahan.

Persoalan bagaimana untuk mendekatkan pada Allah? Telah saya huraikan di atas iaitu memperbanyakkan amalan kepada Allah dengan istiqamah melakukan dan kebajikan di atas muka bumi ini.

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.( Ar Ra'd;ayat 28-29)

Akhir kalam,alhamdullilah akhirnya dapat saya siapkan artikel yang serba kekurangan ini. Moga kita sama-sama mempunyai hati yang bahagia dengan istiqamah mendekatkan diri kita pada Allah. InsyaAllah,ikhlaskan semua amalan kebajikan yang kita lakukan kerana Allah.Mari kita sentiasa mendirikan solat sunat taubat, kerana kadang-kala kita tidak sedar kita telah melakukan dosa yang mengundang kemurkaan Allah pada kita. Semoga kita sentiasa memperoleh keampunan,hidayah,redha dan kasih sayang Allah .

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages