Sebuah hati yang bahagia
Oleh: Maryam
Alhamdullilah. Kali ini,saya akan
membicarakan intipati artikel yang bertajuk sebuah hati yang bahagia. Sebelum
saya pergi jauh pada isi-isi utama tajuk kali ini,saya ingin mengemukan soalan
pada kalian. Siapakah orang yang mempunyai hati yang bahagia? Adakah orang yang
memiliki harta yang melimpah ruah atau seorang ibu yang baru melahirkan anak
atau boleh jadi, remaja yang baru berpacaran.
Kalau pada pandangan kalian, orang yang mempunyai hati
yang bahagia adalah mempunyai harta yang melimpah ruah. Bagi saya,jawapan anda
adalah kurang tepat.Kenapa saya berkata sedemikian? Cuba anda lihat berapa ramai
orang yang kaya-raya, namun hidup mereka tidak bahagia. Isteri mereka
curang,anak-anak mereka sentiasa ke pusat hiburan tiap-tiap malam. Adakah
mereka mempunyai sekeping hati yang bahagia dengan anak-anak dan isteri-isteri
yang begitu? Walaupun mereka hidup dalam suasana kemewahan dengan tinggal di
dalam rumah yang gah ,seperti istana dan tiap-tiap hari makan makanan yang
enak-enak.
Ada sepasang suami isteri
yang hidup begitu sederhana, rumah yang sederhana,makan makanan yang biasa-biasa
sahaja. Namun, mereka mempunyai hati yang bahagia kerana mereka mempunyai
anak-anak yang baik dan taat kepada mereka,jauh sekali untuk melakukan perkara
yang ditegah oleh agama dan isteri yang setia. Mereka mempunyai sekeping hati
yang bahagia, walaupun hidup bersederhana,kerana mereka hidup dalam ketaatan
kepada Allah s.w.t.
Mengikut definisi dalam Kamus Dewan, edisi ketiga, bahagia bermaksud: “suasana
senang dan aman, aman damai, serta gembira”.Bagaimana untuk merealisasi erti
bahagia yang dimaksudkan dalam Kamus Dewan iaitu suasana senang dan aman serta
bahagia? Bagaimana untuk mempunyai hati yang senang dan damai sepanjang masa
dalam hidup yang penuh pancaroba ini?
Bahagia hanya akan kita capai apabila
kita mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah dan yakin pada hari kebangkitan
. Apa yang diertikan ‘mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah’. Ertinya,kita
sentiasa mendekatkan diri pada Allah, sentiasa istiqamah memperbanyakkan amalan
di dunia ini. Allah s.w.t menyukai hamba-hambaNya yang sentiasa melakukan
amalan kebajikan. Apabila Allah suka pada kita pastilah,Allah akan menurunkan
kebahagian dalam hati kita kerana Dia yang memiliki dan berhak memberi
kebahagian kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Kita sebagai hamba,hanya
boleh berusaha mendekat Allah dengan memperbanyakkan amalan.Amalan disini,boleh
diertikan dalam konteks yang luas.
Adapun
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, maka Allah
akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan
Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.( Ali 'Imran;ayat 57)
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur
dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah
beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi
dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim,
orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang
meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan
menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji,
dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan.
Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang
yang bertakwa.( Al
Baqarah;ayat 177)
Berdasarkan firman Allah di
atas, amalan beerti ,kita sentiasa melakukan kebajikan dan kebaikan. Amalan bagi sesetengah
pemikiran umat islam adalah hanya solat, mengaji alquran,berzikir dan ibadat
–ibadat khusus lain. Tidak,sebaliknya apa-apa sahaja kebaikan dan kebajikan yang
kita lakukan di muka bumi ini dikira sebagai amalan. Apabila kita buat kebaikan
pada orang lain,itu juga dikira amalan kita.
Namun ,perlu kita ingat dan
ikhlaskan,segala amalan yang kita lakukan adalah kerana Allah, bukan kerana
pangkat, wanita dan sebagainya. Islam amat mementingkan keikhlasan. Seorang
pemuda yang mati dalam medan peperangan,namun perginya dalam medan perang
kerana seorang wanita, akhirnya amalan syahidnya tidak diterima oleh Allah.Oleh
kerana itu,amat penting dalam menjaga keikhlasan hati kita dalam
melakukan kebaikan dan kebajikan di muka bumi ini.
Tidak
ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang saleh karena
memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta
beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, kemudian mereka tetap bertakwa
dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan
Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al Maa'idah;ayat 93)
Kenapa saya menafsirkan orang yang bahagia adalah orang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah dan yakin pada hari kebangkitan? Segala persoalan yang saya kemukan ini berkaitan dengan diri anda .Semua pembaca yang sedang membaca artikel saya sekarang, mempunyai sekeping hati dan hanya anda tahu,adakah bahagia atau tidak hati anda.
Kenapa saya menafsirkan orang yang bahagia adalah orang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah dan yakin pada hari kebangkitan? Segala persoalan yang saya kemukan ini berkaitan dengan diri anda .Semua pembaca yang sedang membaca artikel saya sekarang, mempunyai sekeping hati dan hanya anda tahu,adakah bahagia atau tidak hati anda.
Anda semestinya boleh menjawab soalan
saya,bagaimana keadaan hati anda jikalau hidup anda sentiasa melanggar hukum
Allah dan meninggalkan suruhanNya dan masih belum bertaubat atas dosa-dosa
tersebut. Pasti saat ini,insan yang sedemikian,hatinya sentiasa memberontak
terutama apabila menghadapi pelbagai ujian dalam kehidupan. Dia juga akan
sentiasa mempertikaikan dan tidak berpuas hati dengan nikmat yang Allah
kurniaankan padanya. Tidak pernah juga rasa cukup dengan segala apa yang ada
pada dirinya. Saya akan huraikan persoalan saya dengan jawapan yang logik dimana anda boleh berfikir dengan nikmat yang Allah anugerahkan kepada
kita,iaitu akal yang sihat.
Secara logik, seorang perompak yang melakukan
rompakan,dan dia mengetahui bahawa perbuatannya adalah salah dan berdosa. Adakah
anda rasa,dia akan bahagia? Pasti tidak. pertama sekali,ini kerana dia telah
melakukan kejahatan. Dia telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah kerana
merampas hak orang lain. Itu beerti,dia telah jauh daripada Allah swt. Kedua,apabila
melakukan kejahatan,pasti hatinya sentiasa resah kerana takut-takut akan
ditangkap polis. Ketiga,pastinya orang yang dirompak akan mendoakan
‘kemudaratan’ ke atas perompak tersebut. Oleh itu,orang tersebut telah jauh
daripada Allah s.w.t dan tidak mempunyai hati yang bahagia atas beberapa sebab yang
disenaraikan di atas. Oleh itu,secara logik akal kita boleh lihat,orang yang
jauh pada Allah,tidak akan mempunyai hati yang bahagia.
Saya bagi contoh yang lebih ‘biasa’
diabaikan oleh orang Islam hari ini,iaitu solat lima waktu. Pada pandangan
anda,adakah dia akan mempunyai hati yang bahagia apabila sentiasa meninggalkan
solat lima waktu? Jawapan saya adalah tidak. Kenapa? Cuba kita bawa pandangan kita
,pada apa yang berlaku pada hari ini,di dalam negara kita dimana begitu banyak
sekali kemaksiatan dan jenayah yang dilakukan oleh bangsa melayu .
Bila disebut
bangsa melayu ,itu beerti, mereka beragama Islam. Impak yang lebih besar,orang
yang bukan beragama Islam memandang serong pada Islam atas kemaksiatan dan
jenayah yang dilakukan oleh bangsa melayu yang beragama Islam ini. Saya bagi
contoh yang paling membimbangkan semua rakyat negara ini,iaitu isu pembuangan
bayi dimana tiada jalan penyelesaian sehingga ke hari ini. Jadi,pada pandangan
anda yang mempunyai kefahaman Islam yang baik,kenapa semua itu terjadi?
Kerana
hati mereka tidak bahagia dimana mereka mempunyai hubungan yang ampuh dengan
Allah. Saya yakin,100% yakin ,bahawa kebanyakkan remaja yang terlibat dengan
gejala pembuangan bayi adalah remaja yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi,balik
kepada persoalan kita,wajarlah apa yang saya perkatakan orang yang meninggalkan
solat lima waktu tidak mempunyai hati yang bahagia.
Alhamdullilah,sekarang saya akan
huraikan dengan lebih terperinci tajuk ini,iaitu sebuah hati yang bahagia. Allah s.w.t
adalah Tuhan kita,Tuhan yang menciptakan alam ini.Tuhan yang Maha
Mengetahui,dimana Allah mengetahui sehelai daun yang jatuh,seeekor ulat yang
berada di dalam batu, apa-apa sahaja yang berada di dalam lautan. Jadi tidak
mustahil lah dan tidak ada apa pun yang boleh membantah, jika saya menyatakan
orang yang mempunyai hati yang bahagia adalah orang yang sentiasa mendekatkan
diri pada Allah s.w.t.
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua
yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia
mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang
gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun
dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan
tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)".( Al An'aam;ayat 59)
Saya bagi satu contoh,dimana anda
boleh berfikir dengan akal yang sihat. Apabila kita berada selalu disamping
seseorang yang amat-amat berkuasa,dan sangat hebat dan handal dalam seni
mempertahankan diri. Dia mempunyai kuasa yang tiada tandingan,dan tiada siapa
yang dapat melawannya. Adakah anda akan rasa sentiasa aman dan bahagia disampingnya? Dia
sentiasa melindungi anda di mana saja anda pergi. Dia juga dapat memberikan apa
sahaja yang anda minta. Adakah anda akan rasa bahagia jika dia sentiasa
disamping anda? Pasti jawapan anda ya.
Contoh di atas adalah satu contoh logikal agar anda boleh bayangkan sesuatu yang biasa anda hadapi dalam hidup
harian anda. Jadi,benarlah apa yang saya perkatakan, bahawa cara terbaik untuk mempunyai
sekeping hati yang bahagia adalah dengan mempunyai hubungan yang dekat dengan
Allah s.w.t.
Allah adalah satu kuasa yang tiada tandingan jauh lebih hebat daripada contoh yang saya beri diatas, Dia
mempunyai 99 asma ul husna, Dia Maha Bijaksana, Dia Maha Mengabulkan doa, Dia Maha
pengampun, Dia Maha Penyayang. Dia mampu memberikan apa sahaja yang kalian
minta. Di saat kalian menghadapi kebuntuan dalam kehidupan,keputus asaan,kalian
mengangkat tangan dan berdoa pada Allah.
Dalam selang waktu masa,akhirinya masalah
kebuntuan yang dihadapi dalam hidup hilang dan dapat diselesaikan. Adakah hati
anda tidak akan bahagia bila dekat dengan kuasa yang begitu hebat? Jawapan saya
adalah ya. Anda boleh bagi jawapan anda sendiri,namun ikhlas lah dengan
sendiri. Saya yakin,dengan akal yang sihat yang Allah s.w.t kurniakan pada
kalian,jawapan anda juga sama sebagaimana jawapan yang diberi oleh saya.
Dan
apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,
duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia
(kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa
kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah
orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
(Yunus ;ayat 12)
Kehidupan ini adalah satu
kehidupan dimana bukan kesenangan sahaja yang kita sentiasa hadapi. Namun
kehidupan ini akan diseliti dan diuji
dengan masalah,ujian ,dugaan keperitan dan sebagainya.Allah s.w.t tidak
memerlukan kalian namun kalian,kita memerlukan Allah.Oleh itu,jalan terbaik
untuk mempunyai sekeping hati yang bahagia, adalah mendekatkan diri pada Allah. Jika
kita diuji dengan ujian yang berat,namun kita tetap bahagia kerana kita tahu
dan yakin,apa yang Allah uji adalah sebuah ujian keimanan dan jika kalian bersabar
dengan ujian tersebut,kita memperoleh pahala yang berlipat kali ganda.
Apabila
Allah beri kita nikmat,kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah
tersebut. Kita tidak berbangga diri dan tidak berlaku sombong, Allah tambahkan
lagi kurnianya dan orang lain juga tidak sakit hati pada kita. Dengan itu,kita
akan sentiasa mempunyai hati yang sentiasa bahagia dalam keperitan, kesenangan,
ujian maupun kesusahan.
Persoalan bagaimana untuk
mendekatkan pada Allah? Telah saya huraikan di atas iaitu memperbanyakkan amalan
kepada Allah dengan istiqamah melakukan dan kebajikan di atas muka bumi ini.
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati
mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan
beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.( Ar Ra'd;ayat 28-29)
Akhir kalam,alhamdullilah
akhirnya dapat saya siapkan artikel yang serba kekurangan ini. Moga kita
sama-sama mempunyai hati yang bahagia dengan istiqamah mendekatkan diri kita
pada Allah. InsyaAllah,ikhlaskan semua amalan kebajikan yang kita lakukan kerana
Allah.Mari kita sentiasa mendirikan solat sunat taubat, kerana kadang-kala kita
tidak sedar kita telah melakukan dosa yang mengundang kemurkaan Allah pada
kita. Semoga kita sentiasa memperoleh keampunan,hidayah,redha dan kasih sayang
Allah .
Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda
dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut
dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti
Selangor.Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com
.EMEL:yummie_mariam@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment