RSS

Motivasi ibadat

Cinta adalah perkara yg paling memotivasikan.

Pasangan yang sedang belajar mengambil keputusan bernikah, jika mereka benar-benar fokus pada pelajaran,mereka mampu memperoleh kejayaan yg cemerlang kerana mereka punya pasangan halal yang saling-menyayangi,memotivasi-kan dan tempat meluah perasaan.

Namun, ada satu perkara yang ingin saya kongsikan iaitu perasaan cinta yang memotivasikan dalam beribadat. Jiwa yang tiada perasaan cinta akan sunyi dan sepi. Namun, orang yang beriman jika mereka bersendirian sekalipun, hatinya takkan sunyi dan sepi kerana dia punya cinta Allah SWT. In shaa Allah.

Kadang-kala, kita bertanya pada diri. Untuk apa, aku beribadat? Iya, jawapan-nya kerana memang tugas kita sebabagi hamba Allah beribdat kepada-Nya. Namun ada satu perkara, iaitu cinta. 




Disini, saya serta-kan 2 hadis yang berkait rapat dengan beribadat membawa diri kita kepada cinta Allah SWT.

"Wahai anak, sy hendak mengajarimu beberapa kalimah: Jagalah Allah nescaya Allah menjagamu;jagalah Allah nescaya engkau mendapatiNya bersamamu;jika engkau meminta,mintalah kpd Allah;jika engkau meminta tolong,mintalah tolong kpd Allah. Ketahuilah bahawasanya,jika umat manusia bersatu utk memberimu manfaat dgn sesuatu,mrk tidak dpt melakukannya kecuali dgn sesuatu yg Allah telah tetapkan bagimu dan jika mereka bersatu utk mencelakakanmu dgn sesuatu,mrk tidak dpt melakukannya kecuali dgn sesuatu yg telah Allah tetapkan bagimu."
(Riwayat Ahmad no.2660, al-Tirmizi no.2516 dan al-Hakim no.6302)

Dalam riwayat selain Imam al-Tirmizi disebutkan:

"Jagalah Allah nescaya engkau mendapati-nya dihadapanmu;kenali-lah Allah pada waktu lapang nescaya Dia mengenalimu pd waktu kesusahan. Ketahui-lah,bahawa apa yg luput daripdmu tidak bakal mengenaimu,dan apa yg mengenaimu tidak bakal luput daripdmu. Ketahuilah bahawa bersama kesabaran ada kemenangan; bersama kesusahan ada jalan keluar dan bersama kesulitan ada kemudahan.

Kata orang; tak kenal maka tak cinta.

Kenali-lah Allah, nescaya engkau akan merasa takut kehilangan cinta-nya dan engkau YAKIN HANYA DGN CINTA-NYA, Engkau akan punya cinta lain yg akan membahagiakan kerana Dia yg memberikan cinta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Erti kemiskinan

Bismillah

Disini saya kepilkan petikan buku ISLAM dan MELAYU karangan Ustaz Siddiq Fadzil.

Dalam sejarah pemikiran Melayu,isu taghyir al-nufus adalah antara tema besar wacana keintelektualan dan politik bangsa. Za'aba (1895-1974),ilmuwan-pemikir Melayu yg serius dan tajam,merumuskan masalah umat Melayu dalam satu kata, "miskin". Yang dimaksudkannya dengan "kemiskinan" dalam konteks ini adalah kemiskinan yang bersifat multidimensional: kemiskinan moral dan material, kemiskinan intelektual dan spiritual. Demikianlah yang dapat ditangkap dari kata-katanya:

Kemiskinan itulah sifatnya yg terlebih sangat lengkap dan nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannya dan ialah juga sebesar-besar kekurangan yang menjadikan mereka kalah atau ketinggalan di belakang dalam perlumbaan kemajuan. Miskin pada wang ringgit dan harta benda,miskin pada hemat dan cita-cita,miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan,miskin pada alat-alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat-sifat keperangaian yg tinggi mulia-jadilah mereka tak dapat tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam prjalanan bangsa-bangsa.


                                    (Ungku A.Aziz, 1975; 43-44)

gambar hiasan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidupku

Bismillah

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yg Allah kurniakan kpd kita, sekecil-kecil nikmat sehingga sebesar-besar nikmat. Terlalu banyak nikmat yg dianugerahkan kepada kita; mata yg dapat melihat, hidung yg dapat kita brnafas, telinga yg kita dapat mendengar, mulut yg dapat kita makan dan brcakap, lidah yg dapat kita merasa, kaki yg dapat kita brjalan, tangan yg dapat kita bekerja ,udara yg segar dan nikmat yg terbesar adalah nikmat Iman dan Islam. Beruntunglah siapa yg memperolehi nikmat iman dan Islam kerana saat dunia akhir zaman ini, tidak ramai yg memilih jalan ini.

Alhamdulillah, saat ini, ada rezeki pendapatan untuk saya menyara diri sendiri yang kerdil ini dan sedikit sumbangan buat ibu dapat disumbngkan setelah bertahun-tahun hidup dalam pendapatan yang tidak menentu. Sekarang bermula perancangan untuk masa depan; menyambung master, target tamat master dan jika ada rezeki menyambung phd. Ada juga perancangan utk mendirikan rumahtangga. Namun, siapa-lah diri ini untuk mengatakan saya pasti akan bernikah saat ini dan saat itu. Buat masa sekarang, hanya merancang. Sebaik-baik perancangan kita, lebih baik dan TERBAIK adalah perancangan Allah SWT.

Saya telah berkongsi pengalaman saya mencari perkerjaan dengan pointer yang kurang memuaskan selepas tamat belajar di UPM.

http://yummieislam.blogspot.com/2013/07/impian-yang-bakal-menjadi-kenyataan.html


Alhamdulillah selepas saya tamat belajar di UNISEL, saya telah mendapat tawaran kerja sebelum saya tamat praktikal. Alhamdulillah, peluang pekerjaan itu sentiasa diberikan dengan izin Allah SWT. Walaupun saya tidak capai target untuk konvo dengan 3.50 namun saya redha. Inshaa Allah, ada hikmah disebalik semua-nya. CGPA saya hampir dengan 3.50. Alhamdulillah.


In shaa Allah, sekarang saya bekerja sebagai Pembantu Penyelidik dengan pendapatan bulanan yang tidak terlalu mewah,namun cukup untuk menyara diri sendiri dengan taraf hidup yang tidak terlalu tinggi kerana tinggal dalam IPTA. Saya akan menyambung master dalam bidang bioteknologi. Soal rezeki saya pada masa hadapan, saya bertawakkal pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah yang memberikan rezeki buat setiap hamba-hambaNya. Saya telah berusaha untuk merubah kehidupan saya agar lebih baik berbanding sebelum-nya; setelah berusaha, berdoa dan letakkan tawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT. In shaa Allah, Allah akan membantu.

Semua perkongsiaan moga dapat dijadikan panduan buat sesiapa sahaja yang sedang menjalani kehidupan ini. Buat adik-adik yang masih belajar, ambil-lah peluang yang berada di depan mata dengan belajar bersungguh-sungguh agar konvo dengan pointer yang cemerlang. In shaa Allah, peluang pekerjaan akan sentiasa diberikan kepada fresh graduate yang tamat belajar dengan pointer yg cemerlang. Selain itu, adik-adik juga perlu libatkan diri dengan mana-mana persatuan dan menyertai program-program yang dianjurkan oleh universiti untuk memperoleh ilmu-ilmu yang tidak diperolehi dalam kelas. Rugi jika konvo dengan pointer yang tinggi namun gagal membuktikan diri cemerlang ketika menghadiri interview kerana kurang soft skill.

 Apa yang kita lakukan di dunia ini, apa yang paling penting adalah "apa tujuan kita melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan kita". Walaupun sebelumnya, sukar saya memperoleh pekerjaan, namun semua itu mematangkan saya dan jika saya tak hadapi-nya, saya tidak dapat berkongsi dengan adik-adik dan memberi dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh.

Tanamkan cita-cita untuk jadi seorang umat Islam yang berjaya dunia dan akhirat. Apabila ramai orang Islam yang berjaya, mereka secara tidak langsung tidak memandang rendah akan Islam. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~KehendakNya~


Bismillah.

Berapa ramai pasangan yang couple bertahun-tahun, akhirnya berpisah. Manakala ada yang couple dengan orang lain dan akhirnya brnikah dgn orang lain. Kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukan segala-galanya.


Bukan kita yang menetapkan kehendak kita, namun kita HANYA menjalani apa YANG DIHENDAKI oleh Allah SWT. Jika kita ditimpa ujian dengan KEHENDAK ALLAH SWT, bersabarlah kerana balasan bagi orang yg bersabar adalah syurga.

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal, (yaitu) yang bersabar dan bertawakkal kepada Tuhannya. (Al 'Ankabuut;ayt 58-59)

Soal jodoh, rezeki dan ajal maut, semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, kita wajib berusaha dalam menjalani kehidupan ini. Dan apa yg Allah SWT nilai adalah SEBANYAK MANA usaha yang telah kita lakukan.

Oleh itu, tidak perlu risau tentang jodoh, harta dan ajal maut kerana semuanya telah ditentukan. Apa yg kita perlu teliti, muhasabah dan telusuri adalah banyak mana usaha yang kita telah lakukan untuk capai kehendak kita (terutama PERKARA-PERKARA KEBAIKAN), bukan Allah SWT nilai pada hasilnya.

In shaa Allah, moga sedikit usaha yang kita lakukan IKHLAS KERANA ALLAH SWT (mencari keredhaan Allah SWT), bisa diterima oleh Allah SWT dan syurga tempat tinggal kita di sana nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BOLA vs Qadar dan Qadar




Bismillah

Apa yg kita boleh belajar daripada BOLA adalah setiap yang menang, tidak akan menang selama-lamanya. Begitu juga yang kalah, tidak akan kalah selama-lamanya. Itulah yg dinamakan qada' dan qadar. Masing-masing telah berusaha; yang kalah maupun yang menang.

Namun, ada satu perkara yg mendahului dari perkara tersebut iaitu qada' dan qadar. Kecewa itu lumrah apabila gagal, namun tenggelam dalam kekecewaan itu parah. Bangkit selepas kegagalan, kerana kita dapat belajar sesuatu dari perkara itu dan membaiki diri ke arah yg lebih baik.

Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha. (Al-Furqan;ayat 47)

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri." Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah, dan agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman. (Ali 'Imran;165-166)

Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?" Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah. (Al Ahzab;ayat 17)

Berusaha itu wajib atas setiap orang Islam dan terima qadar dan Qadar adalah tanda sebuah keimanan. Redha dengan setiap ketentuan Ilahi tanda imannya yang sempurna. Teruskan berusaha, teruskan berusaha dan teruskan berusaha(dalam mencari kejayaaan dunia dan akhirat), kerana hanya itu yang perlu kita lakukan sebagai seorang insan. Kemudian jangan putus asa untuk berdoa dan yang terakhir bertawakkal di atas usaha dan doa yg telah dilakukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Ujian dalam membina mahligai~

Assalamu'alaikum

Kehidupan kita sehari-harian tidak akan ada seri tanpa ujian. Ujian yg hadir banyak memberi kebaikan sebenarnya pada satu sisi yang positif dan pada satu sisi yang negatif, ia dapat menjadikan seseorang itu lemah semangat dan ada yang menyalahkan Allah SWT atas hadirnya ujian tersebut. Sebenarnya, ia terpulang pada individu tersebut untuk mengambil ia sebagai suatu yang positif atau negatif.



Seorang individu yang menghadapi ujian dengan pemikiran yang positif akan sabar, redha, sentiasa memperbaiki diri ke arah yg lebih baik dan mendekatkan diri kpd Allah SWT. Manakala individu yang mengambil ujian tersebut dengan pemikiran yg negatif akan merosakkan diri sendiri seperti mengambil pil tidur, membunuh diri (segelintir), menyalahkan Allah SWT, menjauhkan diri daripada Allah SWT, minum arak, clubbing, seks bebas, merokok (bagi yang tidak merokok), hisap ganja dan sebagainya.

Individu yg menghadapi ujian dengan pemikiran yg negatif ada diceritakan di dalam alquran dimana, apabila Allah menguji mereka, mereka menjadi kufur.





 Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?

Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman: dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang munafik. (Al-'ankabuut; ayat 10-11)

Ujian yang hadir sebenarnya indah jika kita berjaya menghadapi dengan penuh keimanan. Bukankah ada hadis nabi yang  bermaksud; Jika tingginya iman seseorang, semakin beratlah ujian yang akan dihadapinya.


Bukankah beruntungnya kita apabila diberi ujian yang berat, kerana itu beerti kita kemungkinan tergolong dalam golongan yang mempunyai iman yang tinggi. Sebagaimana begitu hebat ujian yang dihadapi oleh para nabi, kekasih Allah SWT, ujian yang dihadapi oleh bilal yg diletakkan batu yg besar di atas dadanya, dan para ulama' dalam menghadapi kehidupan dunia ini. Subhanallah, beruntunglah orang-orang yang dianugerahkan ujian yang berat itu.

Ujian yang hadir bukan beerti buruknya sesuatu pilihan, tapi Allah SWT uji untuk melihat betapa kata-kata yang keluar dari mulut dan yg terbit dari hati bahawa; aku seorang yang beriman. Jika benar kata-kata kita bahawa kita seorang yang beriman, kita akan bersabar dengan ujian, tidak mudah berputus asa, redha menerima dan menghadapinya dengan penuh keimanan.

Ujian yang hadir mengajar individu agar lebih tahan lasak dengan mehnah kehidupan, memperbaiki diri ke arah yg lebih baik, beroleh ganjaran pahala apabila sabar menghadapinya, dikurniakan syurga, meningkatkan motivasi diri, dapat berkongsi dengan orang lain apabila org lain memerlukan nasihat dan pandangan. Apabila kita telah berjaya mengharungi ujian tersebut dengan jayanya, kita akan rasa betapa nikmatnya ujian tersebut. Allah SWT uji kita, akhirnya diberikan pada kita nikmat, penyelesaian masalah dan kejayaan sehingga dengan ujian tersebut kita menjadi insan yang baru, insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Ujian apabila mahligai bakal dibina 



Dua insan yang telah berjanji setia untuk mengikat hubungan cinta yang halal akan diuji. Di saat ini, semua syaitan akan dikerah oleh boss mereka untuk berusaha agar ikatan halal yang akan dibina tidak berlangsung. Apakan tidak, seorang yang telah bertunang, kemudian beristikarah buat sekian kalinya, kemudian bermimpi lelaki lain hadir dalam mimpinya, bukan tunangnya, akhirnya memutuskan tali pertunangan. Itulah salah satu permainan syaitan yang amat licik kerana mereka telah cukup kenal manusia ,sejak dari nabi adam diciptakn oleh Allah SWT sehinggalah ke hari ini mereka menggoda manusia. Akhirnya, hubungan cinta halal yang bakal dibina tidak kesampaian dan berpesta lah syaitan kerana anak adam tidak berjaya membina hubungan yg halal. Ertinya, mereka masih punya dua insan untuk digoda dalam mencari perkara yang haram.


Islam telah mengajar kita dalam mencari pasangan. 4 perkara yang perlu dilihat pada bakal suami atau isteri iaitu kecantikan, kekayaan (harta), keturunan dan agama. Namun, jika tiada yang tiga tapi ada yang satu iaitu agamanya, engkau terimalah ia. Lihatlah betapa indahnya, Islam mengajar kita. Tidak perlu mengenal sehingga bertahun-tahun lamanya untuk mengikat hubungan yang halal. Beristikarah itu perlu, agar pilihan yang kita telah buat membawa kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama. Setelah beristikarah dan membuat pilihan, buatlah perbincangan dengan ahli keluarga untuk mengikat ikatan yang halal. Perbincangan dengan keluarga perlu dibuat kerana mereka lebih berpengalaman dalam alam rumahtangga. Jika persetujuan telah dicapai, merisik boleh dilakukan dengan pertemuan ahli keluarga sebelah pihak perempuan dan lelaki. Selepas itu, perbincangan boleh dilakukan untuk menetapkan tarikh prnikahan, dan sebagainya.

Mudahkan Islam itu. Sebenarnya, Islam itu tidak menyukarkan manusia tapi manusia yang menyukarkan agama. Pernikahan dalam Islam itu mudah sekali. Namun manusia yang mendahulukan adat, bermegah-megah, dari agama itu sendiri menyebabkan perkara yang mudah menjadi sukar. Berapa ramai anak-anak muda yang ingin mendirikan rumahtangga, akhirnya terpaksa menangguhkan disebabkan permintaan ibu-bapa yang mendahulukan adat dan bermegah-megah. Jika tidak diikuti, dikatakan anak derhaka.

Akhirnya, disebabkan perkara ini, anak-anak tersebut melakukan perkara terlarang tanpa pengetahuan ibu-bapa mereka sehingga lahirlah anak luar nikah, pembuangan bayi, seks bebas dan sebagainya. Semua ini, amat memalukan! Amat memalukan! Jadi siapa yang perlu dipersalahkan? Anak-anak mereka yang JAHAT atau mereka sendiri? ya Allah, Islam itu mudah ,kenapa hendak disukarkan perkara yang mudah. Jika anak-anak masih tidak mampu dan tidak punyai kewangan yang cukup, cukuplah buat NIKAH GANTUNG dahulu kerana itu lebih baik dari menghalang mereka untuk mengikat hubungan yang halal. 


Nikah gantung dalam mencari yang halal


Apa yang penulis nampak dengan jelas, solusi hari ini, untuk masalah remaja yang semakin membimbangkan adalah nikah gantung. Kenapa nikah gantung? Ini kerana, si anak remaja masih belum punyai kewangan yang cukup untuk membuat kenduri yang besar sepertimana permintaan ibu-bapa mereka. Apabila mereka nikah gantung, mereka sudah ada hubungan yang halal, jadi apabila mereka berjumpa atau melakukan hubungan cinta, jika melahirkan anak, anak mereka adalah sah. Dalam masa yg sama,pasangan tersebut dapat kumpul duit bersama-sama untuk membuat kenduri yang besar sebagaimana permintaan ibu-bapa mereka. Mudahkan! Dan cara ini lebih selamat dan dapat menjaga nama baik keluarga daripada menghalang anak-anak mereka berkahwin,akhirnya banyak berlaku perkara yang memalukan keluarga dan ibu-bapa sendiri.


Mencari yang halal itu indah dan untuk mengekalkan hubungan cinta halal itu sukar kerana ia juga akan diuji. Sewajarnya, ibubapa menjadi pendorong dan penasihat utama dalam membantu anak-anak bahagia dalam alam rumahtangga kerana mereka lebih arif dan 'makan garam dahulu', menghadapi ujian dalam alam rumahtangga. Hari ini, dapat dilihat statistik penceraian orang muda semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ujian awal pernikahan, 1-10 tahun pertama perkahwinan adalah proses pasangan mengenal sifat sebenar pasangan dan membina rumahtangga. Statistik kajian oleh beberapa individu, menunjukkan bahawa kebanyakkan pasangan yg bercerai adalah dalam tempoh ini. Jika mereka berjaya mengharungi dalam tempoh ini, insyaAllah, ikatan halal yg dibina akan berkekalan atau bertahan hingga jangka masa tempoh yg lama.

Ujian itu akan hadir dalam mencari yang halal dan ujian juga akan hadir apabila telah berumahtangga. Inilah sebuah kehidupan di dunia, hadapi ujian dengan fikiran yang positif, redha, bersabar dan sentiasa mendekatkan diri pada Allah SWT tidak kira ketika senang maupun susah. InsyaAllah mahligai yang bina akan membawa kesemua penghuninya ke syurga . 

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains (Bioteknologi), UPM dan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri, UNISEL. Penulis amat meminati penulisan islamik dan bercita-cita berdakwah melalui pena;menghasilkan buku motivasi islam dan novel islamik yang diterbitkan . Moga sedikit ilmu,pemikiran dan pandangan yang dilakarkan dapat menjadi panduan buat masyarakat diluar sana dan agar para remaja sedar dengan penuh keinsafan bahawa mudah dan indahnya agama Islam yang dianuti oleh mereka sejak lahir. Lawati blog; http://yummieislam.blogspot.com.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Sayang, menyayangi dan disayangi~



Alhamdulillah, saya ingin berkongsi kegembiraan yang sedang melonjak-lonjak, walaupun luaran tuan empunya diri tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Hari ini, telah hampir 70 peratus tugasan praktikal sudah selesai, cuma tinggal lagi hantar report dan log book. :) Bagi yang mempunyai pengalaman praktikal, pasti dapat rasakan kegembiraan ini. :)

Kali ini saya ingin berkongsi tulisan saya yang bertajuk sayang, menyayangi dan disayangi. Sudah lama tidak menulis memandang fikiran ini penuh dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Hari ini, fikiran saya, lapang selapangnya memandangkan hanya menunggu saat-saat tamat secara rasmi berada dalam alam belajar.

Sayang adalah ungkapan yang umum. Ada ungkapan yang berbunyi; Seseorang itu perlu menyayangi dirinya sebelum menyayngi orang lain. Bagi saya, ungkapan ini mempunyai maksud yang sangat mendalam. Jika seseorang benar-benar memahami erti ungkapan ini, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang sia-sia hanya kerana kecewa pada seorang lelaki maupun wanita. Setiap hari, ada sahaja kes rogol, berkhalwat dan kes buang bayi yang dipaparkan dalam surat khabar di malaysia.

Hari ini, jika kita lihat, betapa banyak, gadis-gadis remaja sanggup merosakkan diri hanya semata-mata kerana 'cinta' pada pasangan masing-masing. Itu beerti mereka tidak menyayngi diri mereka. Akhirnya, apabila terlanjur perbuatan sehingga mengandung anak luar nikah, dibuang oleh keluarga menyebabkan mereka hidup menderita. Menyayangi seseorang kerana Allah SWT. Bilamana dikatakan begini, jika maksiat yang dilakukan atau diingini oleh pasangan anda ,tinggalkan dia, kerana sayang dan cinta kepada Allah SWT melebihi dari cinta dan sayang kepada kekasih anda.

Istilah disayangi, tidak mesti hadir bersama menyayngi. Berapa ramai orang yang menyayngi kekasihnya,akhirnya ditinggalkan sia-sia. itu beerti dia tidak disayangi walaupun dia menyayngi pasangannya. Kerana disayangi oleh seorang jejaka, seorang wanita dikenakan sihar, dipukul kerana terlampau cemburu ,akhirnyanya lelaki tersebut bukan disayangi oleh pasangannya sebaliknya dibenci.

Sayanglah sesiapa yang anda ingin sayangi namun UTAMAKAN SAYANG dan CINTA pada ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW. InsyaAllah anda akan punya bahagia,  walaupun semua manusia ingin melihat anda susah, tidak bahagia, melarat, namun jika semua itu tidak diizinkan oleh Allah SWT, anda tetap akan bahagia. Anda akan bahagia walaupun anda tiada punya 'couple', anda bahagia walaupun tidak kaya, anda bahagia kerana anda sentiasa bersyukur dan UTAMAKAN SAYANG dan CINTA pada ALLAH SWT melebihi dari segala-galanya.


Tanamkan perasaan sayang pada semua manusia dan bersangka baik. Namun begitu, zaman sekarang terutama golongan wanita perlu berhati-hati dengan orang lain yang tidak dikenali. Sikap berhati-hati ini, dengan melihat pada luaran dan tingkah laku seseorang itu pada diri anda. Jika hati anda 'rasa tidak sedap' dengan seseorng tersebut, perbanyakkan minta pertolongan Allah SWT jika saat itu anda berseorangan. Jika dapat menjauhkan diri, usahalah menjauhkan diri dan dalam masa yang sama mohon pertolongan Allah SWT agar dihindarkan perkara-perkara yang tidak elok.

Setakat ini, perkongsian daripada saya. Moga sedikit tulisan ringkas ini dapat memberi manfaat bagi sesiapa yang membaca dan terbaca tulisan ini. :)

Sekian, wassalam. Terima kasih kerana sudi meluangkan membaca tulisan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pages