DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH,LAGI MAHA PENYAYANG
Alhamdullilah ,saya telah tamat menduduki final exam untuk semester ini.Tak sabar rasanya,nak menghabiskan 'zaman belajar' ni.Tapi tiada guna jika tamat belajar dengan pointer yang tidak memuaskan.Saya belajar dan letakkan target yang saya akan capai;namun jika saya tidak mencapai target tersebut,tidak boleh lah saya kecewa kerana saya telah berusaha sedaya upaya saya.Setelah berusaha bersungguh-sungguh,saya kembalikan segala-galanya kepada Allah swt,saya tawakkal dan bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang akan saya perolehi.Mungkin juga, apa yang saya perolehi tu,kerana setakat itu usaha yang saya lakukan.Namun,sebagai seorang Islam ,kita wajib yakin dengan qada dan qadar Allah swt,kerana Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.Apa yang boleh kita lakukan di dunia adalah berusaha dan berusaha.
Selepas ini akan bermula cuti semester,tapi tidak lama pun cuti semester,hanya dalam 3 minggu sahaja.Awal bulan Mei,saya akan kembali memulakan alam assignment dan test .. hihi.. begitu lah,alam Universiti.
InsyaAllah,apabila tamat short semester,saya akan memasuki tahun 3.. :) ,gembiranya.. itu beerti, sudah tidak lama lagi,saya akan tamat belajar.Selepas itu,boleh lah memulakan alam pekerjaan.InsyaAllah,apabila tamat belajar dengan pointer yang elok;lebih mudah untuk mendapat pekerjaan ataupun menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Perjuangan saya dan pengorbanan yang saya lakukan ;saya belajar,mengorbankan umur dan wang kerana ingin menjadi salah seorang Muslim yang berjaya di muka bumi ini.Saya telah mendapat bahagian akhirat.Saya menjengah dan menilai betapa ramai orang bukan islam yang menguasai ekonomi dunia,lebih terperinci ekonomi di Malaysia dikuasai oleh orang bukan Islam.Saya perlu lakukan sesuatu agar saya tidak terlalu berada dalam 'alam pencarian dan penantian'.saya perlu beruasaha untuk mengubah nasib saya,dan inilah pilihan yang saya buat.Moga Allah merahmati dan meredhai pilihan saya ini.
Doakan lah,untuk saya;moga dengan doa semua,saya akan menjadi hambaNya yang berjaya dan dengan 'kejayan' ini,saya dapat menyumbangkan kepada 'pembangunan Islam'.amin
0 comments:
Post a Comment